Sabtu, Mac 08, 2008
Gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah mati atau yang dah mati hidup semula.

I
Di kaki lima di luar bilik darjah.

Barisan di saluran 3 itu panjang dan melingkar. Sudah jadi seperti bulatan. Barisan di saluran 2 sederhana panjangnya. Barisan di saluran 1 cuma satu-dua orang yang beratur. Barisan di saluran 4 pula macam tiada orang langsung yang beratur.

Kawan saya kata, barisan di saluran 3 itu pengundi BA, saluran 2 pengundi Parti Pundak, saluran 1 untuk orang-orang tua dan saluran 4 itu untuk pengundi BN. Hehehe!


II
Di kaki lima di luar bilik darjah. Barisan itu panjang dan melingkar. Sudah jadi seperti bulatan.

"Oooiii!!! Cepat sikitlah buat kerja tu! Dah lama sangat beratur ni. Tak kerja kang kami tak ada gaji!" Lelaki di belakang saya berang. Marahnya itu ditujukan kepada petugas SPR di dalam bilik darjah. Kemudian datang pegawai SPR dan seorang anggota polis muda menenangkan lelaki itu.

Kenapalah tidak dibuat saja hari mengundi pada hari esok, Ahad, 9 haribulan, hari tidak bekerja ek? Agaknya sebab angka 9 tak ada ong, tak macam angka 8 atau 13 atau 24 kot. Agaknyalah.


III
Di kaki lima di luar bilik darjah. Barisan itu panjang dan melingkar. Sudah jadi seperti bulatan.

Saya nampak kelibat seorang rakan sesekolah semasa bersekolah di STM, Muar dahulu. Lama sungguh tak berjumpa. Selepas SPM dia ke U lain, saya ke U lain. Dia tinggal di kawasan taman perumahan yang sama rupanya, cuma berlainan fasa!

Itulah. Pusat Pengundian juga jadi tempat berjumpa semula orang yang tak disangka-sangka atau orang yang sudah lama tak berjumpa, tok imam atau pak bilal misalnya. Isk! Nampak sangat lama tak berjemaah di surau.


IV
Di kaki lima di luar bilik darjah. Barisan itu panjang dan melingkar. Sudah jadi seperti bulatan.

Seorang lelaki Melayu di hadapan saya, juga seorang lelaki Cina di belakang saya keluar dari barisan. Tak sanggup beratur lebih lama. Kedua-duanya nampak sihat dan segar bugar.

Di barisan yang satu lagi, seorang lelaki datang berpapah dan seorang lagi nampak berbungkus kakinya dan terjungkit-jungkit memakai topang. Kedua-duanya sabar beratur.

TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/08/2008 03:27:00 PTG. |


28 Ulasan


Sabtu, Mac 08, 2008 4:06:00 PTG, Blogger Sastri

begitulah pengalaman semasa membuang undi pagi tadi ek...

saluran tu, menurut kakak di ofis, ditentukan mengikut peringkat umur... saluran 1 untuk yang berusia 60-70 tahun ke atas... dan seterusnya... tak tau la betul ke tidak...

dalam pada itu, kalau satu saluran panjang berjela, saluran lain plak pendek, tak bole ke dibuka saluran tu bagi mempercepatkan proses... maklum saja la, orang yang bekerja macam abang yang marah tu, kesian gak laa...

menguji kesabaran pun ye gak kan... tapi ok gak sebab dapat jumpa kawan lama lagi dalam berbaris tu... keskeskes...

ok la kalau macam tu... :p

 

Sabtu, Mac 08, 2008 4:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Kurang sejam lagi sebelum kaunter ditutup. Kalau dah pukul 5 tapi orang masih berbaris, macam mane purp?

 

Sabtu, Mac 08, 2008 6:13:00 PTG, Blogger achik

masa saya mengundi tadi xla ramai sgt.. x perasan pun gelagat2 orang lain.. heheh.. ;p

 

Sabtu, Mac 08, 2008 6:23:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Betul seperti kata Sas tu. Saya di saluran dua dan anak saya yang berumur 27 di saluran 6.
Tu yang pelik kenapa anda di saluran 3 pula?
Mungkin betul juga agakan kawan anda tu, saluran tu untuk pengundi BA, nak susahkan anda sikit, sebelum mereka anda susahkan...Hehehe...

