Isnin, Disember 22, 2008
Kami ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Melawat kedukaan dan kesakitan Wak Nah yang belum ada noktahnya. Hospital itu sudah seperti rumah keduanya.

"We cannot put days in their life but we can put life in their days." Kata-kata yang saya cuplik dari dinding wad berhampiran katil Wak Nah.

Riwayat sarung bantal. Di penghujung usianya masih belum jemu berbakti, walaupun sebagai gombal.


Apam balik gerai bro' di lorong belakang kedai Toko Buku Manap [sekarang sudah jadi kedai cermin mata]. Dah lama terkenal. Seingat-ingat saya gerai itu sudah wujud sejak saya masih bersekolah dulu-dulu. Tak percaya, tanyalah Muor76.


Gambar ini dan gambar-gambar di bawah ini bukan di kampung saya. Di Muar pun bukan. Saya sempat mengintai projek pembangunan di Pusat Pentadbiran Baru Negeri J0h0r [J5NAC] di Nusajaya. Seni binanya punya sentuhan kejohoran yang memikat jiwa saya.

J5NAC menempatkan Dewan Undangan Negeri, Kompleks Jabatan Kerajaan Negeri, Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Negeri, Plaza Dataran Mahkota juga Kompleks Jabatan Kerajaan Persekutuan.





TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 12/22/2008 02:27:00 PTG. |


54 Ulasan


Isnin, Disember 22, 2008 4:04:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Kesiannya Wak Nah. Moga² dia cepat sembuh. Anak²nya masih takde yang sudi jaga dia ke?

Lapar tgk apam balik tu. huhuhu...

 

Isnin, Disember 22, 2008 4:11:00 PTG, Blogger PINATBATE

kadang-kadang ada manusia yang masih setia berjasa sekalipun di penghujung usianya..seperti sarung bantal itu..

Mudah-mudahan Wak Nah terus sabar menempuh ujian Allah..

 

Isnin, Disember 22, 2008 4:16:00 PTG, Blogger snm | snm

salam en.bp
saya tertarik dgn gamba apam balik. uwaaa...dh lama x makan! seddaaaaappppp gilllleeee apam balik tu. ngee..saya dh terlioq ni..balik muo jumaat ni WAJIB saya ajak mama pegi (abah xde kt msia skrg) dlu masa lalu jmbatan muo yg lama, salu sggah. sjk ada jmbtn kedua, dh jarg2 sggah. klu sggah, abah mesti beli ber row-row. lagi2 klu panas2. perghhh...iskk..nasib la saya ni seorang bujang. klu preggy mum tu, adoii..

kesian wak nah. smga dia kembali sihat. sama2 kita doakan agar hati anak2 dia dilembutkan utk mjenguk dia sblm terlambat..

 

Isnin, Disember 22, 2008 4:41:00 PTG, Blogger aNIe

Moga Wak Nah akan segera sembuh...cantik2 bangunan2 yang difotokan tu...ada nilai2 kesenian yang cantik...hmmmm.....akak ni memang jarang ke Johor...

 

Isnin, Disember 22, 2008 5:00:00 PTG, Blogger indera kencana

Cantik sungguh la senibina Johor..

 

Isnin, Disember 22, 2008 5:03:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

Semoga Tok Nah kembali sihat...memang canti bangunan tu..landscape dia pun sejuk mata memandang..

 

Isnin, Disember 22, 2008 5:07:00 PTG, Blogger ainzoo

Sama2 kita doakan semoga Wak NAh sembuh. Amin.
Apam balik tu mmg sedap. Inti kacang merah tu memang empuk & sedap & banyak kolo nk compare apam balik yg kat pat lain. Sememangnya gerai yang kat belakang Toko Manap tu yang paling best...terliur nih wehhhhh...masa kekecit dlu,selalu kirim kat aruah ayah kolo dia g bando..pergh..ngam ho

 

Isnin, Disember 22, 2008 5:14:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Apem balek kok koyo ngono...piye rasane kuwi? Lain ya dengan apam balik yang ku kenal selama ini....

Moga Wak Nah bertemu kesembuhan...

 

Isnin, Disember 22, 2008 5:17:00 PTG, Blogger tasekM

tu apam balik ke kuih doremon tu ? he he...

 

Isnin, Disember 22, 2008 5:19:00 PTG, Blogger Roti Kacang Merah

alamak.

minta maaf, tumpang lalu.

tapi senibina ke-2 dan ke-3 dari bawah... agak 'tacky' lah.

kreatif, tapi agak tacky.

oh ya... SEDAPNYA NAMPAK APAM BALIK ITTEWWW! kenapa bulat, eh? mmm yum.

 

Isnin, Disember 22, 2008 6:13:00 PTG, Blogger Unknown

apam tuh mmmg wujud sejak dolu2 kan. Seingat saya, kecik2 belum darjah 1 dah makan dah apam tuh, sampai skrg pun, bila lalu situ, mesti beli punya. Kegemaran ayah saya tuh!!

 

Isnin, Disember 22, 2008 11:52:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Kepingin melawat tempat kelahiran allahyarham abah. :)

 

Selasa, Disember 23, 2008 4:19:00 PG, Blogger alifmimyanun

kenape ade 9 gambar pulak ni?
bukan 7 ke selalu.

 

Selasa, Disember 23, 2008 8:18:00 PG, Blogger KaSiH

1st time tgk apam balik yg rupe cenggitu...tgk time lapar ni..rasa bertambah lapar pulak hiks...

 

Selasa, Disember 23, 2008 8:44:00 PG, Blogger CikSengal

Wowweee.. lama dah tak berkunjung ke muo. banyak perubahan dah ye..

 

Selasa, Disember 23, 2008 10:21:00 PG, Blogger BuRuuj

1. sy baru je ke muor sabtu lepas. kuarters pegawai penjara kat jln mohd salleh.

2. err...tue apam balik ke?

3. nusajaya bak putrajaya. nnt bertambahlah destinasi lawatan bagi pelancong-pelancong ke johor kan?

 

Selasa, Disember 23, 2008 10:40:00 PG, Blogger muor76

1. semoga wak nah cepat sembuh...

2. apam balik tu aku suke makan... sedap siot.. inti kacang merah... tak nah jumpe lagik kat tempat lain yg camtu.. dah lame brader tu kat belakang kedai pak manap tu.. aku pon lupe name dia saper.. lame tak gi beli kat situ.. tapi tu ler tempat peberet aku beli apam balik.. yg jual sate sebelah dia tu kawan aku.. yg kedai sate depannyer skang dah takde kot.. mane tah budak sg abong tu nege skang...hotel paris pon dah tinggal memori... kat depan toko manap tu ade bank.. tak tau ade lagi ke idak.. sebab skang mate tak memandang ke situ... ade sorang pakcik vegabond yg cacat kakinyer selalu lepak depan tu..ntah ade lagi ke idak pakcik tu dia selalu pakai topi.. atas nyer lak dulu ade snuker...tempat bebudak ngasah bakat nak jadik jimmy white.. kalo masuk situ gerenti berejam.. tapi kadang ade rust kat situ...sebaris ngan bank tu ade kedai sukan, kedai chuan bee.. apek owner kedai tu tak tau ler sihat ke tak skang.. last time aku jumpe dia tengok dia kene angin ahmar.. nak jalan susah.. cakap pon susah... aritu kan ade budak kene pukul bebaru nih yg ninggal,tu kat gerai mara baris depan toko manap ler tu, time magrib siot kene.. sebaris ngan toko manap lak.. yg court mamot dulu tu adeler panggung wayang..pak manap ninggal.. anak dia tak nak amek aleh bisnes tu.. anak dia yg name faradiba pon lame tak nampak.. pak manap ngan keluarge aku satu klan.. eh panjang lak aku citer... kekekkekeek... takpe kan blek... kekekek

3. nusajaya? memang nampak ciri ciri kejohoran

 

Selasa, Disember 23, 2008 11:16:00 PG, Blogger ais T

apam balik tuh baru hari tuh makan masa balik blan 8 hahaha...rasanya sejak lahir2 gerai tuh dah ada hahaha...

 

Selasa, Disember 23, 2008 12:39:00 PTG, Blogger cikceriacorner

rindu plak kat johor...ehhehe..ape2 pon en bp moga wak nah cepat sembuh..hidup ni perlula berkasih sayang..yg tua jgn dilupakan..x de yg tua dan yg lama maka xde la yg muda dan yg baru...

 

Selasa, Disember 23, 2008 2:05:00 PTG, Blogger arsaili

salam...entah kenapa saya tak pernah terliur kan apam balik...tak suka..sungguh...ummmmm

 

Selasa, Disember 23, 2008 2:19:00 PTG, Blogger addyaholix

moga wak nah cepat sembuh insyaallah!

aku rindu nak balik sungai petani =)

 

Selasa, Disember 23, 2008 2:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Cikin,
Dia sekejap-sekejap sihat, sekejap-sekejap sakitnya datang. Menjenguk pun tidak, menjaga jauh sekali. :(

Rugi kalau tak pernah merasa apam balik spesis itu.....


Pinatbate,
Ya, sekalipun sebagai gombal pengelap kaki. Berbakti juga namanya.

Mudah-mudahan.


snm,
Waalaikumusalam snm.

Apam balik itu memang best! Selalunya kitaorang pun kalau beli, beli banyak-banyak. Dan kena pergi awal, sebab kalau lambat selalu cepat habis. Memang sedap dimakan masa hangat, lagi-lagi kalau ada kopi 434, pergh!

Kita sama-sama doakan.

Selamat balik Muor!


Kak Lady,
Semoga Allah melindunginya. Semoga anak-anaknya diberi petunjuk. Ameen.

Saya tertawan dengan seni bina bangunan di gambar no1 dan no 2. Neo-klasikal. Menarik.


Indera,
Gabungan seni bina klasik dan moden. Nampak unik.


Nonie,
Kita harap begitulah.

Bangunan dan landskap kejur & lembut yang harmoni susun atur dan reka bentuknya. Tunggulah, 2-3 tahun lagi bila dah betul-betul established tentu betul-betul cantik landskapnya. :)


ainzoo,
Semoga Tuhan mendengar doa kita semua.

Itulah. Rasanya, belum terjumpa lagi apam balik selazat dan senikmat itu di tempat lain selain apam balik muo bro’ itu kan….

 

Selasa, Disember 23, 2008 2:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

CikLah,
Nang bandar Muar wae eneng apem balik koyo ngono kak. Enggon lain ora eneng. Nek eneng pun rasae lain. Payah arek cerito kepiye rasane, jajal dewek agek iso cerito. Wenak bangeti nik dipangan panas-panas! :D

Moga-moga begitulah.


Tasik,
Kuih Doraemon itu kuih dorayaki ke? Apam balik ini lagi lazat. Kalau Doraemon makan pun menangis….. He he he!


RKM,
Apa nak minta maaf pulak, lalu sajalah, bukan kena tol pun. :D

Saya suka dengan seni bina bangunan di dua gambar bangunan yang teratas. Neo-klasikal. Ada sentuhan nostalgik. :)

Baru nampak dah sedap. Itu belum rasa lagi..... Nak empat segi, tiga segi, lonjong pun boleh. Dah acuan bro’ itu bulat, jadi bulatlah ia. :D


Yus,
Ha’ah. Tapi tak pasti, wujud sejak bila ek. Lama sungguh bertahan. Saya setiap kali bila nak beli mesti kena queue, ramai yang tunggu. Pernah sekali, sampai-sampai dah habis. Kesukaan abah saya juga. :)


Kak Mar,
InsyaAllah, suatu hari nanti Tuhan akan perkenankan kepinginan kak Mar itu. :)


Amin,
7 + 2 = 9
Masih ada juga elemen-elemen 'ketujuhan' di situ kan..? :D


Kasih,
Kalau ada peluang nanti, JJCM-lah di Muar dan rasakanlah sendiri keenakannya.....

 

Selasa, Disember 23, 2008 2:50:00 PTG, Blogger DeeN

Er.. permintaan pokcik nak suruh kamu jentikkan hidung si Basir ngan Sekak, masih relevenkah agaknya? Moga Allah s.w.t meringankan keberatan Wak Nah. Moga ada sinar utk beliau.

Waweee.. apam balik bulat. Kat tempat aku half sfera. Kalo makan bergu ngan kopi o pekat, pergh..

 

Selasa, Disember 23, 2008 3:17:00 PTG, Blogger ubilepih

apam balik...emmm yummy...lama wa tak pekena...ha..ha

 

Selasa, Disember 23, 2008 3:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Blankie,
Dah banyak perubahan. Yang paling nyata, daerah Muar dah berpecah jadi dua. Daerah Muar dan Ledang. Sek. Men. Sains Muar dah masuk dalam daerah Ledang. Hu hu hu!


Buruuj,
1. Owh. Penjaranya sebelah hospital itu kan?
2. Ha'ah. Apam balik. Berintikan kacang merah.
3. Tarikan terbaru di Nusajaya, bakal ada Taman Legoland, pertama di Asia.


Muor76,
1. Ameen.

2. Kau ulas ke tulis entri nih. Kau kan memang budak bando Muo, memang patut pun kau banyak tau pasal bando Muo. Aku lainlah. Duduk dalam-dalam. He he he.

Aku rasa dah sampai masanya gerai bro' apam balik itu dimajukan lagi jadi sebuah kedai, kan. Toko Buku manap dah berpindah ke mana ek? Tempat aku beli buku2 dan kitab2 dulu tu. Depannya kalau tak silap bank RHB, ada lagi rasanya. Hotel Paris itu cukup sensasi dulu-dulu, kan? Ha ha ha. O, tak tau pulak dulu kat situ ada panggung wayang.

3. Memelihara identiti Johor :)


ais T,
Dan mungkin selepas ini gerai itu akan terus diwarisi oleh anak-anak dan cucu-cucunya.....


ez,
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat berkubang :D

Moga-moga Tuhan memelihara dia.


arsaili,
Waalaikumusalam.

Manusia, memang tak sama seleranya sdr. :)


addyaholix,
Moga-moga begitulah.

Owh. Kau orang Sg Petani....


Deen,
Masih relevan. Tapi tak terlaksana sebab setakat ini belum berkesempatan nak nampak batang hidungnya.

Ameen.

Kalau nak yang empat segi pun bro' itu boleh buatkan kot. Kalau ada acuannyalah.


ubilepih,
Tapi aku lebih suka apam balik inti jagung yang garing tu... :D

 

Selasa, Disember 23, 2008 4:48:00 PTG, Blogger Rush Murad

hari tu ke Gelang Patah, tak perasan plak dah ada bangunan2 ni semua.... kat area mana ekkkk JSNAC ni??? sepanjang jalan ke Perling tu ke?

 

Selasa, Disember 23, 2008 4:56:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

baru nak cakap dah membangun kampung BP, rupanya bukan kat kampung BP tapi bangunan tu memang cantik reka binanya kan.

 

Selasa, Disember 23, 2008 6:11:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude... rasanya lu belum sempat lagi nak.... kan? kan?

kali ni... ko cobak mintak tulung ngan geng UTK ke... sifor je si sekak tuh... :P

 

Selasa, Disember 23, 2008 7:41:00 PTG, Blogger en_me

iye, me dah sampai Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor [JSNAC] di Nusajaya ittewww biler me sesat nak cari nusa perintis 2 bulan lepas.. uhuhu

 

Selasa, Disember 23, 2008 10:19:00 PTG, Blogger asuhara sue

wahh morrishh architecture yek kang.
berangan nak beli 1 rumah kat situ tu...ok tak?

 

Selasa, Disember 23, 2008 11:47:00 PTG, Blogger kad0k.

nusajaya tu kat mana bp? ape la aku ni..nama je asal org joho...haihhhh

 

Rabu, Disember 24, 2008 9:37:00 PG, Blogger Masy

ooo camni rupanya Nusajaya.. selalu je dengar masa ke Kota Tinggi atas urusan kerja.. dah mcm 2nd Putrajaya tp dengan sentuhan seni Johor. sy nk bayangkan klu disentuh dgn seni dan budaya Melaka pulak ehehehe

 

Rabu, Disember 24, 2008 1:04:00 PTG, Blogger ubilepih

Ha..ha..ha..nanti bole lah lu belanja wa bro..pekena ngan kopi blues waduh enak sihhh...anak buah wa pun sama suka sgt ngan Zombie Kg.pisang...wa cuma laya lepat pisang..

 

Rabu, Disember 24, 2008 7:23:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Apam balik bentuk gitu ye? Nak rasa boleh? Eheh.

Cantik Nusajaya tu. Nanti ada masa nak jalan2 pegi sanalah. :)

 

Rabu, Disember 24, 2008 7:55:00 PTG, Blogger Pa'chik

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Khamis, Disember 25, 2008 9:06:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

gambar yg macam masjid tu, masjid ke?

 

Khamis, Disember 25, 2008 10:27:00 PG, Blogger chekgu Bani Hassim

soalan yg same cam dak2 lain kat atas..
pelik yo kueh nya...
rosone macem kue dorayaki laa...

