Khamis, Disember 27, 2007
Biar berselirat, biar terbelit, biar terpulas, biar tersimpul, ia tetap bernama akar.

Akar itu mazbahnya nyawa, yang menyimpan daun menyimpan bunga, menyimpan buah pesonifikasi keagunganNya - M Nasir.

Kami panggil kuih ini djamal kunto, ada yang panggil karmos, atau cucur kembong panggilan Melayunya, atau kuih plontas. Dibelah di tengahnya dan ditaruh sambal kacang, atau boleh juga dicicah begitu saja. [Oh ya, bagi yang bertanya hari itu, lebih-kurang beginilah juga rupa kuih kedumus itu]. Sedap weh! Kalau makan kuih ini, Maya Karin lalu belakang pun tak perasan! Mana nak cari kuih ini di Kay Ell ek?

Saya berhenti sekejap di gerai tepi jalan. Saya jumpa pisang salai dan kerepek ubi perasa lada hitam yang saya suka di situ, tapi saya cuma membeli pisang tanduk. Pisang tanduk ranum bila digoreng, dicicah pula dengan sambal kicap Johor, tambah lagi kalau ada kopi 434 panas, pergh! Menangis wa cakap lu!

Pakcik beca [mungkin dalam lingkungan 77 tahun, atau lebih], sedang mengayuh becanya sambil enak menghisap cerut di bibirnya, di suatu jalan di Bandar Maharani. Tempat duduk becanya berwarna bendera Johor, biru dan merah, bumbungnya pula berwarna kuning. Pakcik ini saya rasa penyokong BERSIH juga agaknya.

Saya seperti tak jemu-jemu mengabadikan imej serupa ini di blog ini. Entah apa kesaktiannya, saya kurang pasti. Mungkin kerana parit - yang semakin sempit dan cetek - di depan rumah atok ini menyimpan banyak cerita zaman kanak-kanak saya.

Pekan Parit Jawa. Pekan yang masih dan sentiasa dekat di hati saya, sehingga ke hari ini. Deretan bangunan asalnya dibina sekitar 1920-30an. Antena yang menjolok awan itu salah satu identiti Muar.

Perencah mi bandung Muar yang dikirim oleh kawan-kawan blogger. Ada kawan kita yang seorang itu menempah sampai 10 paket, ahaks! Saya membelinya terus dari rumah pengusahanya, Wak Mat Rabu [Muor76, kau kenal dengan wak itu kan?]

Saya menemui tempayan - dipercayai berusia lebih 50 tahun - di kawasan rumah atok. Masih elok lagi. Saya cuci bersih-bersih, saya simpan di tepi tiang di bawah rumah. Nanti boleh dijadikan perhiasan laman rumah saya, insyaAllah.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 12/27/2007 02:27:00 PTG. |


59 Ulasan


Khamis, Disember 27, 2007 4:11:00 PTG, Blogger muor76

akor.. eh black ko ade tak akor-akor yg menarik yg leh dibuat perhiasan?
djamal kunto.. teringat mase gi rumah awek aku (skang bini) satu pinggan aku belasah.. huahuahua
gerai tu aku pernah singgah beli cempedak.. makan pisang, cicah sambal kicap, minum kopi sambil tengok cite kapten future.. kenangan mase kekecik
beca... teringin aku nak naik beca cam kekecik dulu.. tapi memandangkan pengayuh beca tu, cam rase kesian jerk...
parit.. ape nih dah cetek.. same le ngan parit aku mandi dulu.. dah digantikan ngan konkrit.. eh kat pt jamil mane leh dpt ikan laga lior?
ermm bile terpandang areal tinggi teringat member aku budak selangor.. dia ingatkan tiang burung tekukur.. kekekke
rempah tu selalunya aku beli kat rumah dia jerk black.. beli pakai timbang jerk..
weh tempayan tu ko bagi aku je lah... hehehheeh aku nak gak carik tempayan nak letak kat umah aku nanti.. heheheh

 

Khamis, Disember 27, 2007 4:46:00 PTG, Blogger DeeN

Akar seruntun paling menyengat!
Woah!! Banyak sungguh 'buah tangan' dari sana ek? Tp yang paling best rempah mee bandong tu ar.. tak eksport ke kl kah? ;) .. kalo nak borong rempah tuh macamana ek?

 

Khamis, Disember 27, 2007 5:36:00 PTG, Blogger achik

djamal kunto, karmos, cucur kembong, kuih plontas.. unik2nya nama kuih tu.. ;)

 

Khamis, Disember 27, 2007 6:27:00 PTG, Blogger Rush Murad

aku tak ingat bila kali terakhir aku jamah kuih plontas tu.... 20 tahun lampau? beli ler lebih rempah mee bandung tu, poskan kat aku di Miri ni....boleh? pisang goreng cicah sambal kicap buat pedas2....perrgghhh... naik nyungir bibir kalau makan...

 

Khamis, Disember 27, 2007 7:42:00 PTG, Blogger Cik Keju

isk..mesti best rempah mee bandung muar tu. lain kali nk order jugak boleh?

 

Khamis, Disember 27, 2007 8:19:00 PTG, Blogger sinaganaga

Kau lupa amek gambar Emporium Senyum. :)

 

Khamis, Disember 27, 2007 8:32:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Salam & selamat kembali,

Tempayan itu...mengingatkan saya bagaimana susahnya emak mengangkat air minuman dari pili rumah jiran menggunakan baldi buat minuman kami sekeluarga. Sekitar 1970-an, saya sekeluarga mandi air sungai dibelakang rumah kerana abah tidak mampu menyediakan bekalan air paip ke rumah...oooh jika dikenang bisa jatuh lagi airmata. Hanya yang melalui akan bisa memahami.

 

Khamis, Disember 27, 2007 8:42:00 PTG, Blogger Pa'chik

bos... djamal kunto tu.. ada macam chakoi eh?

sepeket berapa rempah tu bos?

 

Khamis, Disember 27, 2007 11:12:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Walau bagaimana bentuknya, akar tetap menjalankan fungsi yang sama.
Kuih karmos tu kena buat sendirilah gamaknya.
Kerepek ubi perasa lada hitam, sesuatu yang baru.
Penarik beca yang patriotik, serta penyokong bersih yang tabah.
Parit perlu didalamkan, langkah mengelak banbjir!!!
Antena tinggi untuk mendapat siaran dari Singapura atau Indon tu?
Wakil penjual rempah tu ke?
Tempayan tu muda sedikit je dari saya. Boleh jadi barang antik tu, macam saya.

 

Khamis, Disember 27, 2007 11:45:00 PTG, Blogger Nunn

rempah mee bandung tu mana nak cari?

 

Jumaat, Disember 28, 2007 12:05:00 PG, Blogger arsaili

salam..uiksss...byk nya rempah tu...sodap nya wat mi bandung

 

Jumaat, Disember 28, 2007 1:14:00 PG, Blogger Kerp (Ph.D)

salam wak,

yang djamal kunto tu, kuah kacang dia ada letak daun sekor ke? saya tau kuah kacang yg dimakan dgn pecal mmg letak daun ni. lagipon mmg terkenal dgn masyarakat jawa. sorry wak kalau saya silap. tapi bukan setakat gambar2 je, nama2 makanan pon menarik.

*wak, ada gambar besengek? nak jugak tau mcmmana rupanya.

 

Jumaat, Disember 28, 2007 7:20:00 PG, Blogger zino

kalau dolu21 tempayan tu di isi air letak tepi tangga..bila nak naik rumah basuh kaki dulu..

 

Jumaat, Disember 28, 2007 8:47:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Gambar-gambar mewakili jiwa si perakam gambar :-)

 

Jumaat, Disember 28, 2007 9:02:00 PG, Blogger Sastri

bila tengok gambar akar tu, teringat pulak kat pesan arwah mbah lanang : walau di mana berada, setinggi mana kejayaan dikecapi, semewah mana kehidupan, sejauh mana merantau, walau dah berkahwin dan berkeluarga sendiri, jangan sekali-kali lupa akan asal-usul kita...

cintanya pada asal-usulnya lah menyebabkan arwah tidak mampu berbahasa melayu tanpa 'slang' Jawanya yang pekat padahal dah lama menetap dan bekerja di sini...

rindu pulak kat arwah, :(

nampak gayanya u boleh menjadi pengedar rempah mee bandung kat KL ni... boleh la mintak peratus dari Wak Mat Rabu... :D

 

Jumaat, Disember 28, 2007 11:37:00 PG, Blogger NBK466

Teori den bila makan pisang mahupun keledek/ubi/keladi goreng..kalau gorengan tuh manis mmg cicah dgn sambal kicap..kalau masam cam pisang tandung den cicah dgn gula..kalau masam2 manis..cicah diantara dua pun WOKEY..he..he..he..

 

Jumaat, Disember 28, 2007 11:50:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Mee bandong muor yang tak tahan tu! Nyam!

