Isnin, Disember 10, 2007
Warna pagi masih kelam. Matahari masih segan-segan, baru bangkit dari tidurnya. Saya menyorong keluar basikal Raleigh hitam berpalang yang bersandar di tiang bawah rumah. Menuntun dan mula mengayuh. Angah membontoti saya di belakang. Jarak dari rumah ke sekolah kami berbatu-batu jauhnya. Kami meredah lorong tanah gambut di celah-celah pokok getah, menyusuri jalan pintas di kebun kelapa sawit, juga melewati sisi dapur rumah orang. Bila hujan, jalan benyek dan becak di sana sini, saya dan Angah membungkus kaki kami - yang sudah bersepatu Warrior berkapur putih itu - dengan plastik. Sepatu dan stokin kami selamat dari percikan liar air tanah dan merah batu laterit.

Hanya sesekali saya dan Angah merasa dihantar dan dijemput abah dengan motorsikal Honda C70 abah itu. Itupun bila tayar basikal kami pancit atau bila hari hujan lebat - yang memaksa abah terpaksa bercuti menoreh.

Tengahari. Seusai kelas sekolah kebangsaan, saya dan Angah bergegas-gegas pula menukar pakaian seragam kami kepada baju teluk belanga putih, bersongkok dan bersampin hitam. Kami bersiap-siap untuk ke sekolah agama pula. [Di negeri itu, bila murid sudah sampai darjah dua atau tiga sekolah kebangsaan, wajib pula mendaftar darjah satu sekolah agama kerajaan negeri].

Petang, sehabis kelas sekolah agama, kalau tidak melencung ke mana-mana padang bola, kalau tidak berkubang di mana-mana parit atau kalau tidak singgah di mana-mana rumah kawan, kami cepat-cepat berkayuh pulang ke rumah.

Malam. Pukul lapan suasana di sekeliling rumah kami sudah sunyi sepi. Gelap malam cuma diterangi cahaya lampu pam cap kupu-kupu dan liuk api dari sumbu pelita minyak tanah. Makan malam kami seadanya. Kami bersila di atas tikar mengkuang mengelilingi dulang besar. Berlaukkan ikan, sayur - biasanya pucuk ubi, pucuk paku atau daun so yang emak petik di tepi laman rumah, sambal - samada sambal belacan, sambal tutuk atau sambal tumis dan ikan kering - selalunya gereh bulu ayam, layur atau kapak. Ada ketikanya, di waktu-waktu sedang kesempitan, juadah kami cuma berlaukkan ikan bilis goreng dan sayur pucuk ubi.

Rumah kami tiada tv. Hiburan yang ada cuma sebuah radio pemain kaset separuh rosak, yang terkulai antenanya. Radio itu perlu ditepuk-tepuk dan digegar-gegar dahulu sebelum mendapat siaran yang jelas. Kalau sesekali kepingin menonton cerita Melayu, kami bertandang ke rumah jiran, nun di hujung kampung sana. Suara dari peti tv di sudut ruang tamu itu sesekali diganggu deruman generator yang mengaum sayup-sayup di bangsal belakang dapur.

Malam juga waktu saya dan Angah belajar mengaji Al-Quran. Anak-anak jiran yang sebaya dan ada yang tujuh lapan tahun lebih tua dari saya juga menumpang belajar sama. Emak cukup garang bila mengajar kami mengaji. Pantang tersilap sedikit, seperti mahu tertanggal cuping telinga saya dan Angah dipiatnya.

[Bersambung...]

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 12/10/2007 02:07:00 PTG. |


44 Ulasan


Isnin, Disember 10, 2007 2:43:00 PTG, Blogger Pa'chik

bikin derama best neh...
sungguh..
ni cerita samarendabodoh tu.. asek cerita pasal masalah orang kaya je...

