Sabtu, Januari 19, 2008
Ini cerita dulu-dulu.

Di kampung kami itu sebulan sekali ada seorang penjual kain bermotorsikal yang singgah dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Wak Sagil nama panggilannya. Di belakang motorsikalnya itu dipasang kotak empat segi. Di depannya pula buntalan kain. Dia juga menjual jajan - yang saya masih ingat sagun - yang disangkut di tepi kotak belakang motorsikalnya itu. Saya tak pasti dia berbangsa apa. Mungkin India Muslim. Mungkin Benggali. Yang saya ingat bulu tangan dan bulu dadanya lebat, kerinting-kerinting. Telinganya pun ada tumbuh bulu juga.

Bibik-bibik dan kakak-kakak kampung kami masa itu memang biasa membeli atau memesan kain atau baju dari Wak Sagil itu. Maklumlah mudah dan tak payah susah-susah nak keluar ke pekan atau pasar lambak. Lagipun boleh bayar secara ansuran. Ambil saja, Wak Sagil akan tulis dalam buku. Kadang-kadang kutang pun mereka beli secara ansuran. Kiranya jasa Wak Sagil itu amat besar kepada penduduk kampung kami di era itu sebab memperkenalkan ‘skim ambil dulu bayar kemudian’ dan ‘skim bayaran mudah.’

Hari itu Wak Sagil singgah lagi di rumah atok. Di anjung depan, macam selalu-selalunya juga. Wak Sagil buka buntalan kainnya. Kemudian dibentang kain-kainnya itu. Di susun-susunnya di atas lantai.

"Haa... Long! Cakap la kat Wak Sagil tu. Tadi kata nak beli…..,” kata emak. Tangannya ghairah menyelak-nyelak kain di depannya.

"Laaa. Emak la cakapkan…..” kata saya.

"Isk budak ni! Nak cakap itupun susah. Cakap aje la…..!” Kata emak lagi. Emak kalau dah asyik mengadap kain, memang tak ingat apa lagi dah.

"Alaaa… emak la tanyakan…. Orang segan…” kata saya lagi, memujuk emak.

"Yelah yelah….! Kata emak. Hati saya jadi suka. “Spender untuk budak-budak ada bawak tak?” Tanya emak kepada Wak Sagil.

Dipendekkan cerita, Wak Sagil tak ada stok seluar kecil itu pada hari itu. Wak Sagil kata kalau mahu seluar dalam kena pesan dulu. Beritahu saiznya. Bulan depannya baru Wak Sagil bawakan.

Hehehe!

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/19/2008 04:27:00 PTG. |


42 Ulasan


Sabtu, Januari 19, 2008 5:07:00 PTG, Blogger Sastri

LOL... a'elehh... u memang macam ni tau... nak tanya tapi suruh orang tanyakan... spender pun mintak mak tanyakan ekk... :p

padahal wak sagil tu kan lelaki... sesama lelaki, segan konon... keskeskes...

sagun? uh... lamanya tak mam sagun... kalau di kampung, sagun dimamam dengan pisang embun atau durian selain dimamam begitu saja... sedappppppp...

 

Sabtu, Januari 19, 2008 5:42:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Purp,
Saya sudah lama tidak mendengar perkataan itu."sagun" jajan yang enak - makan mau lagi dan lagi. Macam budak2 sekarang ketagih ais pop. Sudah hampir terlupa bagaimana rasa makanan tradisi tersebut. Sekarang ada jual ke tidak lagi benda tu..

ps - spender...lihat betapa pemalunya anak2 di zaman dahulu...ha..ha..ha..ha.

 

Sabtu, Januari 19, 2008 6:21:00 PTG, Blogger hakim dirani

Ha ha, memang lawak. adakah anda masih bersifat demikian hingga kini? he he lawak ja.

 

Sabtu, Januari 19, 2008 6:23:00 PTG, Blogger TokNabe

Mmg kelakar kisah nak beli spender ni. Pemalu loo... sekarang ni pemalu lagi ke? Tempat ambo(kelantan) pun ada jajan nama sagun. Lama tak dengar nama jajan ni. Ish.. la ni ada jual lagi ke.

 

Sabtu, Januari 19, 2008 7:07:00 PTG, Blogger Pa'chik

apa daa nak beli spender malu... ingatkan nak tanya tender pasang sisitibi ke...

 

Sabtu, Januari 19, 2008 7:21:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Masa itu kan budak-budak lagi. Mesti la malu. Spender pulak tu. Nak sebut masa itupun malu. Sekarang tak adalah. Hehehe!

Mana nak cari sagun sekarang ek?


