Rabu, Mac 12, 2008
Muar.

Haikal anak buah saya. Cucu emak. Dia baru nak masuk lima tahun. Emaknya baru saja membelikannya sebuah basikal.


Pagi-pagi, celik mata sahaja basikal itulah yang mula-mula dicarinya dulu. Berkayuhlah dia mengitari laman rumah peninggalan atok itu. Sarapan sudah tak dipedulikannya lagi.

Tengahari buta, disuruh mandi, senyap-senyap dia melencung ke tempat dia menyimpan basikalnya itu, kemudian dengan bangganya dia mengayuh basikalnya itu ligat-ligat sampai ke jalan depan. Dahlah cuma berspender….

Petang-petang, nak dekat Maghrib pun dia masih tak mahu berenggang dengan basikalnya itu. Kalau tak kerana emak yang mengugut akan menggantung basikalnya itu di bumbung, akan terus berbasikallah agaknya dia sampai ke malam.

Rupanya dia tak habis di situ dengan basikalnya itu. Malam-malam dibawanya masuk basikalnya itu ke dalam rumah, disimpannya di dapur. Kemudian sekejap-sekejap dibelek-beleknya basikalnya itu. Kalau boleh tidur pun mahu di sebelah basikalnya itu juga agaknya.

Budak-budak. Macam itulah. Kita dulu pun macam itu juga. Entah-entah lagi teruk! Hehehe!

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/12/2008 02:07:00 PTG. |


46 Ulasan


Rabu, Mac 12, 2008 2:33:00 PTG, Blogger Sastri

LOL... mesti cute jer kan aksinya tu... memang kemaruk... keskeskes...

 

Rabu, Mac 12, 2008 2:35:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Aku tidur dengan ferrari (dapat kat stesen petrol) heh!

 

Rabu, Mac 12, 2008 2:53:00 PTG, Blogger Hasrul Halid

hmmm... ada jugak owang tua yang 'ramai' sangat orang cakap berundur, eh silap.. jangan main tapi terus tak berundur, eh silap lagi... dok main-main jugak.

Apa la yang susah sangat untuk berundur, eh silap... berneti main...!

hehehehe!

 

Rabu, Mac 12, 2008 2:54:00 PTG, Blogger Hasrul Halid

aku lagi...

apasal aku suka salah taip?

 

Rabu, Mac 12, 2008 4:50:00 PTG, Blogger Azhar Ahmad

Hahahhahahah, saya pun begitu dulu....

 

Rabu, Mac 12, 2008 4:56:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

dulu pon mcm tu gak...pantang lepa sikit...

 

Rabu, Mac 12, 2008 5:24:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Yang kelakar sangat bila dia terjatuh terlanggar batu, tau pulak menangis. Tak macho langsung! Hehehe!


Azzam,
Aku selalu tidur atas katil jer... zzzzzzzz


Hasrul halid,
Musykil sungguh aku. Bukan musykil apa. Musykil macamana kau boleh 'membaca' cerita aku itu seperti mana aku 'membacanya'....

Hahaha!


Hasrul halid lagi,
Kau menaip sambil tidur ke? Hahaha!


Azhar,
Biasalah, budak-budak. Boleh dimaafkan. Jangan dah tua macam itu lagi dahlah, kemaruk dengan 'kerusi' misalnya. Hehehe!


mama ranggie,
Sekejap, saya tengah nak imagine MR tengah naik basikal nih....

 

Rabu, Mac 12, 2008 5:41:00 PTG, Blogger zino

zino dulu masa kecik tak penah meraso dapat basikal baru .. dapek basikal seken hen je adalah hehe..

 

Rabu, Mac 12, 2008 5:55:00 PTG, Blogger Mak Su

tidur peluk pc, sebab dah kemaruk baca blog

 

Rabu, Mac 12, 2008 7:53:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Pernah flying kick cousin sebab berebut beskal BMX. Wachaaa!!! ;-p

 

Rabu, Mac 12, 2008 8:53:00 PTG, Blogger Ted

masa mula2 dapat mmg macam tu, satu kg ted berseluar katak bunga2 round tau..termimpi2..tp pas 3 bulan...tengah hujan panas tak hiraukan dah..kalau beskal pandai cakap, dah lama dia maki..hehehe

 

Rabu, Mac 12, 2008 9:03:00 PTG, Blogger Pa'chik

Haikal anak buah saya. Cucu emak. Dia baru nak masuk mpat bulan. Emaknya tak belikan dia sebuah basikal.

hehhe...

tapi.. anak sedara ko ada mak buleh larang dia, orang tua itu.. mak dah takde... dulu masa mak ada.. takde lah dia tolol sangat...

 

Rabu, Mac 12, 2008 10:43:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP