Isnin, Januari 07, 2008
Sudah beberapa minggu saya menantikan kelibat Mamat Bangla yang berbasikal sambil menyandang mesin pemotong rumput dan penyapu itu lalu di depan rumah saya. Selalunya bila saya tidak begitu memerlukan kehadirannya, dialah yang selalu memunculkan dirinya, memberi salam, tersengih-sengih, sambil mengetuk-ngetuk pintu pagar.

Rumput Axonopus compressus itu sudah meliar. Imperata cylindrica sudah menjongolkan pucuknya. Itu belum lagi rumpai berdaun lebar yang menyelit-nyelit di celah-celah pagar.

Jadi, sebelum laman sekangkang kera itu menjadi hutan simpan, saya merajinkan diri menggunting rumput-rumput dan rumpai-rumpai itu. Tak apalah, sesekali. Lagipun selain dapat mengeluarkan keringat, dapat juga mengendurkan segala ketegangan [ketegangan fikiran, misalnya].

Image Hosted by ImageShack.us
Sempat juga bergurau-senda dan membuli ulat yang sedang bermain-main di atas ketul-ketul batuan sungai.

Image Hosted by ImageShack.us
Spesis pisang hiasan eksotik, Musa velotina, di salah satu pojok taman sekangkang kera itu.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/07/2008 02:27:00 PTG. |


47 Ulasan


Isnin, Januari 07, 2008 3:16:00 PTG, Blogger NBK466

Buat cam den dah siap2 simpan no hp mamat bangla potong rumput umah den..Ali namo eh...

p/s : Sori Sas TERjadi org 1st yg komen..he.he.he..

 

Isnin, Januari 07, 2008 4:12:00 PTG, Blogger jagoan

Dapat juga saya menegangkan yang kendur... :D

 

Isnin, Januari 07, 2008 4:23:00 PTG, Blogger Accia

salam wak pinter,
fooh dasyatnya nama rumput tu. bunyinya macam spell harry potter je.
heeheehee...

 

Isnin, Januari 07, 2008 5:25:00 PTG, Blogger DeeN

Fulamak! Cantiknye si Musa itu. Mana buleh dapat yer PuRP? Skang aku tengah giler mengerjakan tanah sekangkang gajah kat kg. Tgh mencari pokok2 yg unik ;)

 

Isnin, Januari 07, 2008 5:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
oh2 saya tak berapa suka pada pokok2an sebab saya geli dengan ulat2an.

wak potong rumput tu pagi2 buta atau malam2? takut orang lain nampak muka eh?

ensemlah abang musa tu. sungguh seksi. =)

 

Isnin, Januari 07, 2008 5:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nbk,
Sebelum ini pekerja Indonesia aku yang buatkan, tapi sekarang ini diaorang dah dihantar buat projek di luar kawasan, cuma boleh harapkan mamat Bangla jalanan itu sajalah. Mohd Piru kalau tak silap namanya. :D

Memang nak ambil no dia, tapi asyik terlupa.

p/s Hehehe!


Attoch,
Ya, ya. Bermacam-macam yang boleh dikendurkan. Jangan sekeru otak yang kendur sudahlah ya :D


accia,
Salam kembali,

Nama botani, memang terbelit lidah nak menyebutnya. :D


nur@,
Spesis pisang yang itu agak susah nak jumpa. Tidak berbuah, cuma berbunga. Tapi di nurseri mungkin ada.

Tahniah!


eisraa,
Salam kembali,

Ya, kamu pernah cerita dulu. :)

Gunting rumput petang-petang. Tangkap gambar nak dekat malam. :D

 

Isnin, Januari 07, 2008 6:10:00 PTG, Blogger Mak Su

bagusnyer nama pisang tu... boleh ubahsuai, taruh kat anak. ahaks

 

Isnin, Januari 07, 2008 7:14:00 PTG, Blogger Brader Black

Bang,
aku suka nama Mohd. Piru itu. Suka juga pada ayat "mengendurkan segala ketegangan" itu.

ha ha.

