Bila kak Jie [terima kasih kak Jie!] memberitahu, dia ada menghantar emel kepada saya kelmarin, juga semalam, saya tidak menjangka apa-apa. Mungkin dia mahu memesan perencah mi bandung Muar, itu agakan awal saya.
Di awal emelnya itu, saya tidak menyimpan curiga, sehinggalah di perenggan terakhirnya itu. Dia turut memautkan satu benang [thread] dari forum sebuah portal penyokong sebuah parti dominan. Saya lantas membacanya, agak tergopoh-gapah juga, sehinggalah sampai di perenggan yang membariskan blog-blog yang dilabelkan oleh penulis topik itu sebagai golongan free thinker. Terdapat pautan blog-blog kepunyaan nama-nama tersohor. Antaranya, blog Faisal Tehrani, Khalid Jaafar, Fathi Aris Omar, Amir Mohammad, dan beberapa blog lain. Tapi yang amat mengejutkan saya, tersenarai juga blog Jowopinter! Saya disebut sebagai ‘budak Hishamuddin Rais!’
Saya tidak ingin mengulas yang lain-lain tapi bagi diri saya sendiri, melabel diri saya sebagai seorang free thinker [anti agama / anti Tuhan, tafsiran mudahnya, kalau itu maksud penulis benang itu] adalah tuduhan yang berat, tidak bertanggungjawab dan melampau. Saya gagal mentafsir, atas hujah apa dan dalil apa beliau melabelkan saya sesesat itu. Adakah cuma berpandukan emosi dan prasangka liar semata? Saya juga masih tercari-cari jawapan kenapa saya dikaitkan sebagai 'budak Hishamuddin Rais' dan Komuniti Jalan Telawi. Adakah hanya kerana saya memautkan laman-laman mereka di blog saya? Sedangkan saya memautkan berbagai laman termasuk laman-laman bertema islamik juga. Atau, adakah kerana pendapat dan ulasan saya di entri tertentu seperti entri Bebal dan Gondolisme saya itu? Atau apa? Saya tidak pernah menerbitkan entri yang berbau anti agama atau anti Tuhan.
Kalaupun saya membaca tulisan-tulisan Hishamuddin Rais, Fathi Aris, Khalid Jaafar atau laman Jalan Telawi itu misalnya, tidak semestinya saya menyetujui bulat-bulat setiap pendapat mereka. Bila seseorang itu membaca buku Das Kapital [Karl Marx] atau The Life of Confucius [Qu Chunli] misalnya, tidak semestinya menganuti ideologinya. Membaca itu sumber ilmu. Salahkah jika saya membaca buku What is Enlightenment [Immanuel Kant] itu misalnya [Maaf, saya tidak membaca novel-novel cinta picisan]. Sekiranya anda menonton filem Amir Mohamad, Lelaki Komunis Terakhir itu sekalipun, itu tidak akan menjadikan anda seorang komunis. Manusia yang waras tidak akan terus mencerna segala-gala yang dibaca atau ditonton. Bukankah kita dikurniakan akal fikiran sebagai neraca untuk menimbang mana yang hak, dan mana yang batil?
Alangkah dangkalnya pemikiran mereka yang pantas melabel seseorang sebagai free thinker atau sebagainya semata-mata kerana tidak menyetujui pendapat kita. Bagaimana untuk berfikir secara kreatif jika akhirnya berbeza pendapat itu dianggap sesat dan salah? Bukankah itu hanya menyekat kreativiti minda? Berlainan pendapat itu tidak semestinya membangkang membabi buta atau membawa konotasi yang negatif, dalam isu apa sekalipun. Jika benar, benarlah. Dan jika salah, salahlah. Kita ambil yang baik, yang buruk buang jauh-jauh. Berfikir biarlah bebas dari kerangka fahaman politik ataupun kepentingan tertentu.
Saya masih berkira-kira untuk mengambil tindakan yang sepatutnya. Elok juga agaknya sekiranya saya mengambil peguam. Tapi saya mencari peguam yang bermoral dan beretika, bukan yang mengaku mabuk [konon-kononnya], pembelit dan pelupa misalnya.
