Rabu, Januari 09, 2008
Image Hosted by ImageShack.us

Watak-watak di atas adalah fiktif semata-mata. Tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup [menteri, bini menteri, bini imam, atau artis yang baru balik haji, misalnya] atau juga mereka yang telah meninggal dunia. Jika ada persamaan adalah secara kebetulan. Sungguh!

Salam Maal Hijrah 1429.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/09/2008 03:27:00 PTG. |


43 Ulasan


Rabu, Januari 09, 2008 4:20:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Tahu tentang hukum, memahami akan hukum dan mngikut kehendak hukum adalah tiga perkara yang berlainan.

 

Rabu, Januari 09, 2008 4:27:00 PTG, Blogger DeeN

Hanya berfikir bertudung sekadar mengikut trend / fesyen dan bagai melepas batuk di tangga. Tak pernah berfikir tentang kewajipan bertudung yg disyariatkan dlm Islam, yg telah termaktub di dalam Al Quran, sudah terpakai hukum yg Rasulullah saw sabdakan. Tp tetap di pandang sepi oleh mereka2 itu.

Alangkah rugi manusia2 yg engkar dgn laranganNYA. Benda senang macam itu pun tak leh nak buat. Apatah lagi hal2 berat yg lain (jihad dlm berperang misalnya). Wallahualam!

 

Rabu, Januari 09, 2008 4:44:00 PTG, Blogger Rush Murad

ramai yg pakai tudung kerana fesyen, da jugak yg pakai tudung kat tempat kerja jer because ramai yg pakai, balik rumah, pi shopping etc... terbuka semula. ada seorang artis AF tu bertudung segala, tetapi pakai baju ketat ikut bentuk tubuh, macam alien dah... lagiklah seksi... kesian kena eksploitasi. ramai kita tengok wanita bertudung sekrang, tetapi tidak sempurna pemakaiannya....

 

Rabu, Januari 09, 2008 5:52:00 PTG, Blogger Kemat

ramai bertudung nak tutup rambut, sebab tu pakai selendang letak camtu jer..memang lah rambut dah ditutup walau tak sepenuhnya, tapi mereka lupa, yg perlu ditutup sebenarnya adalah aurat

 

Rabu, Januari 09, 2008 5:52:00 PTG, Blogger Kemat

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Rabu, Januari 09, 2008 6:06:00 PTG, Blogger Pa'chik

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Rabu, Januari 09, 2008 6:07:00 PTG, Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~

cam ade kene mgene je ngan yg iduppp....yg mati mmg x terkena ...

 

Rabu, Januari 09, 2008 6:10:00 PTG, Blogger Pa'chik

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّهُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَمِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

 

Rabu, Januari 09, 2008 6:32:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tuan Zabs,
Waalaikumusalam,

Itulah. Sesetengahnya cuma pandai cakap - mengalahkan ulama - tapi mengamalkannya tidak.

[Saya mengingatkan diri saya sendiri juga]


nur@,
'Mereka' menjawap,
"Tiada paksaan dalam agama",
"Kubur kan masing-masing...?",
"Muda lagi, nanti dah tua baru pakai",
"Eleh! bertudung pun bukan semestinya baik"
"Tak bertudung tak semestinya tak sembahyang...!"

Macam-macam!


rush,
Itulah. Tapi kalau niat untuk berfesyen dah jadi tabaruj.

Kalau memang jahil, tak boleh nak kata apalah. Tapi bagi yang dah tau, tapi buat-buat tak tau?

Hmmm... Susah nak cakap Rush!


Kemat,
Pakai tudung tapi nampak jambul, nampak leher. Yang lebih teruk, pakai tudung tapi baju sendat, nampak pusat, nampak alur bontot, nampak alur dada. Isk!


lovelyzz,
Mungkin. Agaknyalah kot. Atau secara kebetulan barangkali :)


Pa'chik,
Perkongsian yang sangat bagus di ambang tahun baru 1429 ini Pa'chik.

Terima kasih Pa'chik.

 

Rabu, Januari 09, 2008 6:39:00 PTG, Blogger Accia

salam wak pinter,
betul jugak ek, periuk pun pakai tudung.

 

Rabu, Januari 09, 2008 7:01:00 PTG, Blogger aNIe

Renung-renungkan...dan fikir2kanlah...

 

Rabu, Januari 09, 2008 7:06:00 PTG, Blogger arsaili

salam maal hijrah semoga hari ini lebih baik dr semalam

 

Rabu, Januari 09, 2008 8:05:00 PTG, Blogger farazdaq

ye.. kalau nak mendirikan rumah kene cukup 4 tiangnya..pakai satu tiang tak kukuh..(marah org syariat nih) salam maal hijrah blackpurp.

