Isnin, Mac 03, 2008
Tadi saya meninjau-ninjau bilik gerakan PARTI PUNDAK. Saya lihat ramai rakan-rakan blogger termasuk sifu Tok Rimau, sifu Naga, sifu Mat Jan, Ah Tok dan beberapa nama lagi tersenarai sebagai calon.



Saya dengan ini secara rasmi dan tanpa segan silunya memperkenalkan diri saya sebagai calon PARTI PUNDAK bagi kawasan P093 Sungai Besar. [Saya calon payung terjun sebenarnya]. Oh ya! Saya adalah calon yang ultra Melayu-Jawa, Islamik dan berintegriti.

Taburan 7 janji-janji manis saya:

1. Beriltizam mengangkasakan bangsa Melayu-Jawa di segenap bidang secara sama-rata. Tiada kronisme dan nepotisme.

2. Sejajar dengan status negeri termaju, lebih banyak pusat-pusat hiburan, gedung membeli-belah mewah dan lebuhraya – dengan tol pada kadar yang terendah berbanding negara lain - akan dibina.

3. Usaha menglobalkan industri tempe. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung.

4. Subsidi kepada kaum lelaki berumur 40 tahun ke atas untuk melakukan rawatan pencerahan kulit dan anti-penuaan [tak perlu lagi ke negeri kanggaru].

5. Pengecualian cukai dan melegalisasikan perniagaan rumah urut.

6. Atas rasa keprihatinan yang tinggi kepada kaum India, cuti Deepavali dan Thaipusam ditambah menjadi dua hari. Perayaan Ponggal juga akan dijadikan cuti umum.

7. Merealisasikan hasrat membantu melahirkan lebih ramai tokoh usahawan Bumiputera yang berjaya - seperti Datuk Zakaria Deros itu, misalnya.

Realistik dan mengujakan bukan? Undi anda tidak akan menjadi sia-sia jika memilih saya. Percayalah. Yakinlah.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/03/2008 01:27:00 PTG. |


43 Ulasan


Isnin, Mac 03, 2008 2:43:00 PTG, Blogger Sastri

hmmm... nak undi ke tak? nak undi ke tak ni ekkkk... :p

kurang mengancam laa janji manis tu laaa... keskeskes...

 

Isnin, Mac 03, 2008 2:55:00 PTG, Blogger Azhar Ahmad

Aduh.... saya tak dafta lagi sebagai calon, kat mana nak daftar ya.... Ahahhahaha

 

Isnin, Mac 03, 2008 4:11:00 PTG, Blogger Jamal Abd Rahman

satu entry yg sgt bagus JP..tak
sangka pulak JP ni ada tokoh jadi YB...hehehe

saya amat tertarik dgn janji manis no4 tu..bila boleh dapat subsidi tu kalau JP menang? 9 mac kan?

nampaknya tak perlu saya makan tempe mentah lagi...hahaha

undilah parti Pundak!!! < nasib baik "a" tak bertukar kpd "e"..hmm

 

Isnin, Mac 03, 2008 4:18:00 PTG, Blogger Pa'chik

merdeka merdeka
negaraku meleisiya
rakyat hidup aman damai
melayu cina dan india
tiba-tiba hisyamuddin
melambai keris dia
booommm negara ku meleisiya

kalau nak mampos
undilah dacing
tunggu sekejap
aku nak kencing

*ifek air.. dan pam tandas...*

kepada parti lain kata lah TAKNAK

undilah parti undi rosak
PUNDAK...

merdeka
setrika
kartika...

lagu tema parti undi rosak...

 

Isnin, Mac 03, 2008 4:32:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Woh, ko bertanding di kawasan aku pulak! Habis aku nak bertanding di mana? Ko bertandinglah di Muor tu... He he he...!

~Wongnom

 

Isnin, Mac 03, 2008 4:39:00 PTG, Blogger Ajzie

Lagi 5 hari eik....... Selamat ngundiiiii...hihii

balik Mour ker? Nak taya kat mana kuah mee bandung yg sedap tuh dijual???

