Selasa, November 04, 2008
I
Menjadi kontraktor biasalah. Projek merata. Memang selalu kena travel ke sana ke sini. Bersolat di mana-mana yang sempat sajalah.

Suatu hari, selepas selesai lawatan tapak, Latep dan kawannya singgah di sebuah masjid lama. Masjid kampung. Untuk bersolat Asar.

Ada seorang tua sedang mengemas masjid. Selepas mengambil wuduk, kawan Latep mendekati orang tua itu. Dia nak jadi orang yang berbudi bahasa dan peramahlah konon-kononnya. Boleh dia tanya orang tua itu mana arah kiblat. Terus tak pasal-pasal dia kena 'bahasakan' oleh orang tua itu.

He he he!

Ada ke masjid yang dibina tidak menghadap kiblat?


II
Ini cerita lain. Hari lain. Di masjid lain. Tapi pasal kawan Latep itu jugalah.

Petang itu, semasa solat, Latep tak dapat menahan ketawa. Selepas keluar dari masjid itu, dan sepanjang perjalanan balik pun Latep tak berhenti-henti ketawa. Sampai keluar air mata. Geli hati sungguh dia. Mana tidaknya semasa di dalam masjid sebelum itu Latep perasan kawan dia itu, yang bersolat dahulu dari dia itu, bersolat di pojok belakang, membelakangkan kiblat. Blur betul kawan Latep itu. Takkanlah dia tak perasan pintu masuk utama di mana dan mimbar di mana.

Nasib baiklah cuma mereka berdua sahaja di dalam masjid itu. Kalau penduduk di situ ternampak, mesti dia orang ingat kawan Latep itu pengamal ajaran sesat.

He he he!


III
Kamu rasalah, kawan Latep itu sakit apa agaknya. Kalau bukan blur, kawan Latep itu tengah angau kot. He he he!


IV

"Romlah masih berdiri di jendela biliknya itu. Melayan fikiran yang semakin berpintal-pintal. Sedih, hiba, tertekan, geram, sakit hati dan kecewa, silih berganti. Sesekali Romlah menyebut nama teman lelakinya itu, berselang-seli dengan perkataan babi, khinzir, tapir, setan, jahanam, celaka dan laknat, berulang-ulang kali. "

Petikan cerpen Serabut saya yang tak best dan entah apa-apa itu, termuat di dalam antologi terbitan Sindiket Sol-Jah, Romlah - The Untold Stories bersama 17 pencerpen yang lain. Juga 18 cerpen-cerpen seksi lain yang bisa menjentik jiwa dan imaginasi kamu. Klik blog Naga untuk tempahan.


TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 11/04/2008 01:27:00 PTG. |


52 Ulasan


Selasa, November 04, 2008 2:26:00 PTG, Blogger Sastri

I
tu laaa... peramah pun kena bertempat sebenarnya... :p

II
mungkin banyak yang sedang bermain di fikiran kawan latep tu kot... keskeskes... lepas tu, dia solat sekali lagi tak?

III
susah nak menelah orang ni... :p

IV
buku ni dah 3 suku habis dibaca... kalau tak mengenangkan malam yang lewat, dah habis dah pada malam pertama dapat buku ni... menarik olahan-olahan setiap penulis... berlainan dan penuh dengan pelbagai rasa bila membaca kupasan-kupasan mereka...

 

Selasa, November 04, 2008 3:21:00 PTG, Blogger MOKCIK AZWA

Kesian kawan si Latep tu ek..pokcik tu satu...org nak berbudi bahasa, dibahasakannya pulak...tak pasal2 kan orang tu dah solat membelakangkan kiblat hehehe

klu beli buku tu bleh tak dapatkan yang ditandatangan oleh BP?

 

Selasa, November 04, 2008 3:27:00 PTG, Blogger aNIe

Hehehe...kawan si Latep tu pun satu hal...nak beramah mesra silap soalan plak...

Memang kot fikiran dia tengah bercelaru...

Teringin jugak nak memiliki buku itu...sebab Sas cakap kalau tak mengenangkan malam lewat dah abis dah buku tu...mesti best

 

Selasa, November 04, 2008 3:35:00 PTG, Blogger DeeN

Er..ni kisah benar ke imaginasi jer. Er..kawan latip tuh memang wujud ker? Masjid tuh apa namanya? Latip tak tolong ker kawan dia yg sedang blur tuh?
Er..sebenarnya aku ni peramah. Sebab tu aku tanya banyak soalan. Heheheheheeeee...

 

Selasa, November 04, 2008 3:47:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Romlah sungguh seksi. Harapnya Ummu Adam tidak marah pabila aku membawanya pulang ke rumah nanti...