 

Rabu, Januari 09, 2008 8:28:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Sungguh..sungguh..sungguh(sambil angguk kepala) :D - salam maal hijrah BP

 

Rabu, Januari 09, 2008 9:29:00 PTG, Blogger lassadad

hehhehehe
namanya juga anak muda ... tapi di sini (Indonesia) model semacam itu disebut jilbab ala artis lho :D
banyak ibu2 pengajian yang ikut-ikutan

 

Rabu, Januari 09, 2008 11:47:00 PTG, Blogger Unknown

hehehe... macam kisah kucing dan ayam jantan le.

Salam Maal Hijrah, selamat maju jaya. Sama-samalah kita berhijrah kepada yang lebih baik.

 

Khamis, Januari 10, 2008 2:50:00 PG, Blogger Pa'chik

يُخَادِعُونَ اللّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُموَمَا يَشْعُرُونَ

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (Al-Baqarah:9)

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْاْ إِلَى مَا أَنزَلَاللّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَصُدُوداً


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (An-Niisa':61)

 

Khamis, Januari 10, 2008 3:03:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.

nur@,
'Mereka' menjawap,
"Tiada paksaan dalam agama",>> sila baca asbabul nuzulnya. ayat itu ditujukan kepada orang bukan islam.

"Kubur kan masing-masing...?", >> kalau kubur bersebelahan. you ganggu waktu istirehat i.

"Muda lagi, nanti dah tua baru pakai",>> tak semestinya yang muda tak mati.

"Eleh! bertudung pun bukan semestinya baik">> kenapa nak tunjuk kebaikan. ALLAH maha mengetahui.

"Tak bertudung tak semestinya tak sembahyang...!" >> orang yang bersembahyang pun masuk neraka (sebab melewat2kan), apatah lagi orang yang tak sembahyang.

=)

salam tahun baru hijriyyah 1429

 

Khamis, Januari 10, 2008 9:39:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Salam Maal Hijrah 1429.
Semoga sentiasa dalam dakapan hidayahNya, tahun ini dan juga tahun-tahun mendatang.

Bagaimana dengan tudung saji, pandai menari tak? ;-)

 

Khamis, Januari 10, 2008 5:03:00 PTG, Blogger Sastri

ouch! ouch! keskeskes...

salam maal hijrah cik... :p

 

Khamis, Januari 10, 2008 5:33:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

accia,
Salam kembali,

Periuk bertudung. Mangkuk dan kuali saja yang tak bertudung. Eh! Apa saya merepek ni! :D


kak lady,
Ya. Difikir2 dan ditenung2, kemudian lakukan sesuatu. Sekurang2nya pada diri sendiri dulu. :)


arsaili,
Amin. InsyaAllah. :)

Psst... sms yang malam tadi itu, tahun hijriyyah tak sampai 365hari la. :D


faradzaq,
Sesetengah orang buat rumah tak fikir pasal tiang, cuma fikir pasal cantik luaran dan hiasan dalaman yang cantik-cantik saja, padahal tanah tapak rumah itupun tak tentu halal haramnya. Ahaks!


waterlily,
Isk! Isk! Isk! [sambil angguk-angguk kepala 7 kali] :D


luthfi,
Di sini bukan setakat anak-anak muda saja mas, sesetengah ibu-ibu juga begitu. Pokok pangkalnya pada hati, dan iman tentunya.

Bagaimana di Indonesia mas? Masih banjir lagi?


Ainin Naufal,
Ini cerita pasal periuk la. Lain periuk, lain tudungnya. Zaman sekarang tudung periuk macam-macam jenis. Hehehe!

InsyaAllah.


pa'chik,
Kalaulah semua manusia berpegang kepada suruhan-Nya, banyak kebejatan dan kebobrokan dapat dielakkan dan diatasi. Tak perlu dah nak buat pendekatan Islam yang baru, yang ada had dan ada hari misalnya.

[Aku mengingatkan diri aku sendiri juga]

 

Khamis, Januari 10, 2008 6:02:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

eisraa,
Salam kembali,

Semoga 'mereka' diberi petunjuk ke jalan yang benar dan lurus akhirnya juga, nanti. InsyaAlah.


Bunga rampai,
Salam kembali.

Amin. Insya-Allah.

Tudung saji tak pandai menari, sebab tak ada badan dan tak ada punggung. Periuk ada.... :D


Sas,
Isk! Isk! Isk!

