Khamis, Februari 21, 2008
Pagi tadi saya terserempak dengan Abang Mat. Abang Mat bercerita sambil marah-marah saja nadanya.

Abang Mat itu cuma kerani biasa. Agak sengkek orangnya. Nasib baiklah tinggal dengan emak. Tak payah bayar sewa rumah. Abang Mat itu motorsikalpun tak ada, kereta memang tak mimpilah. Bas nombor 46 itu sajalah tunggangannya setiap pagi dan petang untuk ke pejabat. Sejak dari budak-budak dulu lagi Abang Mat cukup setia dengan bas nombor 46 itu. Entah sebab apa, Abang Mat saja yang tahu. Padahal bukan tiada bas lain yang lalu di kampung itu. Kata Abang Mat, bas itu cantik, ada penghawa dingin dan tempat duduknya empuk. Abang Mat juga paling suka drebarnya. Katanya, drebarnya bagus, pandai menghias bas dan cekap pandu bas. Walaupun selalu merapu dan merepek yang bukan-bukan tetapi cara pemanduan drebar bas itu Abang Mat puji, lancar dan laju.

Tapi itu dululah. Semasa Wak Mahat jadi drebarnya. Sehari dua ini Abang Mat sedang timbang-timbang untuk bertukar naik bas lain. Abang Mat sudah hilang sabar dengan bas nombor 46 itu. Sejak Wak Mahat pencen dan Wak Dol jadi drebar baru, tengok kelibat bas itupun Abang Mat jadi menyampah dan merebak angin satu badan. Geram dan berbulu sungguh Abang Mat.

Kata Abang Mat, bas nombor 46 itu memanglah nampak semakin cantik sebab bercat baru tapi nampak cantik dari luar sajalah, di dalamnya berbau hancing. Orang pernah ternampak Wak Dol kencing di dalam bas. Tak senonoh betul! Kerusi bas itupun sudah banyak yang bejat dan tanggal. Penghawa dingin rosak, dinding dan lantai pun bocor sana sini. Abang Mat kata, Wak Dol pandu bas itupun entah apa-apa. Sudahlah pandu lembab macam kura-kura, adakah patut sambil memandupun boleh terlelap, kalau bas itu terbabas atau berlanggar kan nahas namanya. Sia-sia saja nanti mati percuma, kata Abang Mat.

Satu lagi yang buat Abang Mat paling berbulu bila suatu hari dia ternampak Wak Dol menggatal dengan seorang amoi. Menjolok mata betul! Mana tidaknya, siap bergesel-gesel tangan lagi. Bukan Abang Mat sahaja yang nampak, penumpang lainpun nampak. Tak sangka. Padahal Wak Dol itu nampak macam alim orangnya.

O, begitu ceritanya. Barulah saya faham kenapa Abang Mat marah-marah sampai macam itu sekali.

TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/21/2008 02:07:00 PTG. |


51 Ulasan


Khamis, Februari 21, 2008 2:45:00 PTG, Blogger Mak Su

wah abang mat.... geram ni... kasik tukar itu derebar

 

Khamis, Februari 21, 2008 3:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ooo tak salahlah klu abg mat marah sangat. klu abg mat p tampar wak dol tu pun takpe kot rasanya sbb perangai dia yg ske menggatal tu.

tapi bukanlah salah kura-kura bila wak dol pandu bas tu lembab..jaga keselamatan penumpang kot..hehehe.

waras yo :)

 

Khamis, Februari 21, 2008 3:04:00 PTG, Blogger muor76

bos no 46 nih bas yg baru ke yg lame... dedulu ade gak bas 46.. tp bas lame ler... dreba bas baru yg nombor nyer 46 gak telah mencilok penumpang bas lame 46.. cilok ngan paksaan lak tu.. tetibe jerk dreba bas baru tu kutip penumpang kat tepi jalan walhal dia tau penumpang tu penumpang bas yg lame...
tapi kan ko tau tak kat ner ko leh jumpe moto bsa yg no pendaftarannye S46?

 

Khamis, Februari 21, 2008 3:13:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

ishhh...ramai jugak ya lelaki yg gitu skrg...'life begin 40'

hehehe...

bayangkan kalo anak wak dol nampak...kan kes naya...lain lah kalo die MEMANG belum kawen...

 

Khamis, Februari 21, 2008 3:17:00 PTG, Blogger Pa'chik

wei.. bas patplonam tu.. drebar dia jali botak lah... dah eksiden, jual kat mamak besi buruk dah...

bas sekarang ni, nombor 88, bersi baru bas 46...

sekarang ni, pakai konduktor lah dude.. menyemak sungguh mamat tu.. ada ke dia panggel penumpang beruk-beruk di jalanan...

:P

 

Khamis, Februari 21, 2008 4:06:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

hehe wak dol tu alim kucing.nampak gayanya kalau KJ baca entry ni mesti dia masukkan bas Rapid ke kampung tu.mesti abang mat suka hehehe

 

Khamis, Februari 21, 2008 4:50:00 PTG, Blogger asuhara sue

ingat tak pantun mak sudin cerita bujang lapuk time begaduh dengan mak eton?

kalau tak anak awak (eton) meleser, tak kan anak saya datang terhegeh (sudin).

p/s: saya rasa konsepnya lebih kurang dgn wak dol ni la (walaupun patutnya wak dol menjaga tatatertib!)

 

Khamis, Februari 21, 2008 5:04:00 PTG, Blogger inna hayati

salam singgah...

ape kate Abang Mat wat rampasan kuasa, merampas bas nombor 46 itu n jaga dengan elok macam Wak Mahat jaga bas tu...

biarkan Wak Dol tonggang terbalik dengan amoinye...;)

 

Khamis, Februari 21, 2008 5:08:00 PTG, Blogger Titicaca

satira ke ni? dekat2 penamaan calon ni...heheheh..

 

Khamis, Februari 21, 2008 5:40:00 PTG, Blogger Hasrul Halid

Err... bukan ker baru-baru ni Wak Mahat kata jangan naik bas tu dah? Atau aku yang tertinggal bas nih?

 

Khamis, Februari 21, 2008 6:04:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Meh..meh kita pakat rampas bas tu dengan cara yang betul. Sekadar nak tolong abang Mat hehehe...kseian sama-sama naik bas dengan dia. (Purp tulis camni tak kena sue kan?) :D

 

Khamis, Februari 21, 2008 6:10:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mak su,
Tukar basnya sekali...... :D


Ayu Mkay,
Hehehe!

Kalau lorong laju pun bawa perlahan, berhati-hati apa namanya... Hehehe!

Waras, alhamdulillah... :)


Muar76,
Hahaha!

Mana nak cari no plat macam itu Muor? :p


MR,
Dah kahwin dua kali dah. Anak menantunya sendiri yang jadi konduktor bas itupun. Hehehe!


Pak'chik,
Ini tak ada kena mengena dengan Jali Botak itu Pa'chik....

Drebar bas satu lagi kata Orang Utan yang suka naik bas itu. Hahaha!


Butaseni,
Bukan setakat bas Rapid, jet mewah sekali kot. Hehehe!


Sue asuhara,
Wak Dol guna konsep Islam ada had dan ada hari.... :)


inna,
Salam. Selamat datang ke dunia Jowopinter!

Bas yang dah rosak sana-sini, abaikan sajalah. Naik saja bas lain. :)


Titicaca,
Hehehe!

Selamat makan mi bandung Muor. Hehehe!


Pegawai,
ha ha ha!


Hasrulhalid,
Dengarnya macam itulah. Menyesal tak sudah Wak Mahat pass stereng bas itu pada Wak Dol.


WL,
Abang Mat kata dia nak tukar naik bas lain. Bas yang drebarnya pakai serban. Selamat dan selesa perjalanan. :D

[Ini fiksyen. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Harap maklum :D]

 

Khamis, Februari 21, 2008 8:04:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude, bas pat ponam eksiden taun lapanplalapan dulu.. jali bawak bas pat ponam, mahat bawak bas lapanplapan... hahaha...
mahat pujuk jali jual bas patponam kat mamak besi buruk, pas tu, sepak keluar WaWa yang suka wat bising dalam bas.. hahahah... lepas tu baru pas stereng kat Dol.. hehehe.... pas tu dol bawak masuk longkang lah bas nih... ekekek..
la ni.. jali cuma jadik tukang pam tayar je.. hahah...

 

Khamis, Februari 21, 2008 8:22:00 PTG, Blogger farazdaq

nape wak dol kencing dalam bas??mungkinkah sebab kenaikan harga tandas awam?? masalah 'incontinence'???ooooo..wak dol tak de 'sivik'.

