Rabu, Januari 30, 2008
Lewat petang sabtu. Saya memandu kereta saya yang berwarna anggur itu. Lebuhraya sesibuk selalu. Langit kelam. Hujan mengguyur ke bumi. Lebuhraya itu basah dan licin.

Di hadapan saya, kira-kira lima puluh meter jaraknya, sebuah plaza tol. Plaza tol itu punya tiga lorong untuk laluan ‘Sentuh dan Pergi’, tapi malangnya cuma selorong sahaja, saya ulangi selorong sahaja, yang beroperasi. Arghh! Tongong sungguh! Saya menyumpah di dalam hati. Tak tahulah sumpah itu saya tujukan untuk menteri semi value itu atau plaza tolol itu. Kenderaan dari tiga empat lorong yang mulanya berbaris, menjadi kacau. Ruang bertambah sempit, mencipta keadaan ‘leher botol’. Di sebelah kiri dan kanan kereta saya, kenderaan berjejal-jejal, berhimpit-himpit dan menyelit-nyelit cuba mencuri ruang untuk masuk ke laluan yang satu itu. Kebetulan saya memang di lorong yang satu itu.

Plaza tol semakin hampir. Tiba-tiba saya terdengar satu bunyi ganjil - seperti geseran - bagai ada dan tiada di belakang kereta saya. Saya sempat menoleh. Sebuah kenderaan pacuan empat roda merapati sisi kanan belakang kereta saya. Cuaca di luar kelam, saya tidak nampak apa-apa. Biarpun perasaan saya terganggu, saya pendamkan begitu sahaja. Saya pujuk perasaan saya agar tidak mencurigai apa-apa.

Sesudah sampai giliran saya menyentuh kad saya, saya terus memecut. Biarpun terdetik di dalam hati saya pada mulanya untuk berhenti sekejap di tepi lebuhraya itu untuk memeriksa sisi belakang kereta saya itu, entah kenapa saya batalkan niat saya itu.

Sesampainya saya di Bukit Jelutong, saya terus memeriksa kereta saya itu. Argh! Geram berbaur kesal. Hancur luluh perasaan saya bila melihat tiga garisan calar berwarna putih di sisi kanan bahagian belakang kereta saya. Juga sedikit lekuk di tempat yang sama.

Malam itu, berteman rintik-rintik gerimis yang masih berbaki, berteman kedinginan malam, saya mengubati calar dan luka kereta saya itu. Calar dan luka di kereta itu nampak di mata, tapi calar dan luka di dalam hati saya waktu itu hanya Tuhan yang tahu. Huhuhu!



Perkongsian pintar:
Info tentang Nissan Skyline GT-R model 2008 ada di sini. Pergh! Meleleh air liur tengok.....

TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/30/2008 12:07:00 PTG. |


43 Ulasan


Rabu, Januari 30, 2008 12:42:00 PTG, Blogger Sastri

huhuhu... calar dan luka di hati tu lama-lama sembuh la... nasib baik dapat diubati calar dan luka kereta tu kan...

 

Rabu, Januari 30, 2008 12:43:00 PTG, Blogger Sastri

hmmm... tu laaa... kadang kita berhati-hati tapi orang tetap langgar kita...

 

Rabu, Januari 30, 2008 12:45:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Bawa kereta mesti ada kena calarnya, baru 'real'. Lagikan lidah kan tergigit? Haha!

Tak apa, hukum karma mengatakan kereta orang itu akan tercalr juga suatu hari nanti :)

 

Rabu, Januari 30, 2008 12:58:00 PTG, Blogger shahril aley

kalau dah bawa keta kat area KL ni mmg dah lumrah. keta aku tu dah banyak kali org perDAJAL. aku pun tak paham kenapa begini nasibnya keta aku. huhuhuhu.... nak tuka keta lain la :)

 

Rabu, Januari 30, 2008 1:27:00 PTG, Blogger Mak Su

pemandu itu hit lite-lite and then run run run?

 

Rabu, Januari 30, 2008 1:54:00 PTG, Blogger Unknown

xpa la....bleh antaq polish dulu tgk.... kesian buah hati no.2 tercalar ek... antar masuk klinik ok la tu.

 

Rabu, Januari 30, 2008 2:15:00 PTG, Blogger achik

bak kata tok mudin, ada calar baru 'real'.. hehehe.. ;p

 

Rabu, Januari 30, 2008 2:23:00 PTG, Blogger Cik Keju

alahai.. cacat la triple J 7777777 tu..

 

Rabu, Januari 30, 2008 2:38:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

ala..kesiannyer triple 7 bp tu...

sebbaik boleh dirawat lg...

touch up sikit,dah ok lah tu!

 

Rabu, Januari 30, 2008 2:42:00 PTG, Blogger m i n e r a l . . .

errr bak kate org2 zaman selepas masihi, kiranya ade jodoh bertembung tu, hehehe tp duit repair tak dikira yerk..
sabar bro sabar....

 

Rabu, Januari 30, 2008 2:47:00 PTG, Blogger Pa'chik

kalau ada tujuh garisan tak pe ke? ekekek...
dia nak buat garisan langit kut.. tapi ko tak duk diam.. tu yang jadik tiga tuh... :P

 

Rabu, Januari 30, 2008 3:09:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

apa susah...tukar jer keta lain....hahaha...macam order makanan plak eik?!!!

 

Rabu, Januari 30, 2008 3:36:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Semoga calar dan luka dihati telah terubat sedikit brsama masa yang berlalu.
Adakan perkataan "tongong" itu juga sesuai untuk ditujukan kapada warga KL yang gelojoh dan tidak sabar, atau mungkin "goblok" adalah lebih sesuai.
Saya cadangkan anda menggunakan "tagpintar" selepas ini. Kurang sekali penggunanya.

 

Rabu, Januari 30, 2008 4:04:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

huhuhhu.. sedeeeynyaaaaa.

sian... tapi nak wat camne benda dah kena.

sib baik leh diubati luka yang tercalar iteww kalau idaaakkk.. tuku seng baru waeilah.

 

Rabu, Januari 30, 2008 4:08:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Tapi parutnya nampak lagi. Dah kurang kacak dah! Huhuhu!

KL biasalah. Kalau tak kita yang langgar orang, orang yang langgar kita pulak...


mudin,
Itu kereta melaram. Kurang kacak la kalau calar. Hehehe!


Shahril,
Kalau kereta untuk pergi site tak apa. Calar-balar, kemek sana-sini pun tak apa. Ini kereta untuk bersantai. Huhuhu!


mak su,
Bukan. Kalau saya terus turun tengok hari itu, mungkin saya boleh tuntut ganti rugi dari yang gesel kereta saya tu.....


Amora,
Kalau polish pun tetap ada kesan calarnya....Cuma tak berapa nampak sangatlah...


achik,
Kurang kacak la... Hehehe!


cikin,
Huhuhu! Ini bukan kereta yang J dot dot dot itu la. Tak apalah. Janji prestasinya tetap sama. Hahaha!


mama ranggie,
Kalau touch up di kedai mahu beratus juga tu MR... Huhuhu!


mineral,
Ini dah kira habis sabarlah ni. Hehehe!


Pa'chik,
Kalau 7 garis, terus pengsan agaknya aku...

Silap aku juga tak terus turun tengok periksa hari itu. Kalau tak, boleh aku pau pemandu Pajero [ke Prado, entah!] tu cukup-cukup...


mama risyarina,
Isk! Nak order makanan pun fikir 2-3 kali... Inikan pula kereta.

Meleleh-leleh air liur aku tengok Skyline GT-R model 2008 tu. Kacak sungguh! Tapi tak mampu nak beli. Tengok gambar jer la...Hehehe!


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Alhamdulillah. Calar di kereta dan di hati semakin pulih. :)

Mungkin tak keterlaluan kalau saya katakan mana-mana istilah yang membawa maksud 'bodoh' boleh digunakan untuk pemandu KL yang 'gelojoh + biadap + kurang ajar + kiasu' di jalan raya.

Saya pernah beberapa kali cuba membeli 'tag pintar' itu tapi asyik kehabisan stok... :(


ayu mkay,
Itulah dia. Malang tak berbau, walau secermat manapun kita memandu.

Arek tuku seng baru larang bangeti sa'iki regone....

 

Rabu, Januari 30, 2008 4:25:00 PTG, Blogger DeeN

Isk, aku tak dapat bayangkan keadaan ko kiranya terdapat 777 palitan calar di tubuh garis langit anggur itu. Lebih baik ko lebih bersedia. Baek. BERTUKAR!! HeHeHe, jadi garis langit kalis calar. Macam voltron tuh haha!

Sabar, PuRP! :|

 

Rabu, Januari 30, 2008 4:50:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

sabar bro,ini semua takdir tuhan,jangan dilawan takdirNyya,pasti ada hikmah disebaliknya....
hahahahahaha tak kena dengan situasi kan?haha

 

Rabu, Januari 30, 2008 4:57:00 PTG, Blogger silversarina

tak pe calar kereta dan calar hati mematangkan kita ... that's life .. cheers!!

 

Rabu, Januari 30, 2008 5:18:00 PTG, Blogger Jie

adat berkereta....cuma tercalarkan...badan tuan dia sihat lagi kan..kalo motor..tersentuh sikit......teruk tu

 

Rabu, Januari 30, 2008 5:40:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nur@,
Kalau 777 calar aku akan hambat kereta yang langgar aku itu. Lepas itu aku bakar ketera dia. Hahaha!


butaseni,
Sungguh terharu aku membaca kata-kata kau itu. Terima kasih kerana memahami. Hahaha!


Kak Sarina,
Betul. Kalau difikir secara positif, mesti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Saya pernah kemalangan kereta yang ngeri sebanyak 2 kali sebelum ini. Calar sedikit apalah sangat [Ini untuk menyedapkan hati sebenarnya.. :)]


kak jie,
Ya, alhamdulillah. Calar sikit saja pun....

Saya pernah kemalangan kereta yang ngeri sebanyak 2 kali sebelum ini. Calar sedikit apalah sangat [Ini untuk menyedapkan hati sebenarnya.. :)]

 

Khamis, Januari 31, 2008 12:15:00 PG, Blogger farazdaq

hmmm...calar sedikit apalah sangat[ayat ko]..ish...fulus yang keluar tu apalah sangat[ayat aku]..hakhak..sabar je la..

 

Khamis, Januari 31, 2008 2:10:00 PG, Blogger Kerp (Ph.D)

hehe...tergelak jap dengan translasi 'leher botol' tu. patut panggil dia turun pastu 'kepala buntot'(headbutt) dia sekali..hehhe..

 

Khamis, Januari 31, 2008 6:11:00 PG, Blogger zino

yg calar kereta je .. ok lah tu..

 

Khamis, Januari 31, 2008 9:20:00 PG, Blogger muor76

ujian kesenangan lagi berat dr ujian kesusahan.. sebab bile senang manusia jarang ingat tuhan.. tapi bile susah baru ingat tuhan... walaubagaimanepun kite kene ler berusaha untuk menyelesaikan kesusahan itu.. jgn tambah kekusutan pada kesusahan.. kalo benang dah kusut ko tokleh main lelayang lagi.. nak nak kalo benang kaca... heheheheh

 

Khamis, Januari 31, 2008 9:40:00 PG, Blogger Brader Black

bang,
sekali-sekala kau bagi-lah chance ntuk org calarkan kereta kau itu. lain waktu, giliran kau pula calarkan kereta + hati orang.

bukan-kah kau selalu bagi chance kat aku?

ha ha.

 

Khamis, Januari 31, 2008 11:15:00 PG, Blogger ManjLara

salam takziah!
harap, luka & calar yg diubati tu sudah tidak begitu meninggalkan kesan hehehe! eh.. huhuhu!

P/s - sila klik kat nama saya tu utk alamat blog baru saya :P

 

Khamis, Januari 31, 2008 12:15:00 PTG, Blogger pB

Sikit jer tu lukanya tu ...


insyaallah , lama lama hilanglah sakit di hati ....


kalau tak tahan sangat, beli baru jer ....

 

Khamis, Januari 31, 2008 12:17:00 PTG, Blogger Mamamanja

betapa leganya si pemandu pajero tu bila tengok bp terus meluncur laju lepas bayar tol. selamat duit aku.... katanya di dalam hati.. hehehe

 

Khamis, Januari 31, 2008 1:19:00 PTG, Blogger Abang Long

Ambil peringatan. Lain kali, paksakan diri untuk turun dan periksa kenderaan. Kalau tidak berpuas hati. Buat laporan ke balai polis.

 

Khamis, Januari 31, 2008 2:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

farazdaq,
Luka sedikit apalah sangat. Itu cuma kosmetik. Yang penting prestasinya...! Hehehe!


kerp,
Hehehe! Translasi secara literal memang begitulah bunyinya.

Hehehe!


Zino,
Gilap 7 kali licin baliklah tu... [nak sedapkan hati...] Hehehe!


muor76,
Benang apa elok dibuat kail ek? Dulu masa aku kecil2 aku pakai benang tangsi jer. Masa itu suka2 jer. Aku pun buka suka sangat memancing. Kalau main layang ok la. Jiran sebelah rumah aku tu, Bayum namanya, pernah buatkan aku layang-layang. Abah aku upah dia dua puluh sen. Dia racik batang buluh, lepas itu pakai kertas warna. Ok juga terbangnya. Itu dululah....


Brandal,
Aku memang suka bagi peluang pada orang dulu. Hero memang biasanya kalah. Hero kena berjiwa mulia.

