Sabtu, Mac 01, 2008
Petang kelmarin. Di luar ofis.

Saya menyusuri lorong sempit yang celaru dan berdebu itu. Digigit bahang matahari, gontai dan kehausan.

Langkah saya tiba-tiba mati. Dada dijalari rasa debar. Fikiran bercabang-cabang. Di satu pojok lorong itu, sepasang mata saya menangkap keping-keping kertas empat segi kebiruan yang berciciran, berlipat-lipat. Ada imej lelaki bertanjak. Ada juga tercetak angka lima puluh.

Sesudah berkira-kira, saya membiarkan kepingan-kepingan kertas itu terus di situ.

Kemudian, manusia pertama saya jumpa adalah Abang J.

"Tadi saya terjumpa duit tercicir dekat tepi jalan, paling-paling pun empat lima ratus ringgit agaknya, saya tak ambik, saya biarkan saja."

"LaaaKat mana? Kat mana? Kenapa tak ambik?"

"Bukan duit saya…"

"Kalau tak ambik, nanti mesti ada orang lain yang ambik, ruginya…Agak-agak masih ada lagi tak?"

"Tak apalah, bukan saya punya pun. Orang lain dah ambik agaknya…"

"Isk! Apalah..... Itu rezeki namanya, sayang tak ambik.."

Saya cuma tersengih.

+

Pagi semalam. Di dalam ofis.

Perut saya memulas-mulas. Minta dikasihani. Saya masuk ke dalam tandas.

Langkah saya tiba-tiba mati. Dada dijalari rasa debar. Fikiran bercabang-cabang. Di satu pojok tandas itu, sepasang mata saya menangkap sekeping kertas empat segi kebiruan yang berlipat kemas. Ada imej lelaki bertanjak. Ada juga tercetak angka lima puluh.

Sesudah berkira-kira, saya mengutip kertas itu, dan saya simpan di dalam kocek baju saya.

Kemudian, manusia pertama saya jumpa adalah Abang J. Kebetulan isterinya, Kak H ada bersamanya.

"Abang J ada masuk tandas bawah tak sebelum balik petang semalam?"

"Kenapa?"

"Ada hilang duit tak semalam?"

"Kak H memang ada hilang lima puluh ringgit petang semalam."

"Saya jumpa lima puluh ringgit dalam tandas tadi."

"Kak H punyalah tu…bising dia semalam…merata cari tak jumpa…"

Saya tertunggu-tunggu juga kalau-kalau Abang J berkata, "laaa… kenapa tak ambik?" atau "kalau tak ambik, nanti mesti ada orang lain yang ambik, ruginya.." atau "isk! apalah..... itu rezeki namanya, sayang tak ambik.."

Saya hulurkan kertas bernilai lima puluh ringgit itu kepada Kak H, kemudiannya.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/01/2008 03:27:00 PTG. |


33 Ulasan


Sabtu, Mac 01, 2008 4:06:00 PTG, Blogger Sastri

hmmm... sejujurnya, memang lebih baik jangan diambil biar berapa pun nilainya... sebab bukan hak kita... di luar ofis lebih-lebih lagi, kawasan orang ramai lalu-lalang... jadi pemunyanya mungkin siapa-siapa yang pastinya kita tak kenal...

tapi yang u ambil tu kat dalam kawasan pejabat kan? pastinya akan ada orang-orang di pejabat yang akan tercari2 duitnya yang tercicir, jadi mudah la untuk dipulangkan dan jika u tak ambil, orang lain yang ambil mungkin takkan sejujur u untuk memulangkannya kepada pemunya asal...

 

Sabtu, Mac 01, 2008 4:08:00 PTG, Blogger Sastri

lagi satu, bila hak orang, sesetengah kita ambil mudah je kan? tapi bila hak kita, tak terkeluar plak di fikiran apa yang kita akan lakukan ke atas hak orang kan?

 

Sabtu, Mac 01, 2008 4:35:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Teringat entri tuit-tuit enchek Naga :D. Yaa..hak orang,kepunyaan orang,milik orang jangan sesekali diambil walau lior kita menitik-nitik. Lawan keteringinan itu sekuat mungkin.

 

Sabtu, Mac 01, 2008 4:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Alhamdulillah, masih ada orang yang jujur seperti anda sekarang ini.