 

Isnin, Disember 10, 2007 2:43:00 PTG, Blogger Sastri

hmmm... tak jauh beza aktiviti kita semasa kecil... i pun, balik sekolah, salin baju kena p mengaji plak... balik dah kol 6 ptg... malam buat kerja rumah, pastu tengok tv kalau sempat dan tidur... cuma mungkin latar belakangnya berbeza sebab di kampung i dah ada eletrik dan kampung i ni err.. kampung batu...

 

Isnin, Disember 10, 2007 2:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Mak aku ngajar ngaji jugak. Kalau marah, mak aku suka cubit kat tetek. Aduh! Semacam pedihnya!

 

Isnin, Disember 10, 2007 3:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku tak pernah merasa kena piat kat mak bapak aku... kena rotan/penampar cikgu sekolah tu pernah la... haha!

 

Isnin, Disember 10, 2007 3:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP...di negeri merah kunen...kalo sekola kebangsaan darjah satu, sekola agama pon darjah satu...tapi tak diwajibkn...

 

Isnin, Disember 10, 2007 3:45:00 PTG, Blogger MYA MARJA

Assalamualaikum,
Layan kenangan akhir-akhir tahun ini. Ceritamu lebih kurang dengan ceritaku. Susah yang dahulu adalah pengingat masa senang kini. Susah kini tidak sesusah masa lalu.

 

Isnin, Disember 10, 2007 3:50:00 PTG, Blogger achik

saya pun belajar ngaji ngan mak saya je.. err tapi x penah kena piat kot w/p mak saya buleh tahan garang gak.. hehe ;)

 

Isnin, Disember 10, 2007 4:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

syahdunya...sesuai pulak lagu ngan entry ni..ish..betul betul sayu laaa..

 

Isnin, Disember 10, 2007 5:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'chik,
Kau tengok drama Melayu jugak ke pa'chik? He he he.

Mereka itu cuma pandai 'berlakon' Pa'chik. Dalam drama dan dalam realiti kehidupan juga.


Sas,
Yang tersurat, ya. Dalam umur sebegitu rasanya kebanyakan kanak-kanak menjalani aktiviti yang lebih kurang serupa.

Cuma yang tersiratnya mungkin berbeza [yang rasanya jauh berbeza dengan situasi u]. Ada keresahan dan keperitan yang ingin disuarakan dalam cerita itu. Tentang 'akar' dan 'asal-usul' juga. Rakan-rakan yang 'senasib' barangkali dapat mengesan dan turut merasa.

Tempat u bukan kampung... :p


Azzam,
He he he. Pun biasa juga kena cubit di situ. He he he. Kenangan.


mudin,
Emak aku pakar piat telinga, abah aku pulak pakar menghambat dan libas tali pinggangnya. Kerana piat dan libasan tali pinggang di punggung itulah, aku jadi manusia hari ini. He he he.


mg,
Salam kembali,

Struktur sekolah agama di negeri biru merah itu lain. Ditakbir oleh Jabatan Agama Islam. Dari darjah satu sampai darjah enam, kemudian sambung ke darjah khas. Kalau cemerlang ke sek arab.


Mas Mya Marja,
Waalaikumussalam,

Sebagai penutup tahun 2007. :)

Betul. Cuma yang pernah melalui dan merasainya, akan dapat merasa. Mudah-mudahan kita sentiasa ingat akar kita dan dari mana kita datang.


achik,
Kamu budak baik dan mendengar kata, tak perlulah mak kamu piat-piat. He he he.


meen,
Kebetulan lagu itu menceritakan anak Johor yang merantau. Cuma mungkin lain sedikit cerita di sebalik liriknya itu. :)

 

Isnin, Disember 10, 2007 8:22:00 PTG, Blogger Unknown

mak sy pong garang bila ajo ngaji..

arr pucuk ubi tu kegemaranku..

sambal tutuk tu ape?

