Rabu, Februari 27, 2008
KEMASKINI:
Alhamdulillah.


Kek Chocolate Indulgence dari Resepi Rahsia. Lazat tak terkata!

Makan-makan di Amarin Heavenly Thai, Mid Valley. Pla Yam Mamoung [Ikan Kerapu + Kerabu Mangga] dan Goong Ob Nuey [Udang + Sayur Sizzling bermentega]


Tomyam Goong Maprow Onn [Tom Yam Udang + Cendawan + Kelapa muda]

Hadiah dari Puteri. Sepatu ala-Beatle jenama Unta.

Hadiah dari diri sendiri, dari jiwa untuk jiwa. 7 buah buku / novel; Tutankhamun, The Treasure of The Golden King [Kate Santon], Cahaya Pencerahan – Petunjuk al-Qur’an dan Hadis… [Dr ‘Aidh al-Qarni], New Malaysian – Essays 1 [Brian Yap, Aminuddin Mahmud, Burhan Baki, Saharil Hasrin Sanin, Amir Muhammad & Sonia Randhawa], Murderous Women [John Dunning], Imam [SN Abdullah Hussain], Saga [Abdul Talib Mohd Hassan] dan Tuhan Manusia [Faisal Tehrani]

Terima kasih kepada Puteri atas tajaan kek, makan-makan dan sepatu. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger, rakan-rakan di Forum Cari dan semua rakan-rakan yang mengucap selamat via tingkap ulasan, benang dan sms.

Oh ya! Terima kasih juga kepada Pn. Manjlara yang sudi ’menghadiahkan’ novel sulungnya, Persis Sebutir Pasir ke rumah saya tempohari.

Mengingati detik kelahiran jangan sampai lupa mengingati detik kematian.....

TTFN

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ENTRI ASAL

Ada seorang budak. Dia biasa-biasa saja, dan agak pemalu budaknya. Tapi dia sangat nakal. Suka buli anak ayam atok dan anak ayam jiran, suka dera sepupunya yang datang dari bandar sampai patah kaki sepupunya itu, suka buli dan ejek anak jiran sebab berambut kerinting halus-halus, suka curi duit syiling di kocek seluar abahnya yang tergantung, suka curi duit syiling atoknya di dalam tin Milo di dalam gerobok, suka bergaduh dengan adik-adiknya, suka mandi bogel di dalam parit, pendek kata macam-macam lagilah. Kalau nak cerita pasal kenakalan budak itu memang tak habis.

Setakat libasan tali pinggang abahnya, biasalah. Itu belum lagi dihambat keliling kebun dengan raket kayu oleh abahnya, dibaling kayu api atau dipiat telinganya sampai nak putus oleh emaknya. Isk! Nakal sungguh budak itu!

Tapi itu dululah. Semasa dia budak-budak. Sekarang dia tak nakal lagi. Tapi tetap masih pemalu, sopan dan berhemah sungguh orangnya. Oh ya! Semakin kacak juga. Hehehe!

Hari ini dia menyambut Hari Jadinya yang ke dua puluh 7 [itu belum dicampur beberapa tahun lagi. Hehehe!]


Soalan menguji minda: Siapakah budak itu?

TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/27/2008 01:20:00 PG. |


75 Ulasan


Rabu, Februari 27, 2008 1:56:00 PTG, Blogger Sastri

Keskeskes... soalan tak menguji minda langsung... jawapannya sungguh senang sekali... keskeskes...

Budak nakal tu sebenarnya masih nakal... loyar buruk lagi tu... memang telatahnya biasanya menggelikan hati... :p

Selamat Ulangtahun Yang Ke Dua Puluh Tujuh (Campur Beberapa Tahun)... Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dikurniakan sukses dalam pekerjaan, mengecapi kebahagiaan yang berpanjangan, dirahmati dan diberkati Allah selalu...

p/s: sib baik sempat balik untuk meraikannya bersama ek... :p

 

Rabu, Februari 27, 2008 2:05:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Selamat hari ulangtahun (tak kisahlah yang keberapa pun!)

