Saya di hadapan, sebab saya pernah ke rumah itu dan konon-kononnya saya sudah biasa dengan selok-belok jalan ke rumah yang ingin kami tuju itu. Rumah terbuka Hari Raya seorang rakan kami itulah. Abang Meor, dengan Citranya mengekori kereta saya di belakang.
Sesampainya kami di kawasan perumahan SU itu mata saya jadi keliru. Saya sudah beberapa tahun tidak ke situ, dan saya tidak menyangka segala-galanya sekarang sudah sangat berubah. Saya jadi pangkling. Saya tiada pilihan lain, jadi saya cari rumah yang ada khemah sajalah. Abang Meor bukan tahu apa-apa, dia main ikut saja.
Nasib saya memang baik. Belum lama mencari, saya ternampak sebuah rumah yang berkhemah di hadapannya. Posisi dan reka bentuk rumah, malah jalan di hadapan menuju ke rumah itu nampak macam sama seperti rumah rakan saya itu. Dengan yakinnya saya memarkir kereta saya di ruang kosong betul-betul di hadapan rumah itu. Dan dengan yakin dan bergayanya saya pun terus menuju ke khemah itu. Abang Meor, isteri dan tujuh orang anaknya, saya ulangi tujuh orang anaknya, pun sama, dengan yakin dan bergayanya membontoti saya.
Isk! Kenapa ramai sangat mamak di dalam khemah itu. Saya sudah tidak sedap hati. Saya nampak Abang Meor menahan ketawa. Cheh! Kami sudah salah rumah daaaaa… Rumah mamak. Patutlah lain macam saja. He he he! Nasib baik kami tidak terus menyerbu makanan yang tersedia, kalau tidak memang malu besarlah kami. Sebelum lebih ramai memerhatikan kami, kami dengan penuh sopan dan tertib menuju ke kereta kami dan terus berlalu pergi.
Dipendekkan cerita, lebih-kurang 27 minit kemudian, barulah kami sampai di rumah yang sepatutnya. He he he!
Kemudian, sebelum beredar, saya sempat menghantar sms kepada Lan Rambai, yang rumahnya juga di kawasan perumahan yang sama. Saya kata saya berada di SU. Dia membalas sms saya, katanya dia di Taman Tun. Eleh! Tak bagi kawan-kawan datang rumahlah tu. Kuih Raya pun nak kemut. Ha ha ha!
II
Patience. Antara lagu Guns n’ Roses kegemaran saya. Melodi dan liriknya sudah melekat kuat di jiwa saya.
Yeay! Yeay! Setelah sekian lama senyap, album terbaru Guns n’ Roses, Chinese Democracy akan berada di pasaran, pada 23hb November depan. Khabarnya pelancaran akan dibuat di China.
TTFN
Rabu, Oktober 29, 2008 5:47:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
I
Nama pun beraya, kenalah bergaya. Kalau sorang-sorang, tak adanya nak pergi... He he he!
II
Muzik Gn'R OK, banyak lagu-lagunya OK, cuma imej diaorang yang tak berapa OK, tak boleh ikut. :)
Buruuj,
Anak Abang Meor paling kecil dua tahun, paling tua baru masuk kolej, kalau tak silap. Maklumlah produktif, setahun satu. :D
Tok Nabe,
Kalau dah tersalah makan, teruskan sajalah makan. Masa nak balik baru salam dengan tuan rumah minta maaf. Hari Raya, tak kan tuan rumah nak marah Tok.... :D
Cikin,
Rumah terbuka mamak OK lagi. Kalau rumah terbuka Deepavali? He he he!
Achik,
Penat cari rumah punya pasal, licin satu pinggan nasi beryani, dan 2 mangkuk cendol. He he he!
Nasib baik kamu tak sesat sampai Seremban ek.. He he he!
Benludin,
Ha ha ha!
Masih Axl Rose. Backing vocal Dizzy Reed, Stinson, Robin Finck, Fortus semua tu.
Si Kachak,
Aku kan pemalu. Lagipun perut aku kecil [baca=ramping]. Mana boleh isi banyak-banyak. Ha ha ha!
A'ah. Memang lama sungguh.
Khamis, Oktober 30, 2008 8:41:00 PG, HABIHA69
alaa...mamak pun ok lah gak kang...aku kalu tension mesti gi kedai mamak...carik tosei..gitulah kalu beraya ramai-ramai macam-macam suasana kita dapat rasakan, apa pun tang menghubungkan tali silaturrahim itu amatlah penting kerana dengan berziarah tu hubungan silaturrahim akan bertambah erat.tak gitu? maka pahala lah ganjarannya...tahniah amalan sunnah nabi masih lagi diutamakan...
Khamis, Oktober 30, 2008 2:25:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Deen,
Waalaikumusalam.
