Selasa, Disember 16, 2008
I
Kelmarin. Le Fort De Malawati. Kuala Selangor.

Saya sendiri-sendiri. Diam-diam.

Dan di tangan saya buku The Monk Who Sold the Ferrari.

Bongkah-bongkah batu empat persegi, tersusun rapi. Jejeran pepohon Samanea saman ratusan tahun. Meriam-meriam bersejarah yang pegun dan usang. Desiran angin yang berhembus perlahan, lembut dan dingin. Dedaun Gardenia carinata berbisik perlahan, gemersik. Haruman Mimosup elengi menyapa sopan. Matahari tersembunyi di balik daun-daun Ficus sp.

The best man does not always win.”

“The purpose of life is a life of purpose.”

“Life doesn’t always give you what you ask for, but it always gives you what you need.”

Kata Robin Sharma dalam bukunya itu.

"It is not what you will get out of the books that is so enriching, it is what the books will get out of you that will ultimately change your life." Katanya lagi.

Hmmm...


II
Malam minggu. Rumah Pena. MASKARA - BALAK MALAYA.

Saya sendiri-sendiri, diam-diam.

Kali ketiga saya hadir. Pertama dulu, semasa blook Gangguan Teksual. Kedua, semasa Shorties dan buku antologi Romlah – The Untold Stories. Yang ketiga ini sebab Ajami menjadi MC-nya.

Saya malu-malu. Tapi sempat juga menyapa dan bercakap tujuh lapan perkataan dengan tujuh lapan blogger yang saya kenal dan bersembang tujuh lapan ayat dengan blogger yang saya sudah biasa.

Durasi persembahan tiga jam berbagai gaya dan warna itu berbaur dengan unsur-unsur keselambaan, keasyikan, kesinisan, kelucuan, keresahan dan macam-macam. Tapi secara jujur, pengisian program malam kelmarin membuat saya 77% seronok. Sebab apa ia membuat saya 77% seronok? Haah.. Ini yang kita tak tau! [Tiru dialog En Amran dalam filem Los & Faun. Ha ha ha!]

Apapun, tahniah untuk Maskara. Tahniah untuk Soljah!

Errr... Lupa. Tok Rimau, terima kasih atas nasihat Tok pada saya itu. He he he!


TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 12/16/2008 09:27:00 PG. |


30 Ulasan


Selasa, Disember 16, 2008 9:48:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

1. Best ke buku tu?

2. Masa itu, aku di Hescom08, di Hotel Mirama. Persembahannya juga bagus-bagus.

 

Selasa, Disember 16, 2008 9:56:00 PG, Blogger ckLah @xiiinam

Komen saya tentang JP;
1. Penyendiri
2. Pendiam
3. Pemalu....hehehe..

Saya tak pergi MASKARA tu tapi, keponakan saya pergi....

 

Selasa, Disember 16, 2008 10:08:00 PG, Blogger cikceriacorner

En. Jowo Pinter..emmm...mcm best aje buku yg en. baca..mcm byk memotivasikan kita..bg sy keperluan lg penting dr kehendak..n ape yg telah berlaku kita jadikan history, yg sedang berlaku kita jadikan story krn story bleh diubah untuk kita jadikan masa depan yang lebih baik dan masa depan itu kita jadikan sebagai mistery... krn kita x tau ape yg akan berlaku...

 

Selasa, Disember 16, 2008 10:54:00 PG, Blogger Ajami Hashim

lagi 23% tu adakah sebab 'superajamithebuluayam'???

larrikkk!

 

Selasa, Disember 16, 2008 11:01:00 PG, Blogger Masy

huhu sy jugek yg x sampai2 lg ke MASKARA tu. susah betul jodoh yg satu ni hahahahah

 

Selasa, Disember 16, 2008 11:24:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

I
Tanjung sangat wangi tp kdg2 saya rs seram sndr :p x tahu knp. Ficus jenis ape yek? Mas cotek ke? :p Pokok pukul 5 tu sangat la saya suka sbb jadi canopy spjg jln masuk ke UPM :)

II
Tok Rimau pnh invite ke MASKARA. hmm..mesti best kan?

 

Selasa, Disember 16, 2008 11:49:00 PG, Blogger Lan Rambai

Ko cadangkan pada dorang.. buat Maskara tu siang hari lah lain kali.. malam2 ni susah sikit aku nak pergi.. maklumlah rumah jauh...

 

Selasa, Disember 16, 2008 12:53:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Akak juga diam-diam. Duduk di rumah dengan rasa gundah kecewa kerana tidak dapat menghadirikan diri. Al maklum,Planet Pena itu agak jauh,waktu malam acaranya dan pengangkutan awam agak terhad.

 

Selasa, Disember 16, 2008 1:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Ya.. tok rimau memang pintar sekali memberi nasihat..