:)

 

Rabu, Februari 27, 2008 2:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hmmm...pasti bukan khairy calon rembau tu, sebab dia tak pemalu. hmm....siapa yang masih pemalu ni hmm...???

 

Rabu, Februari 27, 2008 2:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

"hepi betdei wak pinter"!!!

 

Rabu, Februari 27, 2008 3:05:00 PTG, Blogger silversarina

SELAMAT HARIJADI KE 27 + beberapa tahun lagi !!!

Orang yang pemalu jangan disangka lembut... :)

 

Rabu, Februari 27, 2008 3:24:00 PTG, Blogger Pa'chik

keselamatan keharian kejadian lah... ekekek...
macam manipesto orang tu...
keselamatan keamanan kemakmuran..

tiga kei.. macam khairy, kalimullah, kamal... ekekek...

 

Rabu, Februari 27, 2008 3:25:00 PTG, Blogger Pa'chik

weh weh.. duapuluhtujuh tu.. berapa belas tahun dulu weh?

 

Rabu, Februari 27, 2008 3:46:00 PTG, Blogger Hasrul Halid

Di celahan kerawang ungu itu, ku lihat sesosok tubuh yang amat memilukan. Cuma apa yang dapat disimpulkan adalah manifesto penciptaan kereta nasional itu, tidaklah lebih dari sekadar menggenggam bara api biar menjadi cahaya pelangi itu.. biru...

Errr... selamat hari jadi...!

 

Rabu, Februari 27, 2008 3:51:00 PTG, Blogger muor76

budak nih ker yg mandi parit dulu tu? yg buat lestik dr dahan jambu? yg main lelayang tak ingat waktu? yg selalu main guli tapi manjang kalah? yg tak reti buat gunduk? yg tak suke main konda kondi? yg selalu jadik dreba bile main tarik upih pinang? yg selalu carik spider kat pokok pandan? yg ade bele ikan lage? yg gasingnyer selalu kene pangkah? yg suke ratah ikan goreng kat gobok? yg selalu ngompol? yg kememeh? yg selalu meleset kat mak dia mase kekecik? yg selalu pau ayah dia makan sate pepagi? yg suke makan tempe goreng?
kekekekekek aku rase aku kenal budak ini ler....

 

Rabu, Februari 27, 2008 4:19:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Eh! Bukan susah ke nak jawap.. :p

Nakal tak apa, jangan jahat atau samseng macam KJ tu. Hehehe!

Terima kasih. Selamat kembali ke tanahair. Jangan lupa kongsi cerita di Cape Town, Johannesberg, Bueos Aires dan Lima, Peru kat dalam blog ya... :D


mudin,
Terima kasih Mudin :)


hambali,
Terima kasih Sme :)


Acciaccatura,
'Mamat' yang itu memang tak tahu malu langsung. Samseng. :D

Terima kasih :)


Kak Sarina,
Terima kasih.

Budak itu malu, tapi mahu. Dia ganas. Dia geli-geleman yang 'lembut-lembut' nih. Hehehe!


Pa'chik,
Cemerlang, Gemilang, Terbilang. [Baca = Temberang, Lintang-pukang, Tunggang-langgang!] Hahaha!

Belum sampai belas tahun lagilah ... Hehehe!

Eh! Dah sampai ke belum cenderahati yang aku pos tu Pa'chik? Yang ke Penang dan UK dah sampai. Ke Kelantan takkan tak sampai lagi kot?


Hasrul,
Pergh! Kagum sungguh aku dengan kata-kata kau itu. Aku terbisu sekejap, tak daya untuk terus berkata-kata. Telinga pun jadi tuli seketika. Aku tewas untuk membalas kata-kata yang dalam menusuknya itu. Ya,ya, tubuh itu amat memilukan. Dan menjelekkan juga....!

Terima kasih!


Muor76,
Yang lain itu macam betul rasanya. Cuma bab yang ngompol itu, budak itu bantah sekeras-kerasnya. Itu bukan aku yang kata, budak itulah. Hehehe!

