Sabtu, Mac 15, 2008
Isk! Dah keluarkan semua barang, nak kemas balik yang leceh nih......

Sdri Bayan telah mengetag saya. Tag tentang benda-benda yang ada di dalam dompet / purse / beg tangan.

Kebetulan tika dan saat ini masa saya pun sudah tidak begitu tersimpul sangat, dan sejajar dengan kempen berbudi bahasa, saya dengan semangat kesukanan yang jitu ingin menjawap tag beliau itu. Rakan-rakan sejantina dengan saya nampaknya sudah bercerita apa yang ada di dalam dompet mereka, jadi saya buat kelainanlah sedikit. Saya memilih untuk bercerita tentang segala benda dan sampah sarap yang ada di dalam 'beg tangan' pula...

Ruang 1
[1]. Buku nota DELL + adapter + tetikus mini optikal

[2]. Kaca mata hitam Rayban polarized [27% lebih kacak bila pakai, hehehe]

[3]. Pengecaj fonsel Nokia

Ruang 2
[1]. Sampul surat besar berisi surat, borang, draf kertas kerja projek dan lakaran pelan konseptual landskap.

[2]. Kamera digital Nikon Coolpix S200

Ruang 3
[1]. Fonsel ketiga [016, talian khas untuk kerabat sahaja. Hehehe]

[2]. Vial Polo Ralph Lauren Blue [patutlah awak selalu wangi, kata Kak Besah]

[3]. Segala macam kunci; kunci kereta, kunci kondo persinggahan di JKL, kunci rumah di Puchong dan kunci pejabat.

Ruang 4
[1]. Sikat biru berbentuk empat segi bujur [jarang guna pun!]

[2]. Panadol actifast, tablet Actifed, Delin lozenges, inhaler Vick, plaster Johnson & Johnson, Multivitamin, Bio C plus dan Kalsium Magnesium, dan ubat gatal dan alergi dari Klinik Heeniee Lee Jln Kuchai Lama [Hahaha!]

[3]. Sebiji gula-gula Hacks [macamana boleh tersesat ke dalam beg entah!]

[4]. Syiling RM3.15 [untuk bayar parking MPAJ, tapi dah lama tak bayar pun. Biasalah, Ahli Majlis. Hahaha!]

[5]. Segala macam alat tulis: highlighter jingga, pen pembetul Pentel, pen mata bola LAMY, pen dakwat basah LAMY, katrij LAMY, pen hitam Artline 210 0.6, pensil mekanikal, pen hitam Unipin 0.3, dua kelip kertas dan pisau kecil.

[6]. Pacu ibujari Kingston 1 GB + rantai kunci boomerang

[7]. Kalkulator mini Canon

Ruang 5

[1]. Segala macam resit, bil dan sampah sarap dari stesen minyak, plaza TOLol, restoran, kedai buku, bank, bengkel kereta, TNB, IWK, dll [isk! kalau nak disenaraikan semua, panjang berjela-jela…….]

[2]. ‘Surat cinta’ dari direktorat MPAJ sebab kedekut bayar parking. Hehehe!

[3]. Buku akaun Public Bank dan Bank Bumiputera Malaysia Berhad [buku BBMB tak pernah dikemaskini sejak 28 mei 2004!]

[4]. Buku Tabung Darah Pusat Perkhidmatan Darah Kebangsaan [kiranya saya dalam kategori penderma organ jugalah kan…..]

[5]. Surat dan cek hasil berniaga rempah mi bandung Muor dari Titicaca [cek bernilai RM35 ribu itu tak sempat nak bank inkan lagi, hehehe!]

Saya sebenarnya tak suka mengetag orang lain. Tetapi nanti dikata orang macam tidak pandai bermain pula. Jadi izinkan saya mengetag;
1. Sepupu Sophia Latjuba [wakil seberang laut, hehehe!]
2. Mamat macam Rosyam Nor [kata dialah.. ][wakil ahli UMNO, hehehe!]
3. Tuan Zabs yang saya hormati [wakil abang senior]
4. Minah Jawa yang suka meronggeng [wakil anak dara]
5. Jejaka kachak [bagi chancelah…][wakil budak U]

Tiada obligasi. Terima kasih.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/15/2008 06:27:00 PTG. |


51 Ulasan


Sabtu, Mac 15, 2008 7:08:00 PTG, Blogger Sastri

amboi-amboi... sarat dengan pelbagai barang ek beg tu... padan la nampak berat jer... memang berat pun... bab 27% lebih kacak dan iklan secara percuma klinik Heeniee Lee tu yang tak tahan tu (walau diakui ubat klinik ini berkesan dan doktornya memang serius orangnya)... :p

sesudah di bank-in cek bernilai rm35 ribu tu, jangan lupa ek belanja... keskeskes...

