Sabtu, Januari 26, 2008
Hari itu. Selepas solat Jumaat. Kami di kafe yang biasa kami duduk-duduk, bincang-bincang, makan-makan dan minum-minum itu.

Haji Jay sedang perlahan-lahan mencicip Nescafe tarik, Ludin sedang khayal menyedut candu Gudang Garam, sementara saya pula sedang leka menyeropot sup ayam sewaktu Limah, pelayan genit dari tanah seberang itu melewati meja kami.

"Nampak letih hari ini Limah……?" Haji Jay menegur Limah.

"Malam tadi dua kali la Haji...! Limah menjawab selamba.

Pruuupppfffff! Nasib baik tak tersembur sup dari mulut saya…!

Limah…Limah…!

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/26/2008 04:27:00 PTG. |


52 Ulasan


Sabtu, Januari 26, 2008 4:38:00 PTG, Blogger Sastri

dua kali apa agaknya tu ek? keskeskes...

 

Sabtu, Januari 26, 2008 5:25:00 PTG, Blogger Azhar Ahmad

Tak tahan dengan candu gudang garam tu... Eh he... macam tergantung kerrrr...

 

Sabtu, Januari 26, 2008 5:53:00 PTG, Blogger Pa'chik

ishh... lucah betul pikiran ko purp.. ekekek...

 

Sabtu, Januari 26, 2008 6:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Terpulang kepada tafsiran masing-masing la. He he he!


Azhar Ahmad,
Entah. Aku tidak merokok. Emak aku tak kasi aku merokok. Hehehe!

Err.. apa yang tergantung?


Pa'chik,
Eh! Aku tak kata apa-apa pun....!

Hehehe!

 

Sabtu, Januari 26, 2008 8:55:00 PTG, Blogger Jie

oooOOOOO...opss..kakjie kat highway tak koner² :p

 

Sabtu, Januari 26, 2008 8:56:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Dua kali..dua kali..hari Jumaat..hari Jumaat...ooo..Limah baca yassin tuuuu...:D

ps; kena penyakit Naga,si Purp ni. akak syak laaaaa!!

 

Sabtu, Januari 26, 2008 9:30:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

errrkk..2kali?????????huhu

 

Sabtu, Januari 26, 2008 9:58:00 PTG, Blogger izinni

huh! kesian limah. 2 kali bangun malam tercirit birit. kamu tak bagi dia pil chikit tu ke?

 

Sabtu, Januari 26, 2008 10:22:00 PTG, Blogger Unknown

kenapa dengan si Limah tu? Apa jadi dengan dia?

 

Sabtu, Januari 26, 2008 10:37:00 PTG, Blogger TokNabe

Jalan cerita tergantung ler BP ......

 

Sabtu, Januari 26, 2008 10:49:00 PTG, Blogger hakim dirani

Atau mungkin dia kerja kelmarin tu dua kali punya lama. kira OT la.

 

Ahad, Januari 27, 2008 12:11:00 PG, Blogger kawaii_desu

salam ziarah!

huhuu saya pun pikir lain je

 

Ahad, Januari 27, 2008 8:18:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Dua kali je? Ha ha ha ha!

 

Ahad, Januari 27, 2008 8:48:00 PG, Blogger silversarina

dua kali bangun ke bilik air lah...ish ish cepat betul ke situ perginya bp ni.. :)

 

Ahad, Januari 27, 2008 11:35:00 PG, Blogger tegezoot

biasa la tu, org kita kan cepat saja terpikir kearah tu. Dah jadi budaya dah! Bayangkan abis saja limah tu bercakap terus pruuuuuuppff!!!!

cepat sungguh!

 

Ahad, Januari 27, 2008 11:49:00 PG, Blogger Cik Keju

erk, ape yg dua kali?

saya yg naif...

 

Ahad, Januari 27, 2008 11:56:00 PG, Blogger Hambali ®

2 kali dia bangun makan ubat sebab malam tadi batuk teruk sangat kot ...

 

Ahad, Januari 27, 2008 2:31:00 PTG, Blogger Brader Black

malam tadi?

letih?

2 kali?

apa? apa yang terjadi pada beliau?

Pasti beliau tidak keletihan kalau minum kacip fatimah original.

ngahahahahaha.

 

Ahad, Januari 27, 2008 7:01:00 PTG, Blogger Pa'chik

memang la ko tak kata... tapi ko pikir.. ekekekke...
oh oh.. ko kan peritinker.. ekekek...

limah dua kali kena masak sup tuh.. tu yang penat letih dan lesu... ekekek...