 

Rabu, Februari 27, 2008 4:27:00 PTG, Blogger Azhar Ahmad

Hahahahahha, kamulah punya besday.... Selamat hari lahir....

 

Rabu, Februari 27, 2008 4:35:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

selamat hari lahir ye...

rupanya muda dr mama ek!

semoga cepat2 makan nasi minyak ya!

jgn lupo jemput mama ya!

 

Rabu, Februari 27, 2008 4:43:00 PTG, Blogger .

siapa jua budak yang sangat nakal lagi sopan santun itu:

selamat hari lahir.
umurmu sudah bukan 'budak' lagi.
jgn nakal-nakal sgt.
jadilah insan yang berguna.

 

Rabu, Februari 27, 2008 5:18:00 PTG, Blogger achik

selamat ulangtahun kelahiran..

aik, xkan umur pun rahsia kot.. hahaha.. ;p

 

Rabu, Februari 27, 2008 5:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

epi ari tua.. hehehe...

kira si dia balik on time le ehhhh.. hehehe

nak jilapahhH!!! nak jilapahhh!!!!

 

Rabu, Februari 27, 2008 6:27:00 PTG, Blogger Nunn

selamat ulang tahun......anak sapa la ni....

 

Rabu, Februari 27, 2008 6:43:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Dah boleh agak siapa orangnya. Semoga dilapangkan rezeki dan dikurnia kesihatan yang baik.
Kalau nak dikira dalam tahun Islam, masih juga 27++. Hanya setelah 33 tahun masehi, baru ditambah 1 tahun (menjadi 34). Semoga akan tetap pemalu, bersopan dan berhemah. Hehehe...

 

Rabu, Februari 27, 2008 8:49:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Selamat hari lahir wahai insan yang berbintang sama dengan kak WL. Bezanya kak WL tua sepuluh tahun dari kamu(er..er..lebih kut):D
ps;Tahniah .Terus sembunyikan identiti.

 

Rabu, Februari 27, 2008 8:51:00 PTG, Blogger Brader Black

Bang,
Selamat Hepi Besdey la aku uchapkan.
Moga dimurahkan rezki, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat, dan dijauhkan dari segala fitnah iblis dan dajjal.

Dan semoga kau terus maintain kachak-pemalu-sopan. I looiiikeee!

ha ha.

 

Rabu, Februari 27, 2008 9:33:00 PTG, Blogger Titicaca

skema habih gambor...apapon selamat hari lahir la kepada budak itew..hehhe

p.s aku dah tr masak mee bandung tu..fuh..enak siot..

 

Rabu, Februari 27, 2008 9:41:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

hepi besday wak purp. nak translate dlm bahasa jiwa jawa awek nyong takde sini pulak...hehehe...

 

Rabu, Februari 27, 2008 9:59:00 PTG, Blogger Deo

Sekarang dia tak nakal lagi, kan? Tapi sekarang dia mandi bogel lagi, kan? hahahahaha

 

Rabu, Februari 27, 2008 10:56:00 PTG, Blogger aNIe

SELAMAT HARI ULANGTAHUN yang ke 27 buat anak muda yang masih pemalu sampai sekarang...heheheh....

Semoga dipanjangkan usia...dimurahkan rezeki...dipermudahkan perjalanan hidupnya...menjadi insan yang lebih bertaqwa...

Bila usia dah menginjak ke angka tu...nak tanya satu soalan je...

Bila lagi nak menamatkan zaman bujang tu....?? Hehehehe

 

Rabu, Februari 27, 2008 11:33:00 PTG, Blogger kawaii_desu

happy birthday BP, semoga murah rezeki dan diberekati Allah..

emmm pemalu ye...
hehe ada makna tu

 

Khamis, Februari 28, 2008 1:35:00 PG, Blogger Unknown

selamat untuk kamu. semoga semakin kacak selamanya, sentiasa diberkati Ilahi dan selamat di dunia dan akhirat.

