Wak Nah. Ibu tua itu. Ibu malang yang dipinggirkan oleh anak-anaknya sendiri. Ibu yang hidupnya penuh luka di dadanya. Dia bukan emak saya. Saya mengaku, saya pun bukan seorang anak yang terbaik untuk emak saya, tapi sekurang-kurangnya saya sangat menghargai emak saya dan tak sanggup hatinya terluka sedikit pun. Sesiapa pun yang masih punya sifat kemanusiaan di dalam dirinya, saya rasa, memang wajar untuk merasa hiba bila melihat keadaan Wak Nah itu. Dosa apalah agaknya yang telah Wak Nah lakukan, sehingga tergamak dia diperlakukan sebegitu, oleh anak-anaknya sendiri.
Petang itu. Di wad 5. PC1, Tgkt 2, Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Emak, adik-adik dan saya. Sewaktu kami sampai di wad itu, Wak Nah sedang terbaring, senyap menatap langit-langit kamar, sebelum bangun dan duduk bersila menyambut kami dengan wajah yang hiba dan butiran-butiran jernih yang mengalir dari sudut matanya.
Wak Nah. Diam, cuma sesekali bersuara. Sayu. Sarat dengan keharuan. Saya melihat tulang-tulang di tubuhnya semakin jelas. Dia semakin cengkung.
Jururawat memberitahu kami, Wak Nah baru sahaja sehari dipindahkan ke katil itu, katil untuk pesakit yang sudah boleh keluar kerana Wak Nah sudah agak pulih dan sepatutnya sudah boleh pulang sehari sebelum itu. Tapi, tiada seorang pun anak-anaknya yang mengambil tahu apatah lagi datang menjemputnya pulang.
Wak Nah mengadu kepada emak, dia lapar. Seharian dia tidak menjamah apa pun kerana pihak hospital tidak menyediakan makanan untuk pesakit yang ditempatkan di situ. Di sisinya cuma ada sebuah beg plastik lusuh berisi pakaiannya dan sebotol air mineral. Emak meminta adik saya membelikan makanan untuknya. Dan petang itu juga kami menelefon anak perempuan bongsu Wak Nah meminta segera datang dan membawa emaknya pulang.
Kebelakangan ini, kehidupan Wak Nah semakin tidak terurus. Sering sakit-sakit. Sudah keluar-masuk hospital itu beberapa kali. Malah Aidil Adha yang baru lepas pun Wak Nah di wad itu, tanpa seorang pun anak-anak yang menjenguknya. Bermacam-macam alasan yang dikirim anak-anaknya. Alasan yang paling tidak munasabah adalah hari hujan dan tidak sempat. Padahal bukan tinggal berjauhan, di dalam Muar juga! Dan masing-masing punya kereta!
Entah. Bagaimana jiwa seorang anak tak mampu bergetar sedikit pun melihat ibu sendiri dalam keadaan begitu. Saya tidak punya jawapannya. Kalaulah saya mampu, saya tidak ingin bersangka buruk terhadap anak-anaknya.
Sebelum balik emak memeluk dan mencium pipi Wak Nah. Wak Nah menangis lagi. Kedua-dua mata emak basah. Selama ini, emaklah yang paling rapat dengan Wak Nah dan yang paling dapat membaca dan meresap segala kedukaan Wak Nah.
Lewat petang itu, kami meninggalkan Wak Nah bersama sebuah sepi dan lukanya yang kami sendiri belum pasti bila akan berpenghujung.
Buat anak-anak Wak Nah, kalaulah kamu semua terbaca catatan ini, maafkan saya. Bukan niat saya untuk mengaibkan kamu semua. Bukan juga mahu berlagak bagus dan mulia. Cukup-cukuplah dari terus meminggirkan ibu tua itu. Itu ibu kandung kamu. Tidakkah kamu semua merasa penat terus-terusan memperlakukan ibu kamu sendiri sebegitu. Bukan syurga saya, bukan syurga adik-adik saya di bawah telapak kaki ibu tua itu, tapi syurga kamu semua.