 

Isnin, Januari 28, 2008 9:25:00 PG, Blogger muor76

2 kali? ermm 2 kali ape yerk?
2 kali terbangun... buat susu anak.. kopok anak...?
2 kali terbangun time anak demam...?
2 kali terbangun memerot?
atau 2 kali membunuh syaiton?
heheheheh

 

Isnin, Januari 28, 2008 11:49:00 PG, Blogger DeeN

Uih! awat nak tersedak tuh? Ayaq tu rasa masin ka, PuRP? HaK, HaK, HaK.. aku.. bersangka baek!!

HaHaHaHaHaHaHAHaHAHa.. =B

 

Isnin, Januari 28, 2008 11:58:00 PG, Blogger NBK466

Wah..begitu TELUS jawapan si Limah itew...he..he..he..

 

Isnin, Januari 28, 2008 1:43:00 PTG, Blogger Mak Su

ayat belum habis lagi kan... dua kali apa ya? khatam quran ker dua kali boleh jugak kan.. dalam 1 malam.

 

Isnin, Januari 28, 2008 2:25:00 PTG, Blogger achik

limah kena minum super power.. baru ada tenaga.. hak hak.. ;p

 

Isnin, Januari 28, 2008 4:17:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Hanya Haji Jay saja yang tahu ap yang di maksudkan oleh Limah, tu pasal nescafenya tak tersembur. BP tentu terfikirkan yang lain, itu yang sampai nak terkeluar sup ayam tu..

 

Isnin, Januari 28, 2008 5:50:00 PTG, Blogger Unknown

hahaha....

BP dah lama tak dengar orang sebut 'menyeropot'...:D

 

Isnin, Januari 28, 2008 8:25:00 PTG, Blogger farazdaq

wush...otak aku dah tukar kaler..YA ALLAH bernaskan fikiranku, sempurnakan akalku..sufikan hatiku..AMIN.

 

Selasa, Januari 29, 2008 12:07:00 PG, Blogger KAMATO

2x 2x 2x ............ macam2 boleh jadi

 

Selasa, Januari 29, 2008 12:40:00 PG, Blogger shahril aley

aku tak pernah dengar perkataan mencicip atau menyeropot atau aku ni memang tak peka dengan bahasa.

korang tak tanye dengan lanjut apa yang diperkatakan 2 kali itu....

 

Selasa, Januari 29, 2008 3:23:00 PG, Blogger JBM8141

bp dengar '2 kali', hampir nak tersembur. kalau dia dengar '3 kali', mau keluar sup ikut hidung tu...

 

Selasa, Januari 29, 2008 3:27:00 PG, Blogger Achik_Sufi

kenapala tak ikut sunnah 3 x...

ape2jela...

 

Selasa, Januari 29, 2008 7:00:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP... nak shout kat shoutbox takle sbb opis block. So tempe jemput kat sini le...

Harap BP dpt jadi JURI KHAS pertandingan JL BLOGGER MANIA dekat www.jomlayan.com.

Pada yg lelain kalau terbaca ulasan ni leh jemput menyertai pertandingan ni

maklumat lanjut sila layari : http://www.jomlayan.com/mybb/pendaftaran-jl-blogger-mania-2008-t-10132.html

 

Selasa, Januari 29, 2008 8:49:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Dua kali je? Ha ha ha. Ni cerita simbolik ke terus terang heh.

 

Selasa, Januari 29, 2008 9:49:00 PG, Blogger Titicaca

2X apa tu? (muka inesen..la...la..la..la..)

 

Selasa, Januari 29, 2008 1:04:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

2 kali tu ok la tu. Biasa la tu, standard la tu.

 

Selasa, Januari 29, 2008 2:12:00 PTG, Blogger Unknown

err saya tak paham.. apa yg 2 kali tu? :P

 

Selasa, Januari 29, 2008 2:19:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

jujur dan tulus

 

Selasa, Januari 29, 2008 4:48:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak jie,
Saya malas nak lalu lebuhraya. Tol mahal! Hehehe!


WL,
Baru baca dua kali pun dah letih….. Itu belum tujuh kali :D

ps - Tak baik syak wasangka. :p


meen,
Ha’ah. Dua kali..


izinni,
Limah cuma 2 kali, kira ok lagi. Saya pernah kena cirit-birit, sampai 7 kali keluar masuk bilik air…. Hehehe!


Ainin Naufal,
Entah! Dia cuma kata dua kali…..


Tok Nabe,
Memang cuma sampai setakat itu ceritanya tok…..


Hakim Dirani,
Agaknyalah kot :D


kawaii desu,
Salam. Selamat datang ke dunia jowopinter!

Tak baik fikir bukan-bukan :D

 

Selasa, Januari 29, 2008 4:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kingbinjai,
Cuma kau saja yang tahu maksud ‘ha ha ha ha’ kau itu king. :D


phu ying,
Habis, seelok-eloknya berapa kali? Hehehe!


kak sarina,
Eh! Saya tak kata apa pun. ..Agaknyalah kot. Bilik air rumah dia jauh agaknya. :D


tegezoot,
Agaknya sebab penumpuan aku pada sup itu terganggu kot

Hehehe!


cikin,
Entah! Saya pun naif juga. :D


SME,
Mungkin…mungkin….. 