Hahaha!


Manjlara,
Terima kasih ucapan takziah itu.

Suka dan duka itukan sudah mainan hidup. :)


pb
Tunggulah Garis Langit model 2008 itu sampai ke Malaysia. Baru saya beli baru. Hehehe!


mamamanja,
Bukan rezeki saya. Sudah rezeki dia [untuk menyedapkan hati.... :)]


abang long,
Mula-mula saya ingat tak ada apa-apa sangat. Memang tak ada apa-apa sangat pun. Calar sedikit saja. Tapi calar di dalam hati yang lebih terasanya. :)

[Saya sudah 3-4 kali dilanggar dan melanggar orang. Pengalaman berurusan dengan bengkel dan sykt insuran amat menyakitkan... ]

 

Khamis, Januari 31, 2008 5:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

BP: Kalau luka tak dalam Turtle Wax Pen tu buleh pakai..sy pernah buat...kalau dalam...kedai AhMeng ketuk la jawabnyer...

 

Khamis, Januari 31, 2008 10:33:00 PTG, Blogger khairyn

huh

nampak gaya aku kena simpan duit sebelum balik dan beli kepala trailer la. Baru syok membuli hahahaha

 

Jumaat, Februari 01, 2008 3:49:00 PTG, Blogger Kasawari

perghhh garisan langit..
leh lawan dgn EVO aku.. he he..

takper bro.. calar sikit jer tu.. syukur lah..

 

Jumaat, Februari 01, 2008 4:20:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

jenz,
Dah buang garis / calar kesan cat yang melekat dari kereta yang gesel tu. Kena gilap 2-3 kali baru timbul warna ungu itu balik... :D


khairyn,
Hehehe! Tak payah susah2 beli kepala trailer. Kepala lori hantu banyak di Malaya ni. Lagi brutal! Hehehe!


johari,
Garis angkasa itu jenama kereta apa pulak? Hehehe!


Kasawari,
Tadi ada mamat mana entah telefon menyamar dari Petronas..... Hehehe!

Tunggu Evolusi IX baru kau yang dapat dari menang peraduan Petronas tu dulu baru boleh berentap. Hahaha!

Rupa Evo X sebiji macam Mitsubishi GT itu ek?

Kereta KL biasalah. Kalau tak ada calar memang tak sah! :D

 

Jumaat, Februari 01, 2008 5:17:00 PTG, Blogger jagoan

BP,

Assabru minal iman... :D



.

 

Jumaat, Februari 01, 2008 11:21:00 PTG, Blogger Nunn

salam bro calar sikit je kot ....jangan kenang kan kereta yg calar tu nanti hati gundah gulana....yang tercalar tetap tercalar buat apa nak di kenang kan.....

 

Sabtu, Februari 02, 2008 3:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ah tok,
Ya, ya. Betul! :)


Nunn,
Mula-mula jer rasa gundah-gulana macam itu. Lama-lama ok dah... :D

 

Ahad, Februari 03, 2008 6:53:00 PG, Blogger kawaii_desu

di luar hujan lebat, dlm hati pon hujan jugak ye...

keta persona ke?
i feel u... walaupun calar, nk kena cat semua skali...

 

Ahad, Februari 03, 2008 12:41:00 PTG, Blogger zwitterion

aku tau mcm mana perasan kereta tercalar dan kemek,klau boleh tak mau tunjuk kat org...huhu.

 

Ahad, Februari 03, 2008 4:53:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Ooohh ... malang tak berbau?

Kereta dah sihat?

Salam :-)

 

Ahad, Februari 03, 2008 10:09:00 PTG, Blogger Azhar Ahmad

Mak saya kata, gerak hati pertama adalah benar. Yang seterusnya, adalah diragukan syaitan....

 

Isnin, Februari 04, 2008 1:43:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kawaii,
Bukan. Kereta 'garis langit' :D

Alhamdulillah. Dah ok.


Zwit,
Rasa macam hilang keyakinan pun ada, kadang-kadang. :D


B Rampai,
Alhamdulillah.

Tapi parutnya tetap ada. Di kereta dan di dalam jiwa.

Salam kembali. :)


Azhar,
Ada kebenarannya kata-kata emak kau itu. :)

 

Isnin, November 21, 2011 3:29:00 PTG, Blogger adik

salam kreta aq bru kuar 2minggu..smalm..aku nk kuar p komplex sukan nk bjoging.sedih sangat2,,tercalar jgk hatiku.sdlmnya calar kereta tu..lebih dalam lg calar kt atiku:(hnya tuhan ja tau..