Selasa, Januari 15, 2008
Petang itu Puteri ditemani seorang jejaka kacak. Mereka di dalam lif, yang tiga suku penuh. Mereka mahu turun, dari aras bumbung ke aras bawah. Mereka mahu ke jualan tutup kedai Kedai Buku Popular.

Di satu aras, lif itu berhenti dan pintunya terbuka.

“Naik ke turun?” Seorang lelaki di luar lif bertanya.

“Turun.” Lelaki di sebelah jejaka kacak itu menjawap. Jejaka itu mengawal kekacakannya. Lelaki yang bertanya di luar lif itu cuma membatu. Pintu lif tertutup semula.

Kemudian lif sampai di destinasi terakhirnya. Aras bawah. Pintu terbuka. Mereka melangkah keluar.

“Isk!. Menyibuk betullah mamat tadi tu! Itupun nak tanya. Suka hatilah kita nak turun ke nak naik!” Jejaka kacak itu.

“Keskeskes!” Puteri.

Cerita di Jaya Supermarket, PJ - yang bakal jadi kenangan.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/15/2008 01:07:00 PTG. |


37 Ulasan


Selasa, Januari 15, 2008 1:29:00 PTG, Blogger Sastri

LOL... hadoi... memang kenangan kan... :p

jejaka kacak yang menemani Puteri itu memang loyar buruk... :p LOL...

 

Selasa, Januari 15, 2008 4:13:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

LOL...rasanya dapat kuteka siapa lelaki yang kacak itu...mungkinkah..oooo...mugkin tidak...saya syak kan mesti BP...takkan Mawai kut..saya syak laaa. :D

 

Selasa, Januari 15, 2008 4:14:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

orang kdua komen ngeh3:D...dan 2 kali komen ha...ha...ha

 

Selasa, Januari 15, 2008 4:41:00 PTG, Blogger hakim dirani

Garang betul lelaki tu, tanya pon kena kat.

Yng lelaki kat luar tu kenapa tk tengok isyarat turun ka naik kat lif tu.

 

Selasa, Januari 15, 2008 5:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Tak lama lagi supermarket itu kan nak dirobohkan, selepas ini jadi kenangan la. :D

Mungkin jejaka itu betul-betul tak faham agaknya. Maklumlah orang seni. Hehehe!


Waterlily,
Tak baik syak wasangka. Hehehe!

Mawai? Mawai tu siapa pulak ek?

Tak apa. Nak komen 7 kali pun tak apa. :D


Hakim,
Tak tahulah. Musykil!


Pa'chik,
Apa yang naik? Apa yang turun Pa'chik?

Eh! Pa'chik ni. Orang suruh komen, dia main soal-soal balik pulak!

:D

 

Selasa, Januari 15, 2008 6:49:00 PTG, Blogger arsaili

sapa la jejaka perasan kacak tuh? ahaks....ya..setiap yg hidup akan mati, yang tegap akan roboh atau di robohkan...yang pasti akan meninggalkan kenangan

 

Selasa, Januari 15, 2008 8:10:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

errr..salah eja BP. MAWI...nak komen lapan kali boleh kan..kan..kan..:D

 

Selasa, Januari 15, 2008 10:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

alahai kenangan... erk... tang mana yang terkenang sangat tu?

 

Rabu, Januari 16, 2008 1:46:00 PG, Blogger tokasid

Salam Wak Pinter:

Jaya Supermarket akan di robohkan?
Kenapa?Nak buat yg lebih canggih ke?

Jaya Supermarket banyak kenangan manis di hati saya.Di situlah tempat yg terdekat bagi kami di UM pada tahun awal 80an dulu nak jalan2 dgn menaiki moto kapchai tanpa lesen dan roadtax.

Di situ juga sering saya dan isteri(dulu gepren)dok berdating selepas makan tengahari di gerai kat parkis(yg sekarang dah jadi (?)Jusco). kali terakhir saya dan isteri ke sana lebih kurang 3 tahun lalu dan selepas ini tak berpeluang lagi.