WL,
Entah ya! Rasa rindu pula nak makan sagun. Di mana nak cari ya?

Ya, ya. Itu memang budak Melayu kampung dulu-dulu, tipikal. Pemalu dan sopan. Hehehe!


Hakim,
Saya memang pemalu orangnya. Malu tapi mahu. Hehehe!


Tok Nabe,
Itu masa budak-budak. Sekarang kalau nak beli spender, saya beli sendiri. Tak ada nak mintak emak belikan lagi dah. Dia pun tak tau saya pakai saiz apa sekarang. Hehehe!

Tak pasti pulak. Entah wujud lagi entah tidak jajan sagun itu sekarang.


Pa'chik,
Kau dulu umur berapa tahun baru pakai spender Pa'chik? Budak-budak dulu pergi sekolah tak pakai spender pun. Tapi masa sekolah rendah la. Hehehe!

Kau tak habis2 CCTV. Hehehe!

 

Sabtu, Januari 19, 2008 8:09:00 PTG, Blogger Abang Long

"Mak, kenapa kena pakai spender?" Aku bertanya kepada ibu ku.

Ibuku hanya diam.

 

Sabtu, Januari 19, 2008 8:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
itulah bezanya dengan orang yang dah biasa tak segan nak cakap apa2 pun. biarpun orang yang tak biasa tu sama jantina.

imejin muka wak masa kecil yang malu2 itu sambil tutup muka.
=)

 

Sabtu, Januari 19, 2008 10:43:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

salam wak,

fuhhh...cite menarik tapi tang sagun tu paling menarik...hehehe...kat bandar rasanya pupus dah benda ni. dulu pon payah dapat. selalu beli kat kantin sekolah je.

 

Sabtu, Januari 19, 2008 11:10:00 PTG, Blogger debikdebuk

Hahhahah..
aku dulu malu nak sidai seluar dalam. Masa tu first time masuk asrama...

 

Ahad, Januari 20, 2008 2:40:00 PG, Blogger kingbinjai

oh! jgn kata ko aku sekarang ni pun nak beli spender kat giant pun segan heheehhe

 

Ahad, Januari 20, 2008 3:44:00 PG, Blogger Pa'chik

hahah... sisitibi ni banyak jasa dia... ekekekek...

 

Ahad, Januari 20, 2008 3:41:00 PTG, Blogger silversarina

kelakar... nak tanya tu pun malu...pemalu betul bp ekk... teruklah kena tunggu sampai bukan depan pulak ....

 

Ahad, Januari 20, 2008 5:46:00 PTG, Blogger me3n

mak aih nape lame sgt penghantaran tempahan tu? susah nak buat ke hehehe.

 

Ahad, Januari 20, 2008 7:11:00 PTG, Blogger Brader Black

bang,
aku dulu pon lebih kurang sama. teringat lagi muka akak promoter yg kemerah-merahan sebab mak aku tanya pasal saiz underwear aku kat akak tu..

ha ha.

 

Ahad, Januari 20, 2008 8:29:00 PTG, Blogger Titicaca

kisah beli spender ni mengingatkan aku pada satu kisah aku n kawan ku dulu..ada masa aku citer hahaa..

apapon, aku tabik kat wak sagil..sanggup melayan pelanggan hatta barangan bukan dalam stok pun..siap tanya saiz lagi..hahaha..

 

Ahad, Januari 20, 2008 8:47:00 PTG, Blogger zino

saiz nak ukur macam mana pakai jengkal ke? hehe

 

Ahad, Januari 20, 2008 11:30:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

sebulan la x pakai? hahahah

 

Isnin, Januari 21, 2008 12:29:00 PG, Blogger Unknown

pakai je suar ape2 yg ade.. janji tutup.. hehee

 

Isnin, Januari 21, 2008 9:14:00 PG, Blogger Unknown

hihi, malu2 kucing BP ni rupanya....hehe

 

Isnin, Januari 21, 2008 10:37:00 PG, Blogger muor76

kalo jadik yg sulong kene mintak mak belikan.. kalo yang no 2 dll boleh cilok abang nyer... kekekkek pastu kalo mak pasan kite dah pakai spender, mak akan belikan tanpe dipinta... kekeekeke.. aku dulu sekolah rendah hanya berseluor katok tanpe spender mase main bola... sagun.. dedulu senang carik skang hampir pupus.. begitu gak dengan gule tarik...

 

Isnin, Januari 21, 2008 11:25:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Abg Long,
“Pakai spender tu Long, nanti terbang kang burung tu..!” kata nenek.

Hehehe!


eisraa,
Salam kembali.