 

Sabtu, Mac 08, 2008 6:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Macam-macam gelagat ada di pusat pengundian. Turun dari kereta lagi perayu undi dah datang merayu. Hehehe!

O, ikut umur ek, macam itu rupanya. Saya tak kaji pulak. Hehehe.

Itulah magiknya. Kalau tak mengundi tadi, mungkin tak dapat jumpa kawan lama satu sekolah dulu.


Phu ying,
Errr....Saya cuma pengundi. Masalah itu kena rujuk kepada pakcik yang pagar rumahnya kena simbah cat merah itu. Dia lebih arif lagi bijaksana. :)


achik,
Tengok gelagat manusialah yang menariknya. Boleh dijadikan entri blog. Hehehe!


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Di tempat pengundian di kawasan saya tadi cuma ada 4 saluran tuan. Mungkin julat umur di pusat pengundian tempat saya itu dilebarkan agaknya. Agaknyalah.

Kawan saya itu cuma bergurau agaknya, tapi memang sinis dan dalam sungguh maknanya. Hehehe.

 

Sabtu, Mac 08, 2008 7:18:00 PTG, Blogger Titicaca

kat sini pon sungguh meriah tempat mengundi.hehe
saya? err..err..tak balik kg mengundi..

 

Sabtu, Mac 08, 2008 7:22:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Kalau saluran tu ikut parti, tak adalah 'undi adalah rahsia' lagi. ha ha

 

Sabtu, Mac 08, 2008 7:40:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

titicaca,
Kita tunggu keputusannya malam ini. Kita tengok siapa yang kenaaaaaa.... Hehehe!


atiqah,
Kawan saya itu memang sinis cakapnya dan sarkastik sedikit orangnya. Macam saya juga. Hehehe!

 

Sabtu, Mac 08, 2008 9:46:00 PTG, Blogger aNIe

Macam2 gelagat orang di tempat mengundi kan?...kak lady paling suka tengok penyokong2 wakil2 yang bertanding...meriah betul...

 

Ahad, Mac 09, 2008 1:09:00 PG, Blogger akirasuri

He he he..
Saya tidak berkesempatan menghayati kesibukan orang berpilihanraya..

:D

 

Ahad, Mac 09, 2008 7:08:00 PG, Blogger zino

keputusan telah di ketahui... mesej yg amat jelas.. kedah, perak,selangor jatuh kepada pembangkang..

ramai menteri juga tewas..

 

Ahad, Mac 09, 2008 7:34:00 PG, Blogger kingbinjai

tahniah, mereka gagal perolehi 2/3 kerusi.

 

Ahad, Mac 09, 2008 7:37:00 PG, Blogger khairyn

Tahniah untuk BA.

Tahniah juga untuk orang Bandar Maharani yang sudah celik dan boleh mendengar.

 

Ahad, Mac 09, 2008 9:11:00 PG, Blogger Ted

adeh..kalau barisan itu sudah dicapkan barisan parti mana..takdelah "undi adalah rahsia'..barisan tu ikut umur kot...

ektelli, tiadakah dialog2 best undi hantu di sana?hehe

 

Ahad, Mac 09, 2008 12:32:00 PTG, Blogger silversarina

akak pengundi no 4 di saluran 2, datang awal macam nak buka bilik mengundi je... kat tempat akak bertugas barisan tak melingkar macam bulatan, ia jadi huruf L , ada yang potong line kena 'halau' ke belakang ...hehehe.

 

Ahad, Mac 09, 2008 12:55:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tahniah org sg abong dan maharani kerana dah pandai buka mata, saya terkinja ada org muor yg dah celik... eh, saudara undi di mana? hehe. - saya, org penggaram yang suaranya tak didengar.

 

Ahad, Mac 09, 2008 3:17:00 PTG, Blogger Nunn

taniah negeri aku dibawah BA ......TAKBIRRR....

 

Ahad, Mac 09, 2008 4:15:00 PTG, Blogger Rush Murad

kita tunggu dah lihat jer ek... jangan sampai menang sorak, kampung tergadai, menang borak, tanah orang Melayu tergadai...

 

Ahad, Mac 09, 2008 5:23:00 PTG, Blogger Pa'chik

sekarang semua yang ngaku yang berkhidmat tu.. jangan nak jadi cam orang bien lah... jangan sibuk cari kekayaan sendiri pulak... sepak kang baru tau.. hahaha...

tembus jugak kat kubu kuat tu ye...