 

Isnin, Mac 03, 2008 4:42:00 PTG, Blogger Sastri

kurang mengancam laa janji manis tu laaa... keskeskes...

adeh... sebab nak cepat dan tak nak bagi orang yang datang bilik ni tengok, terus ter'post' ayat di atas tanpa dibaca dan diedit semula...

ayat SEBENARNYA ialah :

mengancam betul la janji manis tu...

maaf di atas kesilapan ayat tersebut... keskeskes...

nak tambah sikit:

kalau la direalisasikan janji-janji manis tu, apalah nasib bangsa Melayu pada masa akan datang ek? tak terfikir ke masalah-masalah yang bakal timbul, ataupun masalah yng sedia ada bakal menjadi lebih parah dengan terealisasinya janji-janji itu? atau bolehkah kita berpegang, janji-janji manis itu hanya 'janji-janji manis' sebab untuk mengambil hati pengundi, kenalah tanam tebu di tepi bibir...

 

Isnin, Mac 03, 2008 4:45:00 PTG, Blogger tulip

bp, nampaknya saya tidak dapat mengundi kamu. sebab saya tidak mengundi di sg besar. tapi saya akan pastikan PUNDAK menang besar di P112 kuala langat. haha..

p/s: undi tetap rahsia.. ;p

 

Isnin, Mac 03, 2008 5:30:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

mama akan masuk parti ni kalo seme janji dikotakan...

terutama tuk kawasan parlimen telok komang...

muahahaahaa....

 

Isnin, Mac 03, 2008 6:04:00 PTG, Blogger Mak Su

menyampahlah uols semua masuk calun, saya nak masuk calun gaks.. tapi logo parti nak taruh gambar pasu bunga. boleh tak?

 

Isnin, Mac 03, 2008 6:08:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Nak tanya, awak dah daftar dengan SPR ke belum ni?

Hehehe!


Azhar,
Banyak lagi tempat tak ada calon tu Zhar. Pilih saja mana suka. Hehehe.


UncleJ,
Terima kasih atas sokongan UncleJ.
Saya calon bidan terjun. Jangan sampai hilang wang pertaruhan dahlah. Hehehe!

Nombor 4 itu juga yang UncleJ teruja ye? Saya dah agak dah. Siapa yang tak nak nampak muda belia, kan? Hehehe!


Pa'chik,
Buatlah klip videonya Pa'chik. Boleh tunjuk dalam blog kau tu. Hehehe!


Wongnom,
Bertanding di Muor tak mencabarlah. Bertanding di Puchong itupun sama, tak mencabar juga. Bertanding di tempat kau itu mencabar. Jangan lupa undi ya. Hehehe!


Ajzie,
Tak, saya mengundi di Puchong.

Saya selalu beli terus di rumah pengusahanya di Sri Menanti Darat. Di Pasar Parit Jawa itupun ada jual. Jenama Berkat. :)


Sas,
Itulah, ghairah sangat nak jadi pengomen pertama. Hehehe!

Janji nombor berapa yang paling mengancam? :p

Diaorang ada fikir tentang nasib bangsa ke :)

Selalunya janji pilihanraya itu cuma retorika. Tapi saya tidak. Kalau saya menang, saya akan tunaikan. Percayalah. Hehehe!


Tulip,
Dah dapat kain batik dan baja buah sekampit belum? Hehehe!


mama ranggie,
Tak masuk pun tak apa, janji undi. Undi itu yang penting, keahlian tak penting. Hehehe!


mak su,
Boleh. Nak letak gambar mangkuk pun boleh mak su. Hehehe!

Klik saja di pautan PARTI PUNDAK di entri saya itu.

 

Isnin, Mac 03, 2008 6:29:00 PTG, Blogger ManjLara

parti undi hantu ada wak? ramai ahlinya yang belum berdaftar ni... mungkin tak tau nak daftar di mana :D

 

Isnin, Mac 03, 2008 6:40:00 PTG, Blogger Jie

masalahnya..macam mana rupa wajah tuan punya calon?

saya nak cetak nak tempek kat pondok menunggu bas.

 

Isnin, Mac 03, 2008 7:14:00 PTG, Blogger Cik Keju

eh..calon parti kawasan sungai besar? kampung halaman aku nih. ekekeke..


hidup PUNDAK!

 

Isnin, Mac 03, 2008 7:51:00 PTG, Blogger Pa'chik

pazuzu dah buat lah klip bidionya.. kat sini...
http://www.youtube.com/watch?v=6yuhKoi6lrU

 

Selasa, Mac 04, 2008 4:16:00 PG, Blogger Brader Black

Bang,
janji manis kau tu agak menggiurkan juga. Terutama yang bab tempe itu.
Aku sudah tidak ragu-ragu lagi. Aku akan pangkah parti PUNDEK! oppss.. PUNDAK..

ha ha..