:)

 

Khamis, Februari 28, 2008 6:09:00 PG, Blogger zino

patut la nakal sampai sekarang hehe (di confirmkan oleh pengulas pertama hehe)

selamat hari lahir semuga panjang umur murah rezeki di di permudahkan segala urusan.. amin..

 

Khamis, Februari 28, 2008 8:46:00 PG, Blogger Cik Keju

Owh.. 27.. ingatkan 77. ekekek..
Selamat menyambut hari keTUAan.. Cepat² la kawin.. :D

*Hidup 7! (^_^)

 

Khamis, Februari 28, 2008 9:04:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

wahhhhh...
wes gedi yo bocah ikiii..

kalau open table baca doa selamat tu, jemput2 le adinda di sini!

Semoga bahagia selalu!

 

Khamis, Februari 28, 2008 9:30:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Kalaulah saya tahu alamat budak itu yang kini sudah menjadi jejaka hensem, mahu sekali saya menghantar sebotol pencuci lantai haruman lavender untuknya.

Juga, kalaulah saya kenal empunya diri itu secara nyata, mahu sekali saya menghulurkan sejambak bunga Lantana Camara untuknya.

{oh, itu semua kenangan mengenali BP di alam maya :-)]

Selamat Hari Lahir BP. Semoga panjang umur dalam kebajikan. Semoga dalam dakapan hidayahNya juga perlindunganNya di mana jua berada.

Salam.

 

Khamis, Februari 28, 2008 9:34:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Ada hadiah ke kalau jawab betul?

Atau budak tu yang nak hadiah?

 

Khamis, Februari 28, 2008 12:08:00 PTG, Blogger Sastri

sama-sama... :D

lapar lak nengok kek tu... pagi tadi malas nak bawak bekal... dah pakai kasut beatle tu? keskeskes... berkenan sungguh dengan kasut tu, kalau ada versi perempuan, harusss dibeli nih... :p

suka ikan kerapu tu... sedappp ngat... len kali, takyah mam nasik la, ratah lauk jer cukup... :D

 

Khamis, Februari 28, 2008 12:26:00 PTG, Blogger Jamal Abd Rahman

HAPPY BIRTHDAY JP...yng ke 27++++ kan? Moga selamat dunia dan akhirat..

miss sehari jer dgn anak bongsu saya bithday JP ni..kalau tau awal boleh sambut sama2..tapi kat McD ler...hahaha

 

Khamis, Februari 28, 2008 1:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Azhar,
Hehehe. Mana kamu tau?

Terima kasih.


Mama Ranggie,
Terima kasih.

Sebaya kot Hahaha!

Dah selalu dah makan nasi minyak di restoran dan di rumah orang kahwin....:D


aiysyah,
Terima kasih.

Ya, umur sudah bapak budak :D

Terima kasih. Ingatan yang baik :)


achik,
Terima kasih.

Mana ada rahsia. Kan ada sebut tu... Hehehe!


inaz,
Terima kasih.

Isk! Tak habis-habis dengan zirafah... Hehehe!


nunn,
Terima kasih.

Anak sapa entah..?! Hehehe!


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Terima kasih atas ucapan dan doa tuan itu.

Usia itukan cuma sekadar angka. Pengisiannya yang lebih penting. Bukan begitu tuan?

:D

 

Khamis, Februari 28, 2008 1:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak WL,
Terima kasih. :)

Dan terima kasih. Identiti itu sangat berharga.. :p


Brandal,
Terima kasih.

Dan terima kasih. Tang kacak itu yang buat aku sungguh terharu. Hahaha!


titicaca,
Gambar klasik tu. Hehehe! Terima kasih.

Selamat makan mi bandung Muo! Memang sedap! Rugi sungguh siapa yang tak pernah makan kan...... :D


Kerp,
Kesuwon.

Ndiea lungo endi kang? :D


deoughtred,
Ooo, kamu mengendap aku mandi ya... Hehehe.