Semoga 1429H lebih baik dan cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah. :)

 

Khamis, Januari 10, 2008 7:13:00 PTG, Blogger Azhad

Salam.... Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1429

 

Jumaat, Januari 11, 2008 9:58:00 PG, Blogger jagoan

Banyak. Banyak juga belum paham erti pertudungan. Lebih condong mengikut fesyen. :[

 

Jumaat, Januari 11, 2008 11:04:00 PG, Blogger achik

"atau artis yang baru balik haji, misalnya.."

hehehe..

salam maal hijrah.. :)

 

Jumaat, Januari 11, 2008 11:50:00 PG, Blogger muor76

antara jenis tudung yg aku tau
tudung yg kite leh buat main... tudung oren..
tudung yg menjage kebersihan
tudung saji...
tudung yg kengkadang kite buat kipas dapur kayu
tudung piok
tudung yg agak mahal dan berlip lap
tudung datuk k
tudung yg bahaya dan boleh membunuh
ular tudung (kawan aku budak india cakap cam nih)
tudung yg aku dedicate kat sorang budak sekolah convernt muor yg comey-dia dok kat tanjung agas
lagu gadis bertudung putih dr kumpulan may
hehehhehe
skang nih ade pesen tutup atas bukak bawah.. kepale pakai tudung.. tapi bahagian bawah seksi siot... hehehheheh

 

Jumaat, Januari 11, 2008 11:57:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam Maal HIjrah...

 

Jumaat, Januari 11, 2008 1:10:00 PTG, Blogger Unknown

siapa makan cili dia la akan terasa pedasnye hehe


Salam Maal Hijrah...

 

Jumaat, Januari 11, 2008 2:25:00 PTG, Blogger dugongsenyum

No comment. He he

emailkan alamat kau ke email aku basri.normohdATgmail.com untuk memesan blook dugong.

 

Jumaat, Januari 11, 2008 2:25:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Secara kebetulan ek? Ha ha ha!

 

Jumaat, Januari 11, 2008 2:43:00 PTG, Blogger 13may

No komen. hehhe...

salam maal hijrah...

 

Jumaat, Januari 11, 2008 3:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Azhad,
Selamat 1429H :)


mama ranggie,
Sama-sama selamat, dunia dan akhirat.


attoch,
Tak faham tak apa, boleh belajar. Jangan buat-buat tak faham. :)


achik,
Itu misalan saja achik. :D

Sama-sama selamat, dunia dan akhirat.


Muor76,
Tudung botol kau tak sebut? Hehehe!


phu ying,
Sama-sama selamat, dunia dan akhirat.

 

Jumaat, Januari 11, 2008 3:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Amora,
Pedas tak apa, jangan sampai sakit perut. Hehehe!

Sama-sama selamat, dunia dan akhirat.


mak su,
Isk! Isk! Isk!


Basri,
:D

Aku dah emelkan.


azzam,
Suratan atau kebetulan? :D


13may,
:D

Sama-sama selamat, dunia dan akhirat.

 

Jumaat, Januari 11, 2008 7:08:00 PTG, Blogger aNIe

BP...Lupa pulak...Salam Maal Hijrah..semoga kita akan dpt memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik & bertaqwa setiap tahun....

 

Sabtu, Januari 12, 2008 10:32:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Kain yang buruk berikan hamba,
Buat menyapu si airmata...

 

Sabtu, Januari 12, 2008 10:52:00 PG, Blogger zino

salam maal hijrah...

kadang terlarat geleng kepala je bila lihat benda2 mcm tu..

 

Sabtu, Januari 12, 2008 3:24:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak lady,
Sama-sama kak lady. Semoga tahun ini lebih baik dan lebih cemerlang buat diri kita semua.


mazudi,
Biarlah yang keluar itu air mata keinsafan :)


Zino,
Salam,

Dulu-dulu nampak pelik. Sekarang dan jadi macam biasa. Akan datang mungkin akan jadi budaya.

 

Isnin, Januari 14, 2008 12:59:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

bila yang wajib seolah di perlekehkan... ermm sendiri mau ingatlah.

semoga hijrah kali ini akan menjadikan kita semua lebih baik dan lebih cemerlang dunia & akhirat, inysaAllah :).

 

Isnin, Januari 14, 2008 1:24:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ayumkay,
Ya, ya. Sendiri mau ingatlah!

Cuma kadang-kadang manusia sering lupa, kena sentiasa diingatkan.... :)

 

Selasa, Januari 15, 2008 9:25:00 PG, Blogger flush

kiranya artis yg baru blk makkah, kahwin dgn datuk tu munafik la ye..

*aku mmg tak pernah suka dia..

 

Selasa, Januari 15, 2008 11:52:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

tak hanya di malaysia ncek...
di indonesia kami juga menemukan hal serupa itu...
kita harus same-same mengubahnye...

 

Selasa, Januari 15, 2008 12:06:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

flush,
Aku tak nak komen apa-apa. He he!


hendsmaster on Indonesia,
Salam kenal.

Kalau tidak mampu mengubahnya dengan tangan, tegur dengan kata-kata. Kalau tak mampu dengan kata-kata, kita doakan saja, semoga 'mereka' itu diberi petunjuk ke jalan yang benar. :)