"Bang, kereta sudah siap.....!."
Lamunan tenang saya terkocak, terganggu oleh suara garau lelaki pekerja pusat mencuci kereta itu. Lelaki berkulit gelap, berbaju comot, berseluar senteng dan berjanggut serabai itu menghulur kunci kereta sukan berwarna ungu yang sudah berkilat itu. Saya merogoh kocek kanan seluar saya. Saya hulur sekeping wang kertas berwarna hijau dan dua keping lagi berwarna biru kepadanya.
Saya menghidupkan enjin kereta, mengundurkan kereta saya ke petak kosong berdekatan dan membiarkan enjin melahu seketika. Saya menoleh semula ke arah blok-blok bangunan konkrit bersegi di hadapan saya itu. Bas-bas panjang dan pendek berwarna kuning berbaris berhampiran pintu pagar, kereta-kereta kecil dan besar bersusun berasak-asak di bahu jalan, sedang motorsikal pula menyelit-nyelit mengemis ruang. Masing-masing menjadi penanti yang sabar dan setia. Menanti loceng terakhir sekolah sesi pagi berdering.
“Bertuah sungguh anak-anak zaman sekarang. Ke sekolah, pergi pagi berhantar, pulang tengahari berjemput. Malam ke tuisyen, berhantar dan berjemput juga. Di bangku sekolah rendah lagi sudah punya telefon bimbit sendiri. Kami dulu cuma punya lastik dan senapang kayu. Mereka bermain komputer dan playstation, kami dulu bermain baling kasut, baling tin, getah tagen. Anak-anak kota hari ini generasi senang dan selesa. Tak perlu bersusah-payah masuk ke kebun getah atau membantu emak dan ayah bergulat di dusun.” Saya mengusap-ngusap parut di siku tangan kanan saya - parut bekas terbongkang ke dalam parit, tergelincir di titi kayu semasa menolak basikal bersangkak berisi nanas semasa kanak-kanak dahulu.
Walaupun zaman kanak-kanak saya dan Angah dulu agak payah tapi hari ini saya bersyukur melalui zaman itu. Zaman yang jauh berlainan dari zaman kanak-kanak hari ini. Begitupun saya percaya, saya dan Angah masih beruntung. Ada kanak-kanak lain yang jauh lebih payah dan melarat hidupnya berbanding kami. Dan saya juga percaya, di dalam setiap kepayahan itu tersembunyi hikmah di sebaliknya. Kepayahan itu yang mengingatkan saya hari ini pada akar dan asal usul saya. Kepayahan itu juga yang menguatkan saya menempuhi hari ini dan hari-hari yang bakal mendatang.
Saat dan ketika ini, kalau adapun yang membuat saya rasa hiba dan sayu, adalah zaman-zaman indah dan jalur-jalur kehidupan silam yang telah semakin jauh saya tinggalkan itu. Zaman yang tak mungkin dapat saya putar kembali, namun mana mungkin dapat terpadam dari ingatan. Kenangan itu akan terus tercatat selama-lamanya di lipatan riwayat hidup saya.
Untuk seketika, sambil menyapu perlahan-lahan kelopak mata yang mula digenangi cecair jernih, saya relakan kenangan silam yang bertandang itu terusir perlahan-lahan dari lamunan saya.
[Habis]
------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya akan berpergian, ke luar kawasan. Mungkin sekejap, mungkin lama. InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi nanti. Saya tinggalkan laman ini dengan berkongsi, sekali lagi, cerita Alon-alon angger kelakon I dan Alon-alon angger kelakon II.
Salam kemaafan, salam Aidiladha untuk semua. Jaga diri.
TTFN
Label: Retrospektif
Isnin, Disember 17, 2007 4:59:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
cikin,
Cukup-cukuplah tu. Nanti orang muak pulak. He he he.
mak su,
Mencari udara segar, tak tercemar. Semoga mak su juga.
muor76,
Budak2 sekarang pun kreatif juga Muor, tapi kreatif dari segi lain kot, contohnya, kreatif menggodek komputer. Kita dulu pegang komputer pun tak pernah...
