Dia meninggalkan anak kunci simpanan rumahnya pada saya. Saya melayari internet. Duduk-duduk di sofa. Menyelak-nyelak Harakah, The Sun. Membelek-belek majalah Laman. Kemudian baring-baring.
Lewat petang, adik hantar sms. Katanya, dia sudah dekat sampai. Dia minta saya menjemputnya di bank itu. Saya capai kunci kereta, sarung sepatu, tekan punat pengunci di tombol pintu, kemudian menutup pintu.
Sewaktu mahu membuka gril, aaarghhhhh! Baru saya sedar. Kunci rumah tertinggal di dalam rumah! Gril pula berkunci. Saya lekas-lekas menelefon adik, tiada jawapan. Saya terus hantar sms, saya kata, minta saja rakannya itu menghantarnya terus sampai ke rumah. Tapi sudah terlambat, rakannya itu sudah menurunkannya di bank itu.
Saya terpenjara di ruang sempit dan separuh bercahaya itu. Lemas! Saya tekan-tekan pad kekunci telefon tangan Nokia saya. Saya cuba bermain Sudoku. Ah! Bosan sungguh! Kalaulah ada orang lalu-lalang di situ, agaknya mereka akan tertanya-tanya, apalah mamat itu buat tercongok di situ.
Tidak lama kemudian, adik sampai. Lemah dan gontai. Berpeluh-peluh. Mana taknya, sudahlah berjalan kaki, agak jauhlah juga, kedua-dua belah tangannya pula sarat menjinjing lauk-pauk.
Dia ketawakan saya sebab ‘terpenjara’. Saya pula ketawakan dia sebab ‘didera’ berjalan kaki [OKlah tu dik, anggap sajalah bersenam di atas threadmill sambil mengangkat dumbbell. Hehehe!]
Nasib-baik terpenjara sekejap. Dibuatnya dia terus tak balik ke rumah hari itu, outstation misalnya? Atau, cuma itu satu-satunya kunci?
TTFN
Sabtu, Januari 12, 2008 6:52:00 PTG,
Salam BP,
Pernah terkunci begitu, tetapi di dalm bilik mandi. Semasa berkurus masa muda-muda dulu, kami tinggal di mes pegawai yang man setiap dua bilik berkongsi satu bilik air yang boleh di kunci dari dalam dan juga luar. Semasa masuk untuk mandi saya telah tertekan kunci dari luar dan tidak boleh dibuka dari dalam. Ia juga terkunci dari luar untuk ke bilik sebelah. Oleh kerana hujung minggu penghuninya pun tiada didalam bilik. Puas juga berteriak memanggil orang tapi takda jawapan. Setengah jam kemudian baru jiran sebelah balik dan bantu dapatkan kunci pendua untuk bilik dan buka bilik air untuk saya.
Sabtu, Januari 12, 2008 6:56:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Dah rumah orang, tak biasa. Kalau rumah sendiri lainlah, memang tak pernah lupa.
Kalau dah darurat, kena kopaklah kot gril tu. Hehehe!
Titicaca,
Adik kena sentiasa hormat abang. :D
Pengajarannya; Jangan lupa bawa kunci. Dan kena sediakan 1-2 kunci simpanan dan simpan no. telefon tukang kunci dalam hp. Hehehe!
cikgu gitar,
Hahaha!
Silversarina,
Dia pot pet pot pet juga, tapi nak buat macamana. Saya pun terpenjara. Adillah kan? Lagipun, bukannya saya sengaja. Hehehe!
Tuan Zabs,
Salam kembali.
Kelakar juga tuan. Nasib baiklah ada jiran sebelah ya, kalau dibuatnya jiran balik kampung masa itu? Hehehe.
Ahad, Januari 13, 2008 11:22:00 PTG, Lily Abdullah
BP,
Saya tida pernah terpenjara sebegitu rupa. Tapi pernah memenjarakan kunci computer lab (tempat saya mengajar). Dan akibatnya hari itu,anak-anak saya tidak dapt belajar dan saya dimarah puan guru besar. Pergi ofis minta kunci spare -orang ofis pulak marah. Sejak itu,saya sentiasa beringat, bukan tujuh kali tapi lapan puluh tujuh kali :D
Isnin, Januari 14, 2008 12:02:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Brandal,
Agaknyalah kot. Kadang-kadang agak pantang juga kalau tengah lelap diganggu. Hehehe!
