Jumaat, Oktober 24, 2008
I
Beberapa malam ini.

Saya tidur bersarungkan kain pelikat peninggalan arwah atok. Selain kenangan manis dan indah bersama atok, kain pelikat itulah satu-satunya peninggalan arwah atok untuk saya, yang saya bawa ke kota penuh dusta ini.

Saya mengharap sangat atok bertandang ke dalam mimpi saya, malam kelmarin, malam tadi dan malam-malam akan datang. Menemani saya, membacakan saya kitab-kitab klasik jawanya, bercerita susah-payahnya dia memugar hutan membuka kampung dahulu, membuatkan saya raket badminton dari papan, menemani saya memberi makan ayam di tepi tingkap, atau meminta saya mencukur rambutnya sampai botak, seperti dulu-dulu.

Dan beberapa malam ini juga, dua tiga kali saya terjaga dari tidur, teringatkan atok. Malam terasa kosong, sunyi, hambar.

Saya rindukan atok, sangat-sangat.

Semoga roh almarhum atok sentiasa dicucuri rahmat-Nya di alam sana.



II
Saya sudah membaca ulasan kamu di cerita bukan bukan-bukan saya, saya tahu kamu berfikir yang bukan-bukan. Saya sengaja menulis yang bukan-bukan, untuk bercerita yang bukan bukan-bukan. Agaknya, saya sengaja menjentik fikiran kamu supaya berfikir yang bukan-bukan. Ah! Bukan-bukan sungguh saya, kan?

Dua cerita yang terakhir itu tentang keterujaan saya dalam memilih kerjaya dan masa-depan saya. Saya sudah letih dengan kepenatan. Dan saya tak ingin terus kepenatan. Pun begitu, saya masih beristikharah. Saya belum berhenti mencari petunjuk dari Tuhan, sehingga saya menemui jawapan yang terbaik dari-Nya.

Kalau pun ada maksud lain yang tersirat di dalam cerita-cerita saya itu, agaknya, mungkin cuma saya dan Dia yang tahu.


III
Al-Fatehah buat Allahyarham Samad Lefthanded. Tiada lagi kidungmu.


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 10/24/2008 12:27:00 PTG. |


29 Ulasan


Jumaat, Oktober 24, 2008 1:03:00 PTG, Blogger Sastri

I.
Juga rindu kat arwah paknek...

Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada...

II.
Tak semua orang dianugerahkan kelebihan untuk menafsir permainan bahasa...

Semoga diberikan petunjuk dariNya... ameen...

III.
Al-Fatihah buat allahyarham...

 

Jumaat, Oktober 24, 2008 1:36:00 PTG, Blogger Unknown

II
insyallah akn d beri petunjuk drnye jika bersungguh sungguh.

I
rindu ye. buat kenduri la utk arwah tok...

*tgh dgr lagu kokoro-no-tomo...aku jg tgh rindu....ntah pd siapa...muuuuaaaahahahaa

 

Jumaat, Oktober 24, 2008 2:37:00 PTG, Blogger tasekM

ah... aku entah bila pula akan ke sana...



.

 

Jumaat, Oktober 24, 2008 3:02:00 PTG, Blogger achik

Al-fatihah..

ada masa saya pun jadi sangat-sangat rindu pada arwah lelaki kesayangan saya.. :(

 

Jumaat, Oktober 24, 2008 3:12:00 PTG, Blogger addyaholix

I.
Aku juga tiba-tiba rindu pada arwah tok. Kata ayah, sebelum tok "pergi", tok selalu tanya tentang aku. Aku terkilan sebab tak mampu ada bersama tok ketika tok melepaskan nafasnya yang terakhir.

Aku cuma mahu tok tahu, aku sayang tok sampai aku pulak "pergi" nanti !

II.
Aku masih berusaha mencari diri aku sendiri. Masih belum jumpa yang aku cari !

III.
Al Fatihah....

 

Jumaat, Oktober 24, 2008 3:38:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Al Fatihah untuk yang telah pergi.

Moga kekusutan dan kecelaruan itu cepatĀ² terungkai.

 

Jumaat, Oktober 24, 2008 4:04:00 PTG, Blogger Kaktiny

adakalanya hanya mampu membaca / mendengar..

adakalanya jemari kelu utk menaip ayat...

adakalanya berdiam itu lebih baik agaknya...

semoga cerah membawa pergi mendung..
semoga bahagia milik semua..
andai itu mampu terjadi..
alangkah..
namun doa.. tak pernah luak mahupun mati..

 

Jumaat, Oktober 24, 2008 4:43:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Salam.
Al Fatihah untuk yang terdahulu meninggalkan kita.
Macam akak, hanya sehelai pelekat jadi kenangan bersama allahyarham abah. Juga cerita-cerita tentang tanah kelahirannya, bandar Muar.

Tiada lagi kidungmu.

Tiba-tiba dijentik pilu membaca entri ini.

 

Jumaat, Oktober 24, 2008 5:19:00 PTG, Blogger Pa'chik

ramai gak ye artis yang meninggal bulan ni... ari tu rapi usin, kendian sudiro rumah kedai tuh... ni samad pulak...

al-fatihah buat mereka, dan atok ko dude...

 

Jumaat, Oktober 24, 2008 8:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Al-Fatihah untuk semua yang telag 'pergi'

 

Sabtu, Oktober 25, 2008 9:42:00 PG, Blogger poyotito

AL Fatihah..

tiada lagi kidungnya

 

Sabtu, Oktober 25, 2008 5:57:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Saya tak sempat melihat kedua2 atok kerana mereka telah tiada tatkala saya dilahirkan. Tapi saya terasa rindu kpd arwah abah setiap kali Ramadhan dan Syawal bertandang. Bagi kalian yg masih ada ayah, jagalah dan hormatilah dia.

 

Sabtu, Oktober 25, 2008 6:37:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Al fatehah...
ckLah hanya sempat mengunjungi pusara embah lanang...tapi tak sempat bermanja dengan dia...

 

Ahad, Oktober 26, 2008 2:59:00 PG, Blogger aNIe

AlFatihah buat arwah atok dan mereka2 yang telah pergi meninggalkan kita...

 

Ahad, Oktober 26, 2008 8:29:00 PG, Blogger zino

zino tak berapa ingat dengan atok.. dia meninggal masa zino masih kecik lagi..

alfatihah..

 

Isnin, Oktober 27, 2008 12:13:00 PG, Blogger Rajuna

lefthanded adalah lagenda rock kita dari selatan. selain dari search dan sweet charity. semoga abg samad ditempatkan dikalangan orang2 soleh.

 

Isnin, Oktober 27, 2008 4:05:00 PG, Blogger kawaii_desu

ada satu minyak angin tu slalu Arwah tok kita pakai..

ada certain nights kita terhidu bau tu...
sedih... nostalgic... Al-Fatihah

tak sempat saya nak komen cerita 7 in 1 di bawah... but semoga pulih spt sediakala...

 

Isnin, Oktober 27, 2008 4:38:00 PTG, Blogger Sya

Bila baca entry ni teringat arwah nenek dan emak.. Al Fatihah utk mereka yg telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita

 

Isnin, Oktober 27, 2008 6:03:00 PTG, Blogger Unknown

Al-fatihah pada yang telah pergi

 

Selasa, Oktober 28, 2008 4:15:00 PG, Blogger A t i Q a h

Emm, saya baru usai nonton drama bersiri Jepun - Seven Days of a Daddy and a Daughter. Pengajaran yang jelas dari cerita ini pada saya, hargai keluarga kita sementara mereka masih ada. Kerana mereka tak ada dua atau tiga. :)

 

Selasa, Oktober 28, 2008 5:21:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
I & III
Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat Allah.

