Selasa, Januari 01, 2008
1. Cerita karan tersandung

Baru-baru ini, di suatu pagi, bekalan elektrik di rumah peninggalan atok itu terputus tiba-tiba. Waktu itu cuma emak dan adik di rumah. Emak jadi musykil. Mana taknya, rumah orang lain tidak, dan bil elektrik rumah itupun belum tertunggak.

Kalut juga jadinya. Emak dan adik tidak pandai pasal elektrik, jadi tak beranilah nak mengodek-godek, nanti tak pasal-pasal kena karan.

Tiba-tiba adik didatangi ilham, nasib baiklah. Dia terus menelefon TNB.

Tengahari itu, satu van TNB dari pekan Parit Jawa datang. Jurutekniknya naik ke atas rumah dan memeriksa kotak suis utama di dinding ruang tamu.

"Alahai dik, lain kali tak payah panggil TNB, senang saja, adik boleh betulkan sendiri….,” kata juruteknik itu, ketawa-ketawa, kemudian menekan suis di kotak utama itu dari tanda OFF ke tanda ON. Bekalan elektrik pulih semula serta-merta.

"Emak ni…, itu pun nak cerita kat semua orang…bla…bla…bla….” Adik. Sebaik saja emak habis bercerita.


2. Terima kasih!

Entri Cerita Satu Hari Di Hari Raya II telah dipilih sebagai Entri Blog Terbaik - Kategori Emosional 2007 di AWET2007. Terima kasih! [7 kali]. Laporannya ada di Geng Jurnal dan blog Tok Rimau . Tahniah kepada semua penerima anugerah. Majulah blog untuk negara!

Selamat 2008!

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/01/2008 05:07:00 PTG. |


40 Ulasan


Selasa, Januari 01, 2008 5:42:00 PTG, Blogger Sastri

keskeskes... sebenarnya, kejadian yg sama pernah jadi kat i gak... masa kat rumah lama... tapi masa tu, baru masuk rumah tu, dan bil eletrik yang tertunggak dek penyewa yang lama memang banyak... bila dah bayar, masih takde elektrik... dan penyewa yang nak berpindah pun kata dah berapa hari dia pasang lilin... sudahnya panggil TNB laa... :p

Tahniah! Mesti rasa berbunga je kat hati ek sebab menang... :p

 

Selasa, Januari 01, 2008 8:13:00 PTG, Blogger Pa'chik

tahniah dude...

err... adik ko omo brape weh? ahaha... kalau dia tau ko tules neh.. mesti kena tumbuk mata.. ini pun abes nak dicerita kat blog... ekekek...

 

Selasa, Januari 01, 2008 9:12:00 PTG, Blogger farazdaq

OOOoo..tahniah purp,

tindakan betul tu..kang kene KAREN.. kejang + keras..(aku pun pkir nak panggil TNB)

 

Selasa, Januari 01, 2008 10:40:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam Tahniah BP,
Di sini saya mahu anda jengok ke entri sya yang dibawah ini,
http://zainulabs.blogspot.com/2007/12/2007-tag-aways-untuk-2008.html, TQ.

 

Selasa, Januari 01, 2008 11:51:00 PTG, Blogger Achik_Sufi

tahniahla naaa...lain kali perati bebetul, jangan buat eden malu dengar cerita camnie...he...he...

 

Selasa, Januari 01, 2008 11:55:00 PTG, Blogger Nunn

kesian "adik" tu..dah la emak cerita kat semua orang ....yg ni pulak semua orang tau cerita tu ....selamat menyambut Awal Muharam

 

Rabu, Januari 02, 2008 1:59:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Tahniah bro.