 

Jumaat, Disember 28, 2007 12:00:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

bak mai lah tempayan tu kat mama...

mama ni suka kumpul brg antik...

 

Jumaat, Disember 28, 2007 1:13:00 PTG, Blogger nanonano

salam,

mee bandong muar xpenah mkn!
tp klu ade org nk kasik rempah tu,
bley gak try,
hikhiks :p

ade berani??

 

Jumaat, Disember 28, 2007 1:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

jgn sangka akar tidak berguna lagi :)

suh ler orang umah belajar wat kiuh tu, gerenti leh makan puas2 walaupun dok kay ell.

makan pisang tanduk goreng ngan air kopi mmg sedaaaappp.

BERSIH betul beca pakcik tu kan.

mana2 parit yg dulunya tempat mandi manda, kini semuanya dah semakin sempit.

ha'alah tak pasan lak antenna yg menggalah tu.

leh jadi pembekal kat kay ell ni.

gendong ini sungguh noslagik! jangan di sia2kan, sudah nak dapat skang wooo.

:)

 

Jumaat, Disember 28, 2007 1:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam bro BP , balik kg aidiladha tu hari erk ? djamal kunto tu macam yg biasa mimie beli kat parit bulat jer rupanye . beli kat sana gak ke ? ermm...ada gak terselit gambar office mimie kat pekan parit jawa tu . entah bila la gaknye dapat jumpa bro nih walaupun kg kite ni sebelah jer .

 

Jumaat, Disember 28, 2007 3:05:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

muor76,
Aku sengaje taruk gambor akor pokok kopi tu kat atas sekali, pasal mesej cerite bergambor aku nipun pasal ‘akar’ jugek [yang tersiratnye ler]

Kalo engko nak carik akor yang cantik-cantik, kena ler panjat Bkt Mor tu Muor. Macam-macam bangse akor engko bole jumpe. Kalo nasib engko baik, harimau akor pun engko bole jumpe. Hehehe.

Engko pun suke juge kuih tu ek. Ingatkan aku sorang jek suka. Hehehe. Kalo djamal kunto tu, jangankan satu pinggan, satu besen pun aku sanggup bersila abiskan Muor. Pakkal kat sini takde jual, kalo tak……... Hehehe.

Kitekan lebih-kurang sebaye [hahaha], tapi mase tu aku tak dapat tengok Kapten Future macam engko pasal rumah atok aku dulu tak ada tv. Karen pun tak masuk lagi. Huhuhu.

Kesian ek tengok pakcik tu. Dah ler tua, kayuh tengah-tengah panas bute pulak tuh. Agaknye cume hobi dia kot kayuh beca. Kalo nak diikutkan kat bandor Muor tu mane ade lagi orang nak naik beca, kalo adepun mungkin pelancong ler, yang nak jenjalan tengok bando Muor.

Parit tupun dah kire ‘cantik’ Muor, baru dikeruk 1-2 bulan lepas, lepas banjir kilat kat kawasan Parit Jamil hari tu. Kalo tak, habis semak. Aku panggil ikan laga tu ikan tempolo. Entah-entah ikan tupun dah pupus agaknye sekarang. Hehehe.

Ariel tv rumah emak abah aku takde ler tinggi macam kat gambor tu, tapi siaran tv Singapura dengan Indonesia misih bole dapat tengok lagi. Tv Singapura kalo cerite romen-romen pun selambe dia tak potong ek. Hehehe

Mase aku pegi rumah wak Mat Rabu hari tu, dia tak ade. Dia pegi pasor agaknye. Aku ambik dari anak dare dia, kalau tak salah aku ler. Kalo ambik sendiri dengan wak Mat Rabu, aku bole tawor regenye, dapat rege murah siket. Hehehe.

Maap ler, aku tak jual! Hehehe. Tapi tempayan macam itu ade jual kat kedai pasu tapi mahal ler regenye. ‘Nilai’ dan ‘sentimental’nye pun tak same ler. Selain tempayan tu, tempayan jenis yang besor, yang selalu orang kampung buat tadah air ujan tupun aku dah cakap dengan mak aku, aku nak bawak balik Kolumpo. Kena antor pakai lorilah nanti nampaknye. Tempayan besor tu masuk kereta mane muat. Hehehe

Panjangnye aku jawap ulasan engko nih Muor. Tak pernah-pernah aku gune bahase Muor dalam blog ni. Tu ler, bile orang Muor jumpe orang Muor, memang tak abis kalo nak bercerita ek. Hehehe!

nur@,
Akar seruntun itu apa ha?

