Isnin, Februari 18, 2008
Nenek saya berjiran dengan Wak Rahmat. Di kampung nenek saya itu siapa yang tidak kenal Wak Rahmat. Wak Rahmat itulah tempatnya bagi beberapa orang penduduk kampung yang terdesak mengadu. Mencari anak kambing yang hilang, mengubat anak kecil yang menangis tak henti-henti di tengah malam, atau mencari penawar suami yang gatal misalnya. Selalu-selalunya Wak Rahmat akan bakar kemenyan, sampai berasap-asap, kemudian baca ayat-ayat berbunyi seperti bahasa Arab, hembus kiri dan hembus kanan. Kemudian Wak Rahmat hulur sebotol air mineral 1 liter. Dan beberapa keping Ringgit Malaysia kemudian bertukar tangan.

Nama Wak Rahmat sudah tersohor sampai ke luar daerah. Orang-orang luar menganggap Wak Rahmat itu sangat hebat dan sakti orangnya. Hairan juga. Hebat dan sakti apanya. Badannya pun bukan gagah sangat, kudut saja.

Rumah papan Wak Rahmat itu jarang sepi dari dikunjungi orang. Ada sahaja yang datang. Bermacam-macam jenis orang. Dari yang buta kayu sampailah yang belajar di universiti luar negeri. Dari yang bermotorsikal cabuk sampailah yang berkereta lampu mata belalang. Dari yang entah siapa-siapa sampailah yang macam biasa dilihat di kaca televisyen dan di muka depan suratkhabar.

Nenek saya itu tak payah pergi ke Parlimen, Angkasapuri atau Seri Pentas untuk melihat muka selebriti dari dekat. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada sahaja politikus, penyanyi, pelakon dan aspiran yang datang ke rumah Wak Rahmat. Ada yang minta diasapkan wajahnyalah. Ada yang minta diasapkan cincin berbatu akeknyalah. Ada yang minta diasapkan gambarnyalah. Ada yang minta diasapkan mikrofonnyalah. Ada yang minta diasapkan borang Anugerah Bintang Popular Berita Hairanlah. Pendek kata, macam-macam benda hairan minta diasapkan.

Tapi, dalam satu dua minggu ini luar biasa ramainya tetamu yang datang ke rumah Wak Rahmat. Sampai jalan kampung yang sempit itu jadi sesak. Kereta berjejal-jejal, bersusun-susun sampai melimpah ke laman rumah nenek. Wak Rahmat tak menang tangan, kaki dan mulut dibuatnya. Dari sebelum waktu Subuh lagi sudah ada yang menunggu di depan tangga. Tidak putus-putus yang datang sampai jauh malam. Ada yang datang dari sejauh Perlis! Yang datang, kata nenek saya lagi, bukan kecil-kecil anak. Tapi semua Melayulah. Tan Sri itulah, Tan Sri inilah. Datuk itulah, Datuk inilah. YB itulah, YB inilah. Malah kelibat menteri yang dah tak larat nak berjalan pun ada. Kata nenek saya lagi, rata-rata membawa keris. Itu kata nenek sayalah. Kalau nenek saya tipu, tipu jugalah saya.

Hehehe!

TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/18/2008 12:07:00 PTG. |


52 Ulasan


Isnin, Februari 18, 2008 12:14:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Dan aku yakin, semua keris-keris itu telanjang!

 

Isnin, Februari 18, 2008 12:18:00 PTG, Blogger Tok Rimau

Jowo,
Penting. Hubungi tokrimau@gmail(dot)com jika anda berminat dengan projek buku: antologi entri-entri blog blogger terpilih.

Saya harap anda sudi turut serta.

 

Isnin, Februari 18, 2008 12:38:00 PTG, Blogger Nunn

ishh ishh ishh.....punyalah nak pangkat dan harta...sanggup gadaikan akidah.....ape ape pon..TAKBIRRR..

 

Isnin, Februari 18, 2008 12:47:00 PTG, Blogger Azhar Ahmad

Ahahahahah, memang hebatlah wak ittew... Apapun, kamu tak mintak jadi blogger terhebat kah? Ahahahha

 

Isnin, Februari 18, 2008 1:08:00 PTG, Blogger zwitterion

ooo, depa nak asapkan keris tu..;)

 

Isnin, Februari 18, 2008 1:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Mintak Wak Rahmat 'asapkan' supaya diorang tunaikan janji. Heh!