Tapi rasanya kreatif kita dulu2 lagi seronok dan mencabar fizikal dan mental. :D
Pa'chik,
Itulah kasihan pada emak ayah, yang mengharapkan anak2 menjadi 'manusia'.
Pokok pangkalnya ilmu agama kena ada Pa'chik. Kena pasakkan kuat2 dalam dada. Tapi kalau ada ilmu sahajapun tak cukup, kena diamalkan juga.
Tapi zaman sekarang ni susah nak cakap. Pengaruh luaran banyak. Macam2 anasir tak elok ada di sekeliling sekarang. Isk!
rush,
Betul. Zaman kanak-kanak/ sekolah memang yang terindah. Kalaulah boleh patah balik ke zaman itu...
Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Kepayahan dulu, tetap ada hikmahnya.
Isnin, Disember 17, 2007 7:03:00 PTG, khairyn
Cabaran anak2 sekarang tak sama dengan cabaran masa kita dulu. Walaupun kau ngan aku berlainan dunia, (kau di kampung aku di bandar) keadaan zaman kita membesar menjadikan kita manusia kreatif. Bergantung pada diri masing2 macamana nak guna kekreatifan kita :)
Aku bersyukur abah ajar kami adik beradik berdikari untuk capai apa yang kami mahu. Alhamdulillah
Isnin, Disember 17, 2007 9:40:00 PTG, Sastri
ha'ah... kanak-kanak zaman sekarang lebih 'manja'... kadang2 terlampau sangat sampai kerja rumah pun takleh nak buat (yang perempuan) manakala yang lelaki menjadi 'lembik'... harap2 bila i ada anak nanti, i takkan 'manja'kan anak tu sangat sampai tak kenal erti susah...
berhati-hati di jalan raya... selamat pergi dan selamat kembali ya... :D
Selasa, Disember 18, 2007 3:36:00 PTG, DeeN
- Kamu nangis yer, PuRP? HeHe..
Bila kita dah menginjak dewasa, sesekali bila sendiri, rasa semua memori mengimbau di depan mata. Nostalgia yg sangat indah meski kenangan itu agak pahit. Iyelah, semuanya takkan berulang lagi.
Oit, selamat berpergian. Berhati2 dan muga selamat walau di mana berada. Salam Aidil Adha! ~Daa~
Selasa, Disember 18, 2007 6:50:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Salam,
Seorang rakan menghantar sms ini. Kalau kerajaan dapat tahu ini, silap-silap kena ISA.
"Siap sedia pd 20hb Dis. ini, kita semua orang Melayu berjihad. Sila bawa parang, kapak, pisau masing2. Kita semua akan berkumpul di setiap masjid dari pagi hingga ptg. Ini adalah amanat yg perlu disebarkan dan kita kasi sembelih itu................... lembu, kambing, unta korban. Selamat Hari Raya Aidil Adha 1428"
Isk, entah apa-apa kawan saya itu!
[Saya sekarang berada di tempat menjaring ikan. Masih sempat lagi menjengok blog. Blogger tegar sunggah saya ini. He he he. Ulasan2 kawan-kawan di atas akan saya balas bila kembali nanti, insyaAllah]
Khamis, Disember 20, 2007 2:50:00 PG, tokasid
Salam Wak Pinter:
Saya selesai membaca ke-empat2 siri retrospektif Wak, dan membuka kenangan silam saya juga.
Keperitan dan kesusahan dulu menguatkan azam ramai anak2 zaman 60-80 utk berjaya.
Tapi malangnya, seperti kata Pa'chik, anak-anak kepada org yg dahulu nya susah amat mudah menjadi alpa dan bermasaalah sosial pada waktu ini.
Saya perhatikan, ramai ibu-bapa sekarang, dalam melayani anak2 tanpa segan silu memberi apa saja kehendak anak( selagi termampu) sejak anak masih kecil hingga bersekolah. Mungkin mereka merasakan, tidak mahu anak2 mereka merasa keperitan mereka dahulu.Jadi anak2 di curahkan segala kemewahan semasa. Malangnya, ramai juga yg mengabaikan pendidikan agama kpd anak2 dan menyerah bulat2 kepada pihak sekolah sahaja. Dgn siapa anak2 berkawan juga tidak dipedulikan lagi, kononnya nak beri anak privacy,sampai kalau anak perempuan bunting pun ada yg tidak sedar.Atau anak lelaki membuntingkan orang pun tidak mereka ketahui.