 

Ahad, Mac 09, 2008 6:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak lady,
Hiburan percuma 4-5 tahun sekali. Hehehe!


akirasuri,<
Ruginya. :D


Zino,
Kuasa ditangan rakyat. Itulah dia. :)


Kingbinjai,
Semoga 'mereka' sedar. Jangan sesekali angkuh pada rakyat, Tuhan akan tunjuk kebenarannya juga. :)


Khairyn,
Sungguh bangga menjadi anak yang berbandarkan Bandar Maharani. Permulaan yang baik. :)


Ted,
Kata-kata sinis yang dalam maksudnya sebenarnya tu.

Tak ada pulak. Hehehe.


Kak Sarina,
Ada yang sanggup keluar barisan kerana malas nak beratur. Entah apa-apalah diaorang. Beratur panjang beli tiket tengok bola atau wayang sanggup ... :)


lee lin,
Saya mengundi di Puchong Selangor. Parlimen tempat saya anak Gobind, anak Karpal Singh menang. ADUN pulak BN menang cuma 45 undi. Tapi yang penting BN di Selangor tumbang!

Tahniah untuk BA.


nunn,
Kemenangan untuk marhaen.

Takbir!


Rush,
Demokrasi itu adil. Rakyat sudah bersuara, mesejnya jelas. :)


Pa'chik,
Betul. Amanah rakyat. Jangan mula-mula niat berkhidmat untuk rakyat, lama-lama berkhidmat untuk kantung sendiri, suku-sakat atau anak-beranak pulak. Tak kiralah partai mana sekalipun.

Muar tuu.... Kagum! Kagum! Hehehe!

 

Ahad, Mac 09, 2008 11:59:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kau ni mmg betul org jowo? aku bugis

 

Isnin, Mac 10, 2008 11:13:00 PG, Blogger ManjLara

sampai ada yg diberhentikan kerja gara-gara tak mendapat cuti dari majikan untuk mengundi...

 

Isnin, Mac 10, 2008 1:13:00 PTG, Blogger Jie

kakjie dtg awal, antara org pertama yg mengundi...peti luksinar tu ade dlm 2-3 kertas undi. Tak pergi check kt pondok panas pun, dah tau saluran mana2...terus menonong tak sabaQ nak pangkah!

Kat area Nurul Izzah, sedara kakjie mengamuk..saluran 1 kat tingkat atas, bayangkan org tua²tu nak naik tangga.....tak pasti SPR tu ada otak ke tidak.

 

Isnin, Mac 10, 2008 4:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mohd Aidil,
Ha'ah. Saya generasi kedua lahir di Malaysia. Atok asal dari Kebumen, Tanah Jawa :)


manjlara,
Itulah dia. Macam-macam.


Kak Jie,
Tempat saya di depan rumah saja. Saya datang dengan bergaya, balik pun dengan bergaya. Hehehe!

Di kawasan Parlimen Seputeh pun dengarnya ada kes serupa itu. Saluran 1 di tingkat 3 sekolah. Habis kalau orang tua dah tak larat panjat tangga atau OKU macamana? Tak peka sungguh....!

 

Selasa, Mac 11, 2008 8:10:00 PTG, Blogger kawaii_desu

ada ygtinggalkan kertas undi kat booth undi...

rugi betoi.

ntah la....
sedih

 

Rabu, Mac 12, 2008 3:31:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Saya bertemu seorang kawan lama. Tegurnya, "Wah, pakai baju putih ... awal-awal lagi dah mengaku kalah?" Saya senyum. Dan sekarang masih senyum :-)

 

Rabu, Mac 12, 2008 11:06:00 PG, Blogger Cik Keju

kat sekolah tempat aku mengundi aritu ade 2 saluran je. sebab tu 'barisan' tak jadi 'bulatan' kat tempat aku..

 

Rabu, Mac 12, 2008 12:07:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kawaii,
Mereka tak faham nilai harga sebenar 1 undi itu agaknya...


B Rampai,
Waalaikumusalam BR.

Apa kata mereka agaknya ya, kalau BR memakai baju putih berkain hijau hari itu? :)


Cikin,
Sebab pusat pengundian tempat kamu itu tak ramai jumlah pengundi kot....Ada tempat pengundian yang sampai 7 saluran pun ada...