Saya mengenalinya sejak sepuluh tahun yang lalu. Saya memanggilnya Abang Aji. Dia sememangnya lebih tua dari saya tetapi sebenarnya tidaklah setua nama panggilannya itu. Sudah rezekinya, dalam usia pertengahan 30-an dia sudah menunaikan ibadah haji.
Rakan-rakan litar memanggilnya Haji Racer. Dia menggilai kereta antik. Dia memiliki beberapa buah kereta antik, termasuk 3 buah kereta Mini yang sudah diubahsuai semahunya menjadi kereta lumba. Sudah beratus ribu Ringgit dia berhabis membela kereta-kereta antiknya itu. Dia bukan pelumba jalanan yang cikai. Dia mempunyai lesen pelumba yang sah. Dia di kalangan pelumba terhebat dalam kelasnya. Sudah acap kali menang dan sudah acap kali juga malang di litar. Malah sebelah dari tulang lengannya sudah bersulam dengan besi. Memang dahsyat Abang Aji ini.
Dahulu saya agak pelik dan terasa lucu juga melihat cara Abang Aji memakai tali pinggangnya. Cukup unik!
Catatan ini saya tulis untuk menghargai seorang insan - seorang sahabat, seorang abang - yang sangat saya hormat, senang dan sanjungi. Abang Aji. Dia adalah salah seorang sahabat, yang sentiasa ada, di saat saya ketawa dan di saat saya menangis.
Terima kasih Abang Aji! Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati hidup kamu dunia dan akhirat.
Dua
Selamat bercuti panjang buat semua rakan-rakan laman Jowopinter. Selamat makan limau Mandarin. Jaga diri kalian. Berhati-hati walau di mana kalian berada sekalipun.
TTFN
Label: Sahabat
Selasa, Februari 05, 2008 4:16:00 PTG, muor76
errrmm jenas limited edition... kalo talipinggang tu gune buckle kiss atau acdc.. lagi gempak... kekekek kalo yg limited nih leh disimpan.. ade value.. huhuhhu
abang aji tu kalo lalu kat scanner kat airport mesti berbunyi nyer... heheheh bape skru yerk dia masuk?
ni mesti 'patah tebu' sampai masuk besi...
Selasa, Februari 05, 2008 4:58:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Itulah identitinya. Unik. Patut dipatenkan tu. Hehehe.
Abang Aji yang saya kenal itu dari dulu sampai sekarang sangat merendah diri orangnya, walaupun anak orang berada. Dan perihatin pada masalah sahabat-sahabatnya.
Ok. Sama-sama selamat.
Cikin,
Mungkin. Alah bisa tegal biasa. :D
Boleh. Nak berapa paket? Emelkan alamat ya... :D
mudin,
Kau pakailah buckle letak di sebelah belakang pulak Mudin.
Hehehe!
Selamat mengupas limau Mandarin!
tegezoot,
Persoalan yang serupa mengasak fikiran aku juga..
Bayan,
Mungkin ada mekanisme tertentu untuk membukanya dengan mudah. Mungkin. :)
Saya selektif orangnya. Tak makan limau Mandarin yang sebarangan. Hehehe!
pb,
Pelik tapi bukan misteri.
Gambar no 2 itu seorang model terpilih sedang menunjukkan cara bagaimana Abg Aji memakai talipinggangnya. Hehehe!
Mummy Rizq,
Kena masukkan hujung talipinggang itu dari tepi rasanya. :D
Selasa, Februari 05, 2008 5:37:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pa'chik,
Oits! oits! Tiada sebarang teknik menahan pernafasan, pengempisan perut mahupun teknik superimpose atau pengeditan gambar dilakukan.
Hehehe!
mama ranggie,
Tak ke mana-mana. Di Malaysia juga. Nak jalan-jalan keluar negara belum ada rezeki. Hehehe.
zalila,
Banyak juga koleksi lagu-lagu Jawa di internet kalau rajin mencarinya. Di pautan saya pun ada saya letakkan.
Lagu itu dari bentuk mp3 kemudian saya masukkan ke Filefreak sebelum dipindahkan ke Music Code Generator.
Rudy bluehikari,
Dhudu arek nduduhne 'anu' mas. Tapi nduduhne coro kipeye Abang Aji kuwi nganggo sabuk. Hehehe!
Kapan-kapan pun keneng mas. Koe manggon nang endi yo?
achik,
Kena mintak izin dengan Abang Aji kalau nak tiru pakai macam tu. Hehehe!
Tuan Zabs,
Waalaikumussalam.
Selain dari telefon bimbit, ada juga bekas rokok di pinggang kanannya itu. Pendek kata penuh kiri dan kanan pinggangnya itu .
Sesungguhnya. Tiada jalan pintas untuk berjaya. :)
InsyaAllah, saya balik ke Muar, berjumpa emak, abah, nenek dan adik-adik di kampung. :)
Muor76,
Isk! Orang cerita pasal Abg Aji, kau cerita seluar jin dan kepala talipinggang aku pulak. Itu Guess versi Rebel. Talipinggang Guns N Roses. Hehehe. Biasa-biasa jer, mana boleh lawan Levi's edisi terhad zaman Strauss yang pernah masuk dalam blog kau tu. Hehehe!
Tak tau pulak berapa sekerunya, tapi lebih-kurang dari sendi siku ke pergelangan tangan la kot.
MdmZend,
O, yang itu saya tak perasan pula. Kebanyakan orang pakai jam sebelah kiri ya? Tapi kalau saya memang pakai sebelah kiri.
johari,
Boleh dicadangkan untuk masuk Ripley's Believe It Or Not! juga kot. Hehehe!
