Ditakdirkan pula, petang itu MRR2 sesaknya agak luar biasa, dan khidmat kaki kiriku itu pula amat-amat kuperlukan untuk menekan pedal! Sudah jatuh ditimpa tangga, datang ayam mematuk mata. Petang itu, sudahlah kaki cedera, berbuka pula di dalam kereta, hanya dengan jus saliva!
Malam itu bahagian buku lali kiri dan lutut kananku mula membengkak dan lebam, ungu kehitaman [baru betul blackpurple!]. Sakit. Berdenyut-denyut. Berjalan pun terjungkit-jungkit. Postur duduk di antara dua sujud dan tahiyat pun tidak boleh seperti selalu.
Puteri mengirim pesanan. Melalui khidmat pesanan ringkas. Katanya, sapu dan usap dengan minyak panas, kemudian pakai stokin. Biar angin tak masuk, katanya. Ah! Iya-iya saja puteri itu. Kalau angin nak masuk, ikut mulut pun angin boleh masuk.
Tapi sebagai jejaka yang mendengar nasihat, malam itu, sebelum tidur, akupun memanaskan minyak masak di dalam kuali. Kemudian dengan senang hati akupun coletkan jari hantu kiriku ke dalam minyak itu untuk disapu ke kakiku itu. Awww! Melompat aku dibuatnya. Sangat panas rupanya minyak itu! Macamanalah aku boleh gagal menjangka darjah kepanasan minyak itu. Cepat-cepat aku mencari ubat gigi, lalu kusapukan ke jariku yang melecur itu.
Dan malam itu, seorang jejaka pemalu telah tidur dengan kaki kirinya yang berlosyenkan minyak masak dan hujung jari hantu kiri yang berlumur ubat gigi. Kasihan.
Kenapalah puteri tidak katakan saja yang ‘minyak panas’ itu minyak urut. Atau akukah yang tersilap mentafsir ‘minyak panas’ itu secara literal? Patutlah aku terasa seperti tidak pernah dibuat orang. Nasib baiklah tidak melecur satu kaki. Dan nasib baik jugalah rumahku tidak membela tikus, kalau tidak habis tobek digigitnya kaki aku malam itu.
[Dan saat ini, kakiku masih ada saki-baki sakit lagi.....]
TTFN
Rabu, Oktober 03, 2007 12:11:00 PTG, tokasid
Salam wak pinter,
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Agak malang dan melecehkan bila terkehel.
saya ada buat entry tentang terkehel bukulali pada 26 June 2007 yg lalu. Wak boleh lihat melalui link htlm di bawah ini:
http://tokasid.blogspot.com/2007/06/ankle-sprains-dos-and-donts.html
Semoga segera sembuh wak.
Rabu, Oktober 03, 2007 4:51:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Kalau cakap 'minyak urut' kan senang..Semua bangsa boleh faham. :p
Alhamdulillah, dah ok sikit tapi masih belum boleh buat aktiviti lasak macam lari pecut, bermain bola dan rock climbing. He he he.
nur@,
Aku pun pelik jugak. He he he!
[Oooo...Biskut makmur kena goreng rupanya. Baru tau...]
13may,
Kalau sebut 'minyak angin' aku fahamlah. Itu bahasa standard :D
tokasid,
Waalaikumussalam Dr Tokasid,
Itulah. Pergerakan jadi terbatas. Terutamanya aktiviti yang melibatkan buku lali. Sungguh tak menyelesakan. Tapi alhamdulillah, hari ini dah berkurang sedikit.
Saya sudah melawat pautan entri itu. Terima kasih banyak doc. Banyak info saya dapat di situ tentang terkehel.
butaseni,
Silap aku juga tak tanya betul-betul. He he he.
Tak sanggup nak jumpa apek tukang urut tu. Dipulas-pulasnya nanti makin teruk jadinya. Lagipun kalau ikut entri di pautan yang Dr Tokasid bagi tu, jangan diurut.
gitartong,
Begitulah ceritanya cikgu. :D
kak jie,
Itu lain. Itu ada pakai jampi kot.
Yang ubat gigi itu saya sapu di jari tanganlah kak jie, bukan di kaki. :D
Mimie,
3-4 hari sebelum raya nanti adalah di kampung. Sila-sila. Jangan malu-malu. :D
accia,
Waalaikumusalam,
He he he. Saya masih tercari-cari hikmah di sebalik 'keterkehelan' kaki saya ini. :)
Pa'chik,
Aku ini memang lurus orangnya. Ha ha ha!
Pakcik yang gambar di bawah itu ke? Makin teruk ada nanti kaki aku. He he he.
Mak su,
Erk! Tapi tangga itu memang lurus, cuma tak adalah bendul mak su... he he he..
Rabu, Oktober 03, 2007 6:22:00 PTG,
Salam BP: Tumpang simpati sahaja yamng boleh saya lakukan. Tempuh hari anak bujang saya terlehel tumit kerana main futsal, selepas habis terawih. Salah sendirilah kan.
Tetapi N3 teringatkan saya pada N3 anda pergi urut kaki tempuh hari. Urut dulu terkehel kemudian.
Ini pula meningatkan saya pada satu N3 oleh Che' gu NTN tentang anak murid dia yang pergi sekolah pakai selipar. Bila ditanya, dia jawab accident. Bila tanya lagi bila accident berlaku, dia jawab esok.
Walau apa pun semoga cepat sembuh. Minyak panas tentu ada banyak di Pasar Ramadhan, lepas diorang goreng karipap tu.
Khamis, Oktober 04, 2007 3:34:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
khairyn,
He he he. Bukan gaya bebas lagi dah, gaya akrobatik!
Orang jawa tak panggil minyak urut itu 'minyak panas' la... He he he
Lan,
Yang aku tau selama ini, 'minyak panas' adalah minyak masak yang dipanaskan.
mudin,
Yang aku tau selama ini, 'minyak panas' adalah minyak masak yang dipanaskan.
achik,
Ha ha ha! 'Terkena' kali ini...
eisraa,
Isk! Apa kena mengenanya buku lali kaki dengan tak puasa. Tak ada korelasi langsung! [korelasi itu apa ekk :p]
tuan zabs,
Waalaikumussalam tuan,
He he he. Lucu cerita tuan itu. Idea itu boleh jadi bahan lawak tu.
Alhamdulillah. Dah semakin ok, tapi pergerakan buku lali masih terbatas lagi.
pa'chik,
'Nutrimoist' itu produk syarikat mana pulak pa'chik? Nutrimetic ke? He he he!
akira,
Ooo...Pakat-pakat gelak ye... tak apa..
Itu bukan lurus bendul. Itu keliru. He he he.
Khamis, Oktober 04, 2007 4:08:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
mya marja,
Waalaikumussalam,
Mas, orang jawa sebut minyak urut 'minyak panas' ke? Tak kan...:D
Kebetulan petang itu keluar agak lewat sedikit, dalam 6 ptg, ditambah pula jalan sesak [KL biasalah...], itu yang lambat sampai rumah. :)
Koyok ngenelah mas nek ngawe bisnes cilik-cilik. Keno usoho seng temen sitiklah... :D
ainin naufal,
Isk! Guna minyak - cap Buruh - yang masih segarlah...he he he..
ad3ck,
Dah ok sikit. Alhamdulillah. Tapi aktiviti lasak dan ganas tak boleh buat lagilah... :D
Aminbakish,
Ya, itulah yang saya baca di entri yang dipautkan oleh Dr Tokasid di komen atas itu. Terima kasih.
Sama-sama. Insha-Allah. :)
azwa,
He he he [macam biasa nampak jer ketawa bunyi keskeskes itu. He he he]
Malang memang tak punya aroma......
cikin,
Ooo..Bukan main gelak ekk kau.....
Itu la, lain kali dengan aku kena cakap istilah bahasa Melayu yang tepat. He he he.
nbb,
Doc, itu dah macam nak masak semur tu..... :D
Isk! Ngerinya....
azzam,
Berdenyut-denyut bro'.
Samalah macam minyak. Kalau 'minyak panas', mestilah minyak yang dipanaskan kan...kan...?
arts,
Aku mentafsir secara literal kot... Kalau air panas
kena masak, jadi kalau 'minyak panas' pun kena masaklah...
Bukan begitu?
Tiara,
Bukan Beckham kau yang kena, ketawalah kau... :p
Jamri,
Aku bila tidur malam, memang pakai stokin pun, sebab air-cond bilik hiper-sejuk... :D
Di kampung bukan setakat urut kaki Jam, nak urut badan pun boleh.... He he he.
[Eh! Kau ingat lagi tak arwah Wak Kamisah tukang urut yang dekat dengan rumah kau tu. Teringat, dulu-dulu aku pernah 2-3 kali berurut dengan dia]
pB,
Waalaikumussalam pb,
Itulah dia. Silap tafsir....
Terima kasih pb. Saya dah ada pun 'minyak panas'... :D
Ahad, Oktober 07, 2007 5:34:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Anony,
Hai anony,
Dah. Cukup-cukuplah tu gelak. :D
jamri,
Laaaa……..iye ke? Sebelah kiri ke kanan? Tak payah susah-susah aku nak cari no. tiang tu. Sekampung, tapi jumpa di alam blogosfera kan… He he!
orochi,
Kalau rendam, silap-silap beraya di hospital aku tahun ini…. He he he
farazdaq,
Ooo ye ke? Dah biasa letak ubat gigi.
Sama-samalah kita. Beraya di mana tahun ini?
ceri biru,
Itulah yang diaorang kata. Tapi tak sempat nak buat hari itu. Lain kali bolehlah amalkan. :D
bunga rampai,
Itulah. Tangga memang memainkan peranan penting dalam sejarah ketamadunan Melayu. Sebab itu agaknya tercipta pepatah ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ kan... Orang tak kata ‘sudah jatuh ditimpa pintu, atau ditimpa benda-benda lain….[isk! apalah yang saya merepek ni…:D]
Harap-harap begitulah….. Kalau tidak tak dapatlah ikut kejar tangkap ayam di kampung nanti. He he he.
Salam kembali.
Zalisa Maz,
Ooo…Memang orang nogori aslilah ni ekk :D
ayu mkay,
Nek pecicilan koyok ngonolah. Orak sabar arek bukonan nang omah. Akhire bukonan nang njero kereto jugak. He he he..
Mateng yo orak. He he he.
nur@,
Dengan aku, kamu kena cakap istilah yang tepat. He he he.
Sama-sama. Selamat!
Iza,
Saya terharu atas simpati itu …. Hu hu hu.
Itulah dia, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan...he he he…
NBK,
He he he! Dah nasib badan jang...
Zino,
Kalau ikut kamus begitulah..he he he..
Memang masih ada lagi sakit sikit ni. Isk! Ngeri tu. Tulang ke urat yang tersimpul zino?
Tedung,
Ha ha ha! Kelam kabut punya pasal....
Kalau minyak lintah lain pulak jadinya nanti bro'..he he..
SF,
Sama-samalah kita..
Tapi ojo alon bangeti, mengko ketinggalan....he he
Zwit,
Amin. Tak sabar nak boleh berlari balik ni.... :D
Ahad, Oktober 07, 2007 5:43:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
arsaili,
Silap tu. Yang betulnya, 'hati-hati turun tangga...' :D
Betullah kata orang, malu bertanya sesat jalan.. Isk!
Alhamdulillah, dah ok sikit, tapi denyutan sakit ada lagi sikit-sikit...
tuan tanah,
Nasib baik tutup mulut, nampak sopan sikit..he he he...
Dah nasib kaki..!
alpha,
Ha ha ha..
lind,
Cheh! Ketawa sikit-sikit cukuplah. Tak payahlah sampai nak berguling-guling. :p
Silaplah buat cerita. He he he...
Isnin, Oktober 08, 2007 9:14:00 PG,
jp, kah kah kah...tak pernah akak gelak besar mcm nih sorang2 depan laptop nih... entah apalah anak akak kata nanti, nasib baik dia orang tak nampak... betul ke jp ni org Jowo kampung??? kalau org kampung mesti tahu bila ckp minyak panas tu minyak urut... masa baca jp kata ambik minyak masak panaskan akak dah tergelak besar dah... nasib baik cucuh jari dulu, tak direndamnya semua kaki tu dlm minyak panas tu...mau melecur pulak satu kaki... terus tak dapat sambut raya pulak...na'uzubillahimin zalik...
LOL... aduh... tergelak gila baca entri ni... masa u citer u letak minyak panas dan jari melecur hari tu pun i dah tergelak.... macamana boleh 'take what i said literally' nih... apa pun, kaki tu dah ok kan? setelah dioleh dengan minyak CNI dan dibalut dengan 'bandage' hari tu kan?