Ahad, November 30, 2008
Salam.

Jowopinter. Blog ini selalu-selalunya adalah suara jiwa saya. Kadang-kadang tempat berkongsi kelucuan, kekalutan dan keceriaan, saya dan manusia di sekeliling. Kadang-kadang tempat saya melepaskan resah, emosi dan melampiaskan keserabutan saya. Sesekali menjadi tempat saya menjentik fikiran kalian dengan cerita-cerita tersirat yang berlapis-lapis maksudnya.

Kadang-kadang secara sengaja atau tidak, saya mengumpil kisah-kisah manusia [tepi kain orang lain?], cerita Sepiring lauk basi dan Satu hari di Hari Raya - II, misalnya. Maafkan saya, bukan itu niat saya. Juga cerita [motivasi?] berdasarkan kisah hidup sendiri di Alon-alon anggger kelakon I dan Alon-alon angger kelakon II. Dan pernah juga cuba-cuba berpuisi, Cerita Hajjah Tukinah untuk Nurul Balqish dan Nur Sabrina dan Cerita kota kuala berlumpur bersuara, misalnya. Dan pernah juga pendapat-pendapat saya dalam cerita B-E-B-A-L, Gondolisme dan Siapa monyet? Siapa beruk? misalnya, mengundang salah faham yang melampau. [Saya merujuk kepada topik benang di Forum mykmu.net]

Blog ini pernah membuat saya rasa ceria, pernah membuat saya rasa celaka, pernah membuat saya rasa selamba, pernah membuat saya rasa entah apa-apa. Pernah membuat saya keletihan dan kepenatan. Cerita-cerita suka dan duka; warna-warna gelap, cerah dan kelabu; emosi indah, resah dan gundah; berbaur menjadi satu.

Blog ini bukan apa-apa. Picisan. Cerita yang biasa-biasa, yang entah apa-apa. Sebab saya pun bukan siapa-siapa. Saya tidak pernah berangan menjadikan blog ini menjadi sangat filosofikal. Kadang-kadang melalui blog ini saya menemui katarsis – kelegaan emosi. Sesekali escapism. Walaupun ada kalanya mungkin seketika cuma.

Hari ini, jam ini, minit ini dan saat ini, genaplah tiga tahun usia blog Jowopinter ini.

Blog ini sudah menemukan saya dengan kalian semua, sahabat-sahabat blogger saya. Ulasan-ulasan kalian dan sembang di peti sembang sering membuat saya tersenyum dan ketawa, sehingga kadang-kadang saya memerlukan usaha yang keras untuk memberhentikan senyuman dan ketawa saya. Juga bisa membuat saya tersentuh, sering berfikir dan berfikir, bukan sekali, tapi berkali-kali.

Kepada kalian semua yang sudi menjadi sahabat blogger saya, juga kepada semua pengunjung senyap – itu pun kalau ada - yang sudi singgah dan mengintai blog saya dan membaca cerita-cerita saya. Terima kasih. Syukran. Thank you. Kesuwun. Khawp khun khrap. Shukriya. Toa chie. Nandri. Arigato [Huh! Perasan sungguh saya. Macam-lah ada bangsa lain yang membaca repekan dan racauan saya di blog ini]

Seandainya masih diizinkan Tuhan, saya ingin terus bercerita di blog ini.

Segala yang baik datang dari Tuhan, segala yang buruk datang dari diri saya sendiri.

Wassalam.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 11/30/2008 03:30:00 PTG. |


52 Ulasan


Ahad, November 30, 2008 4:19:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Tahniah bro!
Teruskan usaha, gua tetap jadi pembacanya

 

Ahad, November 30, 2008 4:26:00 PTG, Blogger ais T

selamat ulang tahun...saya la antara pembaca senyap selama setahun lebih!!

 

Ahad, November 30, 2008 4:30:00 PTG, Blogger Cik Keju

Hepi Blog Anibeseri bro!
moga dipanjangkan usia blog. heheheh..

 

Ahad, November 30, 2008 4:59:00 PTG, Blogger addyaholix

ya selamat ulangtahun purp.
moga tulisan-tulisan kau terus jadi bacaan aku sampai bila-bila.

tabik tiga kali!