 

Rabu, Januari 02, 2008 8:18:00 PG, Blogger ILA

salam tahun baru wong jowo!!;)
WAHHHH!!TAHNIAH!!!
sya benar2 tak tau wujudnya geng jurnal.truskan penulisan anda yg sempoi tapi berisi:)

 

Rabu, Januari 02, 2008 9:40:00 PG, Blogger Cik Keju

congratz dude dapat anugerah tu. *clap*clap*clap* 77X. heheh.. :D

 

Rabu, Januari 02, 2008 9:44:00 PG, Blogger KV

tahniah pasal en3 yg menang tu.
Pasal kes TNB tu ..hik hik tumpang gelak kat adik.

 

Rabu, Januari 02, 2008 11:05:00 PG, Blogger muor76

biase ler org tua black.. ape yg dia tak tau dia takut nak gode...
cam mak aku gak.. nak mendail kat talipon pon tak tau...
dulu nak bukak tv pakai remote pon tak tau.. tapi skang dah tau.. adik aku ngajor..

tahniah tok ko..

 

Rabu, Januari 02, 2008 11:30:00 PG, Blogger achik

"Emak ni…, itu pun nak cerita kat semua orang…bla…bla…bla….” Adik. Sebaik saja emak habis bercerita..

abgnya lagi dasat.. cite kat blog terus.. lagi ramai baca.. hehehe.. ;p


tahniah 7x.. :)

 

Rabu, Januari 02, 2008 11:37:00 PG, Blogger Lily Abdullah

Haa.ha..ha...tahun depan calun entri ni pulak lawan En Dugoong...ha..ha..ha (sambung ketawa)
Tahniah sekali lagi.

BP bila nak buat blook macam Bang naga kita?

 

Rabu, Januari 02, 2008 12:36:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

bro, tahniah n hepi nu year!!

 

Rabu, Januari 02, 2008 12:36:00 PTG, Blogger zino

lain kali bila tak ada karen dah tau kat mana nak colek dulu hehe

 

Rabu, Januari 02, 2008 2:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Hehehe. Perkara-perkara yang sangat asas kenalah ambil tahu juga. Nanti, kalau terjadi apa-apa, senang.

Terima kasih. Memang dah sentiasa berbunga-bunga pun :p


Pa'chik,
Terima kasih pa'chik. [Sekak kau tak nak ucap tahniah? hehehe]

Hehehe. Dia di ting. 6 sekarang. Adik bongsu sebab itu kami dipanggil 'adik'. Manja Tu...

Dia tak baca blog ini pa'chik, tak apa. Hehehe.


Faradzaq,
Terima kasih.

Betul juga ek


Tuan zabs,
Waalaikumsalam, dan terima kasih tuan.

O, tag ya. Nanti saya cari idea dulu, baru karang dan masukkan dalam entri. :)


achik sufi,
Terima kasih.

Ambil iktibarnya. Hehehe.


nunn,
Tak apa kot, asalkan mesejnya dapat dikongsi bersama. :D

Selamat juga untuk kau.


Mazudi,
Terima kasih zudi...

 

Rabu, Januari 02, 2008 2:54:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ila,
Selamat 2008 juga untuk kamu, ila.

Geng Jurnal itu komuniti blogger yang tersohor tu.

Terima kasih.


Cikin,
Terima kasih [77 x]

Pssst... Dah jawap tag itu di blog Monggo-Mampir :p


KV,
Terima kasih KV.

Entri ini menjadikan adik glamer sekarang.. Hehehe.


Muor76,
Ha'ah. Macam itulah, orang-orang tua. Jadi, kita sebagai anak ni patutlah kena tunjuk dan ajar apa-apa yang asas kat dorang. Nanti kalau ada apa-apa kecemasan senang. Tak gitu Muor?

Terima kasih Muor.


achik,
Cerita di sini tak apa. Orang yang baca bukan kenal adik pun. Hehehe.

Terima kasih [77 x] :D


Waterlily,
Tak boleh lawan entri diaorang, diaorang semua blogger otai. Hehehe.

Terima kasih sekali lagi.

Blook? Nanti saya print entri2 saya, kemudian saya fotostat banyak2, kemudian saya jilidkan, jadilah blook. Boleh macam tu? Hehehe


Ontahsapo,
Terima kasih!