 

Sabtu, Mac 15, 2008 7:50:00 PTG, Blogger Pa'chik

weh... ubat gatal? ekekek...
bagi la sikit kat orang tua yang didesak letak jawatan tuh.. ekeke...

yang pakai sikat tu.. biasanya rambut yang kalau panjang jadik afro tuh.. ekeke...

 

Sabtu, Mac 15, 2008 7:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

woit... sampai tiga henfon. Kau pasang sampai tiga awek erk? ye, ye, kantoi!

Haha!

 

Sabtu, Mac 15, 2008 8:26:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Yes..yes..kak WL tak kena. Semua blogger-blogger tip top yang kena.

Hahaha.

ps: ada satu tag lagi tak berjawab.

 

Sabtu, Mac 15, 2008 9:49:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Enche' JP, Bank Bumiputera tu dah sampai dua kali tukar nama. Isk

 

Sabtu, Mac 15, 2008 10:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Hehehe! Selagi boleh muat, isi sajalah. Kalau orang curi beg itu, boleh pengsan dibuatnya. Nak-nak lagi kalau kaca mata itu yang hilang. Hehehe.

Itu baru namanya doktor. :p

Boleh. Kita belanja di kedai Eddy. Hehehe!


Pa'chik,
Itu ubat gatal hidunglah. Hehehe!

Aku malas nak ambil tahu dah hal orang tua itu. Degil sungguh. Sudah-sudahLAH. Isk!

Rambut aku kalau baru lepas mandi baru sesuai pakai sikat macam itu. Hehehe!


mudin,
017 untuk kerja dan urusan pejabat, 019 untuk sahabat dan kawan-kawan [kau pun ada simpan nombor yang ini kan....?], 016 untuk ....rahsia...

Hehehe!


Kak WL,
Saya memang sengaja tak nak 'tag.' Sebenarnya ada niat juga pada mulanya nak 'tag.' Tak apa, lain kali ada. Hehehe!


atiqah,
Itulah dia. Dah tak boleh pakai pun buku bank itu. Dah jadi barang antik. Entah macamanalah boleh terselit dalam beg itu. Hehehe!

 

Sabtu, Mac 15, 2008 10:26:00 PTG, Blogger kawaii_desu

dasat 3hp.. hhehe

tak rosak ka beg leta belunggok barang cam tu.. hehe

 

Ahad, Mac 16, 2008 12:05:00 PG, Blogger Deo

ya salammmmm... banyaknya ubat-ubatan. tapi aku lebih tertarik dengan kunci kondo persinggahan tu. ehemmm ehemmm... tapi aku suka sikat biru tu, memang eloklah lepas sikat rambut, padankan dengan kaca mata rayban tu, cantik tertarik kau memang da bomb!

 

Ahad, Mac 16, 2008 12:40:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

ishk..muat ke semua tu dalam satu beg?? HP saja dah 3..belum lagi nak masukkan stok tempe lagi..hihi

 

Ahad, Mac 16, 2008 1:25:00 PG, Blogger Brader Black

hoh!
macam terpaksa je kau tag budak U tu..
ha ha.

 

Ahad, Mac 16, 2008 4:37:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
waduh waduh waduh. akehnya barang2 dalam 1 beg. sikat biru tu mengingatkan saya pada mbah wedok di kampung melayu jawa sana.
kalau saya memang tak boleh la nak curi beg wak ni. berat ya amat!

 

Ahad, Mac 16, 2008 8:15:00 PG, Blogger asuhara sue

Tu beg ke poket doraemon tu? ihik!

 

Ahad, Mac 16, 2008 8:22:00 PG, Blogger silversarina

ingatkan handbag akak je selalu serabut rupanya bp punya lagi bertimbun barang ... ruang 5 (1) tu yang paling utama dalm handbag akak....hehehe.

 

Ahad, Mac 16, 2008 9:37:00 PG, Blogger KV

gambar awek letak kt ruang mana?

 

Ahad, Mac 16, 2008 10:24:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Mahu lengoh bahu memikul beg dengan segala khazanah didalamnya tu.

 

Ahad, Mac 16, 2008 2:24:00 PTG, Blogger Azhar Ahmad

Hahhahahah, gegula hacks pun ada...