 

Isnin, Februari 18, 2008 1:42:00 PTG, Blogger Titicaca

siapa? siapa? siapa? (gaya ala2 bizibody gitu..)

ko nak tolong 'asap'kan apa? hehehe..

 

Isnin, Februari 18, 2008 1:56:00 PTG, Blogger Hambali ®

Brade JP, ni kami nak tanya tanya sikit. Wak Rahmat ada perkhidmatan asapkan muka bagi licin dak ??

Bukan apa, jemu dah la hari2 dok makan tempe tapi dok tak putih-putih jugak muka ni. Tak tau la kami kot-kot kawan tu tipu kami kot ?

Tok wan kami habaq, tak baik tau menipu. tapi P Ramlee pulak kata kalau bohong sunat takpa.

 

Isnin, Februari 18, 2008 2:05:00 PTG, Blogger Kemat

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Isnin, Februari 18, 2008 2:05:00 PTG, Blogger Kemat

bila diundi, kamu diminta percaya pada mereka..tapi mereka percaya pada keramat keris itu pula

 

Isnin, Februari 18, 2008 2:44:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mudin,
Hahaha! Janji terpilih. Telanjang ke bersarung, belakang kira...


Tok Rimau
Sudah diemelkan. Terima kasih Tok.


nunn,
Nak terpilih jadi calon punya pasal.....

BULATkan hati. Tak payah TIMBANG-TIMBNG lagi dah.... :D


Azhar,
Hehehe! Wak Rahmat itu entah tahu entah tidak apa itu blog....


Zwit,
Ha'ah. Begitulah kira-kiranya. 'Asapkan' keris. :D


Azzam,
Janji PRU yang mana bro'? Janji PRU yang ke-7 dulu itu ke? Hahaha!


Titicaca,
Siapa lagi.... Hahaha!

Aku tak suka main asap. Lemas..... :D


Hambali,
Setahu aku, Wak Rahmat pandai mengubat benda-benda mistik saja. Kosmetik dia tak buat. Hehehe!

Tempe jadi tempelan...
[Ada baca entri 'Tempelan' di bawah itu? :D]


Kemat,
Itulah dia. Nak sangat terpilih jadi calon punya pasal........

 

Isnin, Februari 18, 2008 2:52:00 PTG, Blogger achik

wah.. 'masyuk' la Wak Rahmat ek.. ;D

 

Isnin, Februari 18, 2008 3:05:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Khadijah kata di kampungnya nun jauh di utara ada calon parti ular minta Pak Alang Tangkal Hikmat jampi-jampi tiang bendera dan kain rentang. Supaya para pengundi berkenan nak terbuka hati hati nak undi dia lagi. Kata calon itu nak jumpa Wak Rahmat jauh sangat. Dia tiada masa sebab parlimen bubar secara tiba-tiba. Pak Alang Tangkal Hikmat juga tak kurang hebatnya. Kata Khadijah.

 

Isnin, Februari 18, 2008 3:11:00 PTG, Blogger aNIe

Lima tahun sekali kantong duit Pak Rahmat kembong lah...masyuuukkk....

Apa kejadahnya semua tu...menyesatkan aje...

 

Isnin, Februari 18, 2008 3:18:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Err...lupa nak cerita lagi. Kata Khadijah lagi calon itu belum lagi tersenarai dalam penamaan calon, tapi dia yakin "boleh" hasil risikan spy2nya. Maklum la dia begitu akrab dengan menantu kepala negara yang suka tidur itu :)

 

Isnin, Februari 18, 2008 3:35:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

kagum dgn wak tu...

sape die?

 

Isnin, Februari 18, 2008 3:53:00 PTG, Blogger Pa'chik

aloooohhh lah... apa sangat lah dosa syirik kalau nak banding ngan pangkat dan harta kan.. huhuhu...
gila dah orang-orang tu semua...

err... nak bagi kuat dan perkasa tu.. doktor tu gi jumpa wak rahmat gak ke?
ekekek...

 

Isnin, Februari 18, 2008 3:54:00 PTG, Blogger Pa'chik

oppss... doktor yang salah cucuk hari tu...