 

Khamis, Disember 25, 2008 7:39:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

alahaiii..kenapalah apam balik tu nampak sangat enak dan gebu..huhu

apapun, moga Wak Nah lekas sembuh..Amin

 

Khamis, Disember 25, 2008 8:55:00 PTG, Blogger kawaii_desu

semoga Allah mempermudahakan urusan wak nah, Insya Allah...

ooo org muar rupanya..

 

Jumaat, Disember 26, 2008 8:05:00 PG, Blogger HABIHA69

Salam Kang JP...kabare...begitulah rentak kehidupan agaknya, sampai masanya kita akan sakit selepas sihat yang berpanjangan..hanya kepa da Allah jua tempat kita mengadu...lazimnya ziarah menziarahi bukan hanya untuk yang sehat sahaja...ziarah yang sakit juga beroleh pahala, kerana yang sakit itu lazimnya lebih dekat dengan Allah Rabbul Jalil.

 

Jumaat, Disember 26, 2008 5:40:00 PTG, Blogger shahliza94

wilayah pembangunan iskandar tu kan? kat nusajaya...

 

Jumaat, Disember 26, 2008 5:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

rasanya tak der lagi jumpa mana2 yg boleh tanding apam jepun abang tu..dengan inti kacang merahnya yg x kedekut..pastu makan panas2.. fuwahhhhh....nikmat sih!
telah menjadi pembeli setia sejak anak dara sunti hingga sekarang. Bro tu pn rasanya masih macam tuuuu jugak...
Skrg anak2 panggil kuih tu Kuih Dorayaki..

p.s. : kat lorong sebelah kedai bro tu pun ada jual apam jepun gak, tapi kat situ rasa agak kureng..banyak sangat rasa bikarbonat soda.. hehehehe

~cik ketumbar~

 

Jumaat, Disember 26, 2008 6:18:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

1.Semoga wak Nah cepat sembuh. Kesian asyik ulang alik hospital.

2.Jom kita jual apam balik tu kat KL. Dgn rasa yg sedap dan promosi yg berkesan tentu laku.

 

Sabtu, Disember 27, 2008 3:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rush Murad,
Itu kawasan baru Rush. Dalam pembinaan lagi. Memang tak nampak dari luar. Nak ke sana ikut lebuh raya senang. Ikut susur keluar ke Nusajaya. Selepas plaza tol kita akan jumpa Ledang Heights, Nusajaya Center, tapak projek Medina semua tu, selepas itu baru jumpa JSNAC.


Am,
Kalau kampung saya dah moden macam itu, saya rasa elok saya duduk di kampung, cari projek di sana sajalah. He he he!

Memang cantik, kosnya pun cantik. 


Pa’chik,
Maafkan aku Pa’chik. Aku belum sempat-sempat lagi. Macam nak sempat, dia tak balik-balik kampung lagi.... He he he!

Minta tolong sama Gerak Khas tak boleh? Aku teringat entri engkau pasal GK tu sebenarnya. Ha ha ha!


en me,
Nusa Perintis itu di sebelah mana ek? Nusa Bistari saya tahulah.


Asuhara,
Ha’ah. Morish. Dan mengekalkan sentuhan kejohoran juga.

Memang ok sangat! Lagi-lagi kalau banglow di kawasan Ledang Heights di sebelahnya tu :D


Kadok,
Aku pun tak berapa tau. Tapi setahu aku luas juga kawasannya. Bukit Indah & kawasan bersebelahan Perling, Gelang Patah tu semualah kot. Kau tengok di Google map-lah senang. He he he!


Masy,
Nusajaya itu luas sebenarnya. JSNAC itu cuma salah satu komponennya. Tunggulah Melaka buat pusat pentadbiran negeri baru, mesti seni bina ala Melaka. He he he!

 

Sabtu, Disember 27, 2008 3:13:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Arts,
Hidup Muor!


ubilepih,.
Boleh. Setakat apam balik Muor, bila-bila masa saja. Sambil makan sambil tengok Zombie Kampung Pisang. Lepas sarapan dengan apam balik, kita makan tengahari dengan mi bandung Muor, lepas itu makan malam lauk asam pedas ikan mayung. He he he!


Tiqah,
Apam balik bro’ itu macam itulah. Boleh, jangan segan-segan singgah Bandar Maharani. Tanya orang mana gerai apam balik tersohor, nanti orang akan tunjukkanlah. He he he!