 

Ahad, Mac 16, 2008 10:02:00 PTG, Blogger Jamal Abd Rahman

salam JP

baru tahu pen drive = pacu ibujari..

berapa kilo agaknya dikendong setiap hari tu? senget bahu dibuatnya...hehehe

 

Isnin, Mac 17, 2008 12:46:00 PG, Blogger ManjLara

banyaknya khazanah dalam beg tu, gitulah rupanya beg seorang eksekutif muda merangkap pengurus besar kot? :)

 

Isnin, Mac 17, 2008 8:38:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Terima kasih encik JP. Saya tahu encik tak akan mengecewakan saya. Hahahha.. beg besar sama macam saya. Kerana kamera, saya tinggalkan lap top kat rumah. Kalau tak lagi senget bahu.

Apa pun, beg berat, tidaklah seberat mana sebab encik memandu kereta. Saya naik bas...uwaaa...Takpe, saya rela asalkan kamera ada di sisi selalu...

 

Isnin, Mac 17, 2008 9:21:00 PG, Blogger Cik Keju

eh, itu beg ke kedai stationery? ekekek.. :D

*minah jawa yang suka meronggeng. hehehe.. :p

 

Isnin, Mac 17, 2008 10:13:00 PG, Blogger kingbinjai

ha ha ha ada lagi tag ni

 

Isnin, Mac 17, 2008 10:15:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Berserabutnya!!! :-D

Mujurlah tak ada gincu, bedak muka, celak mata ... :-D

:-P

Salam BP.

 

Isnin, Mac 17, 2008 10:18:00 PG, Blogger Hasrul Halid

Aduh... sabor ajerlah...
1. Banyak sungguh perkataan baru yang aku belajor dari blog engko ni
2. Errr... sebenarnya Rosyam yang ikut stail aku.. aku tak pernah ikut stail dia..
3. Aku takleh jawab lagi tag ni pasai aku nak publish cerita hangat sikit. Jadi 'ijinkanlah' aku diberi sedikit ruang pernafasan!
4. hampeh la engko Purp!

 

Isnin, Mac 17, 2008 11:10:00 PG, Blogger achik

wah.. macam2 ada.. ;D

 

Isnin, Mac 17, 2008 11:38:00 PG, Blogger arianna adrizal

biasa la tu. lg besar beg, macam2 nak diisinya.. haha!

 

Isnin, Mac 17, 2008 12:51:00 PTG, Blogger Masy

humang byknye barang.. kalah beg budak2 skolah zaman skrg.

 

Isnin, Mac 17, 2008 1:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kawaii,
Talian berbeza untuk kerja, kawan-kawan dan talian rahsia. :)

Tak rosak. Beg itu memang banyak compartment. Kenalah gunakan sepenuhnya. Hehehe!


deoughtred,
Untuk kecemasan. Itu belum supplement yang di dalam peti sejuk lagi. Hehehe!

Apanya yang ehem...ehem....? Sesekali singgah rumah persinggahan itu kalau malas nak balik Puchong. Jimat juga duit minyak. Hahaha!

Terima kasih, terima kasih.... Hehehe!


meen,
Muat sangat. Sebab dia ada 5-6 ruang berzip. Hehehe! Jangankan tempe, nak sumbat seluar dan baju pun boleh muat lagi. Hehehe!


Si Kachak,
Aku memang ikhlas tag kau. Hahaha!

Aku nak pinjam cadar Mickey Mouse kau tu boleh? Hahaha!


eisraa,
Salam.

Orang kampung panggil sikat macam itu serit. Kalau tak silaplah. Hehehe!

Tak adalah berat sangat dik. Tak sampai pun 10 kg. :D


asuhara,
Menangis kalau hilang beg itu wooo.... Hehehe!


Kak Sarina,
Dah dilonggokkan semua barang macam itu memang nampak bertimbun, tapi kalau dah disusun elok-elok dalam setiap ruang beg itu nampak kemaslah.... [cover...cover... Hehehe!]

 

Isnin, Mac 17, 2008 1:59:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

KV,
Yang itu tersimpan di mata dan di jiwa. Hehehe!


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam.

Nampak saja banyak barang tuan, tapi taklah berat sangat. Paling beratpun buku nota DELL, yang lain-lain benda-benda kecil. :)


Azhar,
Itu tidak disengajakan.... Hehehe!


unclej,
Waalaikumusalam unclej,

Itu saya terjemah secara literal. Hehehe.

Bila dah biasa bawa beg itu, bila sesekali tak bawa, sebelah bahu terasa ringan semacam pulak, tak seimbang, jadi senget juga. Hehehe!