Kak Lady,
Terima kasih atas ucap selamat dan doa itu. 27 tahun itu belum dicampur beberapa tahun lagi kak lady. [Oh! tuanya...]Hehehe

InsyaAllah. Saya tengah tunggu pinanganlah ni. Hehehe!


kawaii,
Terima kasih.

Malu itukan sebahagian dari iman :)

 

Khamis, Februari 28, 2008 1:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ainin naufal,
Terima kasih [7 x] :)


zino,
Nakal tak apa, jangan jahat dan samseng. Hehehe!

Terima kasih zino :)


Cikin,
Hehehe!

Terima kasih. :)

Hidup 7! Yeargh!


asuhara,
Wis tuo wis. Tunggulah kalau ada penaja nanti baru buat open table. :D

Terima kasih.


Bunga Rampai,
Oh! Terharunya saya. Ingatan itupun sudah cukup berharga buat diri saya. :)

Lantana camara pun Lantana camaralah. Saya akan terima :D

Terima kasih atas ingatan, ucap selamat dan doa BR itu. :)

Salam kembali.


Pegawai khalwat,
Ada hadiahnya, kalau nak boleh tuntut. :D

Tapi kalau nak bagi hadiah kat budak itu, lagilah dialu-alukan... Hehehe.


Sas,
Terima kasih [77 x]

Ekstra kacak pulak bila pakai sepatu tu. Hehehe! Tunggulah, peram dulu baru boleh pakai.... Hehehe!

Memang sedap kerapu gergasi tu. Tengoklah pulak harganya.... Hehehe. Kenyang giler ek.. Hehehe!


UncleJ,
Terima kasih.

Hehehe. Itu function untuk budak-budak kan. Mesti ada games semua kan. Hehehe!

 

Khamis, Februari 28, 2008 2:46:00 PTG, Blogger Cik Keju

wow...sedapnyer kek choc indulgence!!! that's my feveret!

*hidup 7 lagik skali.. :D

 

Khamis, Februari 28, 2008 2:50:00 PTG, Blogger Unknown

semoga Allah panjangkan usiamu dan selamatkan kamu

 

Khamis, Februari 28, 2008 3:18:00 PTG, Blogger Pa'chik

awe... tomyam kung marow onn tu.. nama mudah dia.. tomyam poktek je... hahaha...

belum sampai lagi lah... huhuhu... menatang posmen curik kot.. hahaha...

 

Khamis, Februari 28, 2008 3:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Ya,betul tu. Pengisiannya yang penting. Tak guna hidup seribu tahun tapi tidak menunaikan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Saya juga ada beli kasut "Beatle" macam tu tapi jenama lain.
Anak saya yang kecil kata kenapa beli jenis itu. Untuk orang muda katanya. Dan dia tanya lagi kenapa dipanggil kasut "Beatles" pulak?

 

Khamis, Februari 28, 2008 4:00:00 PTG, Blogger Rush Murad

Happy belated birthday bro!!!!... semoga segala impian dan cita2 akan tercapai, semoga umur yg meningkat lebih mendewasakan, dan semoga semuanya.... baik2 belaka ek?

 

Khamis, Februari 28, 2008 4:14:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Bukan ke ko punya birthday 29hb Feb? Sambut empat tahun sekali? He he he. Apa2pn Selamat Panjang Umur...murah rezeki...jodoh dipercepatkan (klise punya ucapan heh!).

 

Khamis, Februari 28, 2008 5:29:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Tau tak apa yang paling kak WL ini "jelessss". Hadiah buku itu. :D

Kawan2 ini satu iklan. Brithday saya nanti, saya nak BUKU atau BLOOK.

ps: Tak pernah sambut besday hu..hu..hu.

 

Khamis, Februari 28, 2008 6:01:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Cikin,
Nyum! Nyum!

Ada lagi kek tu kalau nak. Hehehe!


Penoreh getah,
Terima kasih :)

Semoga kamu juga...


Pa'chik,
Pakai nama Siamlah baru nampak canggih dan komplikated sikit Pa'chik. Hehehe!