Kel@mbu,
Terima kasih, dan selamat 2008 juga untuk kau!


Zino,
Betul! Pengalaman itu juga guru yang terbaik! Hehehe!

 

Rabu, Januari 02, 2008 3:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

1. Hahaha (apa lagi yang boleh aku buat selain gelak?)

2. Tahniah!

:)

 

Rabu, Januari 02, 2008 4:04:00 PTG, Blogger akirasuri

hihik tolong gelak..

Tahniah! :)

terus menulis! ;)

 

Rabu, Januari 02, 2008 4:28:00 PTG, Blogger Sya

Tahniah tahniah...

 

Rabu, Januari 02, 2008 5:00:00 PTG, Blogger NBK466

Tahniah.. tapi den penulis blog 'kampungan' nie segan ler nak berbalas blog dgn blogger yg menang anugerah bagai... sapalah daku nie... Pipit dgn enggang mana boleh terbang sekali..hu..hu..hu..

 

Rabu, Januari 02, 2008 9:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
tahniah wak. tak kan tak ada apa2 kot =)

 

Khamis, Januari 03, 2008 8:07:00 PG, Blogger zwitterion

tahniah..

takpa, bagi TNB ada keja sket..hehe

 

Khamis, Januari 03, 2008 8:15:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

PSSSSTTTT...BP betul ke adik ko? ke ko sendrik tapi malu nak cerita...ahaksssss...

 

Khamis, Januari 03, 2008 10:45:00 PG, Blogger Titicaca

aku rasa samting rong je dgn citer tu..aku rasa adik = BP kot..wakakaka...

apapon tahniah untuk anugerah tu..you deserve it! mmg sayu sungguh citer tu...

 

Khamis, Januari 03, 2008 1:45:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mudin,
1. Kau gelakkan adik aku ya mudin...

2. Terima kasih!


akira,
Tak baik gelakkan orang. Hehehe

Terima kasih.

Insya-Allah.


Kak sya,
Terima kasih!


nbk,
Terima kasih.

Eleh! Merendah diri kunun. Ekau kan orang bandar, asal
pun dari JayBee. Lainlah den, memang orang kampung. Solok pulak tu. Huhuhu.


eisraa,
Salam kembali,

Terima kasih. Memang tak ada apa-apa.


Zwit,
Terima kasih.

Betul!


MR,
Cheh! Tengok orang la.... Godek-godek pun biasa buat, inikan pulak setakat karan yang tersandung tu!


titicaca,
Cheh! Tengok orang la... Godek-godek pun biasa buat, inikan pulak setakat karan yang tersandung tu!

Terima kasih!

 

Khamis, Januari 03, 2008 2:17:00 PTG, Blogger 13may

wah! tahniah tahniah !!

 

Khamis, Januari 03, 2008 2:25:00 PTG, Blogger JBM8141

tahniah. majulah muor untuk internet.

err lain kali kalau ada prob elektrik kat situ, jgn suruh adik call. kang orang tnb tak nak datang.

 

Khamis, Januari 03, 2008 5:28:00 PTG, Blogger Unknown

hahaha...

Tahniah. Awal minggu ni dah tau. Saja buat-buat tak tau. =P

 

Khamis, Januari 03, 2008 5:33:00 PTG, Blogger viruspadu

tahniah!

hehehe, bab on off tu kelako, seb baik orang tnb tu cool ek

 

Khamis, Januari 03, 2008 8:05:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Wah, tahniah! (7x) err...tak sangka sungguh, anugerah canggini pon ade gak ek? :))

~manjlara~

 

Jumaat, Januari 04, 2008 1:53:00 PG, Blogger Unknown

kesian kat budak tu.. ehheh

 

Jumaat, Januari 04, 2008 9:30:00 PG, Blogger me3n

1. takpe. tuh proses pembelajaran sebenarnye. lepas neh klu letrik putus lagi, adik kan ade. ;).