Penuhlah juga bonet kereta. Tiada dalam gambar; buah kedondong, jambu air, ikan kapak, bla..bla..bla…. Semua benda-benda eksotik kampunglah. Hehehe!

Pasaran perencah mi bandung yang jenama Berkat itu sekitar negeri2 di selatan saja rasanya. Bawa balik ke KL itupun sebab kawan-kawan blogger yang kirim. Kamu nak borong berapa kilo? Pakai poslah kot. Hehehe


achik,
Entah kreativiti siapalah agaknya yang mencipta nama kuih itu....

Itu belum lagi rasa achik. Kalau dah dapat rasa sekali, mesti nak makan lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi…. Hehehe!


Rush,
Emak aku tahu, aku sangat suka dengan kuih itu, itu yang dia buatkan masa aku balik kampung. :D

Tak ada masalah. Satu cara sajalah kalau nak hantar ke tempat kau, pakai pos. Kalau di simpan di dalam fridge, dibekukan boleh tahan lama. Satu paket itupun boleh makan untuk 5-6 orang.

Hehehe. Nyungir yang tak tahan tu.


Cikin,
Boleh, tak ada hal punya. Kena bagitahu awal-awallah. :D


Sinaganaga,
Hehehe. Lama aku tak ke Senyum itu [Eh! Wujud lagi ke Senyum tu?]. Aku selalu ke Wetex jer.


Waterlily,
Salam kembali, terima kasih,

Tempayan itu seingat-ingat saya, dulu atok letak di tepi tangga anjung untuk menjirus dan mencuci kaki sebelum naik atas rumah.
Walaupun tempayan seperti itu mungkin ada dijual di mana-mana kedai pasu klasik, tetapi 'nilai', 'cerita' dan 'kenangan'nya tak sama.


Pa'chik,
Cakoi itu panjang-panjang, yang ini bulat-bulat, lonjong, rasanya pun lain. Tapi dibuat dari tepung jugalah.

RM2.50. Kau nak ke pa'chik? :D

 

Jumaat, Disember 28, 2007 3:42:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan

~ Betul. Akar itu menjadi tunjang dalam kehidupan. Juga asal usul kita.
~ Itulah. Kuih tradisi / eksotik seperti itu kalau generasi hari ini tak mahu belajar membuatnya dari orang tua2 yang masih hidup, lama-kelamaan nanti akan pupus.
~ Kalau di tempat IKS di Air Hitam, Batu Pahat sana, sudah bermacam-macam perasa kerepek ubi ada tuan. Perasa lada hitam, perasa bawang, perasa keju, masam-manis, macam-macam perasa lagi ada.
~ Tahniah kepada pakcik pengayuh beca itu!
~ Itulah dia. Parit itu baru saja didalamkan sebenarnya. 2-3 bulan lepas bersemak-samun, dah banjir baru 'yang berkenaan' datang bersihkan.
~ Itu untuk mendapat siaran tv Singapura dan Indonesia dengan jelas.
~ Saya tolong2 saja tuan. Mana-mana kawan-kawan yang kirim, saya belikanlah. Kalau nak cari perencah mi bandung yang asli di Lembah Klang ini memang susah, kalau ada pun entah apa-apa rasanya.
~ Lagi antik, lagi berharga tuan :)


nunn,
Di luar Johor, memang tak ada jual jenama yang di dalam gambar itu. Kalau jenama lain mungkin ada, tapi aku tak pasti keaslian perisanya. Pernah juga mencuba jenama lain yang dijual di Putrajaya, tapi rasanya tak asli.


arsaili,
Salam kembali sdra,

Ya, ya. Hidup mi bandung Muor!


kerp,
Kuah kacang ini kuah kacang yang biasa, cuma lebih pedas dan cair sikit, tak ada letak daun itu.

Nama-nama penganan Jawa memang pelik-pelik sdra. Sdra kena belajar biasa-biasakanlah.. Ehem...ehem.... :D

'Besengek' itu apa ek? Kali pertama dengar nama ini. Mungkin tempat kami lain sebutannya. Nanti saya cuba tanya-tanyakan kawan-kawan Jawa yang lain.


Zino,
Betullah tu. Tempayan yang di atas itupun. Dulu atok letak di bawah tangga anjung rumah.


Bunga Rampai,
Salam kembali BR,

Terima kasih. :)

Tak kiralah apa orang lain nak kata, bagi saya, saya bangga dan tak malu mengaku dan menjiwai 'akar' saya.