 

Isnin, Disember 10, 2007 10:32:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Sdr BP,
Kenapa cerita kita sentiasa punya banyak persamaan? Sedihnya bila ke sekolah musim hujan.....uniform basah,tapi kita pernah memonteng. Zaman anak-anak kita kini...memonteng adalah lumrah(biasak aaa brader...ayat anak2 sekarang)

 

Isnin, Disember 10, 2007 10:38:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

isk..salah pulak- tak pernah memonteng.ngaji Qur'an pun sama....mak saya garang...abah pun lagi garang. Cikgu/ustaz pun garang. Kini kegarangan mereka telah menjadikan kita "manusia" :)

 

Selasa, Disember 11, 2007 1:20:00 PG, Blogger tumismenumis

Bila zaman takder karan, xtvt yang dibuat bersama ayah ngan mak dan adik adik slps makan malam ialah, ayah akan bercerita tentang cerita sang kancil dan sang harimau. Kalau time ayah dah boring, main bayang bayang dari cahaya lampu gasoline cap kupu kupu.

~mazudi.com~

 

Selasa, Disember 11, 2007 4:56:00 PG, Blogger posmen

eskrim2, seposen satu..
laung aku kuat2 smbil ditenung apek kedai yg kehilangan pelanggan sejak akhir2 ni.
hahaha.. terasa nk menyampuk lak..
smbung cepat2.. :)

 

Selasa, Disember 11, 2007 9:04:00 PG, Blogger bluecherry @ fai

mcm mak kite pun.. ngaja ngaji.. main cubit peha.. peww.. perit woo, tapi tak selalu kena pon, sekali sekala kena pun.. lebam wehh

 

Selasa, Disember 11, 2007 9:17:00 PG, Blogger me3n

emm pasal mengaji tuh, kadang2 kita (ke aku sorang je) marah bile dilakukan sedemikian (cubit/rotan/etc) tp bile da dewasa baru sedar tuh la cara terbaik untuk mendidik anak2.

err berapa part semua skali neh hehe.

 

Selasa, Disember 11, 2007 10:05:00 PG, Blogger Qaseh Bidadari

satu kenangan yg sukar dilupakan...mama x merasa pon zaman tu...bukak mata aje,seme dah moden...

 

Selasa, Disember 11, 2007 10:28:00 PG, Blogger muor76

hahahah ko kene piat?
dedulu mase kecik dulu memang puas kene piat.. bukan kene piat ajek.. ngan rotan.. ngan talipinggang.. kengkadang sampai ade lipan bara di betis... kekekek garang bukannya mendera tp sayang..
tapi skang kengkadang org ckp mendera anak... skang nih anakku tetap kene piat... kekekekek

 

Selasa, Disember 11, 2007 11:26:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

hehehe mak aku pun selalu tarik telinga dan sideburn aku bila aku salah dengung hehehehe.siap cubit mulut lagi.

sekarang cucu cucu dia semua tak kena macam tu ,manja.aku yg buat diorang hahahaha

 

Selasa, Disember 11, 2007 12:05:00 PTG, Blogger Cik Keju

aku pun blaja mengaji dgn mak aku. biler malas nak ngaji nanti mak aku rotan ngn hanger sampai la aku nak ngaji. kdg sampai patah gakla hanger tu.. huhuhu..

 

Selasa, Disember 11, 2007 12:17:00 PTG, Blogger DeeN

Ini lagu peberet aku. ko mmg besh! (hahaha)

Er.. bila aku dengo lagu nih, teringat jugaklah kisah aku yg selalu kene 'belasah' ngan mak, tok ngan tokwan aku. hahaha. Bak kata ko, kalo tak kerna 'belasahan' itu, aku tak jadi 'orang' hari ni!

sampai hari ni, aku masih ingat!!

 

Selasa, Disember 11, 2007 12:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

lindosh,
Nak resepi sambal tutuk? Sila ke entri Cerita sambal tutok

Pergh! Menangis kalau dapat makan sambal tu... :D


Waterlily,
Salam sdri WL,

Persamaan? Mungkin kerana kita dibesarkan di dalam suasana dan latar-belakang yang sama. Barangkali.

