Saya kata, tulis saja apa yang kamu nampak, dengar dan rasa di sekeliling kamu. Apa sahaja yang kamu suka! Inikan ruang yang tercipta untuk kamu berekspresi secara bebas. Samada orang akan suka atau bosan membaca apa yang kamu tulis itu, itu cerita lain. Tapi kalau kamu tulis cerita kamu bangun pagi, masuk tandas, gosok gigi, bla bla bla…, memanglah orang akan muak membacanya. Kamu tulislah cerita yang berjiwa sedikit.
Dan lagi, tulisan kamu itu biarlah beradab. Beradab dari segi bahasanya, dari segi nahunya. Kalau Bahasa Melayu, Bahasa Melayu yang beradab. Kalau Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris yang beradab. Kalaupun mahu berbahasa basahan, biar berpada dan bertempat. Saya rasa kamu faham maksud saya. Belajar-belajarlah merasa cemburu bila membaca blog-blog yang bagus dan mulus bahasanya. Tak kiralah dalam bahasa apa sekalipun.
Satu lagi, menulis biarlah dengan kreativiti kamu sendiri. Kalaupun kamu menggilai sangat-sangat karya Sinaganaga, Tok Rimau, Saharil atau Rudy Bluehikari itu misalnya, tak usahlah kamu meniru lenggok bahasa dan gaya penulisan mereka bulat-bulat. Dan satu lagi, tak mengapalah kalau dikata orang tulisan kamu itu nampak hodoh, setidak-tidaknya karya kamu sendiri, asli. Malulah kalau sampai ‘ditangkap hidup’ me'natasha-hudson'kan karya orang lain.
Itulah yang saya katakan pada rakan saya itu. Hehehe!
TTFN
Label: Cuit-cuit
Jumaat, Februari 15, 2008 2:18:00 PTG, Hambali ®
betoi tuh.
tulis apa yang kita nak tulis.
u are what u are.
Kalo brader JP bangga dgn bahasa Jermannya, kami pun bangga dengan bahasa Jerman kami.
Dan kalo bukan kita hat yang dok bangga dengan bahasa / identiti blog kita, sapa lagi kan ?
**MariLah mengundi.
Jumaat, Februari 15, 2008 2:59:00 PTG, muor76
ko soh ler kawan ko wat citer emas ker.. ikan lage ker.. kumbang terbang ker... jgn wat citer belacan udah.. nanti kene pancung..
sebut pasal belacan aku suke beli belacan ngan sepupu wife aku.. tp manjang tak dpt selalu abes... heheheheh yg pasti belacan itu bukan dr menatasha-hudsonkan dari org lain..
Jumaat, Februari 15, 2008 5:14:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Sekurang-kurangnya dah mencuba. Oklah kalau macam ituuuuuuu :p
Yang penting hormati bahasa, bahasa apa sekalipun. Lagi-lagi kalau bahasa ibunda sendiri. :)
[Jangan lupa makan ubat...]
mudin,
Bahasa Melayu kau bagus. Bahasa Inggeris kaupun bagus. Tahniah!
nur@,
Jangan kau sebut nama 'Mamat' itu di sini. Jijik aku mendengarnya. Hehehe!
Cikin,
Ada seekor kura-kura kecil
tinggal di dalam kotak
berenang di tepi tasik
memanjat di atas batu
dia cuba menggigit nyamuk
dia cuba mengigit kutu
dia cuba menggigit berudu
dia cuba menggigit aku
dia berjaya menangkap nyamuk
dia berjaya menangkap kutu
dia berjaya menangkap berudu
tetapi dia tidak berjaya menangkap aku
Berudu betul! Hahaha!
sme,
Bila nak buat bahasa blog loghat daerah bang? Buatlah... Hehehe!
++ Tak ambil upah gantung bendera parti ke bang? :D
el-maaniq,
Parang tumpulpun kalau diasah setiap hari akan jadi tajam. :)
Rudy Bluehikari,
Sukak-sukak waey nyakat wong seng baru ngawe blog mas. Blogmu sopo orak kenal mas. Wes akeh peminate. Wes kiro 'selebriti'. Hehehe!
Yuk! Arek ngeteh nang endi? Hehehe!
Pa'chik,
Kalau aku, malu dah nak mengaku sedara... Hehehe!
Muor,
Nak buat cerita apapun, buatlah. Cerita ikan laga, belacan, atau apa-apa cerita sekalipun, kalau pandai olah jadi menarik. Hehehe!
Sambal belacan kalau dibuat Sambal Tutuk... Pergh! Hehehe!
Kak WL,
Kalau setakat terpengaruh, biasalah kak. Saya pun kadang-kadang terpengaruh juga, terutamanya dengan karya-karya penulis dari tanah seberang misalnya. :)
'Menatasha-hudsonkan' = Menciplak. Heboh juga baru-baru ini. Cuba baca, antaranya di SINI
Farazdaq,
Pedulikanlah mereka. Aku sendiri sampai digelar free thinker. Yang penting kita tahu apa yang kita tulis. Asalkan tidak lari dari norma dan syariat. :)
Sabtu, Februari 16, 2008 1:35:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pa'chik,
Hehehe! Psst... Jangan cerita pada orang. Hehehe!
Tersedak-sedak agaknya Sekak bila kau sebut nama dia. Hehehe!
Arts,
Plagiat / ciplak karya orang adalah satu perbuatan yang keji. :)
Titicaca,
Betullah tu. Aku tak ada kata apa-apa pasal blog kamu pun... Hehehe!
