Satu
Lelaki bermata agak sepet berbadan tegap itu seorang diri, jejarinya sedang asyik mencucuk-cucuk punat-punat mesin ATM bank kepala harimau itu, tanpa menyedari seorang lelaki berbaju kuning berbadan sedang, datang mendekati di belakangnya.
"Jangan bergerak! Ini satu rompakan!" Lelaki berbaju kuning berbadan sedang itu bersuara keras.
Lelaki bermata agak sepet berbadan tegap itu kaget. Dia mengangkat separuh kedua tangannya, dan perlahan-lahan berpaling ke belakang.
"Wooooiiii! Engko rupanya! #$%&I(*^^%^&!!" Sebaik sahaja dia melihat wajah lelaki berbaju kuning berbadan sedang itu.
"Hehehehehehehe!" Lelaki berbaju kuning berbadan sedang itu ketawa puas.
Amaran: Jangan sesekali meniru aksi itu kalau tidak dipastikan mangsanya!
Dua
"Engko dah gemuk la sekarang"
"Bukan gemuk la, berisi!"
"Apasal engko dah tak hensem sekarang?"
"Ha ha ha! Apasal engko nampak macam orang tua sekarang?"
"Ha ha ha!"
Ha ha ha berterusan. Seperti tiada noktah.
Lama sungguh kami tidak berjumpa. Lelaki bermata agak sepet berbadan tegap itu sama-sama geng Setan Gondol semasa di kampus dahulu. Sebaya. Sama-sama Johorean. Sama-sama tinggal di kolej kediaman yang sama. Dia mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal. Dulu jurutera, kemudian mengambil MBA, sekarang sudah bergelar usahawan. Tahniah Pin!
TTFN
Label: Sahabat
Sabtu, Februari 02, 2008 7:24:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Itukan warna yang 'bersih'. Hehehe!
Pelik kan! Semakin hari semakin singkat pulak baju itu. Mengecut kot? Ke saya yang semakin tinggi? Hehehe!
Memang seronok. Apatah lagi kalau 'sekepala' . Kami kalau bergurau memang 'gurau maut'. Hehehe!
mudin,
Itu aku tak serius sangat tu. Kalau aku buat betul-betul, entah macamana agaknya reaksi dia. :D
Tuan Zabs,
Waalaikumusalam.
Betul! Jangan sesekali tiru. Dibuatnya mangsa itu pelanduk dua serupa? Tak ke nahas namanya...
Itu cuma gurau-gurau, usik-mengusik tuan. Maklumlah dah lama tak jumpa, lagipun masing-masing dah semakin 'tua', mesti dah berubah sikit. Hehehe!
Jie,
Ya, ya. Betul! :D
Pa'chik,
Itulah risikonya. Sebab itu jangan ditiru aksi itu. Hehehe!
Azhar,
Betul. Lagi-lagi kalau lama dah tak jumpa, memang tak habis kalau nak bersembang. Macam-macam cerita.
Kak Sarina,
'Geng Setan Gondol' itu nama yang diberi oleh salah seorang fellow blok kolej kediaman kami dulu. Walaupun 'geng' kami agak nakal tapi semua baik hati. Hehehe!Gedebe tu tak la... Hehehe!
Ahad, Februari 03, 2008 9:05:00 PTG,
cerita perompak kat mesin ATM memang ada berlaku.baru2 ini lebih kurang 2 minggu sudah kawan adik aku rumah tak jauh dari rumah aku kena rompak ketika keluar duit kat ATM.kejadian berlaku di bandar setia alam,shah alam.kat bank bumiputra-commerce.kena rompak RM 700 selepas keluarkan duit.waktu malam.aku tak tanya dia malam pukul berapa dan hari apa.yg rompak orang india.....tak pasti india malaysia atau india dari negara india
Isnin, Februari 04, 2008 7:01:00 PG,
Teknik klu anda dirompak di mesin ATM .Ye lah, biasanye si perompak tu soh keluarkan semua duit2 anda kat bank tu.
:: masukkan no pin kad anda secara terbalik. Contohnye klu yang betul 123, masukkan 321.
ATM machine tu akan keluarkan duit anda sperti biasa tetapi akan terus hubungi pihak polis yang terdekat.
:)
Isnin, Februari 04, 2008 12:56:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
sebol,
Bank-bank cuma sediakan pak pacak dan CCTV saja.... :D
Brandal,
Kau nak tiru aksi itu, boleh. Tapi kalau apa-apa terjadi kau tanggung sendiri risikonya ya. Hehehe!
Tak rugged la orang lelaki melatah. Hehehe!
Johari,
Geng kami kalau bergurau memang dahsyat. Gurau 'maut' punya!
Hehehe!
kawaii,
Silap-silap pengsan kot. Hehehe!
Memang nikmat dapat berjumpa semula rakan karib yang lama dah tak jumpa.... :)
WL,
Waalaikumusalam.
Ya, ya. Takut-takut nanti suka bertukar jadi duka.....
kelam@bu,
Hehehe! Itu dah dikira pencabulan tu!
Zwit,
Tak nak buat lagilah lepas ini. Tinggi risikonya..... :D
Isnin, Februari 04, 2008 1:22:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Bunga Rampai,
Salam kembali BR.
Bertemu semula rakan karib yang dah lama tak berjumpa akan membawa bersama-sama cerita-cerita dan nostalgia lama. Itu yang nikmatnya. :)
Ya, ya. Hehehe!
titicaca,
Hehehe!
Pin itupun sebenarnya nama ayahnya. Senior yang bagi nama itu. Lekat sampai sekarang.
Joe Melan,
Memang dah banyak kes serupa itu. Memang kena berhati-hati kalau nak keluarkan duit dari ATM, lagi-lagi kalau berseorangan ...
Ada CCTV pun tak banyak membantu....
spacing,
O. Terima kasih kerana berkongsi. :)
azzam,
Betul! Lelaki sejati dan benar-benar maskulin saja layak bergurau seperti itu. Hehehe!
nur@,
Macam itulah baru best! Tapi kalau nak bergurau pun kena tengok masa, mood dan persekitaran juga. Jangan pakai belasah saja. Silap-silap 'makan kaki' nanti. Hehehe!
Tak juga. Ada juga perempuan yang gurau brutal. Tapi tak ramailah... :D
achik,
Sebab itu kena pastikan betul2. Kalau pelanduk dua serupa, silap2 kena terajang percuma nanti. Hehehe!
marlina,
Siku ok lagi. Kalau terajang? :D
Isnin, Februari 04, 2008 5:29:00 PTG, tokasid
Salam Wak Pinter:
Suspen jugak mula-mula baca..ingatkan rompakkan betul rupanya gurauan.
tapi bahaya gurau macam tu.Buatnya kawan kita ada sakit jantung dan kena heart attack tak ke nanya? Atau kawan kita tu tiba-tiba dah pandai bersilat ke tak pasal2 dia pusing dan pukul..lebam mata.Nanya jugak.
Perbualan bab kedua amatlah tipikal dgn teman-teman yg dulu rapat dan lama tak jumpa. Istilah kau dah tak hensem,dah nampak tua,dah gemok,dan banyak spare tayar di pinggang adalah gurauan lumrah bagi yg dulu rapat. kalau dulu sekadar : Hai! saja, tak akan ada perbualan seperti yg di lemparkan.
Saya baru baca posting ttg tuduhan budak Hishamuddin....heran jugak saya lagu mana depa tuduh Wak sebegitu. Hmmm ..mungkin sebab Pemilu sudah hampir kot.
Selasa, Februari 05, 2008 10:20:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Mak Su,
Kasut Bata tak apa, tapak lembut. Dibuatnya kalau safety boot?
ad3ck,
Aku tak naklah kata ‘sasa’, nanti macam perasan pulak bunyinya. Jadi, memadailah aku kata ‘sedang’. Hahaha!
NBK,
Geng kitaorang dulu kalau bab bergurau memang kasar sungguh jang….
Renal failure? Kau bior betul jang! Hehehe!
Dr Tokasid,
Waalaikumusalam doc.
Betul. Memang bahaya risikonya bergurau cara itu. Tapi Pin itu, sepanjang yang saya kenal dulu, sihat dan cergas orangnya - pernah mewakili negeri dan U dalam sukan hoki. Dan seingat-ingat saya, dia memang ‘sumbang’ dalam bersilat, itu sebabnya saya berani bergurau dengan dia. Hehehe! [Jahat sungguh saya…]
Ya, ya. Biasanya itulah topik perbualan bila lama kita tak jumpa. Mungkin sebab visual itu yang kita nampak dulu. Kemudian baru topik tentang keluarga, kerjaya, bla..bla..bla…
Mereka terikut-ikut dengan cara berfikir dan bertindak pemimpin-pemimpin mereka agaknya doc. :)
gayour,
Rezeki masing-masing. Alhamdulillah. Bro’ pun apa kurangnya. Siapa tak kenal dengan kartunis Gayour? :)
Betul bro’. Masing-masing dah ‘besar’. Pangkat besar, kereta besar, gaji besar, rumah besar, ……………..silap-silap perut pun besar…….. Hehehe!
Selasa, Februari 05, 2008 11:08:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Bad,
Memang ganas dan merbahaya. Isk! Jahat betul aku kan...
Ha'ah kan. Ye tak ye juga. Cuba kau tanya blogger Spacing tu.
Gayour yang itulah. Kira sobat juga tu. Hehehe!
Kak Lady,
Itulah. Hehehe.
Itu gurauan. Tak adalah gemuk sebenarnya. Dan masing-masing tetap hensem sebenarnya. Hahaha!
Alhamdulillah. Ok dah gurisan di jiwa dan di kereta itu. Tak ok pun anggap ok sajalah. :D
Lind,
Dah tak ada kerja lain, merompaklah diaorang. Isk! Mana-manapun dah tak selamat sekarang.
Zino,
Itulah. Kalau nak cerita, dari petang sampai esok pagi pun tak habis. Hehehe!
pb,
Waalaikumusalam.
Jangan sesekali ditiru ya... :D
Cikin,
Lelaki jarang melatah cikin. Lainlah perempuan. Hehehe!
Mamat berbaju kuning berbadan sedang tu memang suka baju kuningnya yang semakin singkat tu ek... keskeskes...
kalau bole, agaknya lepas cuci, kering, nak pakai lagi kan? kan? kan?
seronok jumpa geng lama ek... lebih2 lagi kalau geng kamceng kat kampus... :p