 

Khamis, Februari 21, 2008 10:02:00 PTG, Blogger ManjLara

yelah, benda kalau dah lama dan yang sama untuk satu jangka waktu yang lama, tentulah perlukan perubahan, atau sekurang-kurangnya pembaharuan dah tiba masanya untuk berubah :D

p/s - dah sampai ke?

 

Khamis, Februari 21, 2008 10:28:00 PTG, Blogger Jamal Abd Rahman

JP
dah ramai org cakap yg Wak Dol tu kalau bawak bas ikut ckp menantu dia jer..menantu dia ckp bawak ikut jalan yg akan merosakkan bas pun dia ikut jugak....isk isk..tak ada pendirian betul le wak dol ni bawak bas...bawak ler elok2 sikit..ikut peraturan jalan raya segala...

dengar citer jugak wak dol yg nampak alim ni pun curi duit tambang penumpang...nampak jer macam alim...

memang patut pun wak dol ni kena pecat jadi drebar...

wak mahat nasihat pun wak dol ni bukan nak dengar pun...

 

Khamis, Februari 21, 2008 11:08:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku... dari dulu lagi naik bas cap bulan je... :)

 

Khamis, Februari 21, 2008 11:23:00 PTG, Blogger kawaii_desu

haha

i understand the meaning di sebaliknya...

elok2 dok ada, bila dapat kt org baru abih lingkup...

kan kan kan

 

Khamis, Februari 21, 2008 11:50:00 PTG, Blogger Nunn

menantu wak dol nye buat ape ye...

 

Khamis, Februari 21, 2008 11:57:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

Wak Purp,

dia kencing dalam bas? tu yang orang nampak. Yang orang tak nampak ntah apa2 lagi yang tak senonoh dia buat. fikir2kan...hehehe...

 

Jumaat, Februari 22, 2008 12:09:00 PG, Blogger DeeN

Nak bagitau neh. Benci sungguh aku naik bas ekspres. Asyik2 lambat. Kalo rosak kena menungguLah jawabnya. Berjam2. UdahLah kebajikan penumpang tak terjaga. Keselamatan penumpang main cincai saja. Mentang2Lah ramai yg memilih diorang, service buat lebih kurang. MacamLah kita nih naik bas free. Benci ah! Benci!Tp kalo semua org sepakat memilih alternatif lain, aku lega sangat2.
er .. er... sekian. Komen serampang dua mata! HeHe ..

PuRP, boleh ka aku nak order mee bandung peket tuh kat hang? Nak test clear ka dak, kalo sodap leh buat bisnes HaHaHaHa ..!

 

Jumaat, Februari 22, 2008 2:51:00 PG, Blogger Brader Black

Eishh..
Boleh tahan juga nafsu kuda wak Dol itu..
Sudah ada istri muda pon masih mahu bergesel-gesel tangan dengan amoi chantek..
Patut-lah mengantuk sahaja tiap2 hari..

Harapkan had hari saja wak dol ni, tapi nafsu tiada had.

 

Jumaat, Februari 22, 2008 3:46:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

patut tukar. yang lama dah tak relevan. kalau tak bagus tukar lagi. cari yang terbaik. tempoh sepenggal.

 

Jumaat, Februari 22, 2008 8:01:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
wak mahat kena buat sesuatu. ajak penumpang lain sama boikot jangan naik bas no 46 tu.
erk. macam kenal je wak dol tu.
=)

 

Jumaat, Februari 22, 2008 9:31:00 PG, Blogger silversarina

akak tak pernah naik bas 46 sebab kat tempat akak bas 46 memang tak lalu yang lalu hanya bas moon express,baru nak bawak laju kena tahan polis , konon ada je kesalahan lalu-lintas tapi sebab akak suka kat drebarnya akak naik jugak, bila dah tau pasal drebar 46 ni sahlah akak takkan naik bas 46 ni selamanya.

bp naik bas mana nak gi keje kalau kereta rosak...hehehe.

 

Jumaat, Februari 22, 2008 10:56:00 PG, Blogger Cik Keju

o0o0o.. Wak Dol menggatal dgn amoi rupanyer. patutla dia slalu tido masa meeting drebar bas..
ish..ish..ish.. macamana la nak jadi drebar yg baik kalau mcm ni. Owh, dunia!

 

Jumaat, Februari 22, 2008 12:21:00 PTG, Blogger zizie ali

wak mahat dgn wak dol 2 x 5. kaki libas duit. kalau kompeni kecik, dah lama bengkrap.

 

Jumaat, Februari 22, 2008 12:50:00 PTG, Blogger achik

ish ish.. x senunuh betul wak dol ni..