 

Rabu, Januari 16, 2008 8:43:00 PG, Blogger pB

Salam BP ...

cemburu ker ??????

 

Rabu, Januari 16, 2008 9:18:00 PG, Blogger alisya_izzati

hahahaha.. jejaka kacak??? adehhh... gelak kes kes kes tu tau dah sapo... hahahaha

 

Rabu, Januari 16, 2008 10:04:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hihihi...
mungkin si puteri terlihat riak wajah cemburu si jejaka..tu yg membuat puteri berkata2...hihihihi..

 

Rabu, Januari 16, 2008 11:03:00 PG, Blogger muor76

mungkin tanda arah naik dan turun kat luor lif tak berfungsi.. sebab tu dia tanya kot... malu bertanya sesat jalan.. dah sesat jalan mule ler menyirap sirap.. weh black ko tak banjer puteri epok-epok dan air sirap ke aritu?

 

Rabu, Januari 16, 2008 11:29:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
apa yang kenangannya? tak faham lah.

(sambung tido balik)

 

Rabu, Januari 16, 2008 11:54:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Siapa lagi jejaka kacak yang berani temankan puteri itu.... kalau bukan jejaka yang kita kenal tu kan?
Ya tak ya juga, nak tanya buat apa, kan ada anak panah tunjuk kebawah tu! Serupalah tanya orang yang sedang makan, "tengah makan ke?"

 

Rabu, Januari 16, 2008 11:54:00 PG, Blogger aNIe

Siapalah agaknya gerangan jejaka kacak loyar buruk yg jadi teman sang puteri tu...? Heheheh...Kenangan mengusik jiwa tu...

 

Rabu, Januari 16, 2008 12:04:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

bakal dirobohkan? lor...ye ke? camni kena cecepat ajak 'org umah' gi sana, nanti tak sempat nak makan kat 'cable car' lagi huhu!

~manjlara~

 

Rabu, Januari 16, 2008 12:17:00 PTG, Blogger achik

oh2 Jaya tu nak dirobohkan??? huhuhu.. teringat masa sek men dulu.. penah beberapa kali 'beriadah' kat sana lepas sekolah.. tulis kat buku laporan aktiviti sekolah, kelab kerjaya.. padahal keJAYA.. hak hak..

 

Rabu, Januari 16, 2008 12:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

NOTA BUKU LALI,
“Isk!. Menyibuk betullah mamat tadi tu! Itupun nak tanya. Suka hatilah kita nak turun ke nak naik!” Jejaka kacak itu.

Jejaka itu saja buat lawak bodoh sebenarnya. Jejaka yang perasan itu cuma bergurau dengan Puteri, konon-kononnya menyangka mamat yg di luar lif itu cuma saja menyibuk tanya, saja nak ambil tau samada orang yang di dalam lif itu mahu naik atau turun. Padahal mamat di luar lif yang bertanya itu bertanya sebab nak tau, kalau lif itu naik dia nak masuk, sebab dia nak naik.

Isk! Susah nak cerita... Hehehe!


arsaili,
Jejaka itu mirip-mirip Van Damme pun ada, Ken Wahl pun ada, Mark Dacascos pun ada. Ha ha ha! [Sah! Memang perasan!]

Semua yang ada di dunia ini sementara sifatnya :)


waterlily,
Mawi tentu-tentu bukan, sebab dia tak kacak......Hehehe! [WL peminat Mawi ke?]

Boleh. Tapi kalau berasaskan 7; 17, 27 atau 77 misalnya lebih manis. :D


mudin,
Jaya Supermarket / Jaya Shopping Centre itu bakal dirobohkan tak lama lagi Mudin. Lepas ini tak ada dah pasaraya itu. Jadi kenanganlah... :D

Eh! Kau tak pergi jualan tutup kedai Popular tu. Banyak buku bagus2 diskaun sampai 70%!


Dr Tokasid,
Salam kembali doc.

