Ahad, Mac 09, 2008
Bukan sahaja mesej yang sangat jelas dari Tuhan. Mesej yang teramat jelas juga dari marhaen.

Alhamdulillah. Tahniah untuk rakyat!

Makkal sakthi.


TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/09/2008 06:27:00 PTG. |


56 Ulasan


Ahad, Mac 09, 2008 7:23:00 PTG, Blogger Nunn

bro....suara rakyat....
......suara keramat...
..jgn mempermainkan rakyat...

 

Ahad, Mac 09, 2008 10:42:00 PTG, Blogger Hambali ®

tu pun tak paham2 lagi
dok tak mau turun lagi
apa punya menosia ni

 

Ahad, Mac 09, 2008 11:45:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Kalau tak sedar2 juga tak tahu lah.

 

Isnin, Mac 10, 2008 12:49:00 PG, Blogger Pa'chik

jampi wak rahmat tak menjadi la pulak... banyak sangat konsentereit kat pompuan tua tak kawen tu kot.. hahaha...

 

Isnin, Mac 10, 2008 1:12:00 PG, Blogger Brader Black

walaupun aku non-partisan, tapi aku semacam riang di hati apabila kerajaan had hari ditimpa tsunami.

ha ha.

 

Isnin, Mac 10, 2008 9:06:00 PG, Blogger silversarina

amaran tsunami telah lama dinyalakan tapi dianggap false alarm ... memang tak sempat buat apa-apa, hampir ranap separuh tanah melayu.

tumpang gembira negeri lain sebab kemaman/terengganu masih belum sedar.

 

Isnin, Mac 10, 2008 9:22:00 PG, Blogger Titicaca

aku cuma berharap semua yang diamanahkan itu menjalankan tugas masing2..
Apapon satu suara yg sungguh hebat sekali...mereka yg terpilih patut baca artikel dalam kolum Mufti Perlis dalam Mingguan Malaysia semalam..

 

Isnin, Mac 10, 2008 9:27:00 PG, Blogger muor76

amaran telah diberikan kepada calon dun bentayan dan parlimen bakri sebelum pru... tetapi dorang tak sedor rasenye...dorang buat dek ajerk.... calon bn dun sg abong memang patut disingkirkan atas sifat beliau yg ingin mendiamkan kes cabul.. sian dia jual tanah untuk bertanding..
mamat boncit pon kalah.. ape yerk yg dia buat sebelum nih? amaran untuk robiah kosai dan calon-calon bn yg lain... PAS telah kembali ke daerah kelahirannya...

 

Isnin, Mac 10, 2008 9:34:00 PG, Blogger de_kerinchi

salam wak,

tahniah atas kejayaan gemilang... erja harus diteruskan....

 

Isnin, Mac 10, 2008 9:40:00 PG, Blogger asuhara sue

harap-harap suara -suara yang telah bersuara tidak disia-siakan!

 

Isnin, Mac 10, 2008 9:59:00 PG, Blogger achik

kuasa undi rakyat.. :)

 

Isnin, Mac 10, 2008 10:50:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Alhamdulillah.

Takbir!!!

 

Isnin, Mac 10, 2008 10:58:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Alhamdulillah..

 

Isnin, Mac 10, 2008 11:07:00 PG, Blogger DeeN

ALHAMDULILLAH!!
Habis ranap semua. Walopun tempat aku kalah, tp kemenangan besar PAS khususnya, sangat mengujakan. TAKBIR!
Moga semua barisan BA terus bersatu dan bekerja utk marhaen!

Purp! Bungkusan dah selamat sampai. Terima kasih banyak2. Nak bayar macamana nih, kasi le account number. Walopun sikit, bayar tetap bayar, baru best. Kalo sedap aku oder lagi tau. HeHeHe ...!

 

Isnin, Mac 10, 2008 11:09:00 PG, Blogger ManjLara

rakyat sudah melaksanakan tugas mereka, harap pemimpin yg dipilih juga begitulah hendaknya..