:)

 

Selasa, November 04, 2008 3:51:00 PTG, Blogger addyaholix

Romlah menghairahkan aku. Dari apa yang disogokkan, dia buat aku betul-betul bernafsu. Dari segi apa, jangan tanya aku. Kau tafsir sendiri.

Tak sabar tunggu ROMLAH - The Untold Stories sampai dalam peti surat aku !

 

Selasa, November 04, 2008 3:55:00 PTG, Blogger benludin

ehh..kawan Latep tu sapa ye?
dedahkan la identiti dia...
err...kawan dia tu hang ke Jowo??

hahaa...jgn marah bro..

 

Selasa, November 04, 2008 3:56:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Sayang tiada ke shorties hari itu. Kalau tidak Romlah sudah berada digenggaman.

Kak Mar

 

Selasa, November 04, 2008 4:09:00 PTG, Blogger Brader Black

Abg Nan xmau belanja aku senaskhah buku Romlah ke?

 

Selasa, November 04, 2008 4:15:00 PTG, Blogger Masy

hah baru nak mintak dibelanjakan buku, dah ade pulak yg mintak eheheheh

 

Selasa, November 04, 2008 4:22:00 PTG, Blogger Sya

Agaknya kawan Latep tu baru nak berjinak2 masuk masjid kot.. aduhai mcm2 ada dlm dunia ni

 

Selasa, November 04, 2008 4:49:00 PTG, Blogger en_me

ammvoiii latep ittewww.. very derr..

 

Selasa, November 04, 2008 4:59:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
I
Dia tersilap bagi soalan kot... :D

II
Entah. Latep tak ada cerita pulak. :D

III
:D

IV
Begitulah kehidupan. Setiap orang melihat orang lain dari sisi yang berbeza. Sisi terang, sisi kelabu, sisi gelap :)


Azwa,
Sebenarnya cerita I dan II itu tak berkait. Keduanya berlaku di masjid dan di masa yang berlainan. Tapi orang yang sama, kawan si Latep itulah.

Errr... Tandatangan saya tak lawa. :D


Kak Anie,
Dia nak buat lawak agaknya...

Latep kata, kawan dia itu memang gila-gila sedikit orangnya. :D

Kalau berminat nak beli, singgahlah di blog Sinaganaga atau Sindiket Sol-Jah. Memang tak rugi baca. He he he.


Deen,
Kisah benar. Aku tak peramah, jadi aku malas nak jawap semua soalan kau. Ha ha ha!


Mudin,
Kalau imej di kulit buku itu rasa mengganggu, kau boleh balut, atau 'pakaikan' baju yang lebih islamik sedikit. :)


Addy,
Aku pasti, membacanya akan membuat kau ke tahap klimaks! Maksud aku dari segi kepuasan membaca.


Benludin,
Ha ha ha! Aku cuma pencerita. Tak ada kena mengena sedikit pun dengan aku.

 

Selasa, November 04, 2008 5:05:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak Mar,
Cepat kak Mar. Beli sebelum kehabisan. Naga kata lebih 200 naskhah dah terjual dalam sekelip mata. :D


Si Kachak,
Kau nih. Asyik nak pau aku tak habis-habis. Ha ha ha!


Masy,
Itulah orang kita. Selalu sangat mengharap subsidi. :D


Kak Sya,
Dia tengah blur tahap dewa agaknya.....


en me,
Bukan Latep. Tapi kawan Latep. :)

 

Selasa, November 04, 2008 5:37:00 PTG, Blogger debikdebuk

adehh.. sakit perut aku... kirim salam la kat Latep tu.

 

Selasa, November 04, 2008 5:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku syak kawan si latep mmg tgh angau..semua tidak kena...hahaha..ermmm..tp kan..cuma arah kiblat aje kan? mcm mana dgn perkara2 yg lain? hahaha

 

Selasa, November 04, 2008 7:18:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

"ROMLAH oh ROMLAH"...sadisnya!






Mak aku panggil aku "Lah". Suami aku panggil aku "Ram". Pak mertua aku dengan loghat Perak pekatnya pangil aku "Ghomlah". Ada wak kampung aku panggil aku "Romelah"
Jadi....apakah nama aku?? He..he...he..(pssst:Penulis tu tak de nama lain ke nak pilih?)

 

Selasa, November 04, 2008 8:03:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku syak kawan latep tu pemilik blog ni. kan? kan? hahahhaa...

best ke Romlah tu? kalau best nak order satu.

 

Selasa, November 04, 2008 10:08:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Latep dan kawannya solat kat masjid mana? Saya pernah pergi Kg Seronok kat Penang utk solat tapi masjid berkunci. Dahlah tu ada 4 bangunan sama dan tak tau mana kiblatnya. Matahari pun tak nampak kerana hari mendung. Mungkin kawan Latep kena kes mcm ni kot.
1 saya respect dia - tak tinggal solat.