 

Sabtu, Mac 01, 2008 5:24:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Membiarkan duit itu tidak diambil pun satu keputusan yang kurang bijak sebenarnya. Kalau manusia yang betul-betul prihatin dan berhati mulia akan mengutip duit itu dan serah di Balai Polis atau masukkan ke dalam peti derma masjid misalnya. :)

Duit yang tercicir di dalam tandas ofis itu dah boleh dijangka kepunyaan siapa sebab tandas di aras bawah itu cuma tiga orang saja yang biasa menggunakannya. :D

Biasanya macam itulah. Bila kepunyaan sendiri yang hilang baru terasa sakitnya. Untuk bersangka baik, Abang J itu 'terlupa' agaknya. :D


WL,
Entri yang mana satu ek?

Kalau tak mampu berbuat kebajikan, sekurang-kurangnya janganlah buat kejahatan. Tapi saya tak kata saya bagus, kalau saya bagus saya kutip duit itu saya serah ke Balai Polis. :)


Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Saya tak rasa saya jujur dalam ertikata sebenarnya. Saya kurang bijak kerana membiarkan duit itu di situ.

Kalau manusia yang betul-betul jujur, mereka akan kutip duit itu dan serahkan kepada yang berwajib. Sekurang-kurangnya tidak jatuh ke tangan manusia yang tamak. Bukan begitu tuan? :)

 

Sabtu, Mac 01, 2008 7:09:00 PTG, Blogger Azhar Ahmad

Saya pernah kena marah pasal duit RM 5. Jumpa masa tengah makan bawah meja. Saya berila kat kaunter, kata saya jumpa duit bawah meja.

"Bodoh bwtul, jumpa duit tak nak amik"

Kata makcik tu, kepada anaknya...

Heshhh...

 

Sabtu, Mac 01, 2008 7:25:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Kesian orang yang tercicir duit kertas 50 ringgit berkeping-keping tu... kalau aku jadi dia pasti gundah gulana berhari-hari.

:)

 

Sabtu, Mac 01, 2008 7:57:00 PTG, Blogger shandye.

alhamdulillah...
itulah yang sebetulnya..
tak gitu?
ngee...

tapi penah jugak seluk masuk dalam poket rm10 terjumpa dalam lif di klcc...

membaca entri ini membuat saya rasa bersalah pulak... hurm...

 

Sabtu, Mac 01, 2008 8:02:00 PTG, Blogger Pa'chik

kata azhar;
Saya pernah kena marah pasal duit RM 5. Jumpa masa tengah makan bawah meja. Saya berila kat kaunter, kata saya jumpa duit bawah meja.

hehehe... ko makan bawah meja har? ekekek...


kalau jumpa... dan amek... besar amanah nak mulangkan balik duit tu.. kalau tak jumpa tuan lepas diwar-warkan.. buleh lah masukkan lam tabung mesjid ke... tapi... kalau lepas tu tuan dia datang... kena ganti balik ooo... sikit buleh la ganti.. kalau banyak... sakit gak lah..

 

Sabtu, Mac 01, 2008 8:21:00 PTG, Blogger Masy

takpelah, benda yg lepas jgn dikenang, kelak merosak diri hehe.

doalah moga² lps ni jmpe lagi duit, masa tu boleh imbas balik entry ni :)

salam tuan rumah~

 

Sabtu, Mac 01, 2008 9:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
bonda saya suka takut2kan kalau ambik/ makan hak orang. "...kamu makanlah... nanti meletup perut kamu. pom! bunyi dia..."
siap ada sound effect lagi tu.
=)

 

Sabtu, Mac 01, 2008 11:25:00 PTG, Blogger Nunn

.....duit boleh dicari tapi kejujuran tak boleh dibeli.....

 

Ahad, Mac 02, 2008 8:39:00 PG, Blogger Brader Black

Bang,
aku tak sangka.

Kau bukan sahaja kachak-sopan-pemalu, malah amat jujur pula.

Salute lah kat kau.

 

Ahad, Mac 02, 2008 10:08:00 PG, Blogger KV

opss..lupa nak ucap slamat ulangtahun kelahiran yg ke 27 ek? Hehe
Moga pjg umur dan dimurahkan rejeki.Amin

 

Ahad, Mac 02, 2008 11:03:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Rumah my aunt ada toyol curi duit. Sembunyikan duit dekat rumah jiran sebelah pun, toyol tu boleh cari. Eeeeeiii......