Pasaraya / pusat membeli belah itu bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan komplek membeli-belah bersepadu yang lebih canggih dan moden, khabarnya. Sekarang kedai-kedai di situ masing-masing ada yang sudah berpindah ke tempat lain, dan yang masih ada sedang membuat jualan murah pindah / tutup kedai.

Kalau tak salah saya pasaraya itu, antara yang mula-mula ada di PJ. Mesti banyak kenangan yang tersimpan di situ bagi sesiapa yang membesar dan pernah ada kenangan di situ. :)

Metrojaya yang di depannya itupun sudah bertukar menjadi Digital Mall sekarang doc...


PB,
Salam kembali PB.

Cemburu? Siapa cemburu?


alisya,
Jangan tiru. Dah dipatenkan tu. Hehehe!

 

Rabu, Januari 16, 2008 12:32:00 PTG, Blogger DeeN

A: Nak naik atas ke turun bawah?
B: Ceh! Memang la naik - atas, turun - bawah. Takkan naik - bawah, turun - atas!

*kalo tambah perkataan "dari" buleh diterima!
KesKesKesKes...! ;)

 

Rabu, Januari 16, 2008 1:12:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ajzie,
Puteri tak kata apa pun, cuma ketawa, keskeskes!

Hehehe!


muor76,
Mamat di luar itu tak salah apa pun.

Oits! Mana kau tau jejaka itu aku. Suka engko jer serkap jarang ek.

Puteri mana main sirap atau epok2. Dia biasa makan makanan western jer kalau keluar jalan-jalan. Hehehe! [Puteri, Maaf ek, gurau la..!]


eisraa,
Cuba baca ulasan saya dan 'nota buku lali' di atas-atas itu. Hehehe!


Tuan Zabs,
Salam kembali.

Saya tiada komen. Hehehe.

Itulah. Masa saya kecil-kecil dulu, bila akak sebelah rumah lalu selalu tanya pada emak, "sidai baju kak?", padahal dah sah-sah emak memang tengah sidai baju. Kalau saya jadi emak, saya jawap, "tak...tengah menebas", misalnya. Hehehe!

Tapi rasanya mamat di luar itupun tak salah juga kalau bertanya, dari dia tersilap masuk lif. Cuma jejaka itu saja buat lawak kot. :D


kak lady,
Entah! Cuba tanya Puteri sendiri. Hehehe!


Manjlara,
Ha'ah. Bakal dirobohkan. Nak buat bangunan baru.

Ada lagi ke tempat makan tu? Minggu lepas kami pergi, banyak kedai dah pindah. Dulu-dulu pernah makan sup ekornya di situ. Sedap!Hehehe!


achik,
O, sekolah di kawasan sana dulu ek? Untung budak-budak bandar, dapat beriadah di pusat membeli-belah. Kami dulu-dulu cuma beriadah di kebun kelapa Wak Sadikin belakang sekolah. Huhuhu!


nur@,
Isk! Macam-macam tafsiran. Hehehe! Cuba kau baca 'nota buku lali' aku di atas tu.

Hehehe!

 

Rabu, Januari 16, 2008 1:13:00 PTG, Blogger Mak Su

dia tengah tensen tunggu lif lambat sangat kot... ciannn

 

Rabu, Januari 16, 2008 1:37:00 PTG, Blogger Pa'chik

ko beli apa kat jaya supemerket yang bakal jadik kenangan tu?

weei.... stop la dulu main tanam-tanam bunga... pasang sisitibi lah pulak... ekkekeke...

 

Rabu, Januari 16, 2008 3:14:00 PTG, Blogger silversarina

terbayang macamana agaknya jejaka kacak tu mengawal kekacakannya.... hehehe.

Pernah kek kampong mak mertuo , ada makngah lalu , mak pun tanya... "nak ke hilir ko ?? " memang makngah menghala ke hilir takkan nak jalan gostan ke hulu pulak...

 

Rabu, Januari 16, 2008 3:42:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

jejaka kacak tu kerja loyer kan? kan? kan?

Sebab tu dia layak ngan putri tu kan? kan? kan?