Isk! Pos ke UK pun tak sampai 5 hari, takkan ke Kelantan sampai 2-3 minggu kot? Kau duduk ceruk mana ni Pa'chik? Hehehe! Agaknya posmen itu tau isinya perencah mi bandung, diapun ambiklah kot. Hehehe!


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Betul!

Kasut saya kebanyakannya macam itulah stailnya. Selesa rasanya. Lagipun sesuai untuk kasual dan formal. Slack atau jeans.

Hehehe! Zaman sekarang, kalau kasutlah, tak kira tua atau muda, semua boleh pakai.... :D


Rush,
Terima kasih Rush. Dengan izin Allah..

Semoga kau juga... :)


zzam,
Kalau 29hb Feb itu ok lagi bro'. Ada kawan aku seorang ni 30hb Feb... Hehehe!

Terima kasih. InsyaAllah. [jawapan klise juga :D]


Kak WL,
Itu hadiah dari diri sendiri sebenarnya.. :D

Bila Hari Jadi kak WL ek? Boleh saya hadiahkan buku nanti. Takpun blook Gangguan Tekstual. :D

 

Khamis, Februari 28, 2008 6:05:00 PTG, Blogger khairyn

ahah! aku terlambat tapi nak gak la ucap selamat

selamat ulang tahun baby tuek

hahahahaha

 

Khamis, Februari 28, 2008 6:12:00 PTG, Blogger Mak Su

wakakaka, sapa ler budak yg makin kacak tu ek? besday awak ya? hepi besday, moga ceria dan dirahmati Allah selalu. boleh pinjam saga?

 

Khamis, Februari 28, 2008 7:21:00 PTG, Blogger artisticklytouch

Selamat Ulangtahun...mari aku sponsor tiket pergi balik ke tempat kerja

 

Khamis, Februari 28, 2008 9:50:00 PTG, Blogger ManjLara

Selamat hari lahir! moga selamatlah di dunia dan di akhirat hendaknya :) Oh ya, 'Pn Manjlara' pesan, jgn lupa ttg blook Gangguan Tekstual tu ye? almaklumlah, blook kompilasi camni mmg susah nak mencarinya di kedai, eksklusif sangat :)

 

Khamis, Februari 28, 2008 10:14:00 PTG, Blogger Titicaca

fuh..kerapu tu sungguhla mengancam...n choc indulgence mmg my feberet kalau kat situ..sekarang ni suka jugak apple crumble cheesecake..nyumm.nyumm

 

Jumaat, Februari 29, 2008 12:27:00 PG, Blogger TedungS

eh muda lg ko ni ek. kek cawan tkde?

 

Jumaat, Februari 29, 2008 12:39:00 PG, Blogger kawaii_desu

huhu choc indulgence?? waaa nak jugak...

hmmm tarikh pada kek...
hari dan bulan tu b etul...
tapi tahun takkan 2008 kot hehe

 

Jumaat, Februari 29, 2008 8:47:00 PG, Blogger A t i Q a h

ih ih ih...
sedapnye kek tu..
meminjam kata-kata tok rimau,
SELAMAT HARI WARGA EMAS..ehehehe

 

Jumaat, Februari 29, 2008 10:25:00 PG, Blogger Ajzie

Happy birthday...

bila plak nak happy happy...?

jgn lupa jemput tau..hihihi

 

Jumaat, Februari 29, 2008 11:43:00 PG, Blogger jagoan

gwa dah pos peti ais. Tunggu di ambang pintu.

 

Jumaat, Februari 29, 2008 12:08:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

wah sedap nya kek...

selamat hari lahir ke dua puluh 7 (campur beberapa tahun)...

oh.. jgn lupa tau baca karangan2 dak2 JLBM .. kekeke

 

Jumaat, Februari 29, 2008 1:12:00 PTG, Blogger tokasid

Salam Wak Pinter:

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH Azza Wa Jalla atas kurnian umur dan tubuh badan yang masih sihat seta sahabat handau serta kaum keluarga yang memahami wak.