 

Jumaat, Disember 28, 2007 4:21:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

bro,kalau kat tempat aku kuih yg seakan akan djamal kunto tu dibuat dari tauhu,digoreng dan ada kuah kacang jugak didalam.namenya
'taukua sumbat'hehehe

jangan takut lepas ni aku suruh maya karin kerja dengan aku bila aku bukak gerai djamal kunto nih kat KL,kau boleh nikmati 2-2 skali hihihi

 

Jumaat, Disember 28, 2007 4:37:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Sebab itu gambar akar itu diletakkan di atas sekali. Gambar-gambar lain adalah rentetannya. :)

Betul. Asal usul kita itu jangan sesekali dilupakan. Bukan setakat dari mana kita dilahir dan dibesarkan, tetapi skop yang lebih besar dari itu, mempertahankan keperibadian dan santun bangsa kita, keperibadian kita, bahasa kita, budaya kita, tradisi kita.

Akan terasa sedikit rugilah kalau generasi Jawa akan datang tak dapat memahami bahasa Jawa, apatah lagi untuk menuturkannya. Dan lebih parah lagi kalau segan-segan juga untuk bercakap bahasa Melayu. Bukan bermakna bahasa Inggeris itu tidak penting, tetapi bahasa ibunda itu patut dijunjung. Kalau tidak kita, bangsa sendiri, jangan diharap bangsa lain mahu menjunjungnya. Kan?

Rasa terkilan juga tak sempat nak belajar bahasa Jawa halus dengan almarhum atok dulu :(

Nanti nak kena cerita dengan wak Mat Rabu dulu. Wakil penjual di Putrajaya dah ada tu. Hehehe.


nbk,
Teori mana ekau pakai ni jang? hehehe.

Aku kalau makan pisang goreng, pilih yang lembik-lembik, yang dah betul-betul masak. Pergh!, berpeluh-peluh dibuatnya kalau makan dengan sambal kicap!

Aku keladi goreng tak 'jalan' sangat, tapi kalau keledek atau sukun goreng, memang tak tolak... Hehehe!


Azzam,
Yang dah pernah makan saja tau kelazatannya ek ?!

Ndelok gambar pun wis kemecer! :D


mama ranggie,
Maaf. Tidak untuk dijual. Hehehe.


nano2,
Rugilah kalau tak pernah merasa mi bandung Muor. Kata orang, macam tak lengkap hidup. Hehehe!

Berapa paket nak? :D


ayu mkay,
~ Akar tetap bernama akar :)
~ Nak kena cari resepinya dulu, baru boleh belajar buat :D
~ Nak nak lagi kalau kopi 434!
~ Hidup pakcik!
~ Ada juga sesetengah parit yang kecil terkambus, pupus terus, isk!
~ Di belah-belah Johor utara saja boleh jumpa antena serupa itu :D
~ Kalau ada permintaan. Hehehe
~ Gendong ke gentong? Sebab itu simpan siap-siap. Jangan kena 'curi' dahlah. :D


mimie,
Waalaikumusalam,

Balik juga hari Raya Korban hari itu. Taklah, kuih itu emak kami yang buat. Adk-adik pun dah pandai buat sendiri.

O, kerja di Pt Jawa ek. Ingat nak balik tengok persembahan kuda kepang Wak Samad hujung minggu ini, tapi tak sempat kot Hehehe.


Butaseni,
Itu tauhu sumbat, lain. Itu semua orang pun tau. Hehehe.

KJ tak marah ke nanti? hahaha!

 

Jumaat, Disember 28, 2007 6:27:00 PTG, Blogger aNIe

BP...kuih2 yang disebut tu tak pernah kak lady dengar..kerepek ubi perasa lada hitam pun baru bagi akak...tapi kalau kopi 434 tu memang dah jadi minuma kak lady sekeluarga...2 thumbs up...hehehhe

Kak lady ni kalau paste untuk Mee bandung selalunya beli yang jual kat Stesyen Petronas berdekatan..sedap jugak...tapi jarang dah masak sebab ada perasa udang kering...hubby akak takleh makan...biar pun mee bandung tu kegemaran dia...

Kak lady tak dpt lagik ambil gambar anak sungai tempat berkubang kecik2 dulu...sebab dah takde pun...hehehhe

 

Jumaat, Disember 28, 2007 6:28:00 PTG, Blogger DeeN

Akar seruntun tuh yg pahit2 rasanya tuh. Pahit gile. Ustazah aku penah suruh aku bawak ako seruntun tuh, nak hukum budak2 nakal. Aku bagi syarat kat beliau, kalo nak aku bawak g skolah buleh, tp jgn denda aku skali le hak hak hak!!