[Anda boleh membaca diskusi itu di PAUTAN INI. Saya rasa elok anda membacanya untuk menilai sendiri. Samada anda ingin ketawa atau marah selepas membacanya, terserah kepada anda]
TTFN
Rabu, Januari 23, 2008 9:59:00 PTG, Jie
Salam,
Kak jie mendapat link ke forum tersebut dari sebuah blog yang tak pasti, biasanya kakjie akan membaca beberapa blog dan menklik link yang terdapat di situ.
Bila membacanya, mata kakjie terus terarah pada url blog ini, tanpa mengkliknya untuk pautan, kakjie dah tahu itu adalah url blog ini...url yang unik senang untuk diingati.
Terperanjat besar bila membaca forum tersebut....manusia mudah melabelkan orang lain dari andaian mereka hanyalah kerana kita tidak seiring.
Rabu, Januari 23, 2008 10:56:00 PTG,
purp, ko anak murid hisam? ekekeke...
mereka tu, cuma sekumpulan orang-orang bodoh yang perasan pandai.. sombong pulak tuh..
bercakap ngan takde ilmu.. sekumpulan orang-orang upahan yang bertuhankan duit dan perjuangan bangsat mereka yang banyak menipu orang-orang yang mudah terpedaya...
ketua mereka pun.. hari tu, bercium-cium ngan bini orang. . [tak kira lah sapa yang cium sapa dulu...]
Khamis, Januari 24, 2008 10:46:00 PG, muor76
catatan mengikut nafsu akan berbeza dengan catatan mengikut akal pikiran... namun catatan dari akal pikiran tidak bermakne sekiranya akal itu tidak digunakan dengan kewarasan.. catatan dari mulut yang seumpama ketur akan menghasilkan catatan yang melambangkan keperibadian seseorang..
walaubagaimanapun last time aku tenguk ketur nih mase arwah atuk tine aku hidup lagi....
skang takde org gune ketur lagi..
bebudak skang pon ramai yg tak tau ketur tu ape...
Khamis, Januari 24, 2008 12:57:00 PTG, Titicaca
saya rasa penulis tu tak tahu maksud 'free thinker'..bukan semudah itu nak tuduh org murtad.Dalam hadith ada dinyatakan (maaf, tak dapat the full version tapi maksudnya begini)" sesiapa yg menuduh sesorang itu murtad, salah seorangnya (yg dituduh @ yg menuduh) pasti murtad" Wallahua'lam..takooooooott...
Jumaat, Januari 25, 2008 10:41:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Agaknya memang dah cara mereka suka melabel orang lain yang tidak sependapat dengan mereka mengikut emosi mereka. Berkata-kata seolah-olah berilmu tetapi kalau kita baca diskusi mereka di dalam forum itu menggambarkan kecetekan minda mereka. Lihatlah cara mereka berbahasa dan berhujah, itukah santun dan keperibadian bangsa Melayu? Itukah pendokong parti yang kononnya memertabatkan bangsa Melayu dan menjunjung Islam?
Cuma agak tertarik dengan perspektif salah seorang forumernya yang berfikiran lebih rasional. ”In any case, freethinkers bermaksud mereka ini ada free-thought. Yang bermaksud mereka ini menggunakan akal dan logik (reason and logic), sepertimana yang disaran oleh agama kita.”
Bagi mereka, jika tidak bersependapat dengan mereka dianggap pembangkang, penderhaka pada bangsa, dan yang teruknya tuduhan free thinker itulah dan entah apa-apa lagi tuduhan mereka lemparkan.
WL,
Salam kembali.
Kamu gelakkan saya atau Lingam? Hehehe!
Golongan yang tidak mempunyai modal untuk berhujah sahaja gemar menuduh dan melabel orang lain sesuka hati.
Psst…Jangan lupa kasi makan ikan-ikan itu lagi ya. Kalau sempat anak harimau itu sekali. Hehehe!
kak jie,
Salam kembali. Dan terima kasih sekali kak Jie.
Mereka suka berperasangka. Melabel orang lain mengikut emosi tanpa kewarasan dan pertimbangan akal. Atau juga barangkali mereka tidak memahami apa yang mereka sendiri ingin katakan. Orang yang di dalam kegelapan memang sentiasa akan teraba-raba mencari arah tujuan.
Hakim Dirani,
Walaupun terganggu dengan tuduhan itu tapi alhamdulillah saya masih rasional. Tak perlu kita mengikut rentak mereka. Berdiskusi secara tidak bermoral dan mengeluarkan kata-kata yang kurang ajar bukan budaya Islam dan Melayu kita.