Saya doakan ALLAH limpahkan segala rahmatNya selagi wak menjadi penghuni alam fana ini. Semoga wak berjaya dalam mencari erti kehidupan sebagai insan Mukmin.Ameen Ya Rabb.

Wak...ngak tahan saya lihat gambar makanan tu semua.
Saya telah membaca Saga dan Imam.
Saya amat kagum dgn Imam.

 

Jumaat, Februari 29, 2008 2:37:00 PTG, Blogger gayour

TAHNIAH WAK!
moga panjang umur, sihat, berjaya, berhagia dan betambah iman!

 

Jumaat, Februari 29, 2008 2:59:00 PTG, Blogger arianna adrizal

tang 'kacak' tu yang paling tak tahan mendengarnya. kekekeke.. apapun, selamat ulang tahun kelahiran bukan yg ke 27, itu pasti! hahaha.. semoga segalanya baik2 belaka. amin.

 

Jumaat, Februari 29, 2008 3:30:00 PTG, Blogger Mersik

Waduhhh... sudah jadi remaja tua kamu ini.. kekekek.. Maap ler pokcik lambat sampai.. harap2 keknya masih ada lagi...

Oops.. lupa Selamat hari jadi.. semoga sihat tubuh badan, berjaya dalam hidup , tercapai cita2 dan hari2 yg dilalui manjadi.. yihaa...

(Sambil dok bersila tunggu makan2 hik hik )

 

Jumaat, Februari 29, 2008 5:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Khairyn,
Terima kasih.

Hehehe!


Mak Su,
Terima kasih.

Boleh...boleh....Boleh blah![Gurau jer mak su... Hehehe]


Arts,
Terima kasih.

Kaukan dah jadi boss sekarang. Setakat nak sponsor seminggu bermalam di Pulau Redang tempat kau tu aku alu-alukan sangat. Berapalah sangat. Hehehe!


Manjlara,
Terima kasih. InsyaAllah.

Tak ada hal. InsyaAllah. Hehehe!


Titicaca,
Kerapu itu punyalah besar. Tengok gigipun ngeri. Entah gosok gigi entah tak... Hehehe!

Choc Mud pun best.


Tedungs,
Muda belia. Hahaha!

Pnut tengah mengandung sekarang. Dah tak larat nak buat kek cawan. Hehehe!


Kawaii,
Kalau tak malu datanglah sini. Ada lagi kalau nak... Hehehe!

Dah sambut tahun ini, 2008lah.... :D


atiqah,
Terima kasih.

Dalam konteks ini, kata-kata Tok Rimau itu tak relevan langsung. Relevan untuk Tok Rimau saja barangkali...Hehehe!


ajzie,
Terima kasih.

Happy...happy apa? Tak faham......

:D

 

Jumaat, Februari 29, 2008 5:37:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ah tok,
Berapa pintu punya? Hehehe!


Tempe,
Terima kasih. :)

Dah pusing blog2 peserta JLBM itu 2 kali. Malam nanti pusing sekali lagi, baru bari markah. :D


Dr Tokasid,
Waalaikumusalam doc,

Amin. Terima kasih atas ingatan, ucapan selamat dan doa doc itu. Saya hargai.

Diizinkan Allah untuk terus bernafas adalah nikmat yang tidak terbanding nilainya, alhamdulillah.

Saya pernah membaca Saga semasa di bangku sekolah dulu. Sudah lupa macamana ceritanya. Itu yang bila saya ternampak novel itu di MPH terus beli. Saya juga ada dengar komentar dari seorang kawan, katanya Imam itu bagus ceritanya :)


lovelyzz,
Yang mana satu sedap? Hehehe!


Gayour,
Terima kasih bro' :)

Moga-moga. Amin.

Semoga bro' juga terus berjaya di dalam apa sahaja yang bro' lakukan, di dunia perkartunan khasnya... :D


Arianna,
Kalau rasa alergik, abaikan saja tang 'kacak' itu ya. Hehehe!

Terima kasih. Amin.