 

Selasa, Disember 16, 2008 3:10:00 PTG, Blogger alifmimyanun

kenape 77% ?
sebab ade orang tu obses ngan nomor tujuh.
kalau ade 7 performer, 7 jam persembahan, 7 orang yang berbasa basi. nescaye keseronokan itu akan menjadi 777%.

 

Selasa, Disember 16, 2008 9:22:00 PTG, Blogger DeeN

I.
Er..belum dapat menjejakkan kaki lagi ke sana. Mungkin lepas abis tour 1 perlis, aku akan tour 1 selangor. Tp, ntah bila.

II.
Sendiri2 juga aku pasang niat nak ke sana. Tp sampailah aku kembali ke tanah asal, tak juga aku berjejak2an ke sana. Mungkin tunggu sampai MASKARA yg ke 77 kut. HeHe..
Oh ya, lepas nih aku juga nak mintak nasihat ToK RiMau camne nak cepat jadi terkenal. HuHu..

 

Selasa, Disember 16, 2008 10:56:00 PTG, Blogger Rajuna

aku tak dapat datang sebab jadi pemandu kedua orang tua aku ke perak. kalau tak boleh mengeteh. Kang belanja ok?
haha/

 

Selasa, Disember 16, 2008 11:51:00 PTG, Blogger A t i Q a h

I. Saya ke Bukit Malawati Jumaat lepas. Terjerit-jerit sebab lotong-lotong dan monyet-monyet tu kejar dan tarik baju. Haha.

II. Penonton hari tu tak ramai, tapi tetap tak boleh perasan kamu. Huhu.

 

Rabu, Disember 17, 2008 7:03:00 PG, Blogger zino

bila duduk sendirian.. diam sendirian.. boleh le melihat kebelakang.. melihat kisah kisah lama menilai baik buruk nya.. suka duka nya.. apa apa je yg boleh mengimbau kenangan lalu.. melihat di mana bermula nya dan di mana berakhir nya.. kenapa bermula dan kenapa berakhir.. dan apakah langkah seterus nya..

by the way maskara tu apa ya hehe

 

Rabu, Disember 17, 2008 1:32:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

I - Layan blues di Bukit Malawati aaa?
II - Macam pernah ku lihat sebelum ni. He he he. Kau memang ada aura sebagai pengkarya.

 

Rabu, Disember 17, 2008 4:12:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mudin,
1. Membaca buku itu mengingatkan aku pada buku Siddartha [Herman Hesse]. Kau pun pernah baca kan? Bagi aku kira ok-lah. Banyak motivasi untuk minda dan jiwa, spiritual juga falsafah hidup.

2. Pada malam yang sama kalau tak silap, Dewangga Sakti itu pun ada buat persembahan di KL.


CkLah,
1. He he he
2. He he he
3. He he he

Keponakan? Si Tiqah itu eh….


ez,
Buku itu sarat dengan motivasi dan falsafah hidup. Mengajak kita berfikir dan memahami diri kita sendiri.


Ajami,
Ha ha ha! Kalau Azwan sama Aznil ada malam itu, mesti dia menangis sebab terlalu kagum tengok persembahan kau.


Masy,
Kena mandi bunga tu :D


snm
I
Kalau terbau harumnya waktu siang, ok lagi. Tapi kalau malam memang boleh meremang bulu tengkuk. Ficus elastica rasanya. Ha’ah, bila kanopi pokok2 di kiri dan kanan jalan bercantum dan padat, terasa macam lalu dalam terowong, nyaman. :D

II
Bergantung juga. Kalau yang minat program2 macam itu, best-lah.


ah tok,
Saya pun bila membaca selalu senyap, tak suka bising-bising :D

 

Rabu, Disember 17, 2008 4:40:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Lan,
Cubalah kau bagi cadangan pada Naga.

Agaknya kalau buat siang, orang-orang seni yang buat persembahan tu susah nak dapat feel kot bila buat persembahan. Agaknyalah.


Kak Mar,
Kasihannya. Di lain kesempatan, insyaAllah, Tuhan akan mempermudahkan kak Mar menghadirkan diri.

Kalau saya tak pergi malam itu pun, saya diam-diam juga di rumah, tengok tivi atau baca buku sambil mengunyah jajan. :)


Tanpa Nama,
Kamu macam biasa dengan Tok R saja. Tentu kamu sudah biasa dinasihati Tok R nih. Malam itu Tok R bukan memberi nasihat yang berat-berat - tentang falsafah kemanusiaan atau petua berumahtangga misalnya. Tok R cuma memberi nasihat jangan memandu kereta laju-laju. :D


amin,
77% itu anggaran sahaja. Kalau dinilai betul-betul 77.77% sebenarnya. :p


Deen,
I
Aku ke sana pun sebab ada projek di sana. Kalau tak, memang tak akan sampai agaknya.

