Saya ingin mengulas ulasan dari kawan-kawan [Sas, butaseni, Mak Su, Zwitterion, Pa’chik, lindosh, ah kim, ila, zino, Tok Nabe, Mr penyu, achik, king, shahril, nur@, Halogamora, khairyn, Nun, Bunga Rampai, Jie dan Manjlara] di entri yang lepas. Terima kasih.
Ya. Kita cuma mampu bersimpati, berdoa dan turut bersedih atas musibah yang menimpa keluarga en. Jazimin. Tuhan lebih menyayangi adik Nurin Jazlin. Begitupun, apa yang kita harapkan dan doakan semoga pelaku kejam yang tidak berhati perut, yang bersifat lebih ganas dari binatang itu dapat ditangkap dan dihukum dengan seberat-berat dan seseksa-seksa hukuman. Elok disula atau dibakar hidup-hidup saja..…..!
Juga semoga pihak polis dapat menggandakan usaha menangkap ‘syaitan’ itu secepat mungkin. Tak usahlah terlalu sibuk dengan kes-kes picisan dan kes-kes yang berbau politik seperti sibuk menangkap orang berceramah tanpa permit dan pembakar bendera itu.
Dari sisi perspektif yang lebih luas diharap juga semoga selepas ini masyarakat kita lebih perihatin dan peka terhadap masyarakat di sekelilingnya. Kita sudah tidak boleh terlalu mengharapkan 100% usaha pihak polis untuk menjaga ketenteraman sekeliling kita dan mengharapkan badan-badan NGO untuk memperjuangkan keselamatan dan kesejahteraan kita. Dalam beberapa hal, kata-kata seperti ‘jaga tepi kain sendiri’ itu sudah tidak boleh dipraktikkan lagi dalam masyarakat kita hari ini. [Saya amat tertarik kepada entri Bunga Rampai - Jihad Ramadan yang mengupas tentang 'jaga tepi kain orang' ini, walaupun mungkin agak berbeza pemakaiannya dengan apa yang ingin saya sampaikan di sini]
Dalam kita mengucapkan tahniah buat Dr Sheikh Mudzaphar dan juga Dr Faiz itu, dari sisi lainnya semoga terhasil manfaatnya usaha Malaysia menghantar rakyat kita ke angkasa lepas itu, jangan nanti dikata Malaysia cuma semata-mata gah untuk mencipta nama [bak ulasan Tok Nabe itu] dan bermegah-megah. [Harus diingat masih ramai rakyat yang miskin, tertindas dan perlukan pembelaan yang sewajarnya. Tiada ertinya negara nampak maju secara kosmetiknya sahaja tapi hakikatnya marhaen dan bangsa sendiri merempat dan mengemis di tanahair sendiri. Apalah ertinya kejayaan seorang rakyat berjaya menjejakkan kaki ke angkasa lepas sedang berpuluh ribu rakyat miskin di tanahair sendiri tak cukup makan?]
Untuk Sas dan Halogamora; Wah! Wah! Mentang-mentanglah Dr Sheikh itu kacak, dia juga yang dipandang ekk [itu satu diskriminasi juga namanya ]. Untuk Ila, cuba lawati laman ini. Untuk Bunga Rampai, saya belum memikirkan apa-apa tentang Hari Raya. Mungkin Den Wahab juga pilihan saya tahun ini.
TTFN
Sabtu, September 22, 2007 4:56:00 PTG, Unknown
Kalau bedebah itu dibunuh pun, cuma sekali, kemudian selesai. Sedangkan perlakuannya entah berapa kali. Dan entah berapa mangsanya sebelum ni.
Ah, bunuh pun masih tak setimpal dengan perbuatan zalimnya tu. Bolehkah dia dibunuh lalu dihidupkan dan dibunuh lagi sampai berkali-kali? Malang kerana hukuman itu tak wujud di dunia ni.
Ahad, September 23, 2007 2:42:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Kalau terus dibunuh, 'syaitan' itu tidak akan merasa bagaimana sakitnya seksaan..Elok disula saja!
Diskriminasi wajah. Kasihan orang yang tak kacak macam saya ni... :p
Pa'chik,
Ya. Hudud dan Qiyas salah satu penyelesaiannya. Sayangnya, negara Islam Hadhari tidak ada hukuman sebegitu... :)
Malas nak ulas kata-kata IGP itu. Pegawai polis yang selama ini cuai atau buat-buat cuai atau bertindak brutal macamana pulak?
13may,
Insya-Allah, syurga tempatnya.....
ainin naufal,
Elok disula di Dataran Merdeka dan disiarkan secara langsung ditv!
Ah! Kalaulah ada hukuman Hudud di Malaya...
Debikdebuk,
Ya, aku setuju!
Akira,
Istilah 'terlalu kejam' itu pun belum sesuai dan setara. Tidak ada istilah di dalam kamus di dalam dunia yang dapat menggambarkan 'kekejaman' dan 'kebinatangan' pelaku itu...
arsaili,
Institusi masyarakat pun kena dieratkan. Di bandar sekarang semangat kejiranan sangat rapuh.