Mersik,
Remaja antik. Hehehe!

Ada lagi kek tu kalau nak rasa. Datanglah ke rumah kalau tak malu. Hehehe!

Terima kasih. Amin.


Tulip,
Terima kasih :)

 

Jumaat, Februari 29, 2008 7:27:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Alhamdulillah..tambah setahun lagi umur JP..cuba check bawah mata..ada tambah kedut tak?hihihi

Apapun..Happy 27++++ birthday to En.JowoPinter

 

Jumaat, Februari 29, 2008 8:47:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
'... ALLAH selamatkan kamu... ALLAH selamatkan kamu...'
terlambat; selamat hari tua 'baby'.
bestnya main makan2 banyak2. boleh tambah zat. teringin nak putera yang boleh belanja makan2, buat kek...
=)

 

Jumaat, Februari 29, 2008 9:07:00 PTG, Blogger arsaili

uikss happy belated birthday bro..moga beroleh kerahmatanNya...dan setiap detik dalam kehidupan kita mengarah kepada yang lebih baik....

 

Sabtu, Mac 01, 2008 2:03:00 PG, Blogger kawaii_desu

tak malu??
mana boleh, saya pun pemalu macam awak jugak huhu

 

Sabtu, Mac 01, 2008 12:58:00 PTG, Blogger aNIe

Sedapnya kek harijadi tu...meleleh air liur tgk gambar2 lauk pauk di restoran thai tu...especially ikan kerapu tu...

27 tu belum campur beberapa tahun lagi?...

Amboi...punyalah pemalunya sampai nak mintak dipinang...hahahaha....

 

Sabtu, Mac 01, 2008 3:48:00 PTG, Blogger Sastri

Kak Lady, memang sedappp ikan kerapu tu tau... besar pun besar sampai Blackie tanya, boleh ke habis mamam dua orang ni? keskeskes...

 

Sabtu, Mac 01, 2008 4:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

meen,
Banyak kedut pun tak apa, barulah nampak matang. Hehehe!

Terima kasih.. :)


eisraa,
Salam.

Terima kasih. :)

Makan kena serius, mana boleh main-main... Hehehe!


arsaili,
Terima kasih. :)

Amin.

p/s Terima kasih sms semalam. Ingat awek manalah yang sms. Hehehe.


kawaii,
Bab-bab makan mana boleh malu... Hehehe!


Kak Lady,
Cubalah bawa famili sesekali makan di situ Kak Lady. Saya jamin sedap, menu yang saya makan itulah. Tapi harganya pun 'sedap' jugalah...

27 campur berapa ek? Nanti saya ambil kalkulator. Hehehe!

Hehehe!


Sas,
Kalau makan dua orang ikan sebesar itu memang semput juga nak menghabiskannya! Lagi-lagi kalau perut kecik. Hehehe!

 

Isnin, Mac 03, 2008 10:00:00 PG, Blogger zwitterion

happy belated birthday.
Moga dimurahkan rezeki, umur yng berkat , cepat2 menikah..;)

 

Isnin, Mac 03, 2008 1:29:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

selamat ulangtahun kelahiran yg ke 27 (maaf ya, lagi terlewat nih).

semoga bertambah keberkatan & kerahmatan dalam hidup. biar gantengnya tetap menteeeeeen.

makanan & hadiahnya bagus banget sih!

 

Isnin, Mac 03, 2008 4:42:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zwit,
Terima kasih. Amin. :)


ayumkay,
Terima kasih. Isk! Bukan yang ke - 27 la... :D

Amin.

Dah ada orang nak taja dan bagi, alhamdulillah. :D

 

Rabu, Mac 05, 2008 12:14:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kang..
lamanya tak menjenguk ke sini,happy belated besday ek.
*ohya,selamat mengundi~!!last week balik muo..time makan kuntas teringat kat jowopinter :D*

 

Rabu, Mac 05, 2008 8:37:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nor,
Terima kasih. Sibuk nampak? :D

Tak bawak balik sini sekali? Hehehe!