Mohammad Haikal. Anak buah saya. Yang pernah kemaruk basikal itu. Asyik sungguh dia menonton Zombie Kampung Pisang. Sekali lagi. Tanpa jemu. Dan saya sudah penat mengira untuk ke berapa puluh kali entah dia menonton cerita itu.
Memang asyik sungguh dia. Sungguh-sungguh. Bagai tiada apa dan tiada siapa yang mampu menganggu penumpuannya dari kaca tivi itu. Entah apalah yang membuat dia terpukau sebegitu sekali menonton karya Mamat Khalid itu.
Entah kenapa tiba-tiba saya rasa terusik, rasa terganggu.
Dan dalam diam Zombie Kampung Pisang itu mula meresap dan menyentuh jiwa saya. Sangat-sangat. Tapi bukan sebab ceritanya, bukan sebab Haikal. Sebab yang sukar untuk saya nyatakan dengan kata-kata.
Haikal termenung di tangga anjung mengenang nasib diri.
Bukit Malawati, Kuala Selangor.
Saya melihat seorang anak kecil bermain-main pasir, simen dan bongkah-bongkah batu. Sedang ayah dan ibunya bergulat dan berkeringat menyiapkan longkang.
Apa agaknya yang terlintas di fikiran kamu bila melihat situasi seperti di gambar ini?
TTFN
Khamis, Disember 04, 2008 9:19:00 PG, HABIHA69
Selagi kita ada Ibu dan Ayah..jengok-jengoklah mereka kan..sekurang-kurangnya bertanyakan khabar dlm. telefon..Mereka bukan ape cuma nak kan kasih sayang kita..Dulu kasih mereka tumpah sepenuhnya kepada kita...kini masanya untuk kita balas kembali jasa-jasa itu...Dan sebagai Ibu dan Ayah adalah tanggungjawab kita memastikan anak-anak kita cukup kasih sayang...tak kira masa..anak kecil akan menyimpan memori itu di dalam mindanya hingga ke akhir hayat ttg. tingkah laku Ibu dan Ayahnya..kalu kita tak peduli mereka..jangan salahkan anak-anak bila Nnti bila kita tua mereka tak pedulikan kita...Balasan Allah itu maha adil Kan..kang JP..cuma kita umatnya tak mahu mengaku akan kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan...Kang aku pun teringat anak jiran aku yang bapaknya tak balik-balik sampai sekarang...gi ke Jepun katanya...entahlah..
Khamis, Disember 04, 2008 9:28:00 PG, Bunga Rampai
Salam BP,
Hati yang tenang pagi ini menjadi sangat sayu seusai membaca entri I itu. Ada sesuatu yang menyentuh hati saya yang sukar diluahkan dengan kata-kata.
Gambar itu boleh dilihat dari beberapa sudut kehidupan yang mampu memberi pengajaran - tapi yang menarik perhatian ialah kanak-kanak itu yang sangat beruntung kerana diberi "peluang" untuk bermain dan "membina" kreativitinya sendiri. Satu permulaan yang baik dalam memupuk bakat dan minat.
Khamis, Disember 04, 2008 10:24:00 PG,
Bukan Haikal, Anak saya Haziq pun tak jemu-jemu layan cerita tu. Kesihan Haikal kena tinggal....
Benda pertama terlintas ialah, mak dan ayah dia tak percaya org jaga anak dia, perkara kedua pula mak dan ayah dia sebenarnya tak mampu nak beri org jaga anak dia. Semuaga budak kecil itu membesar sebagai anak yang akan membanggakan kedua ibubapanya
Khamis, Disember 04, 2008 1:25:00 PTG, muor76
I. Otakkk! Otakkkk!-> ni yg selalu anak aku yg tua sebut.. dia takut sket nak tengok, jgn ler 'until when when' dia takut..
II. mak bapak kije nak sare anak.. harap anak bile dah besor tak lupe kat mak bapak.. tapi harus diingat.. bagaimane anak itu membesor akan dipengaruhi oleh mak bapak gak.. kalo mak bapak membatikkan dia.. akan menjadik batik ler.. kalo mak bapak mengainpelikatkan dia.. dah besor akan jadik kain pelikat ler.. kekekek.. bile ler aku nak dpt kain kosong lagi nih..heheheh
Khamis, Disember 04, 2008 4:07:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
ckLah,
Bro' Khalid Mamat memang unik. Ada-ada saja kelainan dalam karyanya. Kreatif macam abangnya, Lat itu juga.