Saya menunggu dan melihat. :)
enchekaku,
Apa hal kau menyamar pakai nick lain ni? Takut isa [itu sepatutnya huruf besar] ek? Hehehe!
Itulah wajah sebenar mereka. Bertopengkan slogan perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam. Kononnya.
Entahlah Pa’chik! Aku pun tak faham. Islam ada had dan ada hari memang begitu agaknya. Boleh peluk-peluk, boleh laga-laga pipi, boleh pegang-pegang, boleh buka-buka.
Jumaat, Januari 25, 2008 10:46:00 PG, blackpurple @ jowopinter
khairyn,
Aku tak fikir begitu. Kalau baca cara dia mengulas di dalam forum itu, memang dia lebih maksudkan kepada anti agama.
[Ya, ya. Ada lagi simpan kaset perdebatan Ahmad Deedat itu. Aku juga kagum]
Aku tak ingin membuang masa dan belum berminat untuk berdiskusi di dalam forum itu. Sebagai orang Islam dan Melayu, terasa malu membaca cara dan bahasa mereka berhujah di dalam forum itu. Kalau berdebat dengan orang yang tidak menggunakan akal, kita pun akan sama menjadi hilang akal juga nanti.
p/s: Geli geleman nak baca roman picisan. Hehehe! [Maaf, tidak sama-sekali berniat merendah-rendahkan ‘sastera popular’].
Oh ya! Belum berkesempatan membaca novel kamu itu, kena ikut giliran, sebab banyak lagi buku belum dibaca. :)
Kak Sarina,
Itulah. Mudahnya melabel orang-orang yang tidak sehaluan dan sependapat dengan fahaman politik mereka. Biarpun label-label melampau yang melibatkan soal agama dan akidah.
Terima kasih.
Azzam,
Logiknya begitulah. Tapi realitinya di Malaya ini, ada golongan tertentu yang mahu kita terus mengikut telunjuk dan bersetuju dengan segala pendapat mereka. Mereka mahu kita menurut sahaja, jangan membantah. Sekiranya membantah atau mengeluarkan pendapat yang berbeza, akan dianggap menderhaka, atau mungkin dilabel ‘pembangkang’. Kebebasan untuk mengeluarkan pendapat disekat. Ruang berdiskusi secara adil dan bebas juga disempitkan. Demokrasi ala-Malaysia!
Mungkin boleh dikaitkan juga dengan 'bebalisme'.
mama ranggie,
Betul. Kebebasan berekspresi, asalkan tidak melangkaui norma. Setiap orang punya pandangan masing-masing. Samada mahu ikut bersetuju atau tidak, ikut kebijaksanaan sendiri. Kita dikurniakan akal untuk menilai.
Terima kasih!
nur@,
Dalam forum itu sdra Faisal dilabelkan juga sebagai penyebar fahaman syiah menerusi sastera. Isk! Ikut suka hati mereka saja melabel orang lain! Pemimpin2 mereka itu suci dan Islamik sangat ke?
Thinker dan free thinker lain tafsirannya. Itulah, sebelum menulis kena berilmu dahulu. Maksud aku, mereka itulah.
mak su,
Itulah dia. :)
Jumaat, Januari 25, 2008 10:47:00 PG, blackpurple @ jowopinter
muor76,
Aku tak pasti samada catatan mereka itu mengikut nafsu atau mengikut akal fikiran. Yang pasti, catatan mereka itu datang dari kebebalan fikiran dan catatan yang dibatasi kerangka fahaman politik yang sempit, juga ketaksuban pada parti yang mereka dokongi. Seolah-olah penuh dengan rasa kebencian terhadap golongan yang tidak sehaluan fahaman / pendapat dengan mereka.
Oit! Oit! Ketur itu apa dia? Dalam bahasa Jawanya apa? Sempat lagi kau buat lawak ek!
Titicaca,
Kalau tak tahu janganlah memandai-mandai seolah-olah tahu dan berilmu. Tapi kalau dibaca dari caranya mengulas di forum itu memang dia faham maksudnya. Tapi mungkin juga sebab jahil atau bejat fikirannya.
Manjlara,
Bila sudah mengikut emosi begitulah. Menuduh dan melabel orang sesuka hati. Akhirnya menyerlahkan kedangkalan fikiran sendiri.
p/s. Dah tutup blog ke?
Mudin,
Terima kasih!