Manjlara,
Selagi boleh disi, isi sajalah. Lagipun memang banyak ruang. Itu kemudahan namanya. Hehehe!


Bayan,
Sama-sama. Saya memang bersemangat kesukanan orangnya. Jarang mengecewakan orang. Hahaha!

Ha'ah. Bukan sepanjang hari pun angkut beg itu. Cuma dari kereta ke ofis, vice versa dan dari rumah ke kereta, vice versa, yang cuma beberapa langkah jaraknya itu. Hehehe!


cikin,
Kawan aku kata 'ofis bergerak'. Hehehe!

Kamu memang suka 'meronggeng' kan? Hehehe!


king binjai,
Itulah. Ada musin-musimnya. :D

King, kenapa susah sangat nak masuk blog kau ek..?


Bunga Rampai,
Dah dilonggokkan semua barang macam itu memang nampak bertimbun BR, tapi kalau dah disusun elok-elok dalam setiap ruang beg itu nampak kemaslah....Tak percaya? Hehehe!

Isk! Saya lelaki 100% tulin. Hehehe!

Waalaikumusalam. :)


Hasrul,
1. Kau jangan gunakan perkataan itu sesuka hati, belum dimasyhurkan lagi tu. Hehehe.

2. Oklah! OKlah!

3. Boleh. Lagipun aku tak boleh paksa kalau kau tak nak letak jawatan. Isk tersasul pulak... Aku tak boleh paksa kalau kau tak nak buat. Hahaha!

4. Hahaha!


achik,
Tak adalah macam-macam sangat chik. Tak semua ada, pakaian dalam misalnya. Hehehe!


Arianna,
Ha'ah. Kalau boleh muat, bantal dengan selimut pun nak sumbat. Hehehe!


masy,
Beg budak sekolah lagi berganda-ganda beratnya. Siap beroda lagi.... :D

 

Isnin, Mac 17, 2008 3:23:00 PTG, Blogger Mak Su

kalau ceghmin mata tu dipakai oleh kaum hawa, ada keh akan lebih kacak jugak?

 

Isnin, Mac 17, 2008 4:44:00 PTG, Blogger Rush Murad

memacam khazanah ada dalam beg...... yer lah, aku pun hampir terlupa kewujudan BBMB ni... mana pi buku akaun aku ekkk...?

 

Isnin, Mac 17, 2008 5:05:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

>>dompet / purse / beg tangan..

Purp pilih 'beg tangan' @ handbag. Fuyooo.. purp pakai 'handbag'.. HIk hik hik hik ;-)

 

Isnin, Mac 17, 2008 5:22:00 PTG, Blogger Kasawari

Perghh bro.. banyak tu barang..
belek belek pasni mesti ada PSP kot.. he he

 

Isnin, Mac 17, 2008 5:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mak su,
Kalau kaum Hawa yang pakai, nampak buruk sebab itu cermin mata khas untuk kaum Adam yang pemalu [dan kacak sahaja]. Harap maklum.

Hehehe!


Rush,
Senang nak cari atau bawak ke mana-mana kalau letak dalam satu beg. Hehehe!

Buku BBMB itu macamana boleh tersimpan dalam beg itu entah... Padahal bukan pakai lagi pun.


Phu Ying,
Cheh! :p

Nama yang lebih tepat -> beg bahu. Sebab disangkut di bahu. Hehehe!

 

Isnin, Mac 17, 2008 5:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kasawari,
Kalau setakat nak blogging buka note booklah bro'. Tak payah nak beli PSP dah. Hehehe!

 

Isnin, Mac 17, 2008 9:59:00 PTG, Blogger zino

banyak nya isi macam beg doremon je..

 

Isnin, Mac 17, 2008 10:00:00 PTG, Blogger DeeN

Pergh!!
Ko ada syer ngan company telekomunikasi ka, Purp? 019, 016, 017 ... bila nak pakai 007 plak Hua Hua Hua!!

HeHe .. isi beg ko itu, lebih berat rupanya dr isi beg aku. Selalunya pompuan jer isi beg pelbagai. Lelaki pun ada rupanya. Isk, isk, isk. Takjub sungguh!

Bos! Nak bayar secara cash ker credit card ke cheque? HikHikHik

 

Isnin, Mac 17, 2008 11:22:00 PTG, Blogger NBK466

Manggai...itu beg ker lemari? Nasib baik cencorot takde..he..he.he..