Memang persekitaran zaman sekarang amat mencabar dan ramai ibu-bapa tidak tahu bagaimana untuk handle anak2 zaman ini.Lalu ibu-bapa samada akan menjadi terlalu strict atau langsung berlepas tangan.
Oleh itu,kita perhatikan, keruntuhan nilai2 moral dan agama bukan sahaja di bandar2 besar malah di kampong2 dan kawasan2 Felda. Zaman akan terus berubah dgn pantas. Yang perlu sekarang ialah satu program induk, bagaimana mengembeling ibubapa,masyarakat dan kepimpinan politik dan ahli ilmu supaya masaalah2 ini boleh di kendalikan agar mendapat hasil positif.Dan akar usaha ini mestilah berumbikan pasak-pasak agama.
Jumaat, Disember 21, 2007 10:08:00 PTG, tumismenumis
Aku pernah jalan kaki 5km pergi sekolah, Aku tak nak anak aku basah belikat jalan kaki pergi sekolah macam aku.
Aku pernah bawak bekal nasi + kicap dengan ikan goreng sekerat dalam tupperware, aku tak nak anak aku tak cukup makan bila kat sekolah.
Tapi aku rasa mak ngan ayah aku adalah orang yang paling berjaya mengajar anak anak dia.
Aku. Belum pasti boleh berjaya macam mak ngan ayah aku.
Rabu, Disember 26, 2007 11:14:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Pa’chik,
Kiranya budak-budak kelahiran negeri selatan itu agak beruntung juga, kerana diwajibkan ke sekolah agama semasa kecil lagi. [Teringat semasa di kampus dulu, seorang kawan dari negeri lain kata, ‘budak-budak Joh*r, rock-rockpun pandai bahasa Arab, pandai berzanji….’] :D
Kebanyakan orang sekarang lebih mementingkan ilmu fardu kiyafah pa’chik. Yang ilmu fardu ain ‘selit-selit’, asal ada saja. Kerajaan pun satu, sekolah aliran agama bukan digalakkan, malah ditekan lagi ada, cthnya isu SAR di negeri kau itu.
khairyn,
Kita dahulu dan anak-anak sekarang memang jauh berbeza.
Selain dari faktor zaman, latar-belakang keluarga, persekitaran, dan bagaimana kita dibesarkan juga mempengaruhi kreativiti kita. Kanak-kanak sekarang [di bandar terutamanya], hidup di zaman yang serba-serbi canggih, lain pula cara dan kreativiti mereka. Dan lagi mereka membesar di dalam lingkungan dan persekitaran yang senang dan selesa.
mineral,
Menarik madah arwah mak kamu itu.
[semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan aman di sana, amin]
sas,
Ada betulnya, anak-anak sekarang agak ‘manja’ dan ‘banyak lemak’. Tapi kadang-kadang istilah ‘memanjakan’ anak-anak pun sudah agak rumit dan subjektif takrifannya sekarang. Kalau dulu-dulu, sayang anak ‘ditangan-tangankan’, mungkin sekarang ‘ditangan-tangankan’ itu sudah jadi lain tafsiran atau konotasinya. Apatah lagi bagi golongan elit / masyarakat bandar.
Rasanya yang paling penting adalah didikan agama, sejak dari kecil lagi [malah sejak dari dalam kandungan lagi]
Alhamdulillah, sudahpun selamat pergi, dan selamat pulang :)
MYA MARJA
Waalaikumusalam,
:) Kepayahan itu terasa ‘sakit’ semasa melaluinya dahulu, tapi hari ini bila diingat-ingat semula, jadi indah dan manis.
adadia,
Aku kadang-kadang singgah juga di rumah kau, tapi selalu sepi…..
