Khamis, Januari 08, 2009
I
Di perbukitan ini
Indah, dingin
Dan senyap

Segalanya baru


II
Kota ini. Meski bukan sesenyap yang ku sangkakan. Tapi masih pemalu. Penuh rahsia.

Namun dalam kesopanannya. Rupanya ia liar. Penuh nafsu

Dan baru kutahu. Kota ini. Bukan perawan lagi.

Kota ini, permata yang hilang.


III
Hidup ini kadang-kadang amat melucukan.


Contohnya, bila sudah saban hari, tujuh hari seminggu kamu merelakan dalam paksa, hidup di dalam suasana terkejar-kejar, bersesak-sesak dan berjejal-jejal di jalanraya, menjadi sebahagian dari punca keserabutan dan keseliratan kehidupan kota, sehingga bagai sudah menjadi budaya kehidupan kamu, kamu akan menjadi semacam terasa kehilangan sesuatu bila di suatu pagi yang lain, di suatu hari yang lain, kamu mendapati suasana terkejar-kejar, bersesak-sesak, berjejal-jejal, keserabutan dan keseliratan itu sudah tiada lagi, seolah-olah semuanya itu sudah pergi jauh dari kehidupan kamu. Kamu bagai dilahirkan semula di dunia yang lain.

Saya tidak pasti samada itu boleh disebut sebagai sesuatu yang amat melucukan-yang tidak dapat dirasai secara sentuhan lahiriah-yang kadang-kadang seperti berada di dalam satu segmen dari sebuah mimpi yang panjang, yang belum pasti bila kesudahannya.

Tapi saya semakin mula menyedari, kehilangan sebenarnya adalah sesuatu bentuk hikmah yang amat seni dan luar biasa sifatnya.



TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/08/2009 09:27:00 PG. |


27 Ulasan


Khamis, Januari 08, 2009 10:02:00 PG, Blogger BuRuuj

kdg2, sekali-sekala singgah di "kota berlumpur" itu, terdetik juga di hati, bagaimanalah aku kalau hidup di kota macam nie...

err...dah tukar kerja di tempat yang tak berselirat ker?

 

Khamis, Januari 08, 2009 10:09:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

tahun baru, suasana pun baru kan?

 

Khamis, Januari 08, 2009 10:30:00 PG, Blogger HABIHA69

Salam Kang JP dah kat tempat baru ker? atau sedang mengintai di jendela perbukitan itu mengimbas memori ? Kang JP hidup di dunia ini kan dah di rakamkan di dalam al-Quran sebagai "mata' ul ghurur" sebagai pentas lakonan semata-mata...itulah kosmetik yang ada dalam kehidupan...saya setuju kehilangan memang di sebaliknya ada hikmah, tetapi cuma bagi mereka yang berfikir dan tidak berputus asa sahaja...

 

Khamis, Januari 08, 2009 12:43:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Sesuatu yang baru pada mulanya tentu akan terasa keasingannya. Mungkin apabila sudah serasi, akan menyukainya dan rasa kesal kerana lambat membuat perubahan itu.

 

Khamis, Januari 08, 2009 1:33:00 PTG, Blogger zino

anggaplah perkara yg baru utk kebaikkan..

 

Khamis, Januari 08, 2009 2:24:00 PTG, Blogger DeeN

I.
Bila suasana bertukar, rasa pun dah tak sama. :]

II.
Kota tak perawan?
Huhuk.
Sadisnya. Kesiannya. :]

III.
Mujur aku berjaya tinggalkan semua itu.
Tapi sesekali terasa rindu nak rasa semua itu kembali.
Er.. dua kali fikir...
Rasanya biarkan ia jadik sejarah. :,(

IV.
Apapun selamat menempuh tahun baru demi tahun baru. Semoga sukses!

 

Khamis, Januari 08, 2009 2:33:00 PTG, Blogger Mak Su

lucu.... tapi tak menentu

 

Khamis, Januari 08, 2009 2:34:00 PTG, Blogger cikceriacorner

emmm..idup di kota penuh ranjau dan duri..kehilangan memang sesuatu seni dan hikmah yg berlaku disebaliknya...teruskan berjalan dan hadapi idup ini dgn senyuman dan ketenangan..

 

Khamis, Januari 08, 2009 2:57:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Kakang tengah bercuti di pergunungan ke?