Ha'ah. Ayahnya bertugas di negeri lain. Sudah jarang menjenguknya. Memang kasihan.
Benludin,
I. Filemnya nampak saja luarannya macam mengarut tapi isinya padat dengan maksud.
II. Ameen. Sekurang-kurangnya dari kecil lagi si cilik itu sudah belajar tentang susah-payah ayah dan emaknya mencari sesuap nasi. Walaupun dia sendiri mungkin tak menikmati zaman kanak-kanaknya seperti kanak-kanak lain seusianya.
Kak Lady,
Hebat sungguh penangan filem Mamat Khalid itu ye...
Ustaz Habiha,
Nasihat yang sangat bermakna dari ustaz.
Anak itu amanah dari Allah. Sesibuk mana pun, dan berjauhan di ceruk dunia mana sekalipun, 'memanusiakan' anak-anak, dan 'mengambil peduli' tentang anak-anak itu tetap tanggungjawap ibu bapa. Bukan begitu ustaz?
Bunga Rampai,
Waalaikumusalam BR.
Cerita I itu berlapis-lapis dan bersegi-segi maksudnya. Saya percaya, salah satu lapisan atau sudutnya telah membuat BR tersentuh.
Begitu juga cerita II, banyak maksud yang tersirat. terpulang kepada masing-masing untuk mentafsirkannya.
:)
Achik,
Kelakar itu sesuatu yang sangat subjektif achik. Ada orang tengok cerita seram pun ketawa. Kan? :D
Kak Sya,
He he he. Sesekali tengok cerita macam itu boleh kendurkan fikiran yang tengah tegang dan serabut.
Sesekali pula mengingatkan kita kepada sesuatu yang ada kaitan dengan cerita itu sendiri.
Khamis, Disember 04, 2008 4:31:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Am,
Saya pun ikut tertengok juga 3-4 kali. :D
Kedua suami isteri di dalam gambar itu adalah warga Indonesia yang datang ke sini mencari rezeki dengan menjadi buruh kontrak. Dan anaknya tiada siapa yang menjaga. Saya pernah melihat anak kecil itu tidur keletihan di tapak pembinaan. Pernah juga melihat bila waktu tengahari, mereka bertiga sekeluarga makan bersama-sama. Gambar itu, ada cerita gundah, ada cerita indah.
H.E.H
Betul. Saya setuju. Nampak seperti filem biasa-biasa, tetapi bukan yang biasa-biasa bagi yang melihatnya dari sudut yang bukan biasa-biasa.
Muor76,
I. Anak kau memang comel.
II. Gerobok kau kan banyak lagi kosong Muor. Boleh muat banyak kain kosong lagi tu. Bila dah dapat kain kosong baru, jangan lupa bagitau kawan-kawan ye. He he he.
Pegawai,
Itulah. Kali pertama aku tengok, aku tengok gitu-gitu saja. Kali kedua dan ketiga, tengok dengan berfikir. Kali terakhir aku tengok, fikiran aku menerawang, aku tak berfikir apa-apa lagi tentang cerita itu lagi dah!
En YB,
Dalam 1-2 bulan ini saya kerap juga ke sana menyiapkan projek naik taraf di sana. :)
seri,
Kamu beli DVD ZKP yang original atau cetak rompak? Kala Malam Bulan Mengambang dah tengok berapa kali?
Kawasan bukit. Tak mungkin banjir rasanya.
Tasik,
Ayahnya bertugas di luar negeri [bukan luar negara]
Khamis, Disember 04, 2008 5:41:00 PTG, BuRuuj
gambar pertama: haikal. tiada teman untuk dia mengolah fikiran.
gambar kedua: si anak kecil bermain-main. mgkn permintaan ayah dan ibu meminta dia melakukan benda-benda kecil mampu membentuk pemikirannya. mgkn sedikit sebanyak dia dapat pendedahan apa itu batu, pasir dan sebagainya dan bagaimana rumah itu terbentuk. tak mustahil dia bakal seorang civil engineer.
saya kasihan dan empati terhadap haikal. "mana ayah? kenapa ayah langsung tak telipon atau menjenguk saya?" mgkn ini luahan hati si anak. sungguh sadis ayah itu...
Khamis, Disember 04, 2008 9:30:00 PTG,
Arts,
:D
Situasi yang membuat kita berfikir dan mentafsir.
Lan,
Kita doakan dia mendapat peluang belajar..... Bangsa kita juga tu Lan...