 

Selasa, Mac 04, 2008 6:16:00 PG, Blogger Pa'chik

pasal duit jumpa tu kan.. ko kata serah kat pulisi.. kalau yang amanah tak pe la.. kalau tak... kita yang menanggung juga, pasal bagi kat orang yang tak amanah.. dulu ada ceramah tok guru nik aziz, jaman kaset la... cd belum ada masa tu.. kata tgna, kalau rasa tak leh tanggung amanah tu.. jangan diusik langsung... kalau usik, ia dah jadi tanggungjawab kita... hohoho... susah kan...

 

Selasa, Mac 04, 2008 10:58:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

sayang kak WL tidak mendaftar di kawasan YB.

Tak nak bina kilang tempe ke?
HIDUP YB PURP

PS: Sediakan banyak2 "topeng" tau. Macam tu baru boleh jadi YB hehehe!

kak Waterlily alias Liliair(ikut terjemahan pakchik :D)

 

Selasa, Mac 04, 2008 11:17:00 PG, Blogger Hasrul Halid

Errrr.... Encik Ungu, parti engko ada facebook tak? hehehehehe!

 

Selasa, Mac 04, 2008 1:00:00 PTG, Blogger Sya

Eh apasal Lelaki umur 40 an aje??? Pompuan umur 40 an tak de ke? aiseh baru nak sokong.. hisk

 

Selasa, Mac 04, 2008 1:13:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

manjlara,
Itu kena tanya Pak Ra-shit. Hehehe.


Jie,
Muka calon tak penting kak Jie. Janji manis itu yang penting. Sebab itu muncul 4-5 tahun sekali pun tak apa. Hehehe!


Cikin,
Jangan lupa undi ya! Err...Kamu dah mendaftar dengan SPR belum? :D


Pa'chik,
Ha'ah. Tapi itu versi Pazuzu. Aku nak tengok versi kau punya.

Eh! Kau dah muatnaik video yang kau cakap semalam tu ke belum? Hehehe!


Brandal,
Terima kasih. Kau memang penyokong yang setia. Terharu aku.

Oits! Jangan mencarut di sini. Nanti semi value marah!


Pa'chik,
Itulah pasal! Sebab itu aku biarkan saja duit itu. Aku ada belajar juga dulu sikit-sikit pasal hukum bab jumpa barang nih.

Isk! Payah..payah....


kel@mbu,
Belum jadi YB lagilah. Baru jadi calon. Hehehe!


WL,
Terima kasih! Meh sini, ambik kain batik satu :D

p/s Topeng cuma ada satu saja kak. Kalau banyak-banyak nanti 'lari' identiti. Hehehe!


Hasrul Halid,
Cheh! Mentang-mentanglah kau baru buat 'bukumuka'. Hehehe!


kak sya,
Errr...Isk! Belum apa-apa dah hilang satu undi.... Hehehe!

 

Selasa, Mac 04, 2008 2:10:00 PTG, Blogger Sastri

dah bedaftar dah laa... cuma belum check dengan SPR lagi... keskeskes...

bagi saya, janji manis nombor 6 yang paling saya suka... sebab ia membolehkan saya berehat... :p

 

Selasa, Mac 04, 2008 2:12:00 PTG, Blogger aNIe

Nak! Nak!...Nak undi...sebab nanti nak mintak subsidi mengusahakan kilang tempe...nanti tak payah pakai botox...awet selalu...hahahaha

 

Selasa, Mac 04, 2008 2:34:00 PTG, Blogger me3n

macam perli je bunyinya ehehe. selamat mengundi!

 

Selasa, Mac 04, 2008 2:55:00 PTG, Blogger KV

jauh nya nak ngundi kt sinun. Kv ngundi pos boleh?

 

Selasa, Mac 04, 2008 3:35:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

He he he. YB, kalau aku 'larat' aku ngundi.

 

Selasa, Mac 04, 2008 4:47:00 PTG, Blogger zino

setakat ni kempen macam mana? ada harapan ke menang 2/3 ..? hehe

 

Selasa, Mac 04, 2008 5:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

stakat ni banyak penulis yg sokong BA dari BN rasanya mungkin kerajaan berubah tahun ni sapa tau.. (agak aja)

 

Selasa, Mac 04, 2008 5:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Tahniah! Ada dapat tiket kapalterbang percuma tak kalau balik mengundi di sana? Hehehe

Orang Malaysia memang pantang kalau dengar cuti.... :p


Kak Lady,
Undi, jangan tak undi. Kalau saya menang, lepas ini tempe dalam bentuk suntikan pun akan dicipta. Hehehe!


ad3ck,
Eh! Mana ada...!