 

Khamis, Januari 08, 2009 6:46:00 PTG, Blogger chekgu Bani Hassim

jgnla dok kat KL...taubat...
letih buang mase kat atas jalan, dlm kete ber-aircond je...

 

Khamis, Januari 08, 2009 9:09:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

"kehilangan sebenarnya adalah sesuatu bentuk hikmah yang amat seni dan luar biasa sifatnya."

Kehilangan membuat kita lebih menghargai apa saja yang tertinggal kini. :)

Semoga kamu baik-baik saja!

 

Jumaat, Januari 09, 2009 3:40:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Nak mengetahui sesuatu info yang sangat best ? PLEASE GO TO MY NEW BLOG di http://chuckyface.blogspot.com

 

Jumaat, Januari 09, 2009 8:36:00 PG, Blogger Yunus Badawi

Perubahan ini buat sementara atau kekal lama? Saya pun sedang dalam transisi.

 

Jumaat, Januari 09, 2009 9:23:00 PG, Blogger addyaholix

lama tak update, hilang mana?
merajuk bawa hati?

 

Jumaat, Januari 09, 2009 12:07:00 PTG, Blogger Masy

kota apalah yg tak perawan tu ye? heheheh. tp mmg xde kota yg perawan rasanya.

 

Jumaat, Januari 09, 2009 4:26:00 PTG, Blogger tasekM

permata yg hilang?

oooo... itu lain... he he..

;p

 

Jumaat, Januari 09, 2009 5:19:00 PTG, Blogger Pa'chik

sapa yang cuai bagi ilang permata tuh? atau ada sapa yang curik permata tuh?

 

Jumaat, Januari 09, 2009 6:19:00 PTG, Blogger Unknown

permata yang hitam.
buku seni kamasutra melayu.
eh, sori komen xde kena mengena. hehe.

 

Jumaat, Januari 09, 2009 11:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

pindah mana ni en BP?
carik angin baru ye?

 

Sabtu, Januari 10, 2009 4:53:00 PG, Blogger Pa'chik

kelambu... permata yang hilang lah... :P

 

Ahad, Januari 11, 2009 2:33:00 PTG, Blogger arsaili

salam..kalau KL memang la...berhijrah la?

 

Ahad, Januari 11, 2009 4:41:00 PTG, Blogger muor76

I weh bile ko gi bukit mor? tak ajak aku pon... kekekekeke

II eh ko gi kota tinggi gak ker? bundle sane leh tahan gak ler...kat sane banyak orang jual batu akek.. permate tak tau lak aku..

III dari serabut ke tak serabut... dari tersimpul ke tak tersimpul... tapi kalo kene simpul biawak memang ler sakit siot..

kekekekekke....

 

Isnin, Januari 12, 2009 12:45:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Selamat Tahun Baru BP :)
Baru atau lama, masing-masing punya kisahnya yang tersendiri dirasa jiwa - ada manis dan pahitnya. Kita menjadi pengadun rasa itu, pastinya dihujung adunan itu ada rasa Hakiki yang membawa kita kembali ke asal Rasa. InsyaAllah.

Semoga yang baik-baik dan indah-indah diberi Tuhan untuk BP tahun ini juga tahun-tahun mendatang.

 

Isnin, Januari 12, 2009 4:59:00 PTG, Blogger TedungS

Wak, pekaba. Lama aku tak masuk sini.. Dalam cerita kau kali ni, tk paham aku.

...tapi kisah Wak Nah tu, mmg samdol btol la anak2 dia. aku tkleh imagine la kalau mak aku jadi camtu....

 

Rabu, Januari 14, 2009 9:31:00 PTG, Blogger achik

segalanya baru? pindah tempat baru ke?

 

Rabu, Januari 14, 2009 11:59:00 PTG, Blogger Unknown

lembah klang dah lama dah hilang perawan... :D

 

Selasa, Januari 20, 2009 4:24:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Salam.

Maaf-lah kawan-kawan semua. Masa tak mengizinkan saya untuk menjawap kesemua ulasan kawan-kawan semua.

Yang pasti, saya ok, alhamdulillah. Masih bernafas dan masih berpijak di bumi Allah ini, bergulat dengan kehidupan baru. :)

Terima kasih atas ulasan2 kalian.

:)