 

Isnin, Februari 18, 2008 4:40:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Nak mintak ubatkan suami mata keranjang, boleh?? ;-)

 

Isnin, Februari 18, 2008 6:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Achik,
Hujung tahun ini nampaknya Wak Rahmat dapat pergi naik haji sekali lagi. Pergi pun pakai pakej VIP punya... :D


Kak WL,
Dah alang-alang di Utara tu cubalah minta Pak Alang Tangkal Hikmat tu ubatkan imam yang ada sakit asyik tidur tu.... :D


Kak Lady,
5 tahun sekali Wak Rahmat dapat pergi ke Mekah dan tukar kereta baru. Dah rezeki dia.

Mereka tak fikir sesat atau tidak...Agaknyalah.


waterlily,
Cuba baca di sini. Sekadar berkongsi pautan. :D


mama ranggie,
Wak Rahmat. Dia tok bomoh sebelah rumah nenek.


Tapi watak-watak itu hanya fiktif semata-mata. Cuma satira :)


Pa'chik,
Syirik itu sebesar-besar dosa Pa'chik. Lebih baik jadi jahat macam Ismail Kerbau dari jahat buat syirik. Ini cuma perumpamaan. Bukan maksudnya nak suruh jadi macam Ismail Kerbau. :D

Nanti aku tanyakan nenek aku, doktor gigi itu ada datang jumpa Wak Rahmat tak. Hahaha!


Phu Ying,
Suami siapa yang mata keranjang PY?

:D

 

Isnin, Februari 18, 2008 8:17:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

woit.. itu sarkas lah.. hahah...

aku tanya doktor yang gagah perkasa tuh.. yang salah cucuk... bukan doktor gigi.. hahah...

lama tak dengar nama mail kuba tuh... heheh...

 

Isnin, Februari 18, 2008 8:28:00 PTG, Blogger silversarina

Hebatnya Wak Rahmat ni...kenapa agaknya Tan Sri tu semua tak yakin dengan diri sendiri... pelik .

 

Isnin, Februari 18, 2008 11:27:00 PTG, Blogger zino

rezeki wak rahmat ... lumayan hehe

 

Isnin, Februari 18, 2008 11:33:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

wak purp,

aku paling tak hairan semua melayu je yang suka ikut jalan pintas nih. nasib baik laa aku dapat orang jawa...

heheheheh...

 

Selasa, Februari 19, 2008 12:47:00 PG, Blogger farazdaq

hmm...lepas ni wak rahmat dah boleh pakai kereta lampu mata belalang..buat rumah batu..atau..pilih calon isteri.

 

Selasa, Februari 19, 2008 1:01:00 PG, Blogger kawaii_desu

Blackpurple, wak tu blh bagi org kurus tak hehehe

 

Selasa, Februari 19, 2008 8:32:00 PG, Blogger Brader Black

aaaa,
mujurlah tak ada yang minta diasapkan tempenya.

 

Selasa, Februari 19, 2008 9:47:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hehe, ape la guna cara macam tu ek?pelik aku..macam setan lg kuat dari Tuhan..

isk isk, nak mati pun tak ingat lg

 

Selasa, Februari 19, 2008 10:04:00 PG, Blogger Mak Su

berasap-asap (teringat plaks kat husband yg suh belikan rokok sekotak pagi tadi)

 

Selasa, Februari 19, 2008 10:18:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Keris saje yang dibawa ke? Limau dan kemenyan dah ada tersedia kot?
Pada 8 Mach itu, bulan gelap. Mungkin sengaja di pilih untuk beri efek, agar bulan tidak mengambang.
Selamat berkempen dan mengundi.

 

Selasa, Februari 19, 2008 12:58:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'chik,
Hahaha!

Doktor itulah juga yang aku maksudkan Pa'chik. Diakan doktor gigi. Kan? Hehehe


Kak Sarina,
Sebab tak percaya pada Tuhan agaknya. Agaknyalah....


Zino,
Wak Rahmat juga yang untung. Hehehe...


