4 perkara/benda yang menakutkan saya
[1]Seksaan kubur [2]Api neraka [3] Lemas [dalam laut, kolam, apa-apa sajalah asal dalam air] [4]Gila
4 orang yang membuatkan saya ketawa
[1]Orang yang menggeletek saya [2] Pak Lah [3] Kawan, Musa [bukan nama sebenar] bila dia menonton cerita di tv] [4] Ketua Polis Negara
4 benda yang saya suka
[1]’Garis langit’ saya [2]Blogging [3]Merapu [4]Makanan Jawa
4 perkara yang saya benci
[1]Menunggu [2]Mencabut bulu hidung [3]Bekalan air terputus [4]KERAjaan korup
4 perkara saya tak faham
[1]Islam Hadhari [2]Bagaimana imam boleh menipu orang [3] Kenapa bini imam tak pakai tudung [4]Kenapa anak imam tak tutup aurat
4 benda di atas meja saya
[1]Bukunota Dell [2]Tiga fonsel Nokia [3]Pacu ibujari Kingston [4]Tetikus mini beroptik
4 perkara saya sedang lakukan sekarang
[1]Duduk di kerusi [2]Menaip [3]Menguis bulu mata [4]Mengira tahi lalat
4 perkara saya ingin lakukan sebelum dipanggil Tuhan
[1]Ibadah haji [2]Amal jariah [3]Menjadi datuk, bapa, suami, anak dan cucu yang soleh [4]Taubat nasuha
4 perkara yang menggambarkan diri saya
[1]Gila-gila [2]Malu - tapi mahu [3]Lucu [4]Kacak
4 perkara saya tak boleh lakukan
[1]Murtad, nauzubillah [2]Mengandung [2]Bersalin [3]Gelek gerudi
Saya rasa saya ingin mengetag Mark Dacascos , VK Lingam, Robert Kiyosaki dan Made Wijaya
TTFN
Label: Tag
Jumaat, September 28, 2007 4:08:00 PTG, Pa'chik
kat umah ko ni cerita smart tag..
kat sini!sini!! cerita tachengo
mereka tak pakai tudung.. pasal astora jabat dulu kata tak pe...
Jumaat, September 28, 2007 5:41:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Faizah,
Terima kasih. :D
Baru sempat kira yang di lengan, tempat lain tak sempat la... :p
Sas,
Bulu mata itu satu aset juga. :D
Cuba baca balik pautan entri pasal Musa itu. Kan kelakar dia tu. He he he!
Pa'chik,
Makin bersimpul kes wanita Mongolia itu ekk..
Siapa Astora Jabat? Ulama besar? Wali? Sahabat nabi?
Kena baca 'bersalin' itu dari konteks jawapan no [1] pa'chik. :p
Kawasari,
Tuhan dah turunkan Islam yang amat sempurna sebenarnya. Entahlah! Pendekatan saja cantik, tapi praktiknya lain, sekadar retorik.
kak Jie,
He he he. 18sx? Tang yang mana tu?
Tokasid,
Waalaikumussalam. Terima kasih doc,
Ya, sengaja saya berkias dalam jawapan tag saya. Bagi yang nampak lucu, luculah. Bagi yang nampak sinis, sinislah. Saya cuba ingin serius dalam santai sebenarnya. :)
Sebenarnya, Musa itupun menggambarkan sesetengah kita, yang secara semulajadinya begitu.
Begitulah. Imam yang di atas itu saya melihatnya dari perspektif yang luas, bukan juga imam di masjid tapi imam yang memerintah sesuatu negara juga [apatah lagi kalau negara Islam!]:)
Ya doc, kalau yang asas diketepikan, bagaimana untuk mempraktikkan yang lebih kompleks?
Isnin, Oktober 01, 2007 1:38:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kamarul,
Aku boleh berenang tapi masih ngeri. Cuba bayangkan kalau tengah berenang tengah laut tiba-tiba terkapai-kapai sebelum lemas. Isk! Ngeri
Ha ha ha. Di mana entah dia menyorok sekarang ekk?
eisra,
Salam kembali,
Itu kena tanya pencipta asal tag inilah. Kalau saya, saya cipta 7 :D
Tedungs,
Salam kembali. Lama tak nampak bro?
Kalau berbahas di Parlimen, buat lawak yang bukan-bukan kan...