Brandal,
Kau tak ada fikir lain…….

Hehehe!

 

Selasa, Januari 29, 2008 4:53:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa’chik,
Mana kau tau apa yang aku fikir? Hehehe!

Dia cuma letih, kau pandai-pandai tambah lesu…. Hehehe!


posmen,
Dah! Tak payah fikir-fikir!

:D


Muor76,
Hehehe! Salah satunya mungkin betul. Kau memang bijak Muor!


mama ranggie,
Lebih-kurang macam menghirup… 


nur@,
Aku menyeropot sup la bukan ‘ayaq’. Hehehe!


NBK,
Apanya yang telus jang? Hehehe!


Mak Su,
Mungkin…mungkin…..


achik,
Wah! Pandai rupanya achik ini yer….!


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam.

Haji Jay orang lama, begitu juga En. Ludin. Saya budak lagi, sebab itu agaknya fikiran cepat tersasar. Tapi kalau tuan nak tahu, mereka berdua menahan ketawa juga selepas itu. Hehehe!

 

Selasa, Januari 29, 2008 5:59:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Yus,
Nikmat kalau dapat 'menyeropot' sup panas-panas kan.... Hehehe!


Farazdaq,
Isk! Apa yang dah kau fikirkan. Istighfar banyak-banyak ya...


Kamato,
Betul. Banyak tafsirannya....... :)


Shahril,
Mencicip itu bahasa Melayu. Jarang dipakai. Menyeropot itu bahasa Jawa yang dimelayukan. :)

Biarlah persoalan itu tergantung di situ...


Bad,
Hehehe! Kalau aku dengar kau yang menjawap macam itu aku tak hairan sangat. Tapi sebab dengar dari mulut Limah, itu yang nak tersembur tu....


achik sufi,
Saya tersenyum-senyum membaca komen achik itu. :)


Tempe,
Waalaikumusalam.

Ok. Terima kasih. InsyaAllah.

Kalau dah jadi juri, boleh ambil bahagian tak..? Hehehe!


Azzam,
Pandai-pandailah tafsir sendiri ya...... Hehehe!


Titicaca,
Itu kena tanya Limah sendiri... :D


Pegawai khalwat,
Lebih baik tiga kali terus. Itu Achik Sufi yang kata.


Lind,
Saya pun tak faham... Hehehe!


Neeziee,
Ya, ya. Betul! Sifat jujur dan telus sepatutnya diamalkan oleh kerajaan yang ada pada hari ini. Baru rakyat boleh percaya.

Hehehe!


KV,
Kalau di dalam kelas, kalau murid tak faham, kena angkat tangan....Nanti cikgu boleh terangkan.. Hehehe!

 

Selasa, Januari 29, 2008 7:06:00 PTG, Blogger aNIe

Ewah si Limah tu...2 kali apa lah agaknya...

*sambil garu2 kepala yang tak gatal*

 

Selasa, Januari 29, 2008 8:45:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

lucu.. spontan..

me tumpang lalu jer bro..

 

Selasa, Januari 29, 2008 9:19:00 PTG, Blogger Ted

hahahahhahahhahah


aku paham sangat!

 

Rabu, Januari 30, 2008 6:11:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

ekek.. kalo juri dah bertanding.. nanti bias lak...

Harap sgt BP dpt jadi juri... tp kalo BP nak bertanding pun ape salahnya... hehehe...

pertandingan akan bermula 11 Februari ni.

 

Rabu, Januari 30, 2008 12:08:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak lady,
Masing-masing tafsirkan sendirilah ya...

Hehehe!


yg insaf,
Terima kasih. Lalulah, tak kena tol pun... :)


ted,
Isk! Macamana kamu boleh faham. Aku yang tulis cerita ini pun tak faham... Hehehe!


Tempe,
Tak ada masalah. Boleh saja. Maklumkan pada saya perkembangannya nanti ya... :)

 

Jumaat, Februari 01, 2008 7:03:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

BP,

Pertandingan start 11 Februari, nanti bile time judgement tempe akan bg komen kat mana2 entry terbaru BP... thanks ya...

pertandingan selama 4 minggu..

judgement olh juri biasanya within thursday to saturday...

BP cume perlu komen blog setiap peserta and bg markah kemudian pmkan kepada tempe.. itu je..

link dan format markah tempe akan bg nanti.. thanks ya...

 

Jumaat, Februari 01, 2008 12:47:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tempe,
OK.

Kalau nak emel pun boleh. blackpurple27@yahoo.com