Shirah,
Sekarang kamu dah besar ni pandai bertukang tak? :D
Kak Mar,
Mungkin ada sesuatu di sebalik cerita-cerita itu yang dekat dengan jiwa kak Mar, lalu membuat kak Mar tersentuh....
Buruuj,
Gambar pertama: Cuti Hari Raya atau cuti sekolah, bila sepupu-sepupu sebaya dan sejantinanya balik kampung baru dia berteman.
Gambar kedua: Atau mungkin juga menjadi seorang kontraktor.
Hmmm...Jangan sampai nanti lenyap terus rasa rindu di hati seorang anak terhadap ayahnya.
Shimi,
Ya. Betul.
addyaholix,
I. Owh. Kau peminat Que rupanya. Ingatkan suka tengok gelagat Ezlyn. :D
II. Tak mengapa. Kau dapat tafsirkan luarannya saja pun dah ok. :)
Cikin,
Gambar yang menceritakan seribu cerita. :)
Jumaat, Disember 05, 2008 11:19:00 PG, asuhara sue
jangankan haikal, saya pun tgk selagi astro menayangkan.entah dah berapa kali ek?
agak2nya dia mungkin akan jadi kontraktor berjaya atau entah2 menjadi arkitek, Insya Allah.
p/s: saya dulu pun selalu ikut arwah abah membuat rumah kami, melihat ketelitian arwah abah membuat saya tertarik dengan dunia arkitektur ini!
Jumaat, Disember 05, 2008 12:13:00 PTG, Ajami Hashim
Salaam bro.. aku faham! sangat-sangat faham..
nahhh! sajak iringan dari aku:
Kalau papa dan mama tak ada
(pesanan untuk abang)
kalau papa dan mama tak ada..
abang tolong adik tukar lampin dia
pergi ke kolam KLCC berdua
bancuhkan susu adik 3 sudu sebotol
dodoikan adik bila nak tidur
kalau papa dan mama tak ada..
abang peluk adik bila menangis
goncangkan buai, kongsi mainan
pujuk kalau merajuk
belai kalau mengamuk
kalau papa dan mama tak ada..
abang pegang tangan adik bila berjalan
perhati lariannya di padang
kalau terjatuh, cepatlah rangkul
sapukan luka, tuamkan lebam
tapi abang janganlah susah
sekarang papa dan mama ada sebelah
pejamkan mata hilangkan gundah
ajami hashim 101006
Jumaat, Disember 05, 2008 1:04:00 PTG, Mdm.Zend
sungguh baik anda JP...mengusap kepala Haikal ibarat menyalurkan kasih ayah yang memang tak mungkin berganti...ada byk perkara di dunia ini adalah urusan Allah (swt)...di luar kemampuan kita untuk menanganinya..walaupun kita yg paling hampir..berdoa dan berserahlah kepadanya...kedua-dua gambar itu membuat saya juga sebak....
Jumaat, Disember 05, 2008 2:04:00 PTG, Kaktiny
gambar 1 - bersyukur sekurang-kurangnya masih ada tangan yang sudi membelai.. ada tv utk tontonan... daripada ditinggalkan berkelana tanpa arah.. didagang tanpa tujuan..
gambar 2 - bersyukur juga kerana masih bersama si ibu dan si ayah.. meskipun hanya bermain tanah..
terasa macam nak balik umah skrg pulak.. nak peluk si putri dan putra - juga rajanya (*wink* *wink*)... huhuhuhu...
Jumaat, Disember 05, 2008 3:19:00 PTG,
I
penah nonton ZKP tu sekali je, tu pun tak abis... pada usia beginilah anak-anak sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapanya... hmmm...
II.
anak kecil itu masih bertuah kerana sekurang-kurangnya tak terbiar... biarpun kedua orang tuanya sibuk bekerja, namun dia masih dalam jagaan keduanya... dan mungkin kerana melihat betapa susahnya orang tuanya mencari rezeki, mungkin akan memberikan motivasi padanya untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengubah nasibnya di masa akan datang... (harap-harap dia berpeluang untuk ke sekolah)...
Ahad, Disember 07, 2008 9:18:00 PG, DeeN
Aku tak menafikan, yg aku sangat2 memahami perasaan Haikal dan insan2 yg sama waktu dengannya. Dan aku juga memahami kenapa Haikal masih terpaku di kaca tivi dengan Zombie Kg Pisangnya walaupun kau dah boring mengira berapa kali dia khatam cerita tu.
Aku sependapat dengan kenyataan Pa'chik utk gambar satu lagi tu.