Betul. Bulu-dulu, hujan lebat macamanapun tetap ke sekolah, walaupun pukul 10 pagi baru sampai di sekolah.

Atok saya pun tak kurang garangnya, terutama bab-bab agama, sebab dia imam kampung.

Dulu ustaz/cikgu rotan/tempeleng murid perkara biasa. Kalau sekarang, mahu cikgu kena saman!


Mazudi,
Ha'ah, betul. Tapi biasanya kami dulu, kalau tak ada apa, terus tidur, sebab esoknya nak kena bangun awal pagi. :)


Posmen,
Dulu ais kerim Malaysialah yang popular. Aku suka yang ada asam boi dalam dia tu. Selain itu ais kerim potong pun popular juga. Jajan apa lagi ek yang popular masa tu? He he he.


blue-cherry,
Saya lebih suka kena piat di telinga dari kena cubit/ketil. Kalau kena ketil, lagi-lagi kalau di dada, bisanya semacam... He he he.


ad3ck,
Betul. Dengan cara itu kita lebih cepat belajar. Kalau tak buat macam itu, memang lambatlah nak khatam.

Salah seorang anak murid emak [tua 10 tahun dari aku, rasanya] siap jadi qari lagi, kahwin pun dengan qariah terkenal. Hasil 'piatan' itulah. :)

Berapa part? Untuk era 80-an, 4 bahagian cukuplah. :p

 

Selasa, Disember 11, 2007 12:45:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mama ranggie,
MR bertuah. Tapi zaman sekarang rasanya ada lagi anak-anak kampung yang tinggal di kampung hulu pedalaman di negeri-negeri tertentu yang kehidupan mereka masih seperti zaman saya dulu.


muor,
He he he.

Emak aku memang pakar memiat telinga. Abah aku pulak pakar menghambat dan melibas talipinggang. Aku masih ingat lagi abah menghambat aku dengan raket badminton, sampai aku terbang melonjat dari anjung terus ke tanah. terpontang-panting aku lari, parit yang lebar itupun boleh lepas melompat! Kenangan betul. Memang agak 'samseng' juga aku dulu kecil-kecil. Tapi semasa aku masuk kampus, aku jugalah anak yang selalu dirindui mereka. He he he.

Ketegasan dan 'penangan kaki & tangan' merekalah yang menjadikan kita 'manusia' sekarang Muor.. :)


butaseni,
He he he. Tarik sideburn sakit woooo..!

Emak aku dengan cucu-cucu dia garang lagi, cuma tak adalah nak piat-piat telinga lagi. :D


cikin,
Hanger yang kayu itu ek. Boleh tahan juga nakalnya kamu ya. Orang Jawa biasalah. He he he.


nur@,
Lagu ini memang ada 'sentimental'nya. Bagi yang berkenaanlah. :)

Rasanya, budak kampung dulu-dulu, kena 'tangan-tangan'kan dengan orang tua memang dah perkara biasa. Mereka nak mendidik, bukan nak mendera. Kan?

 

Selasa, Disember 11, 2007 1:30:00 PTG, Blogger Mak Su

wealls pun ada radio macam tu dulu, usung ler keliling cari siaran, antennanya dah patah

 

Selasa, Disember 11, 2007 3:58:00 PTG, Blogger akirasuri

Kita punya jalan hidup ketika kecil yang hampir serupa :)

 

Selasa, Disember 11, 2007 5:04:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

Aku tak de pengalaman hidup macam ko...apapun aku tabik kat ko sekurang2nya la ni ko dah berjaya dalam kerja cuma aku masih menuggu kejayaan ko menamatkan zaman bujang ko!!!! Aku nak makan nasi minyak kenduri kawin ko!!!