2. tahniah! teruskan berusaha untuk yang lebih baik.

 

Jumaat, Januari 04, 2008 12:40:00 PTG, Blogger tokasid

Salam Wak Pinter:

1-Terima kasih kerana lagu Impian Anak jalanan-Kembara.Nostalgik buat saya sebagai anak kampong yang buat pertama kali ke kota KL pada waktu itu.

2- Kelakar apa yg berlaku masa black-out tu,tapi sekurang2nya kat rumah adik dah dapat satu ilmu baru dari TNB.

3-Berkenaan dgn blackout ni, saya dah tak tahu nak kata apa lagi ttg TNB. Dalam bula Disembar di kawasan tempat tinggal saya black out 3 kali. Di tempat kerja pulak 3 kali jugak. pernah buat entry ttg ini, ada kawan sms saya nak kata saya tak tahu bersyukur sebab asyik marah dan komplen ttg TNB!(Kawan saya tu bukan kerja di TNB pun)

4- Kita sebagai pengguna sebenarnya at TNB's mercy.

 

Jumaat, Januari 04, 2008 1:23:00 PTG, Blogger Mak Su

tahniah atas kemenangan, ko memang besh.. dan alahai.. susah2 je ek, rupanyer kat situ je suisnya.. hak hak, mana ler kita tahu ek? kita bukan pakar elektrik or suis... ahaks

 

Jumaat, Januari 04, 2008 3:11:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

13may,
Terima kasih!


jbm,
Dan majulah blog untuk Muor!

Aku rasa, silap-silap juruteknik itu pulak yang cari peluang nak datang, nak jumpa adik aku. Hehehe!


Ainin Naufal,
Hehehe!

Terima kasih :D


viruspadu,
Terima kasih. Unik nama kamu.

Kita bayar perkhidmatan mereka, kan?

 

Jumaat, Januari 04, 2008 3:27:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

manjlara,
Terima kasih [7 x]

Macam industri hiburan juga. Ada Juara Lagu, ada anugerah AIM, ada Festival Filem. Macam-macam lagi. :D


Lind,
Apa pula nak kasihan. Pengajaran tu sebenarnya :)


ad3ck,
1. Betul. Belajar dari pengalaman.

2. Terima kasih!


Dr Tokasid,
Waalaikumusalam doc,

1. Lagu-lagu sebegitu memang menjadi pilihan saya. Apatah lagi kalau M Nasir. Penuh mesej dan semangat. Sewaktu lagu ini keluar, sewaktu saya masih di sekolah rendah.

2. Betul. Walaupun nampak kelakar, nampak macam 'bodoh' - perkara senang itupun tak tahu - tapi dalam kehidupan, kita memang banyak belajar dari kesilapan, atau dari 'ketidaktahuan'. Dari tak tahu menjadi tahu. Asal jangan bodoh sombong, tak mahu bertanya dan takut mencuba.

3 & 4. Memang. Sepatutnya perkhidmatan semakin baik, ini tidak. Tarif pula asyik naik. Mutu tetap di tahap lama. Mentang-mentanglah pengguna tiada pilihan lain... Kasihan rakyat.


Mak Su,
Terima kasih!

Lain kali kalau karan di rumah mak su tersandung, dah tahu mana nak tengok-tengok, kan?

:D

 

Selasa, Januari 08, 2008 7:53:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Tahniah! Teruskan bercerita di blog. Saya pembaca setia walau kadang lambat ziarah :-)

Lambat ziarah bukan kerana 'karan' tapi kerana faktor masa.
['karan' dalam bahasa adik-beradik saya bermaksud 'merajuk' :-D]

 

Rabu, Januari 09, 2008 2:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

bunga rampai,
Salam kembali BR

Terima kasih! [7x]

Tak mengapa BR. Dahulukan yang penting-penting dan yang perlu-perlu dahulu. Ziarah blog kemudian-kemudian tak apa, bila ada waktu senggang. :)