Pa'chik,
Apa kaitan kahwin dengan kunci Pa'chik?. Hehehe!
Akira,
Kalau tak balik, pakai nampak kena kopaklah pintu itu. Eh! Nak kopak gril ke kopak pintu ek?
mazudi,
Bersetentang pintu depan rumah yang aku terpenjara itu dapur rumah orang. Huhuhu!
Hakim,
Kasihan kamu. Kalaulah kena sampai setengah hari hari tu... Isk!
Alex Lacey,
Memang tensi. Nasib baik sekejap... :D
Kukeng,
Pengalaman berguna tu... Hehehe
Isnin, Januari 14, 2008 12:33:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
butaseni,
Hehehe! Kita ada pengalaman serupa. Itu kira sekejap. Agaknya macamanalah orang yang kena penjara itu ya?
wear,
Ya, ya betul! Baik untuk kesihatan. Kalau selalu boleh ramping badan tu. Hehehe!
Op,
Kalau ada orang dalam rumah, tak cerita pun tak apa..Hehehe!
Farazdaq,
Cubalah berjalan kaki sambil mengangkat berat, mesti longgar nanti ketegangan kau tu. Hehehe!
lindosh,
Itulah dia. Dahlah saya bukan jenis suka bela janggut. Setiap pagi memang kena cukur. Maklumlah janggut pun tumbuh sebatu satu. Hehehe!
zino,
Kalau kopakkan gril, masih tak boleh masuk rumah, lebih baik kopakkan pintu. Tapi kerja kopakkan pintu lebih susah dari kerja kopakkan gril. Isk! Susah...susah....
arsaili,
Salam kembali.
'Terlupa' dan 'lalai' itu kadang-kadang cuma dipisahkan oleh satu garis yang sangat halus sebenarnya. :D
waterlily,
Itulah. Setiap yang berlaku itu tetap ada hikmahnya. Lepas dari itu memang kita akan sentiasa lebih beringat-ingat. Tak gitu? :D
eisraa,
Salam.
Memang terseksa jiwa dan batin kalau terpenjara. Apatah lagi kalau diISAkan... :)
mama ranggie,
...tapi saya Jawa. hehehe!
jbm,
Kawan kau tu lelaki ke perempuan? Kalau terpenjara tengah berkemban, lagi haru ek. Hehehe!
tempe,
Lain kali, sebelum tekan punat tombol tu, kena pastikan kunci ada ya. Hehehe!
Tak baik ketawakan orang. Hehehe!
nbk,
Nak buat macamana. Dah tragedi.
Jarak pintu dengan gril itu dalam 4-5 kaki. Lebarnya pulak ngam-ngam saiz pintu. :D
Khamis, Januari 17, 2008 10:32:00 PG, Rush Murad
pernah sekali aku terkunci di dalam sebuah tandas yang tidak begitu wangi di sebuah restoran yang tidak begitu sedap makanannya... tandas tu tersorok di belakang dapur... terkunci dari dalam.... terpaksa menukar diri menjadi cicakman utk merangkak keluar dari atas tandas. ingatkan tuan restoran akan bersimpati dgn memberi makanan percuma, sebaliknya kena herdik "...awak rosakkan tobol pintu tandas nih!!!".... tragis.... sumpah tak pergi restoran tu lagik!
Khamis, Januari 17, 2008 2:19:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
rush,
Laaa... Kasihannya. Kalau lauk sedap macamanapun kalau perkhidmatan utk pelanggan macam tu, kira tak Oklah...
Kalau aku, aku tangkap gambat semua angle dalam tandas tu. Lepas itu aku masukkan dalam blog. Akan jadi dua kemungkinanlah, samada [i] itu akan jadi promosi atau [ii] pelanggan tak akan datang situ lagi.
:D
LOL... tu laaa... sebelum kunci pintu tu tak check dulu, kunci bawak tak... nasib baik tak lama tunggu dia kan? :p
dan nasib baik juga takde rasa nak membuang bahan sisaan... kalau tak, ntah macamana agaknya... :p