Memang. Ada benda yang kita segan nak sebut walaupun bagi sesetengah orang benda itu benda biasa. Budak-budak dulu, tinggal di kampung pulak tu, lagilah. Budak-budak sekarang mungkin lebih terbuka.

Saya kecil2 dulu kalau malu, terus lari nyorok bawah ranjang besi atuk. Hehehe!


Kerp,
Salam kembali.

Hehehe. Nostalgia. Agaknya dah pupus jajan sagun tu. Jangankan di bandar, di kampung pun dah tak jumpa lagi sekarang ini rasanya.


debik,
Kami dulu-dulu, masa di asrama, kalau seluar dalam dah rupa macam roti jala, memang malu la nak jemur. Mesti kena kutuk kawan2. Hehehe!


king binjai,
Aku setakat ini tak pernah lagi beli di Giant. Hehehe! Tapi kau kalau nak beli di situ jangan beli yang longgok, belilah yang dalam kotak, baru tak malu. Hehehe!


Pa’chik,
“CCTV luar bangunan imej samar-samar pun tak apa, tapi CCTV dalam bilik hotel kena terang,” itu lebih-kurang dialog kartun yang aku baca dalam suratkhabar semalam. Hehehe!


arsaili,
Boxer ke seluar katok? Hehehe!

 

Isnin, Januari 21, 2008 12:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Silversarina,
Dulu saya memang sangat pemalu orangnya. Sekarang pun... Hehehe.


ad3ck,
Dah dia pun datang cuma sebulan sekali..... Hehehe!


Brandal,
Kalau budak yang normal, dah tentu-tentulah saiz S. Takkan XL pulak! Hehehe!


Titicaca,
Aku tunggu cerita kau. Ha ha!

Wak Sagil itu macam-macam ada jual. Pesan apa saja, bulan depannya dia akan bawakkan. Dia tanya saiz seluar dalam laaaa..... Hehehe!


Zino,
Saiz apa ni Zino? Hehehe!


Fiq,
Budak-budak dulu mana pakai seluar dalam pun. Dah sunat baru betul-betul pakai. Hehehe!


Lind,
Ya, janji tutup. Hehehe!


Yus,
Masa kecil dulu nak sebut benda-benda itu semua memang malu. Malu tapi mahu. Hehehe!


Muor76,
Kalau sama saiz tak apa [maksud aku saiz seluar, ha ha!], kalau tak sama saiz? Pakai pun longgar. Pakai-pakai, londeh! Silap-silap, pakai-pakai terus jatuh! Hehehe!

Samalah. Pakai seluar katok rasa berangin semacam jer kan? Hehehe!

Di Muor mana nak cari sagun sekarang ek?

 

Isnin, Januari 21, 2008 1:15:00 PTG, Blogger Mak Su

adui...sudah mumayiz, tapi mak jugak jadik mangsa.. aduiii

 

Isnin, Januari 21, 2008 3:39:00 PTG, Blogger KV

sluar kecit pun wak sagil jual ye? Sungguh multipurpose la. Hik hik

 

Isnin, Januari 21, 2008 3:56:00 PTG, Blogger DeeN

HeHe... biasalah budak2 dulu memang pemalu. Macam aku gak ler hikhikhik!!

Er..aku suka sagun buatan sendiri. Pergh!! Sedap woo. Dulu selalu jual kat kawan2 sekolah rendah. 20 sen sebungkus heh heh heh!!

 

Isnin, Januari 21, 2008 6:06:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mak su,
Saya kan budak lagi masa itu. Biarlah orang dewasa cakap dengan orang dewasa. Hehehe.


KV,
Wak Sagil tu lebih-kurang macam kedai baju bergerak la. Hehehe!


nur@,
Itulah dia. Pemalu dan sopan-santun. Hehehe!

Sekarang ada buat lagi tak? Nak tempah ni....!

 

Isnin, Januari 21, 2008 6:15:00 PTG, Blogger Jie

ha ha ha ..macam anak² kakjie sekarang ni.... macam tu la...kena mama dia yang beli..skrg ni pakai boxer pun mama belikan...:p

 

Isnin, Januari 21, 2008 9:52:00 PTG, Blogger aNIe

Wakakakak...gelak guling2 akak...adoiiii!!!...macam anak dara pingitan....

 

Selasa, Januari 22, 2008 12:19:00 PG, Blogger farazdaq

mahu tapi malu ko ni Purp...teringat kes adek aku yang dah serik (2 kali) tersangkut 'tuut'kat zip sluar akibat x pakai spender..ish3

 

Selasa, Januari 22, 2008 8:22:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

He he he! Seluar kecik ek? Correct correct correct ya ya ya heh!