KV,
Mendaftarlah sebagai pengundi hantu. Mesti boleh punya. Ahaks!


Azzam,
Kau dah tak 'larat' ke? Isk! Muda-muda lagi dah tak 'larat'. Hehehe!


Zino,
Tak ada bajet nak kempen. Hehehe!


apis,
Apapun, undi tetap rahsia. :D

 

Selasa, Mac 04, 2008 6:34:00 PTG, Blogger pB

Salam ...

kat mana nak pangkah nie ..??

paling syok subsidi untuk cerahkan kulit tu.
tapi macam tak aci lar subsidi untuk laki laki aja.

 

Selasa, Mac 04, 2008 6:44:00 PTG, Blogger TokNabe

Apa logo parti ni...?

 

Selasa, Mac 04, 2008 9:57:00 PTG, Blogger Nunn

bagus janji manis parti ni janji masam punya tak de ke

 

Selasa, Mac 04, 2008 11:45:00 PTG, Blogger kawaii_desu

hmmm....

hak memasing....
*sigh*

 

Rabu, Mac 05, 2008 12:46:00 PG, Blogger A t i Q a h

setelah saya baca semua janji manis calon-calon pundak, saya berazam untuk merosakkan undi saya, supaya pundak boleh menang... hohoho

 

Rabu, Mac 05, 2008 4:40:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salamm singgah.
boleh undi melalui internet tak?
kalau wak menang nanti eksportlah tempe ke sini dengan harga yang paling murah berbanding harga asal di malaysia.
=)

 

Rabu, Mac 05, 2008 8:55:00 PG, Blogger Cik Keju

haiipp.. saya dah mendaftar tau. fes time nk mengundi. tp rs cam malas je nak blk mengundi.. lemas tgk/baca citer² nk pilihanraya ni.

 

Rabu, Mac 05, 2008 12:20:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

nape part "cerahkan muka" tuh tetiba terbayang muka khir toyo..opsss~!!

 

Rabu, Mac 05, 2008 12:37:00 PTG, Blogger Masy

patutlah byk semut hurung kat sini, ade gula2 janji bertaburan rupanya hehehehhhe~

pencerahan muka pun subsidi ek? suntik tempe ke? ;D

 

Rabu, Mac 05, 2008 12:40:00 PTG, Blogger TedungS

aku undi ko, pastu bleh bg aku jadi menteri pertahanan tk? haha

 

Rabu, Mac 05, 2008 8:33:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

pB,
Waalaikumusalam.

Pangkahlah di kertas undi. Hehehe!

Hehehe!


Tok Nabe,
Errr...Nanti saya tanyakan pada Tuan Pazuzu, presiden parti Pundak. :D


Nunn,
Parti ini cuma ada janji manis. Janji masam kena tanya parti lain :D


kawaii,
Undi adalah rahsia. 


Atiqah,
Kamu bertanding di Sabak Bernam ya? Hehehe!


eisraa,
Salam,

Yang itu kena tanya Pengerusi SPR yang dot dot dot dot itu…. :D

Kalau wak menang, wak buka kilang tempe di Mesir terus.. :D


cikin,
Mendaftarlah jadi pengundi hantu. Nanti adalah yang kasi upah duit, mesti jadi rajin pergi mengundi punya. Hehehe!


nor,
Tak baik berburuk sangka tau. Hehehe!


Masy,
Budak-budak jangan kasi banyak sangat makan gula-gula nanti rosak gigi :D

Nanti tak payahlah nak bedah atau cucuk di luar negara lagi, ke Australia misalnya :D


TedungS,
Boleh. Nanti dapat komisen beli jet pejuang tu jangan makan sorang-sorang pulak. Hahaha!

 

Khamis, Mac 06, 2008 8:34:00 PTG, Blogger .

"3. Usaha menglobalkan industri tempe. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung"

count me in ye incik JP. Saya bercita-cita untuk memasarkan tempe ke peringkat global!

 

Jumaat, Mac 07, 2008 11:48:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

aiysyah,
Tahniah! Semangat yang terpuji..... Apa jenama nak pakai nanti? Hehehe!