Kerp,
Longgar pegangan agama, barangkali... :)

Apa lagi yang nak wak katakan lagi. Dah betullah tu pilihan kau. Tahniah dapat orang Jawa...Hehehe!


johari,
Aku tak suka roket. Aku tak suka dacing. Aku suka bulan. Hehehe!


faradzaq,
Rezeki Wak Rahmat 4-5 tahun sekali.....Hehehe...


kawaii,
Wak Rahmat kata, kalau nak kurus jaga diet, amalkan pemakanan yang sihat dan kena rajin bersenam. Hehehe.


Brandal,
Hahaha! Kau tak nak tahu nama selebriti yang minta cincin akeknya diasapkan tu..? Hahaha!


ted,
Sebab mereka tak ingat Tuhanlah mereka berani buat.... :)


mak su,
Saya tak suka asap yang itu juga. Membahayakan kesihatan. Hehehe!


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Kata 'mereka' keris itu simbol ketuanan bangsa. Kata 'mereka'lah.

Kawan-kawan saya di sini ramai yang dah 'bulat'kan hati tuan. Tak nak 'timang-timbang' lagi... Saya kata, undi rahsia... :)

 

Selasa, Februari 19, 2008 2:08:00 PTG, Blogger cakapaje

Salam Tuan,

Sedap lagu ni, siapa nyanyi ye?

Dan er...nenek tinggal di mana? :)

 

Selasa, Februari 19, 2008 2:44:00 PTG, Blogger jagoan

aku yakin, orang tua bercakap benar. Sama jugak dengan budak-budak tak pandai berbohong.. :D

 

Selasa, Februari 19, 2008 2:46:00 PTG, Blogger Pa'chik

rasanya dia doktor sakit jiwa... hehehe... doktor-sakit-jiwa, doktor sakit-jiwa... mana satu ntah..

 

Selasa, Februari 19, 2008 4:17:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Orang kita ni, belum luruh tali pusat dah percayakan bomoh.

 

Selasa, Februari 19, 2008 5:14:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

cakapaje,
Waalaikumusalam.

Penyanyinya Eko & Kuncung. :D

Di sebuah kampung Melayu tradisional yang dirahsiakan lokasinya.

[Cuma fiksyen semata-mata :)]


ah tok,
Nenek memang tak pandai menipu.

Tapi ada juga orang tua yang menipu. Nak-nak lagi dekat-dekat pilihanraya ni. Tak percaya malam ini tengok Berita RTM atau Buletin Utama. Ahaks!


Pa'chik,
Hehehe!


Pegawai,
Ada yang dalam perut lagi dah kenal bomoh.

Tapi bukan semualah. :)

 

Selasa, Februari 19, 2008 11:52:00 PTG, Blogger weAr

kaya wak rahmat `musim` ni..

 

Rabu, Februari 20, 2008 1:34:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah
lepas ni wak rahmat kena ada bodigad. ancaman nyawa nanti. mesti yang datang tu kena cakap/ faham bahasa melayu-jawa kan? ke wak rahmat pandai bahasa inggeris?
kudut tu apa maknanya?
=)

 

Rabu, Februari 20, 2008 1:38:00 PG, Blogger A t i Q a h

bukan wak rahmat aja yang masyuk..
rakan-rakan seperjuangan wak rahmat di seluruh pelosok tanah melayu juga masyuk!!

 

Rabu, Februari 20, 2008 10:27:00 PG, Blogger me3n

listkan laa nama2 nye ehehehe. itu namanye 'kempen alternatif' ;p.

 

Rabu, Februari 20, 2008 12:19:00 PTG, Blogger Jie

musim yang meriah....semua orang teruja...

 

Rabu, Februari 20, 2008 3:10:00 PTG, Blogger NBK466

Nak gi asah keris tuh buat apa ek? Cam zaman Melaka nak tentang Portugis ler pulok...isk..isk..isk..

 

Rabu, Februari 20, 2008 11:05:00 PTG, Blogger tokasid

Salam Wak Pinter:

Sehebat mana pun orang Melayu,amat sukar utk di kikis kepercayaan kepada bomoh atau dukun. Kerana mahu kesenangan dunia atau kemasyuran perkara yang mungkin khurafat atau menghampiri syirik tidak di pedulikan lagi.

Mereka lupa betapa terdapat cara-cara yang Rasulullah s.a.w. telah tunjukkan dengan doa-doa yang bagus utk kita bermunajat kepada yang Maha Mencipta.