 

Ahad, November 30, 2008 5:05:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

terlupa bonjour/grazie, utk org eropah mcm saya, keh keh! selamat maju jaya, sedara. saya dah baca romlah - lepas ni tulis novel pulak ye!

 

Ahad, November 30, 2008 5:53:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Selamat ulangtahun ke3. Banyak n3 JP yg menyentuh perasaan saya. Teruskan blogging dan kalau boleh tambahkan kekerapan update.

 

Ahad, November 30, 2008 6:00:00 PTG, Blogger PINATBATE

Tahniah kang blekk...
mudah-mudahan sering mendapat ilham-ilham yang bagus untuk dikongsi..
orak ngawe among-among bubur abang ker..?

 

Ahad, November 30, 2008 10:20:00 PTG, Blogger Unknown

salam..tahniah..dah 3 tahun blog berjalan

 

Ahad, November 30, 2008 11:47:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Oh. Tiga tahun. Kalau baby-baby, dah hampir petah bercakap. :)

 

Isnin, Disember 01, 2008 7:34:00 PG, Blogger ckLah @xiiinam

1. Saya mula berblog selepas membaca buku 'Gangguan Tekstual.
2. Komen pertama dari JP dalam blog saya,"Hati=hati semasa berblog!"
3. Errrr........sekarang saya dah ketagihan blog..penagih tegar!

 

Isnin, Disember 01, 2008 8:08:00 PG, Blogger silversarina

Selamat Ulangtahun ke 3 !!

Akak enjoy reading your blog sejak hampir 2 tahun . Teruskan menulis ye wak.

 

Isnin, Disember 01, 2008 8:15:00 PG, Blogger HABIHA69

Tahniahlah kang (ulangtahun blogs JP @ Bp )...walaupun hanya membaca dan mengenalimu lewat Blogs tetapi terasa hubungan ini sungguh uniks, akrab dan adakalanya mantap..kekadang tak jengah blogs kang 2 hari membikin hati ini sasau dan solat pun khuranglah khyusyuknya..inilah penangan blog mu yang kini ku jadikan idola sampai saat ini..Aku Doakan kang JP sihat, panjang umur, murah rezeki dan ceria-ceria selalu yea..

 

Isnin, Disember 01, 2008 8:45:00 PG, Blogger jagoan

Tahinah bro, dah tiga tahun. Cukupkan 30 tahun berblog. Perjuangan. Hik hik

 

Isnin, Disember 01, 2008 9:19:00 PG, Blogger artisticklytouch

tahniah....semoga blog ini terus meriah dengan entry-entry yang hebat

 

Isnin, Disember 01, 2008 9:20:00 PG, Blogger artisticklytouch

tahniah, semoga blog ini terus meriah dengan entry-entry yang hebat

 

Isnin, Disember 01, 2008 9:44:00 PG, Blogger cujern

30 November ye...erm..tarikh yang sepatutnya menjadi tarikh keramat bagi saya... tapi, sumenye dah hancur... :-p

 

Isnin, Disember 01, 2008 10:21:00 PG, Blogger Jamal Abd Rahman

tahniah JP..tiga tahun bukan satu masa yg singkat bg berblogging...teruskan menulis disini hingga ke angka 3o thn!

saya akan terus membaca entry2 disini...

 

Isnin, Disember 01, 2008 10:25:00 PG, Blogger zwitterion

Tahniah!
Teruskan berblog!

 

Isnin, Disember 01, 2008 10:40:00 PG, Blogger Sya

Selamat Hari Jadi Blog

 

Isnin, Disember 01, 2008 11:49:00 PG, Blogger aNIe

Selamat Ulangtahun buat blog Jowopinter...

 

Isnin, Disember 01, 2008 12:29:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam :)

selamat ulangtahun ya. semoga blog ini akan terus mantap dengan berkongsi cerita segala rasa.

>ayumkay<

 

Isnin, Disember 01, 2008 12:51:00 PTG, Blogger Rajuna

kalau abang rasa blog 'berisi' macam ni picisan. blog aku macam mana? aku rasa blog aku sesuai digelar blog sampah masyarakat.

haha

 

Isnin, Disember 01, 2008 3:16:00 PTG, Blogger Mak Su

happy birthday blog jawapintar :)

 

Isnin, Disember 01, 2008 5:31:00 PTG, Blogger BuRuuj

dah tiga tahun yer? mantap! saya suke cerita dari anda. tahniah! teruskan usaha. yg baik kita jadikan tauladan dan yg buruk sama2lah jadikan sempadan..

chaiyo'!!!