Soalan kefahaman:
mengapakah pada entri kali ini, Puteri Keraton tidak menjadi pengkomen pertama? :D

 

Isnin, Januari 07, 2008 7:33:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

BP,
Ulat tu kiut laaa..."ulat2"lain memang menggelikan :)

Soalan kefahaman - ala saya baru nak tanya soalan tu. Tak faham...tak faham... jadi jangan biar saya buat spekulasi sendiri :D

 

Isnin, Januari 07, 2008 8:10:00 PTG, Blogger Pa'chik

axonopus tu.. spesis mercedes ke? ekekeke...

 

Isnin, Januari 07, 2008 9:03:00 PTG, Blogger arsaili

salam bro..cantik species pisang tuh..eh hari tu sy ke muar tgk parade...

 

Isnin, Januari 07, 2008 9:09:00 PTG, Blogger Unknown

ulat gonggok tu kan kan?

 

Isnin, Januari 07, 2008 11:32:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

nasib baik namanya Musa, kalau Angelina Yam? dah lama kena rembat dek Chua tue... hehheh!

 

Selasa, Januari 08, 2008 12:40:00 PG, Blogger Kerp (Ph.D)

salam wak,

bayangkan para2 saintis menghafal nama2 lain, seperti contohnya, ulat gonggok tu. mesti pening nak ingat 1 spesis.

sabtu lepas saya terkena kat btg idung sendiri. hari2 lalu kat 1 kedai sate ni tp bila time teringin nak makan, hari sabtu tu jugak la dia tak berasap. frust betul.

 

Selasa, Januari 08, 2008 2:08:00 PG, Blogger hakim dirani

Memang selalu begini, jika kita perlukan payah sekali nak datang, tapi waktu tak ditunggu berkali-kali lalu depan kita, macam dirancang la pulak.

 

Selasa, Januari 08, 2008 8:08:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Pada jiwa yang hidup, segalanya membawa makna untuk sebuah kehidupan :-)

 

Selasa, Januari 08, 2008 9:06:00 PG, Blogger JBM8141

aku rasa mamat bangla tu dah kaya la. dah buat bisnes lain.

 

Selasa, Januari 08, 2008 10:07:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Benda apa yang tumbuh tak panjang-panjang? Heh.

 

Selasa, Januari 08, 2008 11:20:00 PG, Blogger TedungS

aku tang tanam2 pokok ni mmg slalu menjadi. jadi lalang je lah

 

Selasa, Januari 08, 2008 11:37:00 PG, Blogger kingbinjai

oo oo aku perlukan batu sungai tu

 

Selasa, Januari 08, 2008 12:47:00 PTG, Blogger NBK466

BP..alamak SAS dah majuk ker sbb den 1st posting?

 

Selasa, Januari 08, 2008 1:36:00 PTG, Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~

mamat bangla tuh blik kampung kawen kut...

 

Selasa, Januari 08, 2008 2:29:00 PTG, Blogger dugongsenyum

aku berangan nak buat projek DIY penyiraman sendiri pokok2 bunga di luar tingkap rumah. malaslah nak siram2 bunga ni.

 

Selasa, Januari 08, 2008 3:02:00 PTG, Blogger muor76

pisang tu leh makan ke black?
kekekekek daun nyer leh guna untuk bakor ikan atau pais telor ikan tenggiri tak?
ko takde tanam pisang nipah ke? leh gak makan?
eh black bkt mor ade batu batu camtu tak? kalo tak silap aku dulu air air terjun mini kat situ.. tapi skang nih tak tau arrr...

 

Selasa, Januari 08, 2008 3:03:00 PTG, Blogger Jie

Bangla tu blk negeri.... :p

pisang pink tu kak jie ade lagi sejenis yg keler merah pekat.

lawakann...

mintak sikit batu sungai tu..nk wat tonyoh daki

 

Selasa, Januari 08, 2008 4:20:00 PTG, Blogger Mummy Rizq

cantik spesis pisang tu.. tak pernah nampak pulak..

 

Selasa, Januari 08, 2008 6:23:00 PTG, Blogger sinaganaga

kau ada hubungan sulit dengan Mangla tu ke? ha ha.

 

Selasa, Januari 08, 2008 6:28:00 PTG, Blogger gayour

selamat tahun baru 1429 HIJRAH. moga betambah IMAN, berbahagia dan berjaya di dunia akhirat wahai sobat!