 

Selasa, Disember 11, 2007 5:39:00 PTG, Blogger indera kencana

Eh, kebetulan!!
Entri terbaru kita ada persamaan. Mula dengan gambar kebun getah. Perihal tentang zaman belajar sewaktu kecil-kecil.
Eh, memang kebetulan sangat. Macam tak percaya..

 

Selasa, Disember 11, 2007 6:21:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mak su,
Itulah dia. Bila bateri dah lemah, main kaset, lagu rancak pun jadi perlahan. Kenangan.

Teringat lagi, rancangan kesukaan saya masa itu adalah 'Pop Rock', rancangan radio Singapura - masa itu SBC, yang menyiarkan berita-berita dan lagu-lagu rock. :D


Akira,
Yang berbeza tahunnya barangkali, kan?

Yang pernah melaluinya, tentu akan merasainya. :)


Mama Risyiarina,
Aku dah biasa hidup susah MR, sejak dari kecil lagi. Jadi, aku tak takut kalau sekarang ini aku ditimpa susah sekali lagi. Pengalaman dari kesusahan itu yang lebih mematangkan kita sebenarnya.

Yang itu, tiada komen. He he he.


Indera kencana,
Sebaik sahaja membaca ulasan kau, aku terus ke blog kau. Iyalah! Kebetulan pula kita ya. Tema dan gambar yang serupa. Cuma mungkin tahun, latar-belakang dan pengalaman yang kita ceritakan berbeza. :)

 

Selasa, Disember 11, 2007 6:35:00 PTG, Blogger arsaili

salam..bestnya nostalgia..saya dulu ngaji ngan atok..atok bawa rotan..tak pernah kena ..sebab lancar..sebelom nak ngaji tu baca sendiri dulu kasi pandai.bole impress kan atok..ekekeke ..kalau tak terbang semangat bila dia pukul lantai ngan rotan...

 

Selasa, Disember 11, 2007 6:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP:
Saya juga mengaji di rumah, tetapi bapa yang mengajar, dan sudah tentu lebih garang dari emak. Kanak-kanak yang lain ada sedikit kelongaran, tetapi anak2 sendiri, akan mendapat lebih habuan kalau salah membaca. Kami tak ada peluang juga untuk bermain-main setelah selesai mengaji kerana di rumah sendiri. Upah mengajar, mereka membawa sebotol minyak tanah setiap bulan, untuk lampu "gasoline" (seperti di dalam gambar anda itu) yang diguna semasa mengaji tu.

 

Selasa, Disember 11, 2007 9:25:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Ayah Phuying nakal. Dia sembunyikan baju sekolah atas pokok. Bila mbah suruh pergi sekolah, dia cakap baju takde. Licik. Ha ha.

 

Selasa, Disember 11, 2007 11:40:00 PTG, Blogger TokNabe

Lampu pam .....mengingatkan saya pada zaman dulu2 gak. saya panggil lampu minyak gah. Tu kalau zaman dulu mengantikan lampu kalimatanlah kiranya. Perlu dipam dalam jangka masa tertentu kalau tak...cahayanya makin malap. Ada tak lagi lampu ni di zaman ni,.... teringat mentolnya tu.Unik!!!

 

Rabu, Disember 12, 2007 2:27:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

eloo beb

 

Rabu, Disember 12, 2007 2:27:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

eloo beb

 

Rabu, Disember 12, 2007 5:52:00 PG, Blogger Merakemas

Ngehhhh... Wak JP... bila baca entry ni seakan serupa walaupun tak sama dengan cerita hidup Merak masa kecik-kecik..... agaknya Abah Wak JP lagi kaya sbb ada motor... Bapa merak cuma ada basikal buruk dan kami jalan kaki pergi sekolah.... huhuhu.... nak menonton TV, bayar 10 sen kat rumah jiran hujung kampung. Cerita Combat, staring Big Morrow......