 

Isnin, Disember 01, 2008 10:56:00 PTG, Blogger arsaili

salam...semoga saudara terus menulis....

 

Isnin, Disember 01, 2008 11:55:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

" Blog ini pernah membuat saya rasa ceria, pernah membuat saya rasa celaka, pernah membuat saya rasa selamba, pernah membuat saya rasa entah apa-apa. Pernah membuat saya keletihan dan kepenatan. Cerita-cerita suka dan duka; warna-warna gelap, cerah dan kelabu; emosi indah, resah dan gundah; berbaur menjadi satu."

Ya...benar sekali bicara itu. Tapi kamu banyak memberikan inspirasi kepada kak Mar untuk menulis secara fiktif. Tapi rasanya banyak lagi yang kakak ini perlu pelajari. T/kasih kerana menjadi sahabat blogger kakak ye.

Srmoga kamu terus menulis,

 

Selasa, Disember 02, 2008 4:27:00 PG, Blogger Ajami Hashim

hepi besdei bro! hebattt!!! muahhh!!!

 

Selasa, Disember 02, 2008 10:05:00 PG, Blogger KAMATO

saya percaya, semua pembaca setia blog ini akan terus mengikuti cerita2 mu

 

Selasa, Disember 02, 2008 10:20:00 PG, Blogger muor76

selamat ulang tahun ke 3... aku jumpe ko bukan dalam blog.. tapi atas sebab muo... muo telah menemukan kite.. ceh cam org bercinte le pulak... weh bile kite nak bertemu di asam pedas PJ... kekekekek cam lame siot tak balik muo.. rindu kat kete merah kat PJ tu... pakkal ler vespa putih ade kat somban... kalo ade kat muo dah tentu aku bawak ko jengjalan naik vespa itu blek... kekekekek

 

Selasa, Disember 02, 2008 11:27:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Teruskan menulis BP, Am akan tetap akan datang kesini. Selamat ulang tahun blog ke 3 ya

 

Selasa, Disember 02, 2008 12:07:00 PTG, Blogger Masy

sy pembaca ermm... apa ek nk sebut hihi. selamat maju jaya jowopinter dn BP jugek. kite ni bile nk link2 ni? hahahaha

 

Selasa, Disember 02, 2008 3:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Shimi,
Terima kasih!

Insha-Allah.


ais T,
Terima kasih!

Selepas ini jangan membaca senyap-senyap lagi eh. Sudah melawat blog kamu. Menarik.


cikin,
Terima kasih.

Insha-Allah. Doakan usia blog saja, usia aku? :D


addyaholix,
Terima kasih.

Cernalah mana-mana cerita yang baik. Abaikan mana-mana cerita yang jelek.

Aku membalas tabik kau sebanyak 7 kali.


lee lin,
Maaflah saya tercicir bonjour / grazie. :D Terima kasih.

Insha-Allah. Tunggu. Jangan lupa pula beli bila dah keluar di pasaran nanti ye.


En YB,
Terima kasih En YB. Saya terharu.

Insha-Allah. Cuma sekarang masa selalu tidak menyebelahi saya En YB. Selalu tersimpul. Dulu-dulu update 3 kali seminggu, sekarang cuma mampu 1-2 kali saja seminggu.


Pinatbate,
Kesuwun

Insha-Allah. Mengko-lah. Nek blog iki sampe umur pitung taun aku ngawe among-among bubur abang. :D

 

Selasa, Disember 02, 2008 3:36:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ann,
Waalaikumusalam. Terima kasih. Blog ini belum mampu berjalan, baru belajar2 merangkak.


Tiqah,
Itu kalau bayi. Kalau anak rimau, 3 tahun sudah pandai apa ek? Hmmm... kena tanya Tok Rimau. :D


Cklah,
1. Tahniah. Besar juga jasa blook ’Gangguan Tekstual’ itu ye.
2. Kalau tidak hati-hati semasa berblog boleh kemalangan jiwa dan mala-petaka dalam kehidupan. Sungguh!
3. Cuba baca cerita saya tentang blogger tegar di sini :D


Kak Sarina,
Terima kasih kak.