 

Jumaat, Februari 22, 2008 3:08:00 PTG, Blogger pB

kenapa 46

lain benor angka nyer ...

kenapa tidak 32 , 67 , 12B ker??

 

Jumaat, Februari 22, 2008 3:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Wak Dol kata dia dah buat untung kat bas 46 baru tu sampai diiktiraf nombor 6 kat dunia la ni. Tapi aku rasa Wak Dol tu mimpi la masa bawak bas...pasal Wak Dol yang aku tau mudah tidur. Aku dah tengok depan mata aku dia enak tidur masa memandu bas bawak penumpang yang terdiri dari peniaga2 Melayu hari tu. Heh!

 

Jumaat, Februari 22, 2008 4:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'chik,
Hehehe!

Maksud aku, no 46 itu cuma simbol saja Pa'chik. Nak letak nombor apapun boleh, nombor 13 misalnya. Tapi bas yang ituLAH. Hehehe!


Farazdaq,
Hehehe! Aku tiada komen. :D


manjlara,
Bas dah lama sangat, dah boleh masuk muzium... :D

Novel itu ke? Saya masih di luar kawasan. Tak pasti dah sampai ke belum... :)


Unclej
:D

Saya suka ulasan unclej. Nak buat macamana unclej. Dahlah drebar tak betul, penolong drebar pun tak boleh percaya. Menantunya jadi konduktor pun belum layak, pandai-pandai nak tunjuk arah jalan pulak... :D


mudin,
Aku daripada naik bas itu, lebih baik aku jalan kaki.... :D


Kawaii,
Kalau penumpang sendiri, Abang Mat itu misalnya dah tak puas hati dan hilang kepercayaan, nak kata apa lagi. Tentu ada yang tak kena dengan bas itu..... :)


nunn,
Dia cuma penumpang, yang gatal nak jadi drebar padahal lesen memandu pun tak lulus lagi... :D

 

Jumaat, Februari 22, 2008 4:56:00 PTG, Blogger Pa'chik

hahaha... saja ngaco ko tengah jawab kumen... hahahaha....

 

Jumaat, Februari 22, 2008 5:43:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kerp,
Itulah. Wak memang dah tak sanggup dah nak bayangkan apa yang dia buat yang orang tak nampak. Bayangkan lebih-lebih takut tak selera wak nak makan nanti. Hehehe!


nur@,
Kamu naik bas ekspress syarikat apa ni? Ada permit tak bas tu. Hehehe!

p/s Ada beberapa paket lagi dalam stok. Kalau nak cuba, emelkan saja alamat kamu. :D


Brandal,
Kau nih.. Bagi chancelah pada dia...Hahaha!


Gitartong,
Banyak pilihan bas yang ada. Pilihlah mana suka. Tapi kena pandai pilihlah. Ada bas yang tak ikut spesifikasi, drebar pun tak senonoh & banyak saman tertunggak. :D


eisraa,
Salam.

Bulatkan hati naik bas lain. Tak payah timbang-timbang lagi.. :D


johari,
Entah! Abang Mat lupa kot. Maklumlah, Melayu kan mudah lupa....

Dua-dua drebar itu mudah lupa kot. Wak Mahat mudah lupa ingatan, Wak Dol mudah lupa diri.

Macam-macam.... :D


ah tok,
Oit! oits! Ejaan pun kau sempat check ek. Hehehe!


kak sarina,
Di tempat saya ini, cuma ada 2 bas saja. Bas no 46 dengan bas syarikat apek saja. Saya tak suka kedua-duanya. Jadi, bila kereta rosak, saya ponteng kerjalah [tak apa, kerja sendiri.... Hehehe!]


Cikin,
Dah selera macam itu. Nak buat macamana..... :D


Zizie Ali,
Hehehe!

Silap-silap bas buruk itupun kalau boleh nak digadai agaknya, itupun kalau ada yang kesian nak beli....


achik,
Chik, biasa naik bas mana? Hehehe!


pb,
Itu cuma angka. Nak letak nombor lainpun boleh. Tapi bas dan drebarnya yang serupaLAH...:D


Azzam,
Kau tak pergi kejutkan dia ke bro'? Hahaha!


Pa'chik,
Hehehe!

Sambil-sambil menyelam minum air...... Tengah berasap kepala siapkan kertas kerja. Hehehe!