 

Selasa, Januari 22, 2008 10:40:00 PG, Blogger NBK466

Ekau ker yg konon2 cas pemalu tuh??? India Muslim pun layak dpt gelaran WAK ek??

 

Selasa, Januari 22, 2008 11:00:00 PG, Blogger DeeN

HaHaHaK..
Skang nih aku sendirik pun dah lama tak makan sagun. Nak tempah? nampaknya aku kene balik menuntut semula kat ToK aku hikhikhik ..

 

Selasa, Januari 22, 2008 12:55:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

lor...suar kecik ke?

ingatkan ape ler td???

kecik2 pon dah pandai malu ek!

 

Selasa, Januari 22, 2008 1:08:00 PTG, Blogger Unknown

hehehe.
aku dulu pun malu gak nak beli spender. asyik suruh mak saja.

 

Selasa, Januari 22, 2008 2:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak jie,
Habis, kalau mamanya tak belikan, tak pakai seluar dalamlah ek. hehehe!


kak lady,
Anak lelaki kak lady tu tak pernah minta kak lady belikan ke? Hehehe!


Farazdaq,
Isk! Ngerinya. Bahaya sungguh kalau tersangkut. Boleh gelap masa depan tu. Hehehe!


Azzam,
Correct correct correct! Aku masih ingat lagi. Aku 'tak mudah lupa'. Hahaha!


nbk,
Di kampung aku 'wak' itu panggilan mesra. Hehehe!


nur@,
Kau menuntut dululah ek. Nanti dah pandai buat aku nak tempah. Hehehe!


mama ranggie,
Budak dulu-dulu memang macam itu. Kan terpuji kalau ada sifat malu macam tu. Ahaks!

Hehehe!


kel@mbu,
Sekarang ni agak-agaknya, kalau kau mintak emak kau belikan, dia nak tak belikan ek? Hehehe!

 

Selasa, Januari 22, 2008 2:53:00 PTG, Blogger Ted

haha..suh mak belikan ek?keke..nway aku tatau sagun tu ape tp kat kg aku skang ada lg bangla yang jual kain macam tu...kdg2 aku tengah tidur depan tv tiba2 terjaga sbb ada bangla tercegat depan pintu...bahaya beb..

ntah2 satu hari t dia masuk dalam ke..shahdu t jawabnya..hehe

 

Selasa, Januari 22, 2008 3:33:00 PTG, Blogger Rush Murad

dah lama tak makan sagun, kat kampung aku di Kulai dulu (25 years ago) ada sekumpulan makcik2 dari Melaka akan bawa jualan ke sini, junjung tikar mengkuang, jinjing sagun, kerepek, wajik, dodol, kuih koci etc. Dan ada makcik2 dari Pantai timur pulak jual kain batik n kain pelikat... aku plak suka duduk dengar depa bersembang, macam ayam dgn itik, sorang cakap jawa, sorang cakap kelate... :)

 

Selasa, Januari 22, 2008 5:56:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Di kampong saya dulu pun ada juga, tapi orang Melayu. Mula2 dia guna basikal je, lepas dah maju agaknya, tukar motorsikal. Selepas tu tak tahu apa jadi, sebab saya tak pernah jumpa dia lagi selepas keluar dari kampong untuk bekerja. Sekarang dah arwah dah. Al-Fatehah untuk beliau..

 

Rabu, Januari 23, 2008 3:49:00 PTG, Blogger Unknown

keskeskes... jejaka pemalu rupanya kamu.

 

Rabu, Januari 23, 2008 5:48:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ted,
Sekarang dah macam-macam bangsa jual kain, sesetengahnya jual karpet dari rumah ke rumah. Pakistan, Bangla... macam-macam.

Laman rumah sekarang pun mamat Bangla yang potongkan rumputnya. Hehehe!


Rush,
Ha'ah. Seingat-ingat aku tempat aku pun ada macam itu. Yang katanya datang dari Kampuchea pun ada, junjung buntalan kain atas kepala. Kalau yang sesama Melayu, biasanya sambil-sambil berjualan mereka bergossip juga. Hehehe!


Tuan Zabs,
Waalaikumsalam tuan Zabs.

Wak Sagil itu dulupun mula-mula pakai basikal, kemudian bertukar ke motosikal buruk, kemudian bertukar ke motosikal baru pulak. Selepas itu saya sambung belajar ke KL tak dengar lagi dah ceritanya. :)


Ainin Naufal,
Malu itu kan sifat yang terpuji. Hehehe!