Cerita Cina juga tu. Tengok la cerita Melayu pulak. Zombie Kampung Pisang misalnya... Hehehe!
mak su,
Saya sengaja tak letak laman web Abang Aji itu. Nanti dia terlebih popular pulak. Hehehe!
Model tak berbayar. Hehehe!
Rabu, Februari 06, 2008 5:32:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kak WL,
Model sambilan itu cuma memperagakan apa yang sepatutnya diperagakan saja. Jadi tak perlulah memperagakan wajah sekali. Harap maklum.
Hehehe!
Brandal,
Kau memang pemerhati yang bijak lagi cekap. Kalau kau dah kata begitu aku bersetuju sahajalah. Kau yang kata, bukan aku yang kata. Tapi sebenarnya memang tepat sangatlah apa yang kau kata itu, maksud aku bab yang maskulin itu. Hahaha!
Selamat untuk kau juga.
Dewi,
Agaknya kot. Mungkin ada sejarahnya yang tersendiri. Nanti saya cuba-cuba tanyakan ya :)
Sama-sama kita selamat. Tk.
eisraa,
Salam.
Kenapa dengan tangan saya? Cantik ke? Hehehe!
Azhar,
Masing-masing ada alasan tersendiri. Kalau sipemakai sendiri dah rasa selesa dan yakin, OKlah kalau macam tuuuu...
Ted,
Nak cari pulak kalau-kalau ada terjumpa sesiapa yang pakai tali pinggang buckle di sebelah belakang pulak. Boleh buat entri. Hehehe!
Sama-sama.
Hakim,
Ya. Memang hebat!
Lumba kereta kalau kena tempat, cara dan peraturannya, seronok. Tapi kalau yang secara 'haram' itu, merbahaya dan perosak bangsa... :D
nur@,
Sepupu kamu yang mana satu? Tak pernah cerita pun... Hehehe!
Itu baru main-main, belum tengok kalau betul-betul lagi. Hahaha, perasan!
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga....
Semoga sama-sama semua selamat!
Zaris,
Salam. Dah jenguk blog sdr tadi. Bagus! Pengisian yang menarik.
Kak Sarina,
Model sambilan tak berbayar. :D
Betul. Semakin kita banyak memberi, semakin banyak nanti kita menerima.
Tk. Selamat juga buat Kak Sarina sekeluarga.
Nonie,
Dah pakai nama Nonie pulak ek..
Akan sentiasa ingat nasihat itu. Tk. Tangga ada tapi tak pasang lagi. Hehehe!
Ha'ah. Dia memang serba-serbi ringkas...
nasazfrog,
Itu lagu Jawa hardcore. hehehe!
Itulah kelainannya.
Khamis, Februari 07, 2008 8:55:00 PG,
eh eh wak pinter, dulu saya guna kereta mini inilah (pinjam bapak punya) untuk menghantar dan mengambil arwah afifah dari sekolah tadika. anak-anak saya yang lain tak suka kereta ni. kata mereka , malu kawan-kawan ejek kereta Mr Bean. tapi afifah cool saje naik kereta ni. siap boleh tertidur walaupun tak ber aircond.
Isnin, Februari 11, 2008 11:20:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Penoreh getah,
Kepala besi yang mana? Yang dalam lengan ke yang di talipinggang? :D
Kawaii,
Saya berbadan sedang, makan pun sedang-sedang saja.... :D
nunn,
Isk! Lagi unik! Biasanya kalau nak buang air besar bukan tanggalkan terus seluar ke..?
Kak Lady,
Kalau nak tiru kena minta izin Abang Aji dulu ... :D
Kali ini balik kampung tak tangkap gambar. Tangkap gambar anak kucing jer. Hehehe!
Manjlara,
Setakat ini belum ada artis dan selebriti yang pakai tali pinggang macam itu lagi. :D
Accia,
Sesetengah orang memang suka menyimpan koleksi kereta antik.
Malu sebab kereta lama kot. Kalau Mini versi yang baru yang Nak dekat RM Dua Ratus Ribu harganya tu mungkin mereka tak malu kot... :D
Mersik,
Saya selalu jumpa dia. Dia tinggal di PD. Baru sekejap tadi bercakap dengan dia di telefon. Hehehe!
Isnin, Februari 11, 2008 11:36:00 PG, blackpurple @ jowopinter
B Rampai,
Waalaikumusalam.
Itulah. Abang Aji memang unik orangnya.
Memang dia peminat tegar F1 dan GT Jepun. Litar Sepang itu dah macam tempat permainannya. :)
Kel@mbu,
Aku memang tengah cari orang yang pakai kepala tali pinggang di sebelah belakang pulak ni... Hehehe!
Wear,
Aku pakai sekejap saja, cuma untuk tangkap gambar masuk dalam blog. Hehehe!
Khairyn,
Semoga terhibur!
Blogger Kerp tu siap buat nada dering telefon lagi... Hehehe!
Dr Tokasid,
Waalaikumusalam doc.
Terima kasih. Ini lagu Jawa hardcore. Dari Indonesia. Catchy melodinya, senikatanya juga lucu. Saya pun tak dapat tangkap beberapa patah perkataan dalam senikatanya itu :D
ad3ck,
Kau nak pakai macam itupun boleh. Nanti tunjukkanlah gambarnya dalam blog kau ya... Hehehe!
KV,
Saya cuma jadi model saja... Hehehe!
keskeskes... memang unik cara pemakaiannya... kawan sejati ek Abang Aji ni... :D
u pun nanti take care masa memandu pulang... jangan bawak lelaju sangat... biar lambat asal selamat... :D