 

Isnin, Mac 10, 2008 11:34:00 PG, Blogger me3n

terdiam sket depa. media2 pong terdiam. ehehe.

Alhamdulillah. ;).

 

Isnin, Mac 10, 2008 11:40:00 PG, Blogger Sya

Moga apa yg dijanji tidak dilupakan

 

Isnin, Mac 10, 2008 11:42:00 PG, Blogger gayour

kitapun bertanggungjawap membantu pejuang-pejuang Islam dalam melaksanakan tanggungjawap mereka kerana kitapun adalah pejuang islam juga wak!

 

Isnin, Mac 10, 2008 12:15:00 PTG, Blogger dS

Kesian.. dia!
Kesian.. dia!
Kesian.. dia!
Kesian.. dia!

 

Isnin, Mac 10, 2008 1:04:00 PTG, Blogger pB

Salam

Moga yang dipilih , tidak menjadi seperti Kacang Lupakan Kulit ...

Jangan jadi rabun bila melihat projek projek dan wang ......

 

Isnin, Mac 10, 2008 1:08:00 PTG, Blogger Jie

tapi PM masih tak reti2 nak baca signal ,mcm mana?

ketegaQ sungguh...gam apa la gamaknya dia letak kt kerusi tu!

 

Isnin, Mac 10, 2008 1:22:00 PTG, Blogger Mak Su

mesyuarat, jangan tak mesyuarat

 

Isnin, Mac 10, 2008 1:56:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

MAKKAL SAKHTHI!

All praise be to Allah. Very surprising indeed. Lepas ni, waktu kukuhkan tarbiyah dan ilmu.

 

Isnin, Mac 10, 2008 2:21:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Ini akibatnya jika terlalu dengar kata sendiri lupa nak dengar kata orang yang dipimpin

 

Isnin, Mac 10, 2008 4:43:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Bila rakyat benar-benar bersuara, lihatlah...... :)


Nunn,
Ya. Kuasa memimpin cuma pinjam-pinjaman, 4-5 tahun sekali. Kuasa memilih tetap masih di tangan rakyat. Mereka naik kerana suara rakyat, mereka turun pun kerana suara rakyat [dengan izin-Nya]. Itu yang mereka selalu lupa.


Hambali,
"Siapa yang menekan saya untuk berundur? ...Saya tidak akan meletak jawatan". Alahai……

Nak tunggu rakyat turunkan dia di PRU13 nanti agaknya, macam menteri yang semi value itu.


iman,
Atau buat-buat tak sedar.... Alahai….


Pa’chik,
Aku rasa Wak Rahmat ’buat dajal’ biar diaorang kalah kot. Nenek aku kata dalam bonet kereta Wak Rahmat penuh dengan bendera lambang bulan. Hahaha!


Si Kachak,
Aku non-partisan juga tapi semasa di luar kotak tempat memangkah sajalah. Hehehe!

Tapi aku gusar juga apa akan jadi dengan ketuanan Melayu pada akhirnya nanti, di P. Pinang itu misalnya.. Hmmm.....


Kak Sarina,
Kuasa Tuhan.

Negeri tempat kelahiran saya di selatan tanahair sana, ada sedikit arus perubahan tapi ’negeri termaju’ tempat saya mencari makan ini, memang betul-betul tsunami.


Titicaca,
Cuma nak meminjam kata-kata sarjana di dalam tulisannya semalam, “jika aku hanya mempunyai satu peluang doa yang makbul, nescaya aku doakan kepada pemimpin agar adil, kerana keadilan mereka kebaikan untuk semua“

Tercari-cari juga kolum Asyraf Wajdi Dusuki di MM semalam. Tak ada pulak. Ahaks!


muor,
Sobat kitaorang tewas di DUN Kempas. Aku harap sangat ada angin perubahan di DUN Sg. Balang tapi nampaknya belum sampai lagi. Aku tumpang gembira untuk DUN Maharani & Sg Abong terutamanya.


de_kerinchi,
Waalaikumusalam.

Harap-harap bangsa kita sedar dan dapat mentafsir isyarat dan mesej yang ingin disampaikan dari keputusan PRU kali ini.


asuhara,
Begitulah. Jangan sampai berubah niat, jangan sampai lupa diri.


Achik,
Rakyat itu 'raja' :)


mudin,
Alhamdulillah.

Takbir!!!!!!!

 

Isnin, Mac 10, 2008 5:10:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Phu Ying,
Alhamdulillah :)


nur@,
Jangan bila dah ada kuasa dan pangkat YB lupa diri, macam juak-juak yang dulu dahlah...

Nanti akan diemelkan, insyaAllah. Selamat makan mi bamdung Muor yang maha sedap itu ya. Hehehe!


manjlara,
Mereka memikul kepercayaan, harapan dan amanah rakyat. Kita tengok macamana 'kerja' mereka 4-5 tahun nanti...


ad3ck,
Manusia kalau angkuh tak akan ke mana-mana. :)


Kak Sya,
Kita tengok sajalah nanti macamana...

[Parti PUNDAK tewas di Sg Besar, janji hanya tinggal janji. Hehehe!]


Gayour,
Betul bro.' Kita semua memang dijadikan oleh Tuhan sebagai khalifah di muka bumi ini...... :)


Dewi,
Semoga 'dia' yang berkenaan itu sedar dan bermuhasabah diri..... :)

 

Isnin, Mac 10, 2008 5:29:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Alhamdulillah....

tapi agak gusar dengan PP

 

Isnin, Mac 10, 2008 5:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

pb,
Waalaikumussalam.

Betul.

Nampaknya tempat kita dapat MP baru, tapi ADUN yang lama itu liat juga ya, tapi menang pun 45 undi saja. :D

Psst... Semalam jumpa tak restoran tu? :D


Kak Jie,
Dia kata ramai yang masih mahu dia di kerusi itu. Isk! Cukup-cukuplah! Cubalah kali ini dia dengar suara rakyat, ini tidak, masih lagi perasan dan terpesona dengan suara pengampu-pengampu.


mak su,
Malaslah.......


Alqasam,
Alhamdulillah.

Semoga kita sama-sama mengambil iktibar...


am,
Akibat angkuh dan syok sendiri....

p/s, lama tak nampak Am..? :)


KV,
Takbir!!!


meen,
Itulah dia. Harap-harap Melayunya tidak menjadi seperti di Singapura nanti....

 

Isnin, Mac 10, 2008 6:32:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP@JP,
Saya pada mulanya, di awal pagi itu, seperti tidak percaya apa yang telah berlaku... Alhamdulillah, semoga ianya akan dapat membawa perubahan yang kita mahukan.
Tetapi lebih tidak percaya lagi, bila dia masih tidak mahu letak jawatan dan salahkan rakyat kerana tidak mahu bagi dia majoriti 2/3. Allahu akbar

 

Isnin, Mac 10, 2008 6:32:00 PTG, Blogger Chika Chika

yakin dengan Allah SWT.

Takbir!

 

Isnin, Mac 10, 2008 6:52:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

cerita pasca-tsunami dari tv3; 'md khir mengepalai pembangkang bersama dakyah2 politik sempit mereka'.

hehehehe...

 

Isnin, Mac 10, 2008 7:44:00 PTG, Blogger Deo

arrghhhhh.... puasssssssss......

 

Isnin, Mac 10, 2008 10:29:00 PTG, Blogger arsaili

salam dr medan...ada dah jadi..tsunami erkkkk

 

Isnin, Mac 10, 2008 11:59:00 PTG, Blogger Brader Black

Bang,
aku syak sedikit hari lagi, pasti terjadi sesuatu yg "menarik", terutama bagi pengkaji dan penganalisis politik domestik. Contohnya seperti yg kau katakan tentang ketuanan Melayu di Penang itu. Apatah lagi ramai ahli parlimen non-malay yg sudah dijatuhkan seperti semi value itu.

Brgkali akan terjadi konflik rasial lagi. Brgkali. Semoga telahan aku tidak tepat.