Ahad, Disember 07, 2008 3:50:00 PTG,
Nunn,
1. Jangankan anak-anak Nunn, orang tua pun ramai yang suka.
2. Itulah. Mak bapak sanggup berkorban apa saja untuk anak-anak, tapi [kadang-kadang] anak-anak belum tentu sanggup berkorban untuk mak bapak.
ckLah,
Saya pun ada pautkan blog dia di lajur sisi blog saya ini. Memang berjiwa :D
Asuhara,
Filem Kala Malam Bulan mengambang dah tengok berapa kali Asuhara? :D
Semoga dia menjadi manusia yang berbudi pada emak ayahnya bila dewasa nanti.
p/s: Saya kecil2 dulu selalu tengok emak dan nenek saya tanam pokok bunga, sebab itu agaknya sekarang dalam bidang landskap. :D
Masy,
Hmmm.
Ada 2-3 entri saya sebelum ini bercerita tentang dia. :)
Ajami,
Salam Ajami.
Aku mungkin faham, atau mungkin juga aku tak faham apa yang sebenarnya kau faham. Tapi aku percaya sedikit sebanyak kau memang faham apa yang aku nak sampaikan. :)
Terima kasih. Sajak kau berjiwa.
Comel anak-anak kau. Sampaikan salam aku pada wife kau. Lama tak jumpa dia. :)
Mdm Zend,
Saya kasihan tengok Haikal itu Mdm. [Tapi kadang-kadang saya buli dia juga cukup2. :D]
Kita yang dah tua-tua ini pun selalu rindu pada emak dan abah kita, inikan pula anak yang sekecil dan serapuh itu, yang memang sedang sangat-sangat memerlukan kasih-sayang dan belaian seorang ayah.
Kak Tiny,
Gambar 1 - Ya, begitulah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kak Tiny…
Gambar 2 - Anak kecil itu beruntung, walaupun mungkin emak & ayahnya tak kaya dengan harta, tapi kaya dengan perhatian, keakraban dan kasih-sayang.
:D Semoga kak Tiny sekeluarga sentiasa dilindungi Tuhan.
Ahad, Disember 07, 2008 3:56:00 PTG,
Ratna,
I
Kalau berkesempatan, tontonlah sampai habis. Dan nilaikanlah sendiri ceritanya. :)
Tak semua anak-anak bernasib-baik. Kadang-kadang menjadi mangsa keadaan.
II
Itulah. Dari satu sudut anak kecil itu bernasib-baik. Dari sudut yang lain, dia kurang bernasib baik. Bergantung kepada sudut mana kita mentafsirkannya. Semoga dewasanya nanti dia menjadi manusia berguna.
Mak Su,
Ha’ah. Jauh lamunannya di tangga anjung itu.
Mak Su memang pandai……..! Dialog mana lagi Mak Su hafal? :D
13May,
Tak adalah. Gua layan rock kapak-lah. :D
Ada buat korban tak tahun ini?
Salam Aidil Adha
Pa’chik,
:D
Betul sangat kata kau Pa’chik. Sekurang-kurangnya tidak merompak wang rakyat.
Zino,
Cerita itu tidak berkait secara langsung dengan Haikal. Saya cuma nak kaitkan cerita itu dengan kerinduan dan kasih-sayang seorang anak pada ayahnya.
Betul Zino. Kanak-kanak itu dan dunianya.
Kak Sarina,
Entahlah kak. Sedap, tak sedap, bergantung siapa yang menonton-nya.
Saya belajar sesuatu bila memerhatikan tiga beranak itu.
Deen,
Tahniah kerana kau memahami. Tapi ada lagi yang tersirat di sebalik cerita itu sebenarnya, yang mungkin kau tak akan faham. :)
Aku tahu. Kau kan marhaen yang prihatin.
Khamis, Disember 18, 2008 6:24:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sdr. Kerp,
Waalaikumusalam.
Sebenarnya, entri saya itu ada kaitannya dengan entri saya yang INI. Emak dan ayahnya suduh rujuk semula tapi ayahnya bertugas di tempat lain dan sangat jarang menjenguknya. :(
Oh ya. Saya ada juga terbaca artikel sdr di Mail Mail tu.
ez,
Itulah. Ayahnya cuma menjenguk dia sekejap Hari Raya haji yang lepas….
Ya, menghiburkan, dan ada mesej di sebaliknya juga….
ckLah suka filem Mamat Khalid..
JP, Haikal tu anak adik perempuan JP yang itu ke...Ke manakah ayahnya kali ini...Dia 'nuat hal' lagi ke...kesian haikal!