"Ya Allah, sinarkanlah cahaya petunjuk-Mu pada anak-anaknya, ya Allah. Jangan Kau tunda-tunda lagi. Kasihanilah Wak Nah ya Allah."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buat semua sahabat blogger, Salam Maal Hijrah 1430. Semoga tahun baru ini menjanjikan lebih keberkatan dan kerahmatan buat kita semua.
Semoga kita semua terus diberi petunjuk untuk berhijrah kepada lebih kesempurnaan dan kebaikan, di jiwa dan di minda, untuk dunia dan untuk akhirat. Insya-Allah.
TTFN
Label: Wak Nah
Sabtu, Disember 27, 2008 6:09:00 PTG, ainzoo
Ya Allah, Kau bukakan lah pintu hati anak2 Wak Nah. Amin...
Kdg2, aku mcm xfaham. Susah sgt ke nk hargai kasih sayang & bakti mak ayah yg dh susah payah membesarkan kita smpi jadi `orang`. Dorang xmintak wang ringgit..perhatian & kasih sayang kita sbg anak-->tu yang lebih utama.Buruk mana pun mak bapak kita, sejahat mana pun mak bapak kita, kita kna ingat..if dorang xde, kita pun xde kat dunia ni. Dorang nk ke anak2 dorang wat cmtu kt dorg bila dh tua nnt? Sia2 je Petronas wat iklan biasanya menyentuh soal ikatan kekeluargaan..sia2 je Arwah Sudir nyanyi lagu ~Ayah& Ibu`..sia2 je M Nasir nyanyi lagu Bonda...sia2 je Aishah nyanyi Bahtera Merdeka (sori if silap tajuk...).
Semoga dorang cepat sedar...Amin...Jangan nnt, bila dh xde, baru nk nyesal..masa tu seme dh xguna.
Sabtu, Disember 27, 2008 8:55:00 PTG,
yep. i still remember your n3 about her. Anak2 nya tak sedar agaknya mereka juga akan tua satu hari nanti..apa perasaan mereka bila anak2 mereka buat perkara yg sama? Semoga anak2 Wak Nah sedar sebelum ibu mereka pergi...lepas tu menyesal tak berguna lagi..Semoga Allah jauhkan kita semua memperlakukan sedemikian kepada ibubapa kita..nauzubillah...
Salam Maal Hijrah BP! Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun lepas, insyaAllah..
Ahad, Disember 28, 2008 2:19:00 PG, addyaholix
Moga dibukakan lorong untuk Wak Nah kembali merasai kasih sayang anak-anaknya. Moga pintu hati kecil anak-anak Wak Nah mampu terbuka luas untuk kembali menghargai cinta dan pengorbanan seorang ibu. Moga tuhan terus berikan kehidupan yang indah buat ibu tua ini.
Moga tulisan ini mampu membuka mata semua anak-anak di dunia untuk mengerti rasa seorang ibu. Peringatan juga buat diri sendiri.
Salam maal hijrah. Moga kita terus di landasan yang sepatutnya Insyaallah!
Isnin, Disember 29, 2008 3:08:00 PTG, Rajuna
cukup tersentuh.
otak aku yang kusut ini sering tertanya2 apakah bisa aku membalas jasa kedua orang tua aku. seharus, di usia begini aku sudah mampu mengukir senyuman kepada orang tua aku.bukan bergelendangan dengan imej lusuh. walaupun katanya, 'tak apa. bersabar dan belum lagi rezeki,' tapi aku tak sampai hati melihat wajah kedua orang tua aku.
Isnin, Disember 29, 2008 6:26:00 PTG, muor76
bapak aku ade cakap... camne kite layan mak bapak kite, camtu ler anak kite akan layan kite... memang jase mak bapak kite kite takkan dapat balas... tapi ade kah kite cube membalasnyer? mak kite boleh halalkan susu badan nyer... tapi adekah seorang anak akan mintak ibunye halalkan susu badan ibu? mak bapak mengharapkan anak mereka menjenguk mereka.. mungkin hanye sekadar bertanye kabar.. tapi adekah seorang anak itu akan tetap ingat kepade mak bapak mereka?
kalodiikut kan hati nak ajerk di pelangkong atau di getol kepale orang yg tak ingat kat mak bapak.. memintak ler tahun baru ini akan membuatkan hati orang orang yg asyik ingat dunia dan lupe akan mak bapak mereka terbuke hati mereka untuk memberi salam pade mak bapak mereka secare live...
salam maal hijrah... hijrah dari yg buruk kepade yg baik.. hijrah dari yg mundur kepade yg maju.. hijrah dari zaman batu ke zaman beragama.. hijrah dari menggunakan napsu ke menggunakan akal...
semoga ko selamat berhijrah ke johor... hijrah itu perjuangan..
pesal ler komen aku panjang sangat nih.. mungkin kerane pikiran diganggu oleh monolog dalaman yang dibangkitkan oleh persekitaran alam semesta yang boleh membuatkan diri seseorang itu hilang pertimbangan dan pemikiran..
Isnin, Disember 29, 2008 7:07:00 PTG, KaSiH
kesiannya wak nah...saya terharu dan sedih juga...semoga allah masih tetapkan hati kita dgn kasih sayang yg tak padam utk insan yg membawa kita bernafas di dunia ni...semoga wak nah sabar juga kerana allah sedang menguji hambanya yg terpilih...apa yg boleh di kata selain dari doa yg jauh dr saya utk dirinya..
Selasa, Disember 30, 2008 10:59:00 PG, NONIE AZIZ
sedih wehhhh....siannya wak nah...itulahkan...seorang ibu boleh jaga 10 orang anak tapi 10 anak belum tentu boleh jaga ibu dengan baik...semoga jadi iktibar pada kita semua...Salam maal hijrah untuk ko jgk!!Semoga 1430 tahun kemurahan rezeki yang melimpah ruah untuk ko, orang yang ko sayang, untuk semua ahli keluarga ko yang penuh kasih sayang.
Selasa, Disember 30, 2008 2:56:00 PTG,
Susah nak cakap BP. mungkin dunia makain moden kasih sayang mereka juga makin moden dan alasan pun makin moden.
Terlalu banyak cerita ditv tentang skap anak-anak terhadap ibubapa mereka seperti pondok buruk tapi kita lihat, kita sedih, kita menangis tapi kita anggap sebagai cerita sahaja dan tak ambil apa2 aktibar dari cerita itu.
Entah lah macam BP, Am tak berani kata Am anak yang baik tapi Am berjanji pada diri Am, Am takkan jadi anak yang tak mengenang budi macam tu
Muga keinsapan akan timbul dihati anak-anak mereka
Selasa, Disember 30, 2008 3:10:00 PTG,
salam saudara..bukan nak komen cuma memberi secebis pendapat...perkara begini mmg biasa berlaku di kalangan manusia yg mmg terkadang terlupa dan mmg sifatnya pelupa...namun apa yang lebih penting ialah seharusnya ia menjadi pelajaran bagi kita yang berfikiran waras ini...samalah seperti kita melawat mayat di kebumikan talkin ialah pelajaran utk yg masih hidup tapi berapa ramai yg benar2 memberi perhatian tatkala talkin dibacakan...begitu juga dengan peristiwa anak lupakan ibubapanya..3 hari saja kita tak mendoakan keduaorg tua kita jatuh derhaka kita sebagai anak....fikir2kanlah.....amin
Rabu, Disember 31, 2008 9:14:00 PTG, ♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥
salam
kabarey ley...wes suwi orak mamper keney
riko waras, yo alhamdulillah
aku kok mesakney karo wak nah iki yo Blek
emak iso njoggo anak 10
tapi nek anak iki urung tentu iso njoggo mak yang satu
jadikan lah iktibar
kita bakal jadi emak nenek moyang insyallah kalau dipanjangkan umur
apa yang berlaku atau yang telah diperlakukan bakal mengundang perjalanan kehidupan yang serupa dan akan berbalek pada diri kita sendiri. Usahlah diperlakukan seorang emak sebegitu rupa. TERBITKAN LAH KASIH SAYANG TERHADAPNYA sebelum emak memejamkan mata. Nyesal nanti......
Khamis, Januari 01, 2009 9:52:00 PG, MA
Oh saya pernah melihat situasi yang sedemikian dengan keluarga kenalan saya. Si ibu tua dimasukkan ke hospital dan tidak diziarahi anak. Dan anak-anak bukan calang-calang orang juga dan tidak ada sebarang sebab yang munasabah untuk tidak berada di sisi ibunya.
Nak dijadikan cerita setelah 2 minggu (ya - DUA minggu! dan jarak antara mereka hanyalah 40 km Seremban-KL ) ibu tua itu dimasukkan ke hospital, si anak ini tergerak hati untuk menziarah. (nota : masa ibu sihat pun tak pernah nak pergi jengok, inikan pula ibu sakit)
Apabila sampai ke hospital,hanya tubuh kaku si ibu sahaja yang dapat dilihat kerana si ibu tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir 15 minit sebelum si anak itu sampai.
Nak menyesal? Sesal taik kucing, I tell you! Dan yang lebih memualkan ialah si anak membuat majlis tahlil untuk ibunya sambil teresak-esak menangis. Rasa nak sepuk kepalanya pun ada.
Dan balasannya pula ialah hidup anak itu tidak senang, banyak masalah sehingga dia sendiri meninggal dunia.
Walaupun apa pun dosa si ibu, apa pun kekurangan dia sebagai seorang ibu ~ dia tetap seorang ibu yang dipilih Tuhan untuk melahirkan anak.
Semoga kita semua mendapat iktibar dari kisah ini.
Isnin, Januari 05, 2009 11:38:00 PG, asuhara sue
wes suwi orank mampir nang kene, orak ndelok2 internet tenan eh.kabare kang?salam maal hijrah podomu, men tambah cemerlang hidup kuwe yo.
kadang2 tak terfikir macamana boleh seseorang membuang ibu kandungnya sendiri, bagai lupa setiap perbuatan ada balasannya. tidak pun disana, di sini sebentar lagi pasti terasa.
Khamis, Januari 08, 2009 9:36:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Salam.
Masa saya untuk meladeni blog ini dan menyinggahi blog-blog sahabat-sahabat blogger agak terganggu kebelakangan ini. Atur cara seharian agak menyesakkan ruang-ruang lompong yang biasanya saya ada sebelum ini.
Terima kasih kepada kalian yang menyumbangkan ulasan.
Semoga wak Nah sentiasa dikasihani dan dilindungi Tuhan.
Semoga Tuhan membuka hati dan jiwa anak-anak wak Nah untuk berubah. InsyaAllah.
Rabu, Februari 11, 2009 1:54:00 PTG,
Thx bro.. u did it!
u make me sad for this story.
Sampaikan salam aku kpd Wak Nah...
"kpd smua waris wajib Wak Nah yg masih bernyawa di atas muka bumi ni... sewajibnya kamu semua ingati pengorbanan & keperitan org tua ni membesarkan kamu semua. Ingatlah syurga itu letaknya dibawah tapak kaki IBU..."
Syurga Di Telapak Kaki Ibu - Aishah
( 1 )
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan
( ulang 1 )
( 2 )
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu
( ulang 1 )
( ulang 2 )
Hanya mampu bersimpati dengan Wak Nah. Moga terbuka hati anak-anaknya untuk lebih menjaga dan prihatin akan kesejahteraan Wak Nah.
Salam Maal Hijrah, moga tahun baru ini segalanya lebih baik dan cemerlang buat u.