Kalau ditafsirkan secara terus memang begitulah maknanya. Tapi di dalam topik forum itu tidak begitu. Lebih kepada anti agama.
Betul! Gunakan potensi akal sebaik dan semurninya. Bukan semata-mata digunakan untuk menyeleweng dana negara, atau menindas rakyat misalnya.
Ainin Naufal,
Dia tak faham? Saya tak fikir begitu. Tapi mungkin juga sebab jahil tapi ingin kelihatan seperti orang yang berilmu.
Terima kasih.
Jumaat, Januari 25, 2008 11:00:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Azhar Ahmad,
Betul. Persetankan mereka! Melayan orang tidak berpedoman, akhirnya nanti kita ikut sama tidak berpedoman.
Terima kasih.
p/s Nanti aku letakkan.
Fiq,
Mereka pandai sungguh melawak kan! Patutlah Allahyarham TS P Ramlee kata parti sakras. Ha ha ha!
Farazdaq,
Sudah bankrap idea dan cetek ilmu barangkali. :)
Zalisa maz,
Betul. Lihatlah. Bagaimana mereka menggunakan fitnah untuk menjatuhkan sesama mereka.
Sekurang-kurangnya mereka sudah meletakkan jowopinter sebaris dengan Faisal Tehrani, Khalid Jaafar, Hishammuddina, Fathi Aris ya? Ha ha ha!! Lawak sungguh kan! Saya kan cuma penulis blog, penulis picisan. Alahai....!
Jumaat, Januari 25, 2008 11:03:00 PG, DeeN
Akhi Faisal selalu dilabelkan sebagai pendokong Syiah. Walhal beliau hanya menyampaikan pemikiran yg menyentuh ttg isu2 yg berlaku di kalangan umat Islam secara global. Cubalah baca karya beliau. Tak ada yang songsang. Apa yg beliau karyakan adalah cerminan ilmu yg beliau terokai dan kecintaan beliau kepada Islam dan Rasulullah saw. [pandangan aku apabila membaca semua karya beliau selama ini] Lagipun Syiah dan Sunni adalah Umat Islam, terpisah hanyalah disebabkan pegangan. Baik sangatkah Sunni, jahat sangatkah Syiah? (vice versa). Aku taklah pandai sgt nak berbahas pasal isu ini. Tp selagi umat Islam tak bersatu, beginilah jadinya. Sekelompok Syiah, sekelompok Sunni.
Apapun, aku yakin puak2 yg melabel Akhi Faisal, kamu dan lain2 itu adalah penyeleweng agama dan bangsa yg sebenar. Itulah, hidup bertopengkan kemuliaan, hakikatnya penuh pekung di dada.
PuRP, aku yakin dgn prinsip ko kalo ko yakin dgn diri sendiri! <--- macam sokong calon pilihanraya plak! hak hak hak
Jumaat, Januari 25, 2008 5:59:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nur@,
Aku rasa, aku bukan orangnya yang layak dan arif untuk berdiskusi tentang itu. :)
Tapi apapun, aku suka karya-karya Faisal Tehrani. Aku suka 'Bila Tuhan Berbicara' dan 'Tuhan Manusia' itu, juga karya-karya lainnya. Segar dan banyak mesejnya.
Terima kasih [7X]
Semoga kau berjaya dengan penternakan lintah kau itu ya. :D
'Sarjan' Bad,
Apa-apapun, mula-mula aku nak ucapkan tahniah atas kehadiran orang baru dalam keluarga kau. :)
Bukan setakat ngompol saja Bad, ngeseng sekali!
Jumaat, Januari 25, 2008 11:56:00 PTG, Kerp (Ph.D)
salam Wak,
yang penting wak sendiri tau apa yang ditulis di sini. topik2 hasil karya kat jowopinter ni berunsur penulisan ringan dan ramai pembaca2 termasuk saya seronok baca coretan mahupon kemerapuan wak kat sini.
men opo seng kabeh wong arek ngomong, ngomonglah. seng penting, nyong sukak boco opo seng kue tulis.
amacam wak? hehehe...awek aku ajar ni...
Sabtu, Januari 26, 2008 2:12:00 PG, Brader Black
Bang,
kasihan la sama kau..
Orang-orang yg melabel kau demikian rupa, aku fikir otak mereka tu letaknya di kepala zakar. Itu pasal la cakap pun semberono je. Kalau dijentik sedikit, melenting pon bukan main lagi.