Insha-Allah. Saya juga, banyak belajar sesuatu dari blog akak. Terima kasih.


Ustaz Habiha,
Terima kasih ustaz. Mungkin ada persamaan dan pertalian jiwa di antara kita yang mendekat dan mengakrabkan kita. Semoga ukhwah ini berkekalan. Insha-Allah.

Terharu sungguh bila dianggap idola, walaupun saya rasa ustaz lebih senior dari saya, dari segi pengalaman hidup dan ilmu kehidupan berbanding saya yang masih remaja [:D remaja antik!] dan cetek ilmu ini. Perkongsian ilmu dan tazkirah di blog ustaz banyak menjentik fikiran saya.

Doa saya untuk ustaz juga, semoga sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.


ah tok,
Terima kasih. Insha-Allah, kalau dipanjangkan usia 30 tahun lagi. Ya, perjuangan! :)


Arts,
Terima kasih Arts. Insha-Allah.

 

Selasa, Disember 02, 2008 3:45:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

flip,
Ada hikmahnya. Semoga 30 November di tahun2 akan datang menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan dalam hidup kamu.


UncleJ,
Terima kasih UncleJ. Insha-Allah, kalau Tuhan izinkan saya terus bernafas sampai ke usia itu. :)


Zwit,
Terima kasih!
Insha-Allah. Teruskan singgah, membaca dan mencerna.


Kak Sya,
Terima kasih kak Sya.


Kak Anie,
Terima kasih kak Lady.


ayumkay,
Waalaikumusalam :)

Terima kasih. Insha-Allah.


Rajuna,
Aku sebenarnya agak selektif membaca blog orang, jadi aku jujur katakan blog kau beridentiti. Kau menjadi diri kau sendiri bila kau memberontak dan mengekspresikan emosi kau dalam entri2 kau, dan dengan cara kau sendiri. Teruskan!

 

Selasa, Disember 02, 2008 4:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mak Su,
Terima kasih Mak Su. :)


BuRuuj,
Terima kasih.

Alah, taklah semantap mana. Baru 3 tahun. Apalah sangat, berbanding blog Rudy Bluehikari dan Tok Rimau yang dah 7-8 tahun itu :)


Arsaili,
Waalaikumusalam.

Insha-Allah. :)


Kak Mar,
Terima kasih kak Mar.

Hmmm. Blog, ada kalanya juga mengharu-birukan hidup kita sendiri, dan manusia lain juga.

Semoga kak Mar juga tak jemu untuk terus berkongsi kisah di blog. Tulisan kak Mar berjiwa :)


Kel@mbu,
Teringat lagi aku tegur kau di gate Rumah Pena hari itu. :D


Ajami,
Terima kasih Ajami [macam kelakar pulak bila aku panggil kau Ajami. Hehehe]. Tak sangka sungguh, akhirnya boleh jumpa kau di alam blogosfera ye.

Tahniahlah. Kau dah jadi selebriti sekarang.


Kamato
Terima kasih atas sokongan itu. Saya hargai :)

 

Selasa, Disember 02, 2008 4:20:00 PTG, Blogger Unknown

walaupun terlambt, aku nk ucap gak nih. Happy anniversary, keep it up!

blog ini juga pernah buat saya tersenyum/tersengih sorang2 dan ada kalanya bersimpati dan kadang2 berfikir..

 

Selasa, Disember 02, 2008 5:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Muor76,
Terima kasih Jam.

Ya, ya. Kita boleh meninggalkan Muo, tapi Muo tak akan pernah meninggalkan kita. Hidup Muo!

Boleh. Raya Haji kau balik Muor tak? Bawaklah vespa balik kampung. Aku nak pinjam ronda-ronda PJ. :D


Am,
Terima kasih Am. Am salah seorang sahabat blogger yang tak pernah jemu bertandang ke sini. Terima kasih sekali lagi. :)


Masy,
Terima kasih.

Errr.....Tak sempat nak kemaskini link-lah. :D


Amora,
Terima kasih Amora.