Semoga ALLAh pelihara kita dari perlakuan begitu.

 

Khamis, Februari 21, 2008 12:30:00 PG, Blogger shahril aley

kenapa la orang kita perlu buat segala benda pelik2 ketika berada dalam keadaan begitu. nampak sangat la mereka memerlukan sesuatu bagi memantapkan diri. adakah mereka ini layak dipanggil pembela?

 

Khamis, Februari 21, 2008 1:21:00 PG, Blogger Jamal Abd Rahman

biasalah tu..bukan takat wak rahmat je yg kaya..segala bomoh terhandal pun tumpang jadi kaya setiap lima tahun...

orang sebegitu yg kita nak jadikan pemimpin?? fikir2kanlah...

 

Khamis, Februari 21, 2008 9:04:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Alangkah baiknya 4-5 tahun sekali orang-orang yang hebat itu datang kepada Wak Rahmat minta jernihkan hati-hati mereka. Tapi kalau dah terlunak dengan hiasan dunia, manakan mampu membangunkan tidur yang lena membuai mimpi hingga lupa pada janji-janji.

Dan alangkah baiknya juga tiap-tiap hari, kalau malas pun, 4-5tahun sekali Wak Rahmat redha fuh sana fuh sini minta jernihkan mata hati mereka yang lelap tanpa had hari itu agar di beri petunjuk ke arah kebaikan.

Biarlah anugerah Allah SWT itu digunakan untuk kesejahteraan umat Islam seluruhnya. Wallahua'lam.

 

Khamis, Februari 21, 2008 12:43:00 PTG, Blogger Sya

eh eh.. bp ada tak alamat Wak Rahmat ni.. nak gak pegi.. ha ha ha.. mcm2 orang dlm dunia ni.. bukan nak mintak tolong ngan Allah..

 

Khamis, Februari 21, 2008 1:34:00 PTG, Blogger DeeN

PuRP,
Yang dari Perlis tuh Nenek ko tak cakap ke sapa namanya? Anak sapa? Kawasan mana? Keja apa? Duit banyak mana?
HaHaHaHaHa .. mana Lah tau kan, kan =B

 

Khamis, Februari 21, 2008 2:17:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

arsaili,
Selagi bernama manusia... :)


wear,
Jom berniaga air mineral depan rumah Wak Rahmat... Hehehe!


eisraa,
Salam.

Wak Rahmat boleh cakap Arab juga, sebab saya dengar jampinya semua dalam bahasa Arab.. :D

Kudut itu lebih-kurang macam kurus.. :D


atiqah,
Ya. Wak Rahmat itu cuma salah seorang dari mereka. :D


ad3ck,
Nanti aku minta nenek tangkap gambar satu-satu yang datang. Hehehe!


cikin,
Rosak kalau orang Jawa, panggil bejat. :D


Jie,
Macam festival pulak kan... :D


nbk,
Lambang ketuanan bangsa. Kata merekalah. :D

 

Khamis, Februari 21, 2008 2:32:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Dr Tokasdi,
Waalaikumusalam doc.

Saya masih lagi teringat entri-entri doc yang lepas tentang akidah, sesat dan murtad itu. :)

Masyarakat kita sudah menjadikan jampi-serapah itu sebagai budaya. Agak susah untuk dikikis apatah lagi bagi masyarakat yang berfikiran konservatif. Tapi bukan semuanyalah begitu....

Semoga kita semua sama-sama sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus dan benar.


Shahril,
Untuk mendapat pangkat, jawatan dan kedudukan, kadang-kadang manusia sanggup berbuat apa sahaja. Biarpun dengan jalan yang sesat.


unclej,
Semoga kita semua sama-sama diberi petunjuk memilih yang benar. :)


B Rampai,
Waalaikumusalam BR.

Mereka terlalu terpesona dengan keindahan dunia.....

Kalau mereka percaya kepada kekuasaan Tuhan, bukan Wak Rahmat dan yang seumpamanya itu tempatnya untuk mereka mengadu dan meminta tolong.

:)


Kak sya,
Tak baik jumpa Wak Rahmat untuk berubat. Karut semua tu kak sya.

Hehehe!


nur@,
Nanti aku tanya nenek aku. Tapi kata nenek, orangnya tu agak dah tua juga......Hehehe!