 

Jumaat, Disember 28, 2007 6:50:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

takkan gambar aje kot. bagi la yang real punye skali... (aku maksudkan kuih dan pisang itu, bukannya beca mahupun pakcik beca tersebut)

 

Jumaat, Disember 28, 2007 6:54:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

salam wak,

sori wak, saya rasa saya sala eja benda tu kot. sebutan pon ntah betul ke tak.

teman saya, melayu jawa morib, pernah cuba ajar saya bahasa jawa tapi kalau tak praktikkan memang kejap je boleh lupa. setakat orak, jalok ambong, ketek tu ingat laa...hihi...

InsyaAllah kalau ada rezeki dpt menikah nanti, boleh la belajar sikit2 dgn wak. bukan apa, nak ambik hati mak-bapak dia je...hehehe

 

Jumaat, Disember 28, 2007 6:54:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

lupa pulak...terima kasih wak.

 

Jumaat, Disember 28, 2007 8:16:00 PTG, Blogger khairyn

Akar mengingatkan kita tentang asal usul dan susur galur. Aku juga suka gambar tempayan tu. Ada satu kat rumah. Dulu ada 3 tempayan besar siap dengan ukiran naga di kiri kanan dan tengah tempayan tu. Sayang tinggal begitu saja masa kami pindah melaka. Mungkin dah pecah atau hilang.

Kopi 434 haha.. kopi istimewa. Sampai abah terpaksa pos ke sini. Harga kopi tu tak sampai pun RM15 tapi harga posnya RM40 haha. Sudah tinggal separuh saja dalam balang.

 

Jumaat, Disember 28, 2007 11:55:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kuih tu biasanya letak sambal tumis kan sebagai inti dia?

puas aku berhari raya haji kat muor aritu. memenuhi undangan kawen kat pt sakai dgn seri menanti..

 

Sabtu, Disember 29, 2007 12:12:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Tengok gambar Pt Jawa, teringat kat pekan Pt Raja.

Aku dah pindah kerja kat Dungun, lambat bangat aku akan sampai juga kat Muor ni... huhu.

 

Sabtu, Disember 29, 2007 10:26:00 PG, Blogger Pa'chik

aku tanya tu pasal chakoi tu.. dari segi rasa lah... ekekeke...

err... oder lima ratus peket buleh? kalau tak leh... bak pat peket dah lah... ekekeke....

 

Sabtu, Disember 29, 2007 1:03:00 PTG, Blogger Monster Mom

Indah. Kampung halaman sendiri mmg tiada tolok banding....

 

Sabtu, Disember 29, 2007 3:31:00 PTG, Blogger ManjLara

imej2 sebegini sememangnya bersakti! biar dijaja setiap hari disini pun, saya tak jemu menatapnya. Walaupun kampung masing-masing punya kelainan, namun jika melihatnya dari hati, pasti bertemu titik persamaan itu :)

terima kasih krn berkongsi.

 

Sabtu, Disember 29, 2007 5:04:00 PTG, Blogger hakim dirani

Wah, bila BP tunjuk gambar gambar tu, teringat saya suasana Malaysia. wah rindu! rindu!

 

Sabtu, Disember 29, 2007 7:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak Lady,
Sekarang ini kerepek ubi dah macam-macam perasa ada kak lady. Yang perasa black pepper itu memang saya suka. Lebih sedap dari rasa kerepek kentang Pringles Mr Potato tu [bagi sayalah] :D

O, jenama apa ek yang di stesen Petronas itu? Saya pun sekali-sekali saja makan, takut kolestrol! hehehe!

Itulah. Banyak parit yang dah pupus sekarang.... :(


Nur@,
Kalau kamu bagi nama saintifiknya, mungkin baru aku boleh kenal pokoknya macamana. Hehehe


kamaruladli,
Kau kena datang sini, kalau kau nak rasa. Hehehe.


kerp,
Waalaikumusalam sdra kerp,

Istilah Jawa kadang-kadang berbagai untuk benda yang sama, macam-macam, ikut tempat kadang-kadang. Kalau kena bahasa Jawa halus, lagilah, saya pun tak faham!

Frasa njalok ambong itu memang sudah terkenal. Hehehe.

Tak apa, alon-alon angger klakon [perlahan-lahan asal terlaksana :D]. Kalau perlu bantuan, saya sedia membantu. Hehehe.


khairyn,
Ya. Akar. Memang itupun mesej cerita ni. :)

Sayangnya.... Bukan senang nak cari tempayan serupa itu sekarang. Kalau adapun mahal.