O, alam hati rupanya. Maklumlah aku bukan penyair. Aku tak pandai bermetafora. Bagi aku kalau ‘hijau’, kira alam sekitarlah. Hehehe.
meen,
Salam kembali,
Cuti, lapang-lapangkan fikiran. :D
Rabu, Disember 26, 2007 11:33:00 PG, blackpurple @ jowopinter
achik,
Tahun ini ada buat korban ke achik? :)
NBK,
Ekau salah masuk panggung la jang. Tak balik JayBee ke jang? He he he
Azzam,
Buat korban tak tahun ini? Lembu? Kerbau? Kibash?
nur@,
He he he.
Bila sudah mula rajin membelek sejarah diri sendiri dan menikmati setiap kenangan di dalamnya, itu menunjukkan kita sudah semakin tua. :D
Aku sudah pulang. Terima kasih!
Pegawai khalwat,
Ya, itulah yang aku fikir-fikirkan. Entah macamanalah pulak budak-budak tahun 2027 nanti ya…
posmen,
Harap-harapnya begitulah. Selagi masih berpegang kepada agama, surah dan sirah, hidup pasti berpedoman. InsyaAllah
Cuma terfikir, hari inipun dah ramai moral anak-anak muda kita yang bejat, macam-macam penyakit sosial, masa akan datang, lebih canggih, entah macamana pulak agaknya…
blackpurple@jowopinter,
Ha ha ha.
Tegar sungguh kau ek!
Rabu, Disember 26, 2007 11:53:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Brandal,
Fragmen yang itu kira habislah. Tapi ada lagi cerita-cerita zaman budak-budak semasa lapan puluhan dulu belum diceritakan lagi. Nanti-nantilah. Hehehe.
TedungS,
Tak best manapun cerita aku itu. Cuma cerita budak kampung. InsyaAllah, nanti-nanti aku cerita lain pulak. Mungkin cerita-cerita semasa di sekolah tadika atau di sekolah menengah….. :D
Seronok ingat semula zaman budak-budak ni….
lindosh,
Hari Raya Korban hari tu memang balik kampung. Sekarang dahpun ada di KL semula. :D
Achik Sufi,
Waalaikumussalam,
Terima kasih. Semoga setiap ‘pengorbanan’ kita, diredhai dan dirahmati Allah.
Tiara,
Jauh sangat la nak beraya di seberang sana, tiket MAS pun dah naik harga sekarang. Hehehe.
Shahril,
Keterbatasan dan kepayahan yang dahulu itulah yang banyak mengajar anak-anak kampung. Pengalaman itulah yang ‘menguatkan’ jiwa dan semangat saat menghadapi kesusahan hari ini dan akan datang..
Tak keterlaluan agaknya kalau dikatakan, dari segi survival, anak-anak yang membesar kampung ‘boleh hidup’ di kota, tapi anak-anak bandar belum tentu ‘boleh hidup’ di kampung [Ini cuma pendapat peribadi aku]
Aku tahun ini tak buat korban.
Gayour,
Dah jauh terlambat rasanya nak ucap selamat hari raya korban 1428 buat bro’.
Korban apa tahun ini bro’? Kambing ke? Kambing banyak-banyak yang bro’ suruh kitaorang kira hari tu apa cerita? Hehehe!
Rabu, Disember 26, 2007 12:21:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Dr Tokasid,
Waalaikumussalam doc,
Terima kasih atas ulasan doc itu.
Betul seperti kata doc itu. Hari ini kalau diperhatikan, masalah yang membelenggu anak-anak hari ini, masalah sosial dan kebejatan moral terutamanya, sudah tiada garis sempadannya, tidak mengira samada di kampung atau di bandar, dari keluarga yang berada atau keluarga yang biasa-biasa, apatah lagi keluarga yang berantakan.
Proses urbanisasi, mordenisasi apatah lagi era globalisasi [atau, saya lebih suka mengatakan ianya sebagai 'amerikanisasi'] sudah tidak boleh dielak, tetapi kesan dan pengaruhnya lebih kepada negatif kepada generasi hari ini, kalau KITA tidak bijak mendepaninya. Bukan ibubapa, bukan sekolah, bukan NGO, bukan kerajaan tapi KITA semua.