Manusia sekarang sanggup lakukan apa saja untuk wang. Siap hantar toyol untuk curi duit. Yelah, wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlu wang. Kan??

 

Ahad, Mac 02, 2008 11:11:00 PG, Blogger KAMATO

Ko memang murah rezeki

 

Ahad, Mac 02, 2008 5:03:00 PTG, Blogger silversarina

apapun bila dah terbiasa tak ambik hak orang memang you takkan ambik walau banyak mana $$$$ depan mata... baik adik akak ni...

btw, bestnya sambut birthday, hadiah pun hebat !!!!

 

Ahad, Mac 02, 2008 7:02:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

baguihnya..

anak sapa la ni..

 

Ahad, Mac 02, 2008 7:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Azhar,
Hehehe! Tak tau nak komen apa...


mudin,
Itulah dia. Nak-nak lagi kalau cuma itu sahajalah duit yang dia ada..

Isk! Syahdu...


mista,
Tak berapa betul juga tu kot. Kalau kutip dan serah pada yang berkuasa lagi lebih afdal dari dibiarkan begitu... :)

Kalau 'tak tau' tak apa... :D


Pa'chik,
Hehehe. Kau ni... Sempat lagi tu.... Hehehe

Itulah dia. Tapi kalau diserahkan ke Balai Polis pun, boleh percaya ke? Kena bersangka baiklah kan... Hehehe!


masy,
Terkenang-kenang bukan sebab apa, tapi terfikir macamanalah agaknya gelabah dan gundahnya tuan punya duit yang hilang itu...

Terima kasih singgah di sini. :)


eisraa,
Dulu masa saya kecil-kecil, nakal, ada juga 'terjumpa' duit dalam kocek seluar abah yang tergantung di dinding dan 'terjumpa' duit simpanan atok di dalam tin Milo. Tapi itu dulu-dululah. Hehehe!


nunn,
Duit boleh dibeli dengan kejujuran. Tapi kejujuran tak boleh dibeli dengan duit. Eh! Betul ke ayat aku ni?

 

Ahad, Mac 02, 2008 7:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Brandal,
Isk! Kau tak perlu puji macam itu sekali, maksud aku bab jujur itu.... [yang bab 'kachak'-sopan-pemalu itu, oklah..hahaha!]

Aku rasa bersalah juga sebenarnya membiarkan duit itu di situ...


KV,
Terima kasih. Bukan yang ke 27 la .. Cuba KV baca betul-betul... :D


Phu Ying,
Betul, segala-gaanya perlu wang, nak membuang air di gedung membeli belah, misalnya...

Apa nak dihairankan PY... Ada toyol siap berpangkat Tan Sri, Datuk, bla..bla... lagi...:D


Kamato,
Terjumpa duit orang pun boleh dikira murah rezeki ke bang..? :D


King Binjai,
Selamat, Aman , Makmur? Hahaha!


Kak Silver,
Oh, terharunya... Tk.

Alhamdulillah. Dah ada orang sudi nak tolong sambutkan, saya OK saja. :D


Neeziee,
Err....Bagus ke kalau buat macam itu Neeziee?

 

Ahad, Mac 02, 2008 9:51:00 PTG, Blogger Jamal Abd Rahman

moral of the story...jgn ambil hak orang lain dan bersikap jujur itu satu sifat yang amat mulia dan terpuji..

nasib baik duit tu hak isteri abgJ, kalau bukan mesti dia suruh JP simpan sekali lagi...hehehe

 

Isnin, Mac 03, 2008 1:48:00 PG, Blogger Kerp (Ph.D)

wak,

aku kalo nampak duit rm50 terlantar atas lantai memang dah lama kebas dah. takpe, alhamdulillah ada lagi org yang jujur cam wak dalam dunia ni.

 

Isnin, Mac 03, 2008 10:27:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Wal hasil balik asal. Heh!