Sila-sila. Hayati kecantikannya.


Pa’chik,
Kau mengutuk Sekak lagi eh... :p


Hamirdin,
Bukan. Masjid di lokasi lain kalau tak silap saya. 


Chekgu Bani Hassim,
Tak adalah pelik sangat chekgu. Intinya kacang merah. Rasanya..... susah nak cerita...


Meen,
Itu baru tengok gambar meen, belum rasa lagi. Rasa sekali, nak lagi, dan lagi, dan lagi.....He he he!

Dia dah sembuh, alhamdulillah.

 

Sabtu, Disember 27, 2008 3:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kawaii,
Insya-Allah.

Ha’ah. Muor sejati. Baru tau ek. :D


Kang Ust Habiha,
Waalaikumusalam ust. Waras, alhamdulillah.

Itulah. Lumrah kehidupan. Sihat lawannya sakit. Hari ini kita sihat, esok lusa kita belum tahu lagi.

Ya. Menziarahi orang sakit dan yang ditimpa musibah bisa juga melembutkan jiwa-jiwa yang keras dan degil, dan mampu menginsafkan juga ust.


Shahliza,
Nusajaya cuma salah satu projek pembangunan di dalam WPI. Banyak lagi projek pembangunan di WPI itu.


Cik Ketumbar,
O, CK panggil apam balik itu apam jepun eh....

Nanti kalau bro’ itu dah pencen buat apam balik itu, siapa yang nak ganti tempatnya ek.

O. Tak perasan pulak ada gerai lain yang jual apam macam itu dekat-dekat situ.


En Yunus,
1.Alhamdulillah. Dia baru saja keluar dari wad.

2. Cadangan yang baik. Tapi kena risik-risik dahulu resepinya dari bro’ itu en YB. Tak pun minta bro’ itu buat sistem francais. :D

 

Isnin, Januari 05, 2009 1:47:00 PG, Blogger Kasawari

aku yg dekat ni pun lum pernah gi tempat kat nusajaya tu.. perghh macam putrajaya plak kan...

 

Jumaat, Januari 09, 2009 10:01:00 PG, Blogger cujern

ala....rindunya nak makan apam balik tu....dah lama tak balik muo

 

Ahad, Februari 01, 2009 9:14:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

apam tu berintikan kacang merah. apam balik yang ditabur kacang tanah dan gula memang paling sedap di kedua-dua gerai di sebelah Menara Optical tu.Sayangnya, payah sangat nak dapat. Pengusaha itu lebih banyak buat apam kacang merah. kalau adapun dah ditempah orang lain.

 

Ahad, Februari 22, 2009 11:16:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Akak duduk kat US. Kalu balik kampung tu memang harus pergi makan sate. dah makan sate beli sate bungkus pulak bawak balik untuk anak anak sedara. lepas tu singgah pi beli apam balik - selalu nye lebih sebab yang extra tu masuk kan fridge. Lepas tu round round lega kan perut. akhir sekali pegi cari mamak cendul minum chendul baru balik kampung.

Last year akak berbual jugak dengan budak apam tu, dia tak lokek resepi - dia kata "kalau akak nak belajor boleh tolong buat kat sini" dia tunjuk kan tong merah beso yang buat bancuh tepung tu.

 

Ahad, April 19, 2009 7:25:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

untuk maklumat sekelian .. JSNAC merupakan projek oleh Kerajaan Negeri Johor, Bangunan yang pertama adalah Dewan Negeri Johor, Bgn kedua adalah Kompleks Menetri Besar dan Setiausaha Kerajaan Johor dan bgn ketiga adalh Kompleks C2S dan bgn yang ke empat adalah Kompleks C3S, pembinaan masjid masih dalam akan dijalankan dalam tahun ini dan sebuah kawasan park & ride akan dibina bagi memberikan kemudahan kepada org awam yang datang untuk meletkkan kenderaan dan pergi ke bangunan-bangunan menggunakan kenderaan yang akan disediakan ... Kawasan pentadbiran ini telah dinamakan Kota Iskandar secara rasminya pada 16.04.09 oeh DYMM Sultan Johor.

 

Isnin, September 14, 2009 10:01:00 PTG, Blogger Saudagar Mimpi

Tak kusangka jumpa gambo apam balik gerai bro' di lorong belakang kedai Toko Buku Manap nih. Bro tu sebenarnya ada kena mengena dgn kaum kerabat aku.