 

Selasa, Mac 11, 2008 12:03:00 PG, Blogger Brader Black

Dan KALAU-lah pihak BA melaksanakan manifesto yg telah diuar-uarkan, jgn kau cemburu bang. Harga minyak di Kedah ini akan turun.

ha ha.

Mungkin-kah?

 

Selasa, Mac 11, 2008 2:49:00 PG, Blogger khairyn

bersuka ria la sekarang. Lepas tu pi buat kerja hahaha.

semoga mereka yang diberi mandat dapat melaksanakan amanah mereka dengan baik

 

Selasa, Mac 11, 2008 8:13:00 PG, Blogger zwitterion

Alhamdulillah
moga yang terpilih akan melaksanakan amanah yg diberi

 

Selasa, Mac 11, 2008 8:40:00 PG, Blogger Mummy Rizq

semoga mereka diberi petunjuk..

 

Selasa, Mac 11, 2008 9:52:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

'manna saya adda takuut,marileh lawan,marileh lawan.' lalu siput itu dihanyutkan sungai hahahaha

 

Selasa, Mac 11, 2008 12:19:00 PTG, Blogger Hasrul Halid

Setiap zaman, setiap masa dan setiap ketika, akan ada evolusi yang berlaku. Dan kini evolusi itu berlaku dalam UMNO sendiri.

Seharusnya, kepimpinan UMNO melihat adakah 'perjuangan' UMNO itu masih relevan atau tidak dalam zaman Milenium ini. Kalau dah tak relevan, relevan-relevankan lah!

Pun lagi, Pak Bedol juga harus meneliti keputusan pilihanraya ni dari kacamata seorang yang 'bijaksana', bukan dari kaca mata yang biasa-biasa tu. Seharusnya Pak Bedol memahami mesej dari marhaen.

Dan mesej itu adalah sangat jelas iaitu UndurLAH!

Lebih baik dia undur sekarang, sebelum rakyat bertukar-kata kepada BERAMBUSLAH!

Tanda-tanda ke arah 'itu' sudah pun ada. Dan memang ada pihak yang sedang menunggu tiupan wisel. Aku salah seorang daripadanya.

 

Selasa, Mac 11, 2008 1:02:00 PTG, Blogger indera kencana

Tahniah juga pada engkau Bro yang mengundi pilihanraya tempohari..

 

Selasa, Mac 11, 2008 1:36:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Saya pun tak faham. Isyarat yang bagaimana lagi agaknya dapat 'mengejutkan dia dari mimpi.' Saya tertarik dengan diskusi dan suara-suara rakyat dan akar umbi ahli partai mereka sendiri di SINI.


chikadior,
Dan jangan sesekali angkuh, lupa diri, sombong dan bongkak.

Takbir!


kerp,
Terngiang-ngiang di telinga wak bila sebelum ini dia [dengan angkuh] bercita-cita untuk menjadikan 'negeri termaju itu' sebagai pembangkang sifar. Besar sungguh cita-citanya. Sekarang siapa yang jadi pembangkang? PRU13 nanti silap-silap mungkin akan jadi realiti negeri itu mencapai pembangkang sifar. Sebaliknya. :)


deoughtred,
Alhamdulillah...


arsaili,
Medan? Di Medan pulak dah? :)


Si Kachak,
Dari segi representasi kaum, bilangan India dan Cina tidak berubah sangat di Parlimen. Yang berubahnya dari segi partai. Aku percaya atas nama kaum mereka tetap akan memperjuangkan bangsa mereka.

Cuma yang aku gusar adalah Melayu.

Di Pulau Pinang, semasa Gerakan pun Melayu dah terpinggir, bagaimana agaknya nanti DAP yang memang memperjuangkan Malaysian Malaysia itu. Tapi aku tak nak berburuk sangka, kita tengok macamana nanti.


Si Kachak lagi,
Kalau mereka menguasai negara mungkin, kalau menguasai 5 negeri, aku tak begitu nampak jalannya. Pendapat akulah.

 

Selasa, Mac 11, 2008 2:02:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Khairyn,
Itulah harapan kita.