 

Rabu, Disember 12, 2007 8:57:00 PG, Blogger Unknown

bila terkenang kepayahan dulu, mmg kita akan betul2 menghargai kesenangan sekarang....syabas bro!

eh, gereh tu apa?

 

Rabu, Disember 12, 2007 9:35:00 PG, Blogger Unknown

kenangan inilah yg mahal dalam hidup kita. segarang2 emak, kita tetap menjadi kesayangannya dalam diam :)

 

Rabu, Disember 12, 2007 12:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Arsaili,
Salam kembali,

Biasalah budak-budak. Nakal. Mengaji nak cepat habis. Tajwid, apa semua ‘langgar’, itu yang kena piat. Saya tak berani belajar dengan atok, dia lagi ‘terperinci’ bila mengajar…..He he he. Tapi sesekali mendengar atok bercerita tenang wali2 spt. Wali Songo, Sheikh Abd Kadir Jalani, dan lain-lain lagi tu, seronok!


Tuan Zabs,
Salam kembali,

Rasanya anak-anak dulu ramai yang mengaji di rumah. Dengan emak ayah sendiri. Bila emak dan ayah sendiri yang mengajar, ada ‘sentuhan’nya tersendiri. Berbanding sekarang, di bandar terutamanya, yang mengupah ustaz mengajar mengaji. Kejayaan termanis emak saya rasanya melahirkan seorang qari.


Phu Ying,
He he he. Atas pokok apa tu? Ada-ada saja kamu ni. He he he.


Tok Nabe,
Betul tu. Lampu gas cap kupu-kupu itu terang dan tidak berjelaga. Dulu nak dekat masuk Maghrib, sayalah jadi tukang pam lampu itu. :)

Susah nak cari lampu itu sekarang tok, kalau adapun orang tak jual, atau mungkin boleh cari di kedai antik. Sekarang lampu itu jadi perhiasan, diaorang pasang mentol bulat [bulb]di dalamnya, seperti gambar di atas itu. Mana nak cari lagi mentol asal yang macam dulu tu tok… :)


airmas_sz,
Salam sdra. Saya masih singgah lagi di laman sdra, sesekali. :)


Merakemas,
Itupun cuma motor buruk. Tapi banyak sungguh jasa motorsikal itu.

Itulah. Saya percaya, kalau kita rasa susah, sebenarnya akan ada lagi orang yang jauh lebih susah dari kita.

Yang saya masih ingat cerita Six million dollar man, BJ and the bear, Chips, The greatest American hero.. bla..bla…


Amora,
Itulah orang selalu kata, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian….’ Kejayaan yang diperolahi dari kepayahan lebih manis dan berharga rasanya. Trimas!

Itu sejenis ikan masin…


Zalisa Maz,
Ya, tiada masa terindah selain masa kanak-kanak kita [bagi sayalah, dan mungkin ramai yang bersetuju…].

Garang emak itulah agaknya yang lebih mendekatkan lagi jiwa kita padanya, bila berjauhan.

 

Rabu, Disember 12, 2007 2:05:00 PTG, Blogger NBK466

Laaa..bila PUAKAnya nak keluar ni? he..he.he..(kata Puaka Tebing Biru)..

 

Rabu, Disember 12, 2007 6:47:00 PTG, Blogger m i n e r a l . . .

dedulu kena rotan perkara biasa, skrg kalau kena cubit merah skit dh kena report teledera... manjanyer ank2 skrg nih heheheh

 

Rabu, Disember 12, 2007 7:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nbk,
Tunggu la...

Filem hantu apa lagi ekau tengok jang? Ha ha ha!


Tiara,
Dah! :D


mineral,
Itulah dia. Baru kena ragging sikit pun dah kecoh satu negara. He he he.

 

Khamis, Disember 27, 2007 4:08:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Bunga Rampai,
Terima kasih, dan terima kasih :)

Salam kembali.

[lama juga menyepi ya BR...]