 

Jumaat, Februari 22, 2008 6:19:00 PTG, Blogger Unknown

dah lama x naik bas.... tp dlm pengalaman y ada ni...bas no.25 y paling adventure skali .... awal 90an dulu hehe

 

Jumaat, Februari 22, 2008 10:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Tukar driver je tak cukup, tukar bas sekali. Kalau tidak anak menantu dia pula yang bawak bas buruk tu...

 

Sabtu, Februari 23, 2008 3:34:00 PTG, Blogger me3n

awat pengotor ngat wak dol tuh? eh bas tuh milik persendirian Abang Mat ke?

 

Sabtu, Februari 23, 2008 3:42:00 PTG, Blogger maklang

mendalam sungguh makna dia...

kat sini malam tadi bulan mengambang...15 safar ...

 

Sabtu, Februari 23, 2008 6:35:00 PTG, Blogger aNIe

Larr...apsal lah Wak Dol jadi camtu ye...patutlah Abg Mat dah tak suka Bas no. 46 tu lagi...cantik kat luar je...Isyy! Isyy! Isyy!!!

 

Ahad, Februari 24, 2008 4:28:00 PG, Blogger Faizah

Mmg bersemangat 46 la abg mat tu!Apa kata dia jadi drebar bas tu pulak ganti Wak Dol..

 

Ahad, Februari 24, 2008 5:07:00 PTG, Blogger weAr

kencing dalam bas??
err..

 

Isnin, Februari 25, 2008 3:29:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Wah.. rasanya blog ini bakal menjadi blog paling berpengaruh dalam abad ini. Tulisanmu benar-benar segar.
Lain dari yang lain ya?

Bas Mini 46 tu dah bertukar derebar? Biasalah mainan orang atasan Syarikat Bas.. ngehehe

 

Isnin, Februari 25, 2008 4:17:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

pasal tu aku tak suka naik bas masa kecik2 dulu tapi bukan pasal drebar pasal konduktor dia!!!GATAL!!!

 

Isnin, Februari 25, 2008 5:05:00 PTG, Blogger Pa'chik

pesal ko tak gi jadik calon kat penggarang weh?

 

Selasa, Februari 26, 2008 8:45:00 PG, Blogger KV

ooo..begitu rupanya. Gatal nyer!!!

 

Selasa, Februari 26, 2008 12:46:00 PTG, Blogger Angah

cerita pasal bas teringat plak kat anak... "Ibu abang nak tengok Geng Bas Sekolah" melingkup la ibu nak tengok Discovery Channel

 

Selasa, Februari 26, 2008 7:25:00 PTG, Blogger el-Maaniq

aku hanya baca emtri ko, tak baca komen-komen sebab banyak sgt.. (jeles!)

komen aku, masih relevan ke bas no 46 tu?

 

Rabu, Februari 27, 2008 2:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Amora,
Teringat dulu-dulu, masa mula-mula sampai KL, awal 90-an dululah, selalu naik bas Tong Fong kalau nak ke KL. Hehehe!



Tuan Zabs,
Waalaikumusalam,
Betul tuan. Saya setuju!


ad3ck,
Abang Mat cuma penumpang yang setia. Itu dululah. Dengarnya sekarang Abang Mat dah naik bas lain, warna hijau, drebarnya berserban :D


maklang,
Harap-harap bulan akan terus mengambang. 


Kak Lady,
Ha’ah. Luarannya cantik sebab kosmetik. Dalamannya bobrok. 


faizabelle,
“Bas itu dah teruk sangat kondisinya, buang sajalah, jualpun dah tak laku“, kata Abang Mat.


Wear,
Menipu... :D


SangPelangi,
Isk! Tak adalah sampai macam itu sekali. Blog biasa-biasa saja. Entah apa-apa. Apa-apapun terima kasih.

Ramai yang berminat nak jadi drebar bas buruk itu, sebab boleh nak songlap duit penumpang. 


NONIE,
Hehehe! Kalau budak comel memang orang suka kacau. Hehehe!


Pa’chik,
Aku non-partisan. Hehehe!


KV,
Macam itulah... :D


angah,
Hehehe!


el-maaniq,
:D

Entah! Dah boleh dijual di kedai lusuh kot, itupun kalau masih lakulah.

 

Khamis, Februari 28, 2008 9:34:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Hahaha ...
Cantiknya satira BP!

Salam.

 

Khamis, Februari 28, 2008 1:57:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Bunga Rampai,
Terima kasih.

Hehehe!

Salam kembali. :)