Kalau sememangnya itu kemahuan rakyat dan untuk berlaku adil, kita tunggu, lihat dan nilaikan sendiri dalam tempoh 4-5 tahun ini. :)


Zwit,
Alhamdulillah. Kuasa rakyat, dengan izin Allah.


mummy rizq,
Harap-harapnya begitulah.


Butaseni,
Takbir!!!


Butaseni lagi,
Tentera pun tak dapat menghalangnya, katanyalah. Tapi tewas juga akhirnya di tangan seorang doktor. Bongkak dan angkuh memang tak akan ke mana akhirnya.


Hasrul halid,
Aku NON-PARTISAN. Aku tak berpihak ke mana-mana partai. Tapi yang jelas aku menyokong mana yang lurus, jujur, adil dan benar. Sebab itu aku mengundi BA.

Kalau orang bukan UMNO nampak di mana kebobrokan dan kebejatannya, apatah lagi penyokong UMNO seperti kau. Masalahnya, juak-juak di sekelilingnya jugaLAH yang masih tak berani bersuara dan mendesak dia berundur secara terhormat. Masih lagi beriya-iya menyokong kepemimpinannya. Kononnyalah. Ikutlah seperti cara Dr Koh Tsu Koon itu. Orangpun akan tetap hormat.

Sudah-sudahLAH. Kalaupun tak mahu mendengar suara rakyat, sekurang-kurangnya dengarlah suara ahli akar umbi partainya sendiri.

Atau dia mahu dimalukan seperti menteri semi value itu di PRU13 nanti?


Indera,
Terima kasih. Tahniah untuk kau juga.

Walaupun satu undi, tapi amat berharga :)

 

Selasa, Mac 11, 2008 4:22:00 PTG, Blogger NBK466

Den balik JB dengar 'tangis2an' sedara mara den yg OTAI2 pasal keputusan itew....

 

Selasa, Mac 11, 2008 5:41:00 PTG, Blogger KAMATO

Satu pengajaran pada yang masih tertidur..........

 

Rabu, Mac 12, 2008 12:41:00 PG, Blogger Azhar Ahmad

Tak tahan, dengan ayat akhir. Makkal Sakhti... Hhahahha, kuasa rakyat untuk menggulingkan Sami Vellu, di hari lahirnya....

 

Rabu, Mac 12, 2008 3:08:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Alhamdulillah!
Allahuakbar!

 

Rabu, Mac 12, 2008 8:43:00 PG, Blogger rudy bluehikari

45 undi jua dia menang.. hurm...

 

Rabu, Mac 12, 2008 11:02:00 PG, Blogger Cik Keju

jom makan kenduri..

*kelmarin nmpk majlis mkn² kat area lembah pantai. xtau la majlis kesyukuran ke majlis kawen. heheh.. :D

 

Rabu, Mac 12, 2008 11:36:00 PG, Blogger Masy

ada pulak yg nak supersamy tu dlm kabinet. kabinet dapur bolehlah dey, dah x relevan dah dia tu...

 

Rabu, Mac 12, 2008 12:48:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nbk,
Johor pun terkocak juga dek Tsunami itu .. :)


kamato,
Itupun masih tak terjaga lagi.... Masih ingin bermimpi...


Azhar,
Kesiannnnnnn....


B Rampai,
Waalaikumusalam.

Begitulah. Dengan izin Allah jua. :)

Takbir!


Rudy,
Undi rosak lebih tinggi dari undi majoriti. Dengarnya pengundi sengaja conteng-conteng kertas undi itu dengan kata-kata makian tanda protes. Entahlah!


Cikin,
Dah kalah pun nak buat kenduri ke hehehe!


masy,
Semi value

:)

 

Khamis, Mac 13, 2008 4:01:00 PG, Blogger kawaii_desu

hmmm....
tak terkata...
tgklah apa yg jadi

 

Sabtu, Mac 15, 2008 7:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kawaii,
Kita tunggu dan lihat dalam tempoh 4-5 tahun ini.... :)