Keyakinan diri itu sangat penting. "Confidence comes not from always being right but from not fearing to be wrong.” Kan? He he he.
Cikgooden,
Ya, tapi membontoti yang ini tak perlu sumpah laknat.
Arts,
Mamak itu nak berjimat agaknya. Kalau buat di kedai takut ramai sangat yang datang, tak cukup bajet.
Tigah,
Sampai di rumah terbuka yang betul, anak-anak Abg Meorlah yang menguasai barisan menunggu satey. He he he!
Habiha69,
Pastikan kedai mamak itu bersih bang. Banyak kedai mamak sekarang kotor :D
Betul bang. Makan-makan nombor dua, yang penting mengeratkan silaturrahim.
Azwa,
Imej kena jaga. He he he!
Ada hikmahnya. Kehidupan kadang-kadang macam itulah. Kalau tak fokus, tak ada pedoman, boleh tersesat dan hilang arah. :)
en me,
Rezeki datang dari Allah. :)
Jumaat, Oktober 31, 2008 4:53:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Masy,
Tapi abang Meor muda lagi. Kalau ada rezeki, boleh tambah 7 lagi nanti. Insya-Allah. :D
King,
Hu hu hu!
Eh?
Mak Su,
Sesekali Mak Su. Pengalaman namanya...
Kak Anie,
Kalau sampai 18, kena sewa baslah nampaknya... :D
Rush,
Tuan rumah tak rugi apa. 'Salam cangkuk', kan? Cuma kitalah yang malu alah jadinya....He he he!
Kadok,
Ha ha ha! Barang dijauhi berlaku situasi seumpama itu...
En YB,
Kalau dah langsung tak kenal, rasa tak selesalah en YB. :)
Jumaat, Oktober 31, 2008 4:58:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kawaii,
Mamak itu muslim, kalau termakan jamuannya pun ok lagi. Kalau India? Isk!
Kak Sarina,
Salam.
Pengalaman yang masam-masam manis.... :D
Ron97,
He he he!
Lama tak nampak kau Ron? Mana menghilang?
Addy,
i
Hidup kena sentiasa bersemangat. Kalau tak semangat pun, jangan tunjuk pada orang... :)
ii
Selera memang manusia tak sama....
Sabtu, November 01, 2008 11:08:00 PTG,
gua selalu mahu begini kalo sesat dan betanya pada orang di tepi jalan; " assalamualaikum, tumpang tanya. kat mana tempat/rumah ni?" dan orang itu menjawap " rumah depan tu, rumah belakang ni, rumah sebelah ni la rumah ornag tu, kat sini la rumah orang tu!"
tapi biasanya jawapan yang diterima cam ni, " jauh lagi ni atau encik dah telajak jauh ni. kena pusing balik. encik jalan depan lagi, pas tu masuk ke kiri simpang yang ke dua, jalan trus lagi jumpe masjid/sekolah/pam minyak trus lagi... jumpa trafik light, terus lagi, jumpa trafik light yang ke dua, lepas trafik light ke dua tu terus belok kanan. encik tanye la kat sapa2 kat situ kalo tak jumpa..." susahnye nak makan nasi impit!
lagi haru kalo orang yang kita tanye tu tak tahu!ARGHHHHHHHHHH! masa ni layan lagi 'november rain' pun tak lazat!sabo jer la.
Isnin, November 03, 2008 4:12:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kak Tiny,
Kak Tiny layan lagu apa? Lagu Paradise City? :D
Debik,
Diaorang pun muslim juga apa....
Zino,
Mesti menu dia kari kambing, tosai, capati.... bla..bla..bla... ek? He he he!
Gayour,
He he he! Kalau tau nombor rumah dan nama jalan pun tak berapa membantu. Kena tau juga rumah cat warna apa, depan rumah ada pokok apa, rumah selepas simpang ke berapa, jalan masuk selepas bumper ke berapa.. bla..bla..bla...
Balik rumah layan lagu patience pulak-lah bro', tak pun layan tido.... He he he!
Ku keng,
Rumah terbuka Hindraf boleh cam. Mesti banyak sepanduk2, ramai kaum perempuan yang pakai sari dan kanak-kanak. Ahaks!
Rajuna,
Ya, ya, ya. Aku pun terpesona juga dengan 2 lagu yang kau sebut itu.
I
Tu la, terlebih kompiden… Keskeskes… Bab bergaya tu yang tak tahan tu… :p Sib baik beramai, kalau sorang-sorang, lagi la bertambah besar ke’malu’an yang ada… :p
II
Yeahhhh… GnR rocks… Ske November Rain, Don’t Cry, Knocking On Heaven’s Door, Sweet Child Of Mine selain Patience… Last album beli gak The Spaghetti Incident tapi lebih suka album Use Your Illusion I & II…
Rock zaman dulu jugak yang best kan…