Tak apa. Kopi 434 punya pasal! Memang Umphhhh! [Kopi Lasindar pun tak boleh lawan, hehehe]


nizar,
Taklah. Yang sambal tumis itu kuih lain. Yang ini pakai sambal kacang.

Dah sampai Muor, tak singgah rumah aku punnn...


mazudi,
Pekan Pt Raja mana satu maksud kau zudi? Di Johor ada dua Pt Raja. Di Batu Pahat ada, di Muar pun ada.

O, dah di Dungun. Harap-harap kau akan sampai di Muor juga nanti. :D


Pa'chik,
Oooo.... Hehehe!

Kalau nak 500 poaket, lebih afdal kau beli yang timbang punya, lepas itu kau bungkuslah sendiri. Hehehe. Serius ke kau nak ni pa'chik?


monster mom,
Betul. Tempat asal kita juga yang terindah. :)


manjlara,
Setiap orang akan melihat gambar2 itu dengan perspektif masing-masing. Ikut tafsiran dan jiwa masing-masing. Bagi yang 'merasa' mungkin akan terasa 'dekat' dengan gambar2 itu :)

Sama-sama. Terima kasih.


Hakim Dirani,
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri........ :)

 

Sabtu, Disember 29, 2007 9:26:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

suka! suka semua gambar2 ni...ada nilai estetika tersendiri..paling suka gambar pakcik beca n akar berselirat tu. BP...tempayan tu tinggi nilai tu...simpan le elok2, kalau taknak kasi meen eyh..

 

Ahad, Disember 30, 2007 12:38:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Fhoto yang ada nyawa :)
Tahniah!

Oh oh!
Saya suka pisang tanduk rebus..
Cecah dengan sambal kicap sambil minum kopi panas..
mak aii.. masyuk!!

he he he..

 

Ahad, Disember 30, 2007 2:17:00 PTG, Blogger maklang

salam...

cantek2 nya gambo...

 

Ahad, Disember 30, 2007 4:42:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hahahaha 'jamal kuntoq' lama benar aku tak dengar orang sebut kat KL ni, orang sini panggil cakoi ... hehehe kapan arek ngombe?

 

Isnin, Disember 31, 2007 11:42:00 PG, Blogger arianna adrizal

tiba2 rasa mcm nk balik kg pulak.. hehe

 

Isnin, Disember 31, 2007 1:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Dari pengamatan saya, tentu anda ada banyak pengajaran untuk di kongsi dan di jadikan pedoman pula di tahun hadapan. Oleh itu sila lawati blog saya untuk keterangan lanjut. TK.

 

Isnin, Disember 31, 2007 1:29:00 PTG, Blogger 13may

cantik la tempayan tuh...

btw, Wishing you a happy and prosperous new year..

 

Isnin, Disember 31, 2007 1:33:00 PTG, Blogger Mak Su

saya leka tgk gambar2 kat sini... sampai bersinar2 biji mata dibuatnyer, tambahan lagi akar tu. btw, saya nyer alarm lagu amuk, lagu akar... kuang kuang kuang. selamat menyambut tahun baru 2008 dengan ceria.

 

Isnin, Disember 31, 2007 1:57:00 PTG, Blogger Orked

kakjie tak pernah arr makan djamal kunto...tak pernah gak tgok rempah mee bandung ituuuuu...boleh request tak?

 

Isnin, Disember 31, 2007 5:17:00 PTG, Blogger JBM8141

Pisang tanduk ranum bila digoreng, dicicah pula dengan sambal kicap Johor, tambah lagi kalau ada kopi 434 panas....

aduhai...

 

Isnin, Disember 31, 2007 5:56:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Kuih jamal kunto tu aku rasa kuih cakoi.

Kalau kat utara orang panggil pak tongko.

Mungkin sebab tu P.Ramlee guna nama Jamal Pak Tongko dalam 3 Abdul.

 

Isnin, Disember 31, 2007 6:56:00 PTG, Blogger Titicaca

kuih tu cam kuih cakoi jeee..pastu kan, buleh ke aku nak order rempah tu? buleh laa..ok?ok?ok?

 

Isnin, Disember 31, 2007 8:54:00 PTG, Blogger Pa'chik

apa pulak tak seriyus nya... yang lima ratus tu tak lah.. yang pat peket tu... nak lah...

aku oder kat kazen aku.. macam celaka... asek lupe je... tapi dia kat tangkak lah...