 

Selasa, Mac 18, 2008 12:45:00 PG, Blogger Unknown

hoik.. bykknye isi.. lengkap segala hahaha

 

Selasa, Mac 18, 2008 9:51:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

tambah bantal dan baju, cukup untuk lari rumah hehehe

Nasib baik Am tak kena tag ini, kalau tidak jenuh nak senarai resit2 yg ada dalam beg Am hehehe

 

Selasa, Mac 18, 2008 9:56:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Haha.. ini dah boleh dipanggil rumah dah ni bro...
Tinggal lagi takder katil, lemari baju sama tempat parking jer...
Best laa kau bp.

 

Selasa, Mac 18, 2008 10:14:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

samalah pulak beg kau dan isinya dengan aku.
ooo lupa,kau pun ala ala art macm aku jugak hehe

 

Selasa, Mac 18, 2008 11:41:00 PG, Blogger me3n

sikat bulat tuh sikat feveret dulu ehehe. err berapa berat beg ko skali dgn barang2 tuh semua? ;p.

 

Selasa, Mac 18, 2008 11:50:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tiara,
Dalam beg Beckham isi apa Tiara? Hehehe!


Zino,
Barang-barang biasa, tak ada yang luar biasa, yang ajaib atau yang sulit-sulit. Hehehe!


nur@,
Lepas ni nak cari no 014 yang cantik-cantik pulaklah. Hahaha!

Beg pekerja aku lagi berat. Mana taknya, tukul besi & segala macam spanar dia simpan dalam beg. Dia kerja driver lori. Hahaha!

Aku ini jejaka pemalu, segan nak mintak-mintak. Hehehe!


nbk,
Kabinet bergerak. Kadang-kadang kopi merah Tongkat Ali pun ada jang.... Hehehe!


Lind,
Senang. Nak cari apa semua dah ada. Hehehe!


Am,
Hehehe!

Mula-mula nak buat isi dompet, tapi macam tak sesuai. Banyak barang rahsia ada. Hehehe!


Mazudi,
Ok dah macam itu. Baju boleh gantung dalam kereta. Tempat duduk kereta boleh jadi katil. Parkinglah mana-mana bawah pokok. Hehehe!

Itu kemudahan namanya. :D


Butaseni,
Bezanya, kau seni lukis, seni halus, seni teater, dan macam-macam seni lagi kau ada. Aku senibina landskap jer. Hahaha!


ad3ck,
Tak adalah berat sangat. Beras sekampit yang 5kg itu lagi berat. Hehehe!

 

Selasa, Mac 18, 2008 2:46:00 PTG, Blogger Unknown

ini baru betul beg kerja.... MMA

 

Selasa, Mac 18, 2008 3:10:00 PTG, Blogger lukmanw@gmail.com

Salam, saya tertarik dengan tajuk ini yg hampir sama dengan siratan saya yg bertajuk; Apa yang ada dalam dompet anda? disiarkan di http://thejourney.weblog.uum.edu.my/ pada 18-Feb-08.

Cuma siratan saya lebih kepada pendekatan OSH.

Saya juga menggunakan tajuk yang hampir sama iaitu; Apa keperluan kecemasan yang perlu ada di dalam kenderaan harian, dan Apa keperluan kecemasan yang perlu ada di dalam rumah.

Lukman Wan Mat Daud
Pensyarah OSH, UUM

www.oshthejourney.blogspot.com
www.orangkecilorangbesar.blogspot.com

 

Selasa, Mac 18, 2008 5:43:00 PTG, Blogger TedungS

eh, tu plastik kecik tu mcm paket kondom je tu...

heheh.. bila lagi nk fitnah lu ni :D

 

Selasa, Mac 18, 2008 6:01:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Amora,
Dah ada, gunakan semaksimumnyalah, kan...? :D


Sdr Lukman,
Waalaikumusalam sdr. Terima kasih singgah di sini.

Insya-Allah, nanti akan saya lawati pautan-pautan itu. Terima kasih kerana berkongsi. :)


Tedung,
Cheh! Memang fitnah sungguh... !

Hehehe!

 

Selasa, Mac 25, 2008 1:38:00 PG, Blogger b u n g a h a t i

banyaknye barang dia.. bape kilo nie? hehe

 

Selasa, Mac 25, 2008 12:27:00 PTG, Blogger weAr

jarang nmpak sikat tu.
-pisau lipat pn ader?

 

Khamis, Mac 27, 2008 12:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

bungahati,
Tak adalah sampai 10 kg. Hehehe!


wear,
Ada jual kalau rajin cari sikat itu. Itu pisau serbaguna. Hehehe!