 

Selasa, November 04, 2008 10:21:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Latep dan kawannya, dua-dua berwajah manis - rasa-rasa sayalah :)

Romlah - namanya pun sangat menawan!

Salam BP, moga sihat ceria selalu :)

 

Rabu, November 05, 2008 12:32:00 PG, Blogger KAMATO

rasanya kawan si latep ni jenis yang sentiasa hapi, tak da masalah langsung, dan mungkin juga jenis manusia yang tak berdosa walau dia tak sembahyang

 

Rabu, November 05, 2008 9:15:00 PG, Blogger TedungS

II - aku pun pernah terkena 4-5 kali gak dulu kohkeh..

 

Rabu, November 05, 2008 10:21:00 PG, Blogger tasekM

laknat?


kalau org melaka sebut... lahanat!


ha ha. kasau sungguh haih~



.

 

Rabu, November 05, 2008 10:59:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

kang JP, latep tu solat sunat ke solat 5 waktu? ataupun solat hari Raya Haji Kot...kalau si latep jadi imam naya lah kita semua...takut2 kiblat ke Jepun kite..

 

Rabu, November 05, 2008 1:53:00 PTG, Blogger achik

hahaha.. kawan Latep tu mmg tgh angau giler kot.. ;p

seksinya Romlah.. nak kena booking cepat ni..

 

Rabu, November 05, 2008 10:22:00 PTG, Blogger ILA

Kalau lah..crita tersebut di jadikan dlm drama pendek..siapakah yg sesuai mbawa watak kawan latep tu ekkk...En JP bley sukarela kerrr???hihikk...

wahhhh..diam2 udah mjadi penulis ekkk..
nmpaknya ila kena cari kat kdai buku.
oh yeee..ramai gak member2 blog skrang dah mula myertai bidang pnulisan.tapi mereka di bawah naungan alaf21:)

 

Khamis, November 06, 2008 8:43:00 PG, Blogger me3n

Latep neh nama sebenar dia ka? ;p.

 

Khamis, November 06, 2008 9:34:00 PG, Blogger Mdm.Zend

ingatkan Melah ngan Latip masuk sama-sama dalam masjid...nak gelak je..lain x mo komen...hehe

 

Khamis, November 06, 2008 2:07:00 PTG, Blogger rudy bluehikari

aku xbeli lg buku tu. mlm tu aku lupa abwak duit...

 

Khamis, November 06, 2008 10:28:00 PTG, Blogger zino

nampak macam tak biasa solat kat masjid je..

 

Jumaat, November 07, 2008 8:39:00 PG, Blogger Unknown

kawan latep tu....byk pikir kot. tapi dlm bab mengadap allah....fikiran tu biarla fokus pd y satu.

 

Jumaat, November 07, 2008 9:01:00 PG, Blogger poyotito

hahaha
betul punya blur nih

 

Jumaat, November 07, 2008 11:57:00 PG, Blogger ubilepih

Bro!!
Kat kampong wa lagi terrer,ada bilal yg terbang dalam masjid...lu tak pecaye..sungguh wa tak kelentong...beliau terBANG Subuh sebelum masuk waktunya lagi...terrer kan

 

Jumaat, November 07, 2008 3:10:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

BP jangan jadi macam kawan Latep tu sudah ler hehehe. Am rasa dia bukan Blur tapi saja nak buat lain dari yang lain hehehe

 

Jumaat, November 07, 2008 3:12:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Alamak blog Sas dah tak boleh masuk sekarang ni ya BP, frust den....

 

Sabtu, November 08, 2008 2:36:00 PG, Blogger Pa'chik

wak.. orang kate mesjid kristel tu kiblat nya senget skit... [tapi kaja'an napi... katanya kompas tu silap...]

 

Sabtu, November 08, 2008 10:05:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Kawan Latep tu, kamukah?? Ha ha ha.

Sudah khatam buku Romlah. Hamboi2. Penulis2 lelaki semuanya.... Nasib baik lah saya dah lepas 18 tahun. Hahaha. Anyway, syabas lah. =D

 

Isnin, November 10, 2008 4:51:00 PTG, Blogger arsaili

salam..fuyoooo cerpenist rupanya....nak autograp

 

Selasa, November 11, 2008 10:20:00 PG, Blogger ubilepih

salam Bro!
Gua pingin pandai tulis cerpen gaya lu...macamana mahu jadi pintar gaya lu..tolong bagi tip..wa pun mau bikin cerpen...walau wa buka eerr..cerPENIS...:)harap lu sudi tlg wa bro.

 

Selasa, November 11, 2008 12:22:00 PTG, Blogger poyotito

gua dah order.
romlah!!!
lu tunggu

 

Rabu, November 12, 2008 11:52:00 PTG, Blogger Jamal Abd Rahman

gelak saya baca citer kawan latip tu...dia sebenarnya nak berbudi bahasa jer tu....tapi soalan salah tempat dan masa..hehehe

congrats JP..dah tulis cerpen pulak....cayalah!!