Pa'chik,
Eleh! Blogspot kan boleh diakses di serata dunia. He he he!
arsaili,
Saja. Suka-suka. Sebab macam semakin bertambah pulak setiap hari. Perasaan kot. He he he.
zino,
77% ikhlas. He he he.
kel@mbu,
Kawan kau atau kau? He he he. Nanti lama-lama mesti besar sebelah lubang hidung dia kan... :D
[b]y,
Satu yang rasmi, satu untuk kawan-kawan, satu lagi peribadi. :D
Isnin, Oktober 01, 2007 1:57:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
khairyn,
Isk! Tak macholah lelaki gelek gerudi. He he he!
iza,
Dalam yang tersurat ada yang tersirat. :D
kak lady,
Jeleslah tu...jeleslah tu... he he he...
Buruklah kalau lelaki kacak bergelek gerudi.... he he he.
Zwit,
Isk! Ke situ pulak kamu.... he he he!
Akira,
Isk! Ini lagi seorang. Apalah punya soalan. Kurang sopanlah awak ni. Saya punya kemas tau. Sentiasa terjaga dengan rapi. He he he.
ad3ck,
He he he. Eksklusif tu...
M Rizq,
He he he.
Entah! Macamana boleh datang ilham.... He he
NBK,
Kau pun minat dia ke jang?
Terpesona sungguh aku tengok dia bercapoeira. :D
azwa,
He he he. Yang tersirat itu yang penting...
Di lengan kanan saja dah 7. Belum kira tempat lain tu...he he he...
Butaseni,
He he he. He he he. Sinis!
achik,
Eh! Macam biasa tengok saja achik ni. Tertengok ke, sengaja tengok? He he he.
Rabu, Oktober 03, 2007 10:52:00 PG, blackpurple @ jowopinter
nur@,
Saya memang degil pun.... [tapi baik hati] He he he!
mak su,
Tak maulah! Silap-silap terkehel pinggang. He he he.
Pegawai,
Aku cuma nak mengkayakan [mengayakan?] Digi, Celcom dan Maxis.. !
Itu belum masuk talian tetap!
lind,
Untuk menjadi bahan lawak, tak semestinya menjadi pelawak lind. :)
amirah,
Lawak dalam serius tu...Sinis! he he he!
khairyn,
Terima kasih...terima kasih....He he he
Tak sabar nak beraya nampak!
Kak Nurazzah,
Salam kembali Prof.
Tang kacak dan bulu mata lebat itu betul, tapi tang buku hidung panjang itu tak betul. [he he he!]
Insya-Allah, semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan keberkatan-Nya.
sya,
He he he. Hidup kena sentiasa lucu, baru tak stress kak sya!
He he he.
Qistina,
Saya lagi hairan dan takjub, bila lelaki tua ganyut, berperut buncit masih lagi bergelek di kelab-kelab dangdut. Tapi yang 'tak boleh' itulah yang orang suka![Itulah mesej saya sebenarnya :)]
Yang dua itu mewakili semua. Satu wakil pihak kabinet. Satu lagi wakil pihak penguasa. :)
Azzam Supardi,
Aku pun! He he he!
[Aku kelirulah. Kau dengan Azzam Bellamy sama ke? Ah Kim siapa pulak? Aku biasa ternampak nama Azzam Supardi di buku-buku 'Aku Hidup Dalam Blues' sebagai editor. Kau kan?]
Cikin,
Itu mewakili setiap pembekal talian yang ada. Kena asingkan untuk kegunaan rasmi, keluarga dan peribadi. He he he.
flush,
Terima kasih. Menyampaikan mesej serius dalam santai lebih mudah. :)
manjlara,
Kalau dah malas sangat, pergi kedai gunting rambut, mintak mamak guntingkan pun boleh. [tapi bukan sayalah :D]
p/s Mereka nak kembali ke zaman jahiliah barangkali :)
Tiara,
Malu-malu siput sedut. He he he.
Rabu, Oktober 24, 2007 2:56:00 PTG,
nak tau tak naper 'anak imam tak tutup aurat'? ia kerana,
iman adalah mutiara! iman adalah... mutiara... di dalam hati... manusia... yang meyakini... Allah... Maha Esa... Maha Kuasa.... tanpamu iman, bagaimana lah... bla bla bla
c/o : iman tak dapat... diwarisi.. dari seorang ayah yang bertaqwa.... ia tak dapat dijual beli... ia tiada ditepian pantai... walau apa pon... (uhuk! suara tak sampai pitch! tinggi sangat! he)
so, begitulah jawapannya, saya rasa...
kahkah kahkah .. hai kacak kekeke bape tahi lalat anda :P