 

Isnin, Mac 03, 2008 10:28:00 PG, Blogger muor76

dedulu aku selalu jumpe duit... kengkadang duit tu aku share ngan kengkawan.. siap bagitau duit jumpe.. tu dulu ler.. mase sekolah.. skang nih tak pernah lak jumpe duit.. cume terjumpe beg duit yg isi nyer berkepok-kepok.. siap ade kad kredit... kontek no yg ade dlm wallet tu.. dpt ker tuan punya beg duit tu balik.. macam nak nangis mase dia cite time dia hilang beg duit dia tu.. sebagai pembalasan dia bagi aku 50.. untungkan yerk pulangkan beg duit orang.. heheheh

 

Isnin, Mac 03, 2008 11:20:00 PG, Blogger Nunn

Jp muor cam ne sana kubu kuat kan ...angin perobahan ada ke kat sana

 

Isnin, Mac 03, 2008 12:16:00 PTG, Blogger me3n

eh, duit kak H ade dalam tandas lelaki? ke ku yang tak paham maksud pojok ehehe.

 

Isnin, Mac 03, 2008 12:43:00 PTG, Blogger Rush Murad

aku kalau jumpa duit, terus ambik dan tanya sekeliling.... tak jumpa tuanpunya, masukkan dalam tabung masjid... manalah tahu, yg keciciran duit tu sedara-mara kita, org2 kat opis, yg kita kenal...kan?

 

Isnin, Mac 03, 2008 2:14:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

UncleJ,
Moral lain; 'kalau sudah memang nyata milik orang, tak akan menjadi milik kita ...' :)

Kalau bukan Kak H punya, saya akan bagi pada Abang J. Hehehe!


Kerp,
Walaupun air liur wak dah meleleh-leleh nampak duit itu, tapi wak tak sampai hati nak ambil. :D

Dan mana tau tuan punya duit itu pakai black magic cari balik duit dia tu... Tak ke naya :D


Azzam,
Duit jumpa kena cukai pendapatan tak ek? :D


muor76,
Kenapa kau tak kata, "laaaa...kedekutnya! Takkan kasi RM50 jer..... Hulur-hulurlah lebih sikit bang..."

Hehehe!


nunn,
Orang Johor lain sikit sentimennya. PRU dulu-dulu kalau letak calon batang pisang pun, Dacing yang menang. Kali ini tak tahu lagi, kita tengok siapa yang kenaaaa....! Hehehe!

Harap-harap ada angin perubahanlah. Baru meriah.. :)


ad3ck,
Tandas di ofis kami jenis unisek. :D


Rush,
Ha'ah. Betullah cara kau tu. Sepatutnya memang macam itulah. Macam juga komen Pa'chik di atas tu.

Masa aku jumpa duit itu aku tengah kabur kot. Tak boleh nak fikir dah... Kalau dah malas nak tanya / cari tuan empunya, hantar ke Balai Polis pun ok kan.....?

 

Selasa, Mac 04, 2008 9:45:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

kalau saya.. saya amik duit tu.. mcm kata abg J.. kalau kita tak amik org lain yg amik...

tp bukan amik utk saya... diserahkan kepada balai polis.. atau kalau saya rajin tampal iklan tanya sesapa hilang duit.. tp rasanya tak rajin.. atau.. sedekahkan saja ke masjid2.. dgn niat pahala utk tuan punya duit.. yela.. dr duit tu dijumpai org lain dan dibelanjakan utk kegunaan tah hapa hapa... at least tuan punya dpt pahala.... ini yg saya belajar la.. dah tak tahu nak pulangkan pada siapa...

sekurang-kurangnya abg J masih ade pertimbangan.. tak amik hak rakan2.. hehehe

 

Selasa, Mac 04, 2008 12:40:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tempe,
Tapi maksud kata Abang J itu ambil dan jadikan hak sendiri... :D

Berat tanggungjawap dan amanahnya bila terjumpa duit yang kita tak tahu siapa punya, kalau mengikut hukumlah. Sebab itu saya biarkan saja. Bak kata Pa'chik di tingkap komen di entri 'Cerita undilah saya' itulah.

:)

 

Selasa, Mac 04, 2008 10:34:00 PTG, Blogger kawaii_desu

bila kena kat diri sendiri tau pulak. kalau kita kat tempat awak, saya cakap balik apa yg dia cakap semalam...
takpun cakap, sib baik saya yg jumpa... kalau org macam Abg. J selamat dah duit tu

 

Rabu, Mac 05, 2008 8:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kawaii,
Saya kan pemalu orangnya. Hehehe. Tak terkeluar kata-kata, nak berterus-terang cakap macam itu. Tapi saya ada berkias-kias jugalah. :D