Satu
Syarikat kami mula mempelbagaikan aktivitinya. Cabang bio-industri secara komersial, salah satunya. Bermula dari kosong. Bergelut dengan bermacam-macam kertas kerja; dari perancangan awal, permohonan tanah, pinjaman kewangan, perancangan perlaksanaan, aliran tunai, pemasaran sehinggalah pembentangan. Juga berdepan dengan bermacam-macam karenah dan biokrasi.
Pengajaran : Tiada jalan pintas untuk berjaya. Sebelum inipun kami pernah diduga dengan seribu satu kepayahan, jadi kami mesti terus kuatkan semangat. Tapi semangat yang berkobar-kobar sahajapun tidak cukup, kalau tanpa kesabaran, kecekalan dan sanggup bersakit-sakit dahulu.
Dua
Kisah Ana pernah saya ceritakan di sini. Salah satu contoh dari banyak lagi kes tentang keganasan rumahtangga dan kerapuhan institusi perkahwinan hari ini.
Pengajaran: Kisah itu semakin menyedarkan saya. Begitu goyahnya sifat-sifat baik dan rasa tanggungjawap seorang lelaki bergelar suami bila diasak dan dihimpit oleh godaan dunia dan nafsu di sekeliling, bila longgar pegangan agama dan rapuh iman di dada.
Tiga
Saya adalah ‘kita’ - marhaen - yang menjunjung kebenaran. Tahun lepas kita masih terus menyaksikan kebejatan sistem pemerintahan dan kebobrokan pemimpin. Kekalutan institusi kehakiman, penggunaan undang-undang rimba, retorika pendekatan agama, kesendengan berita dan laporan media arus perdana dan kecondongan badan-badan tertentu yang sepatutnya bebas dan telus, semakin ‘menjolok mata.’
Pengajaran: “Yang benar tetap benar walau dipertikaikan. Yang salah tetap salah walau disembunyikan.” - M Nasir / Kembara [Kupu-kupu]. Oh ya! Berbeza pendapat dan mengkritik bukan bererti membangkang!
Nota: Saya mahu ‘tag’ Puteri Keraton, Chua Soi Lek dan V K Linggam.
TTFN
Label: Tag
Jumaat, Januari 04, 2008 3:49:00 PTG,
Salam BP,
Terima kasih kerana menyambung tag saya. Mungkn CSL dan VKL terlalu sibuk sekarang, jadi saya tidak harap dia akan ada masa untuk buat tag ini. Walau apa pun, jawapan dari Puteri Keraton pun memadai.
Saya pun tak dapat nak komen yang ke3 tu. Sendiri kena ingatlah. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita buat sempadan.
Jumaat, Januari 04, 2008 5:21:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Dalam setahun bermacam-macam perkara / pengalaman yang kita tempuhi, kan? Pilih saja 3. Senang... :D
1. Jatuh dan bangun memang dah jadi permainan kami sejak mula membuka syarikat sendiri dulu. :)
2. Ana sudah bekerja di Muar. Anak-anak Ana pun dah bersekolah di kampung. Dia sekarang nampak lebih yakin untuk meneruskan kehidupannya. Alhamdulillah.
3.:)
Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan,
Saya letkkan nama CSL dan VKL itu saja-saja tuan. Ada kena mengena juga dengan perkara ketiga itu. Lagipun mereka bukan ada blog pun. :D
Begitulah. Mana yang elok kita ambil, mana yang buruk jangan diikut, buang jauh-jauh, tapi jangan lupa ambil hikmahnya. :)
waterlily,
Ya. Bukan senang nak senang. Kena ada pengorbanan.
Kami berjauhan. Berlainan daerah. Tapi selalunya kami berpesan-pesan dahulu sebelum menerbitkan entri baru. Hehehe.
butaseni,
Terpulang kepada diri kita sendiri sebenarnya sdra. Ada jalan mudah tapi 'bengkok', ada jalan susah tapi 'lurus'. Terpulang. Kata bijak pandai, tepuk dada tanya iman. "Syurga itu dipagari dengan kepayahan, neraka itu dipagari dengan kesenangan".
Bukan begitu saudara ? :)
Amora,
Betul. Setiap kejadian dan perkara yang berlaku, tetap ada hikmah yang tersembunyi.