 

Khamis, November 13, 2008 2:43:00 PTG, Blogger asuhara sue

agaknya kawan latep x penah amik job buat masjid kot ye kang?

p/s: kang opo koto, kue tuku ke buku romlah kuwi gawe hadiah besday ku?huhuhuhu

 

Khamis, November 13, 2008 10:13:00 PTG, Blogger Unknown

kwn latep bru start dpt hidayah tu..

 

Jumaat, November 14, 2008 12:44:00 PG, Blogger Nunn

mungkin kawan latep tu lupa kot....atau tak sengaja... tapi tak pe nak jugak kawan latep tu pergi masjid tunaikan solat...

 

Jumaat, November 14, 2008 11:12:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Debik,
Kawan Latep tak nak kirim salam sekali?


Kadok,
Kawan Latep itu seorang yang sihat akal dan fizikalnya. Cuma agaknya di hari dan waktu itu dia blur sikit... Agaknyalah. :D


CikLah,
O, nama betul cik Ramlah rupanya.

[Itu kena tanya Jeneral Sol-Jah. :D]


Cikin,
Bukan! Tak baik syak wasangka tau......

Memang tersangat rugi kalau tak beli dan baca...


En YB,
Latep tak beritahu saya pula di mana lokasinya.

Alhamdulillah. Latep itu pun, walau agak gila-gila sedikit orangnya, tapi muda-muda lagi sudah menunaikan haji.


B Rampai,
Latep memang hitam manis orangnya. Tapi kawan Latep saya kurang pasti pula :)

Romlah. Seorang wanita, seribu cerita yang tersembunyi.

Salam. Terima kasih, moga BR juga. :)


Kamato,
Fikiran dan jiwanya tengah kacau barangkali, sekacau si pencerita.........

 

Jumaat, November 14, 2008 11:17:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

TedungS,
Semasa kau di negara Kanggaru dulu ke?


Tasik,
Biasalah, orang tengah marah sangat-sangat. Emosional mengatasi rasional.


Ustaz Habiha,
Dhudu Latep kang, tapi konco ne si Latep. Solat 5 jara ne. Latep kuwei pun ora genah jugak, konco ne kuwi wis silap, di guyok ne pulak....


Achik,
O, kalau orang tengah angau giler macam itu eh….

Beli tau, jangan tak beli........


Ila,
Saya cuma berminat nak pegang watak orang tua itu …..

Saya cuma penulis blog picisan. Huhuhu!

Romlah tidak dijual di pasaran Ila. Emel ke Sindiket Sol-Jah kalau berminat.


ad3ck,
Kau rasa?


Mdm Zend,
Errrrr………..

 

Jumaat, November 14, 2008 11:49:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rudy,
Lar… Kenapa tak cakap dengan aku malam tu, boleh aku dulukan…. Bila kita nak ngeteh?


Zino,
Dia tengah blur agaknya Zino…


Amora,
Dalam hidup, buat apa sekali pun, memang kena sentiasa fokus……


Poyo,
Blur tahap dewa!


ubilepih,
Bilal mengigau eh...


Am,
Dia nak sengaja nak buat lawak kot… :D

Dia tutup sementara blog dia rasanya…….


Pa’chik,
Kompas jarang silap dan senget Pa’chik. Fikiran manusia yang selalu silap dan 'senget' :D

 

Jumaat, November 14, 2008 11:54:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rajuna,
Manusia……..


Tiqah,
Bukan. Bukan. Bukan. Serius…..

Tahniah sudah khatam. Yang baik datang dari Tuhan, yang buruk datang dari kami. Trimas!


Mak Su,
Itulah. Kenalah cegah sebelum parah.


Arsaili,
Salam. Belum layak dipanggil cerpenis lagi. Err...Tandatangan saya serabut, tak lawa.


ubilepih,
Salam.

Isk! Kau buat aku kemalu-maluanlah. Aku bukan cerpenis. Tulisan aku bukan bagus pun. Entah apa-apa......!

Tapi kalau kau tanya aku, aku tulis apa saja yang aku rasa nak tulis, apa yang aku suka nak tulis, sesedap dan sesuka aku.......


Poyo,
Tahniah!

Syabas!


Uncle J,
Mungkin juga dia nak bergurau / buat lawak, tapi silap tempat/masa/orang...

Trimas uncle J. Main-main saja...

 

Jumaat, November 14, 2008 11:59:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Asuhara,
Agaknyalah. Mungkin dia cuma biasa buat jambatan dan jalanraya agaknya...

p/s. Errr...


Kel@mbu,
Itulah. Bukan semua orang Tuhan bagi hidayah.


Nunn,
Fikiran dia tengah serabut sangat agaknya.