Cuma berkongsi cerita. Mana yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan :)

 

Selasa, Disember 02, 2008 5:20:00 PTG, Blogger Lan Rambai

Aku ingatkan ko nak tutup blog ni tadik.... rupanya sambut ulangtahun ketiga...

apa kata.. sempena dah 3 tahun ni.. ko tunjuk gambar ko tanpa ada halangan kat muka ko tu... ko kan hensem.. so apa nak malu?

bila nak ngeteh lagi? takder beli tender lagi ke wei?

 

Selasa, Disember 02, 2008 9:27:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

selamat ulangtahun blog ke-3 bp..aku masih ingat soklan bong*k aku pasal TTFN tu..ko ingat lagi?hahahaha

 

Rabu, Disember 03, 2008 11:45:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

saya rasa sudah hantarkan ucapan ulang tahun blog ini, tapi tah kesasar nang ndi tah.apapun, selamat ulang tahun blog iki yo kang. blog ikilah seng dadi cikgu ku dadi blogger kayak mu kang! cuba belum kuat sekukuh blog kakang ki.

sampek ke seng 30 taun yo kang!

 

Rabu, Disember 03, 2008 5:41:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

selamat ulangtahun blog yang ketiga... i harap dapat tengok karya-karya u di pasaran satu masa nanti... u kan penulis yang berbakat... boleh wat duit tu, keskeskes...

 

Rabu, Disember 03, 2008 7:10:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Lan,
Sebab hensem-lah aku tutup muka :p. Nantilah, ulangtahun ke-7 baru aku tunjuk muka.

Macam dah serik dah aku nak ambil tender JKR lagi. Tak pernahnya sangkut. Sebab aku tak pakai kabel kot. Ha ha!

Bila-bila kau senang, telefon aku, kita ngeteh lagi...


kadok,
Terima kasih.

Ingat, mana tak ingat. Bukan kau seorang saja yang tanya pasal T-T-F-N itu :D


asuhara,
Kesuwun [pitung kali].

Nek Tuhan izin-ke ben sampek 70 taun.
:D


Ratna,
Terima kasih [77 kali]

U manusia terawal menjadi pembaca blog ini. Neeziee, pengantin baru itu pulak menjadi manusia terawal mengulas. :D

Insya-Allah. Kalau diizinkan Tuhan, dan masih ada idea dan kudrat untuk menulis.

 

Rabu, Disember 03, 2008 9:02:00 PTG, Blogger tulip

lama saya tidak menjenguk ke sini. selamat ulang tahun..

 

Rabu, Disember 03, 2008 11:24:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Tahniah!

Orang parit jamil tumpang bangga!

 

Khamis, Disember 04, 2008 7:33:00 PG, Blogger alifmimyanun

saye dah setahun lebih bace blog ni !!
( ^ v ^ )

 

Khamis, Disember 04, 2008 9:54:00 PG, Blogger achik

selamat ulangtahun blog yg ke-3.. semoga terus menulis.. :)

 

Khamis, Disember 04, 2008 12:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tulip,
Terima kasih kerana masih sudi menjenguk. Terima kasih.


chemad,
Terima kasih.

Kamu warga Parit Jamil?


alif,
Terima kasih. Semoga tak jemu untuk terus membaca.


achik,
Terima kasih achik. Insya-Allah. :)

 

Sabtu, Disember 13, 2008 5:04:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Susu,
Baru 3 tahun. Tok Rimau dan Rudy bluehikari tu dah 7-8 tahun. Lagi otai. :D

 

Rabu, Februari 18, 2009 2:36:00 PTG, Blogger Budak Muor

salam...maaf yea menyibuk kat sini..nak tegur sikit sebenarnya buruk dan baik itu datangnya dari yg maha esa tetapi manusia di beri akal untuk memilih antara yg baik atau buruk..setiap kejadian telah di tentukan olehnya.

 

Rabu, Februari 18, 2009 2:40:00 PTG, Blogger Budak Muor

salam...maaf yea menyibuk kat sini..nak tegur sikit..sebenarnya baik dan buruk itu datangnya dari yg maha esa tetapi kita diberi akal untuk memikirkan dan memilih antara baik dan buruk..sesungguhnya setiap yg berlaku telah ditentukan olehnya.