Usah-lah kau pedulikan mereka. Aku tetap menggilai kau, bang. Err, maksud ku, tulisan-tulisan mu.
ha ha.
Sabtu, Januari 26, 2008 4:03:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
enchekaku,
Hehehe! 'Mamat' itupun tak akan berani nak masuk blog ini agaknya bila 'dia' baca komen2 di sini semua mengecam 'dia'.
Akirasuri,
Itulah 'wajah' sebenar pendokong parti Sarkas!
Kerp,
Waalaikumussalam.
Terima kasih. Itulah dia. Mungkin ada beberapa entri saya cthnya entri Bebal, Gondolisme dan 1-2 entri lagi yang saya rasa membuat golongan itu tidak senang dengan pendirian saya. Selebihnya cerita-cerita ringan.
Wong Jowo ngomong, blog nyong iki akeh CERITO - CRIT CRIT ANGGER ROTO! Hehehe! Cerito seng embuh opo-opo, cerito seng orak-orak, cerito seng orak nggenah pun arek diceritakne karo wong! . [Tanya tanya awek bro' maknanya ya. Kira 'kerja rumah' la ni. Hehehe!]
Kak Lady,
Itulah dia. Mudah sungguh melabel orang lain sekehendak hati dan emosi mereka. Asal tak sependapat dengan mereka, 'menegur' kepimpinan pemimpin mereka dan tak menyokong parti mereka dianggap sesat. Isk!
Terima kasih kak lady.
Sabtu, Januari 26, 2008 4:28:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Arts,
Hehehe! Hishammudin Rais bela anak ikan ke? Isk! Kau ni...
Itulah. Rasa-rasanya berapa juta RM aku nak saman ek?
Brandal,
Jangan kasihan sama aku. Kasihan sama orang yang membuat fitnah itu. Kasihan mereka. Sudah kebangkrapan modal dan keputusan idea. Sebab itu tiada cara lain menegakkan pendirian mereka selain memfitnah orang-orang lain yang tak sependapat mereka.
Hehehe!
Terima kasih [7 x]
Tuan tanah,
Bagus ulasan kamu. :)
Tapi kalau membaca tulisan penulis yang membuka benang itu, free thinker yang dimaksudkan itu yang anti agama itulah.
Terima kasih.
Rudy bluehikari,
Tenan kuwi kang. Ngomong kok koyok wong orak nduey akal. Nek dilayan wong edhan koyok kuwi, mengko kito pun podo dhadi edhan.
Kesuwon..... :)
ad3ck,
Macam-macam akhlak manusia di dunia ini.
'Mereka' membatasi pemikiran mereka dengan faham kepartian yang sempit. Itulah sebabnya tidak mampu berfikir secara rasional.
Selasa, Januari 29, 2008 6:37:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kerp,
Betullah tu. Lebih-kurang macam itulah maksudnya.
Kalau diterjemahkan satu-persatu jadi secara literalnya lebih-kurang, "Orang Jawa kata, blog saya ini banyak CERITA YANG DITAMBAH SANA-SINI BIAR JADI 'SEDAP'. Hehehe! Cerita yang entah apa-apa, cerita yang bukan-bukan, cerita yang tak 'senonoh' pun nak diceritakan pada orang"
Hehehe!
Shahril,
Kadang-kadang manusia bertindak di luar batas akal fikiran yang rasional Shahril. Mereka gemar mengklasifikasi orang lain berdasarkan kerangka fahaman yang sempit dan ketaksuban membabi buta kepada parti yang disokongnya.
hmmm... when i read the link last night, i was pissed... semudah itu dia melabel seseorang itu 'free thinker'? adakah orang itu faham apakah maksud sebenar 'free thinker' itu? jika pemahamannya 'free thinker' itu pemikir bebas ('direct translation'), mungkin lain labelnya... but the word free thinker itself has a different meaning and usually is associated with being an atheist... can one person simply labelled another an atheist, without any proof or evidence? without really getting to know the person he's labelling?
sememangnya manusia ini dicipta berbeza... berbeza pendapat dan menyuarakannya adalah normal... every person is entitle to have his/her view and each one of us is entitle to agree or disagree with that view... but to label a person as an atheist, that is TOO MUCH!
tindakan sewajarnya perlu diambil bagi membetulkan label yang tidak betul itu...