Kawai,
Bukan men'natasha-hudson'kan GAYA orang tapi KARYA orang lain bulat-bulat. Kemudian menafikan. Sungguh memalukan.
Berbahasa apapun tak mengapa, asal tidak di'rojak'kan. :)
Kerp,
Bahasa Jiwa Bangsa. :)
Eh! Kenapa nak terasa pedas pulak? Bahasa Inggeris blog kau sempurna apa...? Cuma bahasa Jawa kau itu mungkin kena gilap lagi. Senang nanti nak ambil hati mentua. Hehehe!
UncleJ,
Terima kasih.
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
...
:)
Azzam,
Aku mengingatkan diri aku sendiri sebenarnya. :)
Zwit,
Aku menasihatkan diri aku sendiri sebenarnya. :)
Phu Ying,
Ya. Medium ini tercipta untuk kita meluahkan rasa hati dan suara kita. Ekspresikanlah seselesa dan sesuka hatimu. Asalkan tidak melanggar batas bahasa, adat dan norma :)
Terpengaruh dengan gaya penulisan orang lain kadang-kadang memang tak boleh dielakkan. Cuma, kalau kita dapat mencipta identiti kita sendiri dari awal, satu kepuasan bagi diri kita sendiri. :)
Kel@mbu,
Aku setuju. Kalaupun menyimpan niat untuk menjadi penulis besar suatu hari nanti, sekurang-kurangnya blog adalah cermin, yang akhirnya dapat melihat siapa diri kita sebenarnya.
Tulis terus tulis!
Johari,
Aku pernah meminjam sajak itu dalam entri aku tak lama dulu. Kalau kita bagi kredit pada penulisnya, bukan menciplak namanya. :)
Bahasa Melayu sememangnya indah dan berseni....
p/s Jawa pun cabang Melayu juga. :D
Ahad, Februari 17, 2008 5:47:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pa'chik,
Hehehe! Nanti aku nak buat cerita lagilah pasal Sekak tu..
13May,
Setakat ini tak ada...Karya aku bukan bagus, sia-sia kalau nak plagiat pun.. :D
Brandal,
Bahagian yang mana satu kau terasa. Hehehe!
Minta maaf banyak-banyaklah kalau ada yang terasa. Tak bermaksud nak kata sesiapa, cuma nak mengingatkan diri sendiri juga sebenarnya... :D
Azhar,
Kena belajar menjadi diri sendiri... :)
Ahad, Februari 17, 2008 7:14:00 PTG,
Salam BP,
Dulu saya pun rasa malu nak tulis, takut apa orang fikir tentang tulisan saya yang mungkin tidak menarik. Tapi bila difikirkan, saya menulis bukan untuk dipuji, tapi untuk berkongsi serba sedikit apa yang saya rasa, boleh beri kebaikan. Kalau ada yang suka okey, dan kalau ada yang tak suka, tak apalah kan, bukan kena bayar pun.
Natasha Hudson ni siapa ye?. Saya biasa dengan "diAlibabakan" aje.
Ahad, Februari 17, 2008 7:43:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
ad3ck
Tuan Zabs,
Salam.
Betul. Kita menulis untuk meluahkan pendapat kita, juga berkongsi serba sedikit apa yang kita tahu. Bukan untuk mendapat nama. Kepuasan itu datang bila kita dapat meluahkan apa yang kita ingin luahkan.
Isu ini agak heboh baru-baru ini adeck & tuan. Tentang kes plagiat / ciplak. Untuk memahami istilah me'natasha-hudson' kan itu. Sila baca di SINI. Banyak lagi laman web yang membincangkan isu itu sebetulnya.
:)
Isnin, Februari 18, 2008 1:02:00 PG, kawaii_desu
dah baca link tu
baru kufaham...
dah penah dengaq isu ni.
for me, Allah bagi kita sorang satu otak, akal fikiran... setiap satunya unik...
kenapa nak amik org lain punya/./...
musykil... ada sesetengah benda yg kita ambil dari org, make sure ada kebenaran and dimaklumkan perihal itu.
saya pon tak suka org amik hasil saya.
ini dikira mencuri tau
IP rights
Isnin, Februari 25, 2008 2:14:00 PTG, Rush Murad
berblog ni pun kena ada etika, jaga tatasusila, jaga 'percakapan'... sesetengah tu suka maki hamun tak tentu pasal dalam blog, very emosional... dah tu bukan budak2, mak/bapak orang plak... macam tak malu depa ek? tapi, aku suka baca blog kau yg ori ni, ada ilmu... walaupun kadangkala sedikit sahaja ilmu tuuu...ek?
Rabu, Februari 27, 2008 2:04:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Rush Murad,
Betul tu Rush. Walaupun blog satu medium / bentuk untuk berekspresi secara bebas tapi ‘adab’ tetap kena jaga, ‘adab dari segi isinya dan ‘adab’ dari segi bahasa dan tatabahasanya.
Terima kasih baca blog ini. Blog kau pun apa kurangnya, beridentiti. Aku menulis sebab aku suka menulis. Sengaja aku cerita yang entah apa-apa dalam blog ini... Kalau buat cerita penuh ilmu nanti jadi macam wikipedialah pulak....Hehehe.
sinaganaga,
Sindiket Sol-Jah memang best! Tahniah dude!
ouch... ouch... saya cuba tapi adakalanya tak berjaya untuk berbahasa Melayu sepenuhnya...
apapun, saya tak pernah sekali-kali menatasha-hudsonkan entri saya... kesemuanya asli... :D
{perut masih sakit ni... :(}