 

Selasa, Januari 01, 2008 6:20:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

meen,
Terima kasih! [7 x]

Kena insurankan nampaknya tempayan itu. Hehehe!


Akira,
Terima kasih! [7 x]

Saya kalau pisang tanduk rebus, tutul dengan kelapa campur gula + garam. Pergh!


mak lang,
Salam kembali mak lang,

Terima kasih!


Serunai Faqir,
Ye ke? Macam tak berapa yakinlah yang itu cakoi, sebab rasanya macam tak sama. Entah..

Kapan-kapan pun keneng nik arek ngombe. Ngomong waey nang endi...Hehehe!


Anne,
Balik, jangan tak balik! Jambatan Pt Jamil tu bilalah nak siap agaknya ek..?


Tuan Zabs,
Waalaikumussalam tuan,

InsyaAllah, nanti bila senggang saya singgah blog tuan :)


13may,
Tempayan antik tu!

Selamat 2008 juga untuk kau! Selamat!


Mak Su,
Sengaja saya muat naik gambar2 itu guna imageshack. Nampak jelas dan besar.

O, minat Bandi ek? :D Mula2 nak letak lagu Akar Kita - M Nasir tu dalam blog ni tapi tak jumpa lagu tu.

Selamat 2008 juga untuk mak su.


kak jie,
Rasanya lebih kurang macam cakoi. Tapi lain sikit. Sedapppppp!

Boleh kalau nak request perencah mi bandung itu. Nanti-nanti saya balik Muor lagi boleh ambilkan. Ramai juga yang kirim selalunya.


jbm,
Aduhai..

Dengarpun sajapun dah meleleh-leleh air liur ek.


Pegawai khalwat,
Lebih-kuranglah. Sama tapi tak serupa.

Hehehe!


Titicaca,
Macam, tapi tak serupa kot

OK. Nak tempah boleh, tapi kenalah tunggu aku balik Muor bulan depan. :D


Pa'chik,
Aku pos kat kau lain kali sebab stok yang ada dah habis. Cepat betul kena sambar. Hehehe! Tak apa, bulan depan insyaAllah aku balik Muor lagi. Aku bawak banyak sikit.

Perencah mi bandung ada macam-macam jenama Pa'chik, kalau tersilap beli yang tak asli punya, pun celaka juga. Hehehe!

 

Rabu, Januari 02, 2008 12:35:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Asslm...
Hei wak jowo.... Karmos memang hebat... Rasanya hanya boleh diungkapkan oleh orang yang pernah makan....

Aku rindu kampung... Simpang seri Dalam... Parit Yusof....

 

Rabu, Januari 02, 2008 10:16:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

434? nangis? uhuk... skrg saya nangis sbb dah tak boleh minum 434, jadi tersedak dgn serbuk dia, jadi batuk! betul nangiiis...

 

Rabu, Januari 02, 2008 2:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

abang Tam,
Waalaikumusalam,

Betul!

Seudara-mara dan makcik saya pun tinggal di Seri Dalam. :)


lee lin,
O, kira alah dengan kopi 434lah ni. Kasihan....

 

Rabu, Januari 02, 2008 5:13:00 PTG, Blogger IBU

Here for the first time. And sungguh pleasantly surprised. Lawo gambo-gambo. Pandai awak amek gambo ek? tee hee hee... Cakap pasal goreng pisang, teringat la makan goreng pisang spesel yg Mak Ram Wak Jayus jual, takde kat KL nih - cicah kicap cili padi! Ohh... nikmatnya!

 

Khamis, Januari 03, 2008 2:10:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

IBU,
Terima kasih ya singgah di blog saya.

Terima kasih. Saya tak pandai tangkap gambar, baru-baru belajar :)

 

Rabu, Januari 09, 2008 12:39:00 PG, Blogger nor~

kang,kalau kat kampung nor kuih tuh orang panggil "kuntas"...sarapan wajib kalau balik kg,awal2 call tauke warung malam tuh utk order pagi esok..especially kalau time awal2 bulan,sure ramai anak2nya yg kat rantauan balik muo..kalau lambat abis lor..hmm kat kl tak penah jumpa plak "kuntas" neh..kalau cakoi ada lar..hmm bleh buat bisnes neh..jual depan tesco puchong ok tak kang? heheheh

 

Rabu, Januari 09, 2008 2:34:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nor,
OK juga tu. Nanti kalau ternampak ada orang jual 'jamal kunto' depan Tesco Puchong tu, Tak ada orang lainlah.... Hehehe.

Oh ya! Boleh promote minyak wangi sekali.... :D