Selamat 2008 juga.
Jumaat, Januari 04, 2008 7:00:00 PTG, m i n e r a l . . .
M. Nasir
Anak Anak Kita
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu
Sabtu, Januari 05, 2008 6:21:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mineral,
Ya, ya. Anak-anak kita.
Lagu itu memang bagus untuk difikir-fikirkan maksud di sebalik senikatanya.
kamato,
Betul. Tapi kalau ikut jalan belakang pun 'usaha' juga, cuma tidak berkatlah nanti hasilnya.
InsyaAllah.
Pegawai khalwat,
Tapi tak ramai yang sedia dikritik, walaupun kritikan itu membina. Terutamanya puak-puak 'itu.' Asyik mahu diampu saja. Kalau mengkritik dikatanya kita pembangkang, tak patriotik. Itulah masalahnya.
Pa'chik,
Hehehe. Itu sambil-sambil pun boleh pa'chik.
eisraa,
Salam kembali.
Ya. Begitulah. Biar berpahit-pahit dahulu, bermanis-manis kemudian. :)
penyangak lokajaya,
Mana yang baik jadikan teladan, yang buruk2 jadikanlah sempadan.
:)
Isnin, Januari 07, 2008 12:56:00 PTG, DeeN
Berbeza pendapat dan mengkritik bukan bererti membangkang. Ya, Setuju!
Bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian, tp susah nak senang lenang = rakyat.
Tp best lagi:-
Bersenang2 dahulu dan terus senang lenang kemudian, sampai ke anak cucu = org atasan gila kuasa yg korup. Ha Ha!
Usaha + Doa + Tawakal = Syukur!
Isnin, Januari 07, 2008 1:43:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
hakim Dirani,
Kata orang, "kegagalan yang sebenar adalah kegagalan untuk mencuba."
Moga-moga. InsyaAllah.
tegezoot,
Risiko tinggi jadi ayam, kalau kena serang selsema burung, habis semua keturunan...!
nbk,
Dah kita bersifukan orang yang sama. Hehehe.
KV,
Dia tak ada blog. :D
mama ranggie,
Alhamdulillah. Dia sudah 'kuat' sekarang. Dia dah menetap di kampung sekarang. Dia sudah bekerja semula.
Zino,
Mudah-mudahan. InsyaAllah.
Zwit,
:)
LUJ @ Silversarina,
Salam kembali,
Oo..Lama juga tak dengar cerita ek. Ingat, mana tak ingatnya. :D
nur@,
Biar susah-susah 'di sini', asal senang-senang 'di sana.' :)
Biar sikit asal berkat. Jangan banyak tapi sesat.
Selasa, Januari 08, 2008 12:58:00 PTG, Roti Kacang Merah
Jangan takut mengkritik sekiranya anda membayar cukai. Itu adalah HAK anda.
Juga, jangan takut mengkritik sekiranya anda masih lagi percaya bahawa rezki anda adalah di tangan Yang Maha Esa dan bukan di tangan pemimpin-pemimpin yang munafik.
Seperti demo BERSIH tempohari, tak semua yang turun padang adalah dari ahli parti pembangkang, tapi mereka yang membangkang tentang kebobrokan kepimpinan negara.
Rabu, Januari 09, 2008 2:30:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
bunga rampai,
Salam kembali BR
Ya, setiap detik yang kita lalui adalah ilmu dan pengajaran.
Setahu saya, Chua dan Linggam tak punya blog. :D
Roti Kacang Merah,
Saya 100% sependapat dengan sdra.
Memberi pendapat, berhujah dan mengeluarkan buah fikiran biarlah secara bebas, ilmiah dan rasional, bukan disebabkan kesendengan kita kepada ideologi puak-puak tertentu atau kepentingan politik.
hmmm... susahnya nak wat tag nih... baru je sudahkan satu tag, ada lagi satu yang menanti... :p
for the first one... i believe, if you persevere, you'll make it... but do have lotsa patience, as good things don't come that easy...
as for no. 2, i hope and pray that Ana will have a better and happier life ahead... with the support from the rest of the family, insyaAllah, she'll make it through...
no. 3, malas nak komen... :p