II
Sebab kau pasang niat sendiri-sendiri, itu yang tak sampai-sampai. Cuba kau pasang niat pergi berdua-duaan, mesti dah 7 kali sampai. Ha ha ha!

Kan lebih afdal kalau kau minta nasihat nak cepat jadi kaya….


Rajuna,
Boleh. Ngeteh di Tupai-Tupai sebelah Rumah Pena itu pun ok. Tak pun ikan bakar Jln Bellamy, belakang istana :D


Tiqah,
I. Itulah. Orang ke sana bukan lagi sebab nak tengok kesan sejarahnya, tapi nak bermesra dengan lotong dan monyet2nya :D

II. Saya rasa saya ada nampak kamu, dan kamu ada nampak saya, cuma tak kenal. Baguslah kalau macam itu! Ha ha ha!

 

Rabu, Disember 17, 2008 5:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino,
Dalam maksud Zino itu. :)

Dalam buku itu ada juga kata-kata,
“We are all here for some special reason. Stop being a prisoner of you past. Become the architect of your future.”
. Betullah. :)

MASKARA itu malam orang-orang seni dan karyawan membuat persembahan. Ramai terdiri dari Geng Jurnal dan blogger2 juga. :)


Azzam,
I. Tak ada-lah bro'. Kebetulan aku ada menyibuk buat projek naik taraf fasiliti dan landskap kat sana.

II. He he he. Seronok dapat sembang2 dengan kau bro'. Aura pengkarya? Ha ha ha!

 

Khamis, Disember 18, 2008 11:01:00 PG, Blogger aNIe

Seronok cuma 77% je..hmmm...takpelah...janji ade peratus seronoknya jugak...hehehe

 

Khamis, Disember 18, 2008 12:15:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Syyyyyyy .... diammmmm

 

Khamis, Disember 18, 2008 12:28:00 PTG, Blogger KAMATO

kenapa sendiri2,kan ke elok kalau pergi bersama tuan puteri

 

Khamis, Disember 18, 2008 6:41:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Kak Lady,
Jarang dalam kehidupan kita, kita boleh seronok 100% kak Lady. Mesti ada sedikit sebanyak yang tak seronoknya. :)


Izinni,
:)


Kamato,
Sendiri2 bersebab bang. :)

I. Bkt Malawati. Ke sana atas urusan kerja.

II. MASKARA. Dia tengah sibuk dengan keluarganya yang baru sampai.

 

Jumaat, Disember 19, 2008 10:49:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

woooo
Le fort de melawati
bila pulak bro JP nak mai ke Le fort de Cornwallis?
boleh jamu mee sotong sama ais kacang terbaik di tanjung ni

 

Jumaat, Disember 19, 2008 12:28:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

“The purpose of life is a life of purpose.”

fuhhh...smart betul quote ni.

wak purp, mekasih pada link di providekan. sekarang saya lbh faham kenapa adik tu bersendirian disitu. kalau nak diikutkan, saya sendiri sedang mengalami peristiwa yang agak sama. nantilah, kalau ada kesempatan, saya akan bercerita lebih lanjut lagi pada wak.

dan terima kasih kerana sudi baca article saya di malay mail.

semoga wak sendiri berada didalam keadaan yang sihat, insyaAllah.

 

Sabtu, Disember 20, 2008 6:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Hambali,
Kalau ada rezeki projek tersangkut di situ, insyaAllah akan ke sana. :)

Pergh! Terliur dah bila kau sebut mi sotong + ais kacang...


Kerp,
Kau patut baca buku itu bro'. Bagus untuk jiwa-jiwa yang sedang berkrisis. :)

Boleh. Bila ada kesempatan nanti, InsyaAllah kita boleh bersembang panjang. Tentang apa-apa sahaja. :)

Teruskan menulis sdr. Tulisan yang berjiwa boleh membuka minda. :)

Terima kasih. Semoga kita sama-sama dilindungi Allah. Ameen.

 

Sabtu, Disember 20, 2008 6:53:00 PTG, Blogger ubilepih

salam bro! kabare? Ficus Spp...pokok ara la tu kan..he..hee..wa paling teruja tgk pokok2 composia spp

 

Isnin, Disember 22, 2008 10:47:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

77 tu nombor kegemaran BP ker hehehe

ps: menarik kata-kata tu....

 

Isnin, Disember 22, 2008 11:33:00 PG, Blogger Mak Su

sekadar 7, 8 ayat jer?

ok ler tu :)

 

Isnin, Disember 22, 2008 4:11:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ubilepih,
Waalaikumusalam. Kabare waras

Ha'ah, pokok ara. Pokok ara pun bermacam-macam spesis ada.


Am,
Hidup 7!

:D


Mak Su,
Itu cuma simbolik Mak Su. :)