II
:)

Ameen


Amora,
II
Trimas atas doa.

I
:)


Tasik,
Mati itu pasti, hidup Insya-Allah.. :)


Achik,
Selalu-selalulah titipkan doa. Semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah. :)


Addy,
I
Semoga roh atok-atok kira sentiasa dicucuri rahmat Allah. Insya-Allah kita berjumpa mereka semula di sana nanti.

II
Kehidupan adalah satu pencarian. Juga pelarian. Sentiasa dikejar dan mengejar.


Cikin,
Moga-moga. Trimas. :)


Kak Tiny,
Ya, kalau tiada kata-kata yang baik, diam itu lebih baik.

Ya, pelangi hadir selepas hujan....
Semoga ada cahaya di hujung terowong...

Terima kasih. :)

 

Selasa, Oktober 28, 2008 5:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak Mar,
Waalaikumusalam.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham abah kak Mar..

Jiwa siapa yang tidak terjentik mengenang yang sudah pergi dan tak kembali...Memiliki kemudian kehilangan itu sangat sakit, berbanding tidak pernah memiliki langsung.


Pa'chik,
Begitulah. Hidup lawannya mati.. Kita akan sampai masanya juga nanti, Pa'chik..

:)


Meen,
Ya, :)


Poyotito,
Masa mereka dah sampai, masa kita entahkan bila...


En Yunus,
Alhamdulillah. Saya masih punya keduanya, emak dan abah. Semoga Tuhan memelihara mereka.

Saya sempat bermesra dengan atok dan nenek sebelah emak, dan atok sebelah abah. Sekarang cuma nenek sebelah emak yang masih ada. :)


xiiinam751,
Semoga roh almarhum embah lanang cikLah dicucuri rahmat Allah.


Kak Anie,
Semoga Tuhan mengampunkan segala kesalahan mereka, dan kita juga. :)

 

Selasa, Oktober 28, 2008 5:48:00 PTG, Blogger seri

kisah kamu mengingatkan aku pada embah lanang ku.. aku sangat takut padanya kerana dia sangat garang maklumla bomoh... masa aku di bangku sekolah tiap kali aku balik kg mukaku pasti diraupi dengan tangannya... bau kemenyan!

 

Selasa, Oktober 28, 2008 6:00:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino,
Kasih-sayang dan kemesraan seorang atok cukup unik... Bila dia dah tiada, teringat-ingat selalu..


Rajuna,
Moga-moga.

Rock tetap rock!


Kawaii,
Samalah dengan arwah atok saya. Dia suka 'Minyak Geliga.' :)

Terima kasih.


Pegawai,
Hu hu hu!


Kak Sya,
Semoga roh mereka dirahmati Allah... :)


Lind,
Kita, bila-bila masa akan dipanggil-Nya juga nanti...


Tiqah,
O, peminat drama Jepun......

Manusia, kadang-kadang begitulah. Mula menghargai apabila sudah tiada. Mula tercari-cari apabila sudah kehilangan. :)


King,
Semoga The Chini tidak ikut terkubur....


Seri,
Owh. Mesti embah lanang kamu banyak tahu ilmu mistik kan...

 

Selasa, Oktober 28, 2008 7:17:00 PTG, Blogger silversarina

salam,

Bertuah bp sebab rapat dengan arwah atok bp , sebab itu selalu merinduinya , macam akak tak berapa kenal arwah atok tapi selalu juga rindu pada arwah abah yang dulunya selalu manjakan akak.apa yang pasti semuanya hanya tinggal kenangan.

 

Rabu, Oktober 29, 2008 9:57:00 PG, Blogger me3n

takziah dan al fatehah.

 

Rabu, Oktober 29, 2008 11:59:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak Sarina,
Waalaikumusalam

Saya tinggal dengan atok sejak dari dilahirkan sampailah masuk asrama. Memang kira rapat sangatlah. Kenangan itulah yang sangat berharga.


ad3ck,
:)