Saya bersetuju dengan doc, kembali kepada ajaran agama itulah jalan penyelesaian yang sempurna. Bukan ‘harus’ tetapi ‘wajib’. Pendidikan wajib berakarkan nilai-nilai dan tuntutan agama. Pendidikan agama bukan satu ‘pilihan’ tetapi ‘kemestian.’
[Oh ya doc, pendekatan Islam apapun, wajib diamalkan bukan sekadar retorik, bukan untuk hari-hari tertentu, bukan dengan had-had tertentu. Bukan begitu doc?]
arts,
Jauh atau dekat itu subjektif. Pengisian ‘berpergian’ itu yang lebih penting. :)
ad3ck,
Alhamdulillah. Keputusan temuduga kau macamana?
marothman,
Cerita diri saya sendiri. Lebih kurang begitulah maknanya. :D
Kamato,
Alhamdulillah. :)
Anne,
Alhamdulillah. Sudah selamat pergi dan selamat kembali. :)
Jie,
Biasalah kak jie. Melapangkan fikiran yang sudah bersemak-samun. :D
Rabu, Disember 26, 2007 12:52:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mazudi,
Zaman datuk nenek kita, zaman ibubapa kita, zaman kita, dan zaman anak-anak kita tidak serupa. Zaman berubah dan hari ini masa semakin bergerak cukup pantas. Hari ini segala-galanya dah jauh berubah berbanding zaman kita dahulu.
Semoga kita mampu membuat yang terbaik - dunia dan akhirat - untuk anak-anak kita.
Zinio,
Kenangan itulah yang indah bila diingat-ingat semula. Kenangan itulah juga yang mengingatkan kita supaya tidak mudah lupa pada asal-usul kita dahulu.
butaseni,
Itu di tingkatan 1.Yang aku kenal ni masih di darjah dua, sudah punya fonsel canggih, komputer riba canggih, ipod ke apa entah lagi!
Betul kata kau, 'banyak lemak' ! 'Manja' pun ya…..
Kingbinjai,
Cuba kita bayangkan 17, 27, 37 tahun akan datang. Macamanalah agaknya budak-budak masa itu….
Akira,
Sudahpun pulang dari kawasan pedalaman, melihat-lihat akar, menyegar-nyegarkan fikiran. Alhamdulillah…. :D
Biarlah zaman berubah, tapi keperibadian dan jiwa Melayu itu kalau boleh biarlah jangan berubah [atau diubah] :)
tegezot,
Betul! Sesungguhnya.
Ku Keng,
Untuk tuan juga [walaupun sudah jauh terlambat].
Manjlara,
Bukan membaiki tetapi mencuci kereta….. :)
Pengalaman - tak kiralah manis ataupun pahit - tetap guru yang mematangkan kita. Kan?
Mummy Rizq,
Begitulah. Zaman sekarang budak-budak bermain ‘baling-baling’ juga MR, tapi ‘baling-baling’ token di dalam arked.
arsaili,
Sepahit manapun pengalaman yang dilalui tetap ada hikmah yang tersembunyi. Alhamdulillah.
Saya belum lagi berjaya sdra. Baru pandai berjalan, berlari tak pandai lagi. Semoga kita sama-sama mencapai apa yang kita cita-citakan. InsyaAllah. :)
Khamis, Disember 27, 2007 11:47:00 PG, Bunga Rampai
Salam BP,
Saya, BP,dan yang lain-lain sedar akan perubahan ini terutama dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Moga kesedaran ini dapat membantu kita menjadi ibu bapa yang mampu menampilkan anak-anak yang lebih beradab ilmu dan sahsiahnya. Usah pinggirkan asuhan/didikan cara lama yang banyak bersandarkan kepada agama, kombinasinya dengan pendekatan moden memberikan keseimbangan padu yang memberi impak positif bukan saja kepada anak-anak malah ibu bapa.
Wallahu'alam.
eh..dah abis ke cerita? nape tak teruskan ke Retrospektif 7/7?
we want more!
we want more!
we want more!