 

Rabu, Januari 16, 2008 5:00:00 PTG, Blogger arianna adrizal

kacak ke? meh tgk sikitttt... hahaha!

 

Rabu, Januari 16, 2008 5:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mak su,
'Dia' itu siapa? Entri saya, tapi saya pulak jadi tak faham. Hehehe!


Pa'chik,
Aku beli tayar Michelin di Kedai Buku Popular di tingkat satu Jaya Supermarket tu Pa'chik. Ingat nak beli rim sukan sekali tapi tak ada jual pulak.....

Baik bisnes alat pengesan CCTV pa'chik. Hehehe! Aku tengah buat kertas kerja bela ayam bersepadu pulak ni. Ingat setiap reban tu nak pasang CCTV juga la.

Hehehe!


Silversarina,
Biasa la, tutup-tutup muka. Hehehe!

Elok sapa-menyapa ni. Berbudi bahasa namanya. Tapi soalan biarlah mencabar sikit. Kan? Hehehe!


Peg. Khal,
Loyar ada macam-macam jenis Khal. V K lingam itu salah satu jenisnya. Hahaha!


Anne,
Malaslah nak tunjuk2. Nanti dikata orang riak pulak. Hehehe!

 

Rabu, Januari 16, 2008 8:31:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude... lelaki kacak tu.. muka macam muka kao, suara pun macam suara kao ke?

 

Rabu, Januari 16, 2008 11:49:00 PTG, Blogger zino

tu je yg nak cerita? hehe..

 

Khamis, Januari 17, 2008 12:02:00 PG, Blogger Unknown

tak bleh tahan btol ayat yg pertama tu.. isk isk isk

 

Khamis, Januari 17, 2008 10:57:00 PG, Blogger DeeN

Er..ntah. Kat mana? Tak nampak pun buku lali ko, PuRP? Huk huk huk

*Plop*

 

Khamis, Januari 17, 2008 11:33:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Kalau kita dah naik mesti kita turun. Kalau kita turun pulak agak2 kita naik lagi tak?

 

Khamis, Januari 17, 2008 11:57:00 PG, Blogger NONIE AZIZ

kacak sangat ke mamat tu? puteri??kacak ke dia?

* Puteri senyum tersipu2 ensemmmmmmm...

 

Khamis, Januari 17, 2008 12:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

naper jejaka kacak tu nak marah ekk? bukan ke jejaka di sebelah jejaka kacak tu yang jawab soklan orang tu.

emmmm.. ke jejaka di sebelah jejaka kacak itu juge kacak..?

pissttt... kena mention kacak tu byk kali kat sini sbb nak nunjukkan betapa kacaknya jejaka itewww.. ^_^

 

Khamis, Januari 17, 2008 1:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

eerr...citer apa ni;)

adakah jejaka kacak ittewww..sdang berperasaan utk mjadi 'putera' kpd si puteri?? wl be soonnnnnn....

hehe...lariiiiiii!!!ZZZZZzzzoooommm!!


ila

 

Khamis, Januari 17, 2008 2:57:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'chik,
Bukan macam lagi dah. Tapi serupa betul! Hehehe!


Zino,
ceritanya panjang sebetulnya, tapi memang sengaja dibiarkan tergantung begitu.. Hehehe!


Lind,
Yang mana satu? Hehehe!


nur@,
Ada. Kau kena selak-selak sikit. Hahaha!


Azzam,
Tengok juga kita itu bahagian yang mana bro'. Perut misalnya, dah turun pun senang sangat kalau nak bagi dia naik. Hehehe!


MR,
Malaslah nak ulas. Nanti dikata orang kita perasan atau riak pulak. Hahaha!


Ayumkay,
Entri ini memang agak mengelirukan sikit. Kalau tak mendalaminya akan tersilap tafsir. Cuba baca komen-komen lain di atas.

Terima kasih. Hahaha!


ila,
Jawapannya ada dalam jawapan komen di atas-atas itu.

Hehehe!