 

Selasa, Januari 08, 2008 6:47:00 PTG, Blogger Titicaca

;ebat betul hutan ko..lengkap dgn flora dan fauna..hehehe..

 

Selasa, Januari 08, 2008 7:34:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

kamera apa hang pakai ni?

Exposure flash yang berlebihan menghilangkan seri jantung pisang tu.

Begitu juga reflek pada batu.

Cuba hang pakai natural light.

Ha ha....

Pssss... aku pun sebenarnya haram tak tau apa pasai kamera.

 

Selasa, Januari 08, 2008 7:36:00 PTG, Blogger achik

ulat tu binatang peliharaan ke?? ;D

 

Rabu, Januari 09, 2008 7:24:00 PG, Blogger silversarina

pelik rumput kat laman cepat sangat panjang, akak sebulan 2 kali kena potong rumput tapi tak guna servis mat bangla, melayu jati yang datang potong.. cheers !!

 

Rabu, Januari 09, 2008 9:39:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Huhu... aku pun dah ada laman yang seluas 5' x 10' kat rumah baru aku ni. Pasni boleh la nak study seni hiasan taman tanpa bergantung pada mat bangla yang naik beskal bawak mesin rumput tu. hahah.

 

Rabu, Januari 09, 2008 10:40:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

awhhh rajin...cantik pokok tuh..

 

Rabu, Januari 09, 2008 12:05:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

pisang tu cantiklah...pink kaler...

 

Rabu, Januari 09, 2008 1:45:00 PTG, Blogger Unknown

selalunye mcm tu la... bila x nak dia mai kalau x tunggu la bagai nak rak manaaaaa la org nk mesin rumput nih... itu la ingat tanam rumput mutiara aja la kan atau rumput carpet ...senang.

pisang tu blom pernah jumpa kat mana2 nursery... brapa nk jual? bleh kene panas ke atau kene letak d tempat y tinggi kelembapanye?

 

Rabu, Januari 09, 2008 2:21:00 PTG, Blogger KV

dulu, rumah kv pun byk pokok pisang jenis tu. Tp habis di tebas MIL. Nak marah pun ak boleh, sabar je lah kan?

 

Rabu, Januari 09, 2008 2:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mak Su,
Ok juga idea itu. Banyak lagi nama-nama saintifik flora yang cantik-cantik. :D


Brandal Lokajaya,
Sesetengah nama-nama Bangla memang sedap didengar.

"Mengendurkan segala ketegangan" - banyak maknanya tu! :D

Soalan kefahaman itu sudah keluar topik la. Hehehe


waterlily,
‘Ulat2’ apa yang menggelikan tu WL? :D

Hanya soalan yang berkaitan dengan topik entri sahaja akan dilayan. Hehehe!


Pa’chik,
Kau tahu tak Pa’chik, macamana asalnya Mercedes itu dapat nama? Mesti kau tak tahu punya!

Hehehe!


arsaili,
Salam kembali.

Masa tengah berbunga memang cantik.

O, apa ole-ole beli di Muor?


lindosh,
Ha’ah. Sejenis ulat gonggok.


mudin,
Hehehe!

Sinikal!

 

Rabu, Januari 09, 2008 2:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kerp,
Waalaikumsalam sdra Kerp

Saya sendiri pun 4-6 tahun belajar menghafal nama-nama saintifik itu. Itupun banyak lagi nama spesis yang tak tahu :D

Kasihan, kempunan nak makan sate. Hehehe. Tapi macam itulah selalunya. Macam juga kes seorang hamba Allah ni mencari pengetip kuku. Bila tak pakai ada di depan mata. Bila nak pakai, entah di mana-mana pula hilangnya. Hehehe!


hakim dirani,
Betul! Macam jawapan saya kpd koman Kerp di atas itu. :D


bunga rampai,
Salam kembali BR

Semua objek di sekeliling kita punya ‘nyawa’ dan ‘jiwa.’ Ketul-ketul batuan sungai itu juga misalnya :)


JBM,
Kalau diikutkan ok juga mamat Bangla tu potong rumput sepenuh masa. Kalau satu rumah dia ambil RM15 [kadang-kadang RM20 kalau bhg. belakang rumah sekali], kalau dapat 10 rumah sehari, dah lebih kurang RM150.00. Kalau sebulan?