Lelaki senang. Baju raya 2-3 tahun lepas pun OK lagi... Elok lagi. Sebab pakai pun cuma 2 kali dalam setahun, untk solat Aidil Fitri dan solat Aidil Adha.... :D
Zwir,
Itulah dia....
King,
Ya, ditakdirkan 'syaian' itu terlepas hukumannya di dunia, tetap ada balasannya 'di sana'. Tapi naklah juga tengok macamana rupanya 'syaitan' itu agaknya......
Isnin, September 24, 2007 1:13:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pa'chik,
Ralat: Jawapan komen itu sepatutnya berbunyi begini; "Ya. Hudud dan Qisas salah satu penyelesaiannya". Kesilapan amatlah dikesali Pa'chik :D
kamato,
Ya, kalau dapat terlepas di dunia sekalipun, di sana nanti pasti ada balasannya. Allah maha adil.
lind,
Sabar...sabar... bak kata king binjai, hanya Tuhan mampu membalasnya..... :)
Taklah sekacak Dr Sheikh :p
Rush,
Kita sama-sama doakan, agar 'syaitan' itu cepat-cepat dapat diberkas... Tak sabar nak tengok muka dia macamana.
butaseni,
Selayaknya begitulah...
Sms? :D
Titicaca,
Cuba baca petikan ini, "Malaysia membeli 18 Sukhoi Su30 jet pengebom dengan harga US$900 juta (RM$3.42 bilion) atau US$50 juta (RM$190 juta) sebuah dari Rusia. Juga termasuk dalam harga pembelian adalah pertukaran teknologi angkasa lepas berjumlah US$270 juta (RM1.03 bilion) dan melatih seorang angkasawan Malaysia".
Dipetik dari Malaysia-Today
Orochi,
Tuhan lebih menyayanginya...
Ikut merit rasanya.
Isnin, September 24, 2007 2:47:00 PTG, DeeN
Boleh hukum Islam ditegakkan, KALAU tak ada manusia-manusia yg bersikap macam yg ada sekarang. tak kiralah aijeepi ka, pieem ka, naikpeem ka, mentereri ka. kalo depa semua tuh asyik memikirkan dunia semata, macamanalah diorang nak menegakkan daulah Islam?
Khal, nanti dah dpt petua asah parang bagi tajam, pas kat ai plak. mana tau kut2 dia terlepaih kat Peghelih nih..!
Isnin, September 24, 2007 7:23:00 PTG,
Salam buat empunya blog. Puteri dari negeri di Bawah Bayu datang bertandang :-)
Komen tentang isu arwah Nurin ~ Sebelum bedebah itu dihukum bunuh, seksa dia sehabis-habisnya. Potong $#$#$#^#%&^nya. Setelah dipotong, seluruh rakyat Malaysia diberi peluang merejam di kawasan yang telah dipotong itu, kemudian cucuk dengan tombak pada kedua-dua anggota sulitnya. Setelah itu barulah dia dibunuh. Mayatnya disimpan di dalam beg. Kemudian, dengan menggunakan helikopter, jatuhkan beg yang mengandungi mayat pembunuh itu ke dalam gunung berapi. Padan muka dia!!!
Setuju tak?
Komen tentang Dr. Sheikh Muszaphar ~ Dia lebih tinggi berbanding Dr. Faiz kot. Sebab tu dia dapat jadi Angkasawan Negara. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya Dr. Faiz juga bergelar angkasawan kan, walaupun hanya sebagai angkasawan simpanan. Uishhhh, seronoknya dapat gi angkasa lepas.
Isnin, September 24, 2007 7:48:00 PTG, Pa'chik
hahah... siap ada pembetulan lagi tu... kekekek...
dude, kalau kamu dengar satu ucapan dari penasihat yang sakit tu.. lagi la.. pasal Islam yang lagi satu tuh...
sesuka hati mereka fitnah imam ghazali...
tapi kan..aku perati.. orang kita ni emosi sangat.. mereka asik pikir nak seksa je orang tuh.. kekeke... buka je mana-mana blog cerita pasal nurin, mesti ada yang kata, nak sunatkan orang tu, nak rejam, nak sula, nak tanam idup-idup.. kekeke... bila ajak berhukum dengan hukum tuhan.. senyap! masih lagi yang itu dijulang mereka, yang itu lah yang ditatang.
Tambah dengan anak-anak muda sekarang, yang lebih suka mengikut millah yahudi dan nasara... lagi payah la nanti... kena tunggu imam mahadi jugak gamaknya...
Selasa, September 25, 2007 12:57:00 PG, TokNabe
Tok rasa, sekarang biarlah kito tengok pulok lagu mano pihak polis buat kijo dio. Kita marhaen ni tak leh nak buat gapo, setakat megutuk perbuatan tu jah. Tapi ingatan kepada kita semuo lepas ni try amalkan sikap 'jaga tepi kain ore'. untuk perkara baik tak ada apa masalah, Allah pun tahu tujuan kito.
Selasa, September 25, 2007 8:15:00 PG, pB
Salam BP ....
pB cuma berharap hal Nurin ini tidak hangat hangat taik ayam.
Sekarang semua orang ambil tahu, semua orang beri pendapat, kerajaan menubuhkan macam macam badan ...
Risau , nanti lama lama , berita ini makin hilang , dan kita makin hari makin lupa ...
dan akhirnya orang yang bertanggungjawab lepas begitu sahaja ...
dah banyak yang terjadi ...
begitu kan???
Selasa, September 25, 2007 1:41:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pegawai
'Syaitan' itu takut dengan parang ke?
ah kim
Begitulah…..
nur@
Eh! Mereka menegakkan daulah Islam apa? Itu pendekatan yang ada had dan ada hari itu apa…..?
flush,
Cadangan yang bagus!
Mana banduan-banduan lain tak anti. Kalau nak buat jahat sangat pun, rompaklah bank ke, pecah rumah VVIP ke, baru nama betul-betul samseng, ini seksa budak kecik nak buat apa…..!?
achik,
Insya-Allah, akan tertangkap juga ‘setan’ itu nanti….
Kamarul,
Ha'ah. Masyarakat kita jarang dah nak ambil tahu masyarakat sekelilingnya. Kalau ada apa-apa berlaku di depan mata pun masing-masing cuma pakat-pakat tengok, bukan nak tolong pun....
puteri ezza,
Salam. Selamat datang ke dunia Jowopinter. :)
Isk! Sadisnya hukuman. Mana nak cari gunung api yang aktif lagi sekarang? He he he.
Memang dari sejak mula lagi, Dr Sheikh itu dah jadi pilihan utama kan....
Pa'chik,
He he he. Kesilapan fakta mesti diperbetulkan pa'chik...
Yang geli hati tu, hari itu diwar-warkan di Berita tivi parti komponen BiEn itu, katanya Presiden Bush memuji perlaksanaan dan keberkesanan konsep Islam berhad dan berhari itu. Bush itu siapa? Ulama? Tokoh Islam? Isk!
Itulah dia. Kita [termasuk akulah juga..] bila bab-bab ini suka mengikut emosi tapi bila bab-bab lain masih lupa nak ikut ajaran agama yang sebenar-benarnya....Partai itu juga dipangkahnya [yang ini aku tidak!]
tok nabe,
Betul tu Tok. Saya bersetuju sangat. Sebenarnya rentetan kisah allahyarham adik nurin ini pun ada hikmahnya juga. Satu musibah yang menjadikan masyarakat kita lebih beringat-ingat dan mengambil iktibarnya.
PB,
Waalaikumussalam PB,
Itulah. Harap-harap tidak begitulah. Semasa tengah panas ini memang macam-macamlah saranan, pendapat, macam-macam lagilah baik dari polis, NGO, dan menteri... Lepas itu senyap.
Bukan ini pertama kali kes seperti ini terjadi, dah banyak dah....
Tapi kita sebagai sebahagian dari masyarakat kena ambil peranan juga. Tak begitu?
zalisa,
Bukan saja letih, seribu satu perasaan......
mak su,
Kita sama-sama doakan 'syaitan' itu cepat-cepat ditangkap......
Selasa, September 25, 2007 3:10:00 PTG, Bunga Rampai
Salam BP,
Biarlah keprihatinan kita menyeluruh, bukan saja dari aspek koyak akhlak malah koyak-koyak yang lain seperti masalah kemiskinan rakyat jelata sama ada di luar bandar atau dalam bandar.
Kemiskinan adalah pendorong/penyebab kepada pelbagai masalah lain termasuk jenayah yang mana ini nyata di kawasan bandar.
Malaysia hanya gah di luar saja, terselindung di sebalik kegemilangan segala yang "ter". Kadang terasa benar berlagak 'biar papa asal bergaya.' Sedih.
p/s: Den Wahab? Cayalah! Pasti bergaya di musim raya :))
Selasa, September 25, 2007 4:07:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Bunga Rampai,
Salam kembali BR,
Tapi sayangnya cuma marhaen dan rakyat yang kerdil saja beriya-iya untuk perihatin tapi penguasa dan 'orang di atas' seperti buat tidak tahu atau cuma perihatin mengkayakan puak sendiri saja...Itulah masalahnya.
Betul BR. Kefakiran boleh manjadi ibu segala masalah.
Itulah. Kemajuan yang dibangga-banggakan cuma sekadar kosmetik.
p/s. DW banyak pilihan. Pilih saja mana yang berkenan. He he.
setuju... kalau polis jumpa setan tu, bunuh je terus... tak layak hidup!
err... err... diskriminasi macamana tu? :p