Azzam,
Ini soalan saintifik atau teka-teki ni bro'?


TedungS,
Lalang [Imperata cylindrica] pun ada nilai komersial sekarang bro’. :D


kingbinjai,
Itu boleh dibeli di Garden Centre atau pusat menjual batu-batuan King. Di jalan ke Sg Buloh itu banyak jual.


NBK,
Itulah ekau! Sapa suruh ekau komen dulu. Den tak tau……! Hehehe!

 

Rabu, Januari 09, 2008 3:16:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Lovelyzz,
Entah! Mungkin dia outstation - memotong rumput di tempat lain kot... :D


basri,
Kalau malas sangat nak siram boleh tanam guna sistem hydroculture, takpun gunakan media jeli. :D


muor76,
Pisang tu tak keluar buah Muor. Dia cuma berbunga jer. Daunnya pun kecik jer. Macam bonsai. Namapun pisang hiasan. :D

Isk! Kau ingat rumah aku dusun pisang ke? Hehehe!

Batu itu - import dari Indon. - aku ambik dari tapak projek aku. Gratis! :D


Jie,
Ha'ah. Ada macam-macam spesis pisang hiasan. Ada macam-macam warna. Yang daun warna merah pun ada.

Kaki banyak daki ek. Gonyoh pakai berus sabut la kak Jie. Hehehe!


mummy rizq,
Itu spesis pisang nadir. Di nurseri pun jarang jual.


Sinaganaga,
Isk! Aku bukan kategori pink la. HA HA!


Bro' Gayour,
Selamat menyambut Maal Hijrah 1429 bro'. Sama-sama kita baca doa akhir tahun & awal tahun.

Semoga kita terus sama2 diberkati dan dirahmatiNya.


Titicaca,
Aku pencinta alam. :D


Pegawai khalwat,
Nikon Coolpix.

Wah! Komen dari fotografer pro ni. Flash tu aku set auto. Kemudian guna close up mode. Bedal saja. Hehehe!

 

Rabu, Januari 09, 2008 3:42:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik,
Laman sekangkang kera itu dah jadi habitat semulajadinya. :)


silversarina,
Biasalah kak. Kalau musim hujan rumput memang lekas panjang. Kalau tak nak rumput panjang-panjang, kena tanam rumput hibrid. Pearl grass itu misalnya. Tak payah potong terus. :D


mazudi,
Tahniah! Bila dah ada taman sendiri nanti senang kau nak kendurkan mana-mana yang tegang; ketegangan fikiran atau ketegangan urat misalnya. :D


Tiara,
Terima kasih. Saya memang rajin orangnya.


mama ranggie,
Spesis pisang eksotik tu MR. :D


Amora,
Ha'ah. Macam itulah.

Ya. Tapi rumput mutiara manja sikit. Tak lasak, tapi tak payah potong.

Pisang itu memang jarang jumpa di nurseri. Penjagaannya lebih-kurang macam pisang biasa juga, cuma tak tinggi, tak berbuah. Macam bonsai. Nak beli ke? :)


KV,
Sayang. Kalau jual untuk landskap, mahal harganya tu.

 

Jumaat, Januari 11, 2008 11:40:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

kt umah naz ada pokok pisang ni... tp lepas semua kelopak jantung dia gugur, pokok tu pun mati...

naz potong, tengok2 tumbuh anak yg ke-2...

kalo nk mati, memang xleh diselamatkan lagi ke?

 

Jumaat, Januari 11, 2008 2:52:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

naz,
Pokok pisang bukan pokok saka. Dia hidup cuma sekali jer. Tapi iasanya akan ada anak-anak tumbuh di bawahnya.:D

 

Isnin, Januari 14, 2008 9:53:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

wah.. cantik bunga pokok pisang tu ye...

 

Isnin, Januari 14, 2008 12:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

cantik sungguh pokok pisang iteww.

pissttt.. bila nak tunjuk taman kat umah si pembuat taman tu?

:)

 

Jumaat, Januari 18, 2008 11:44:00 PG, Blogger m i n e r a l . . .

cantik pisang itu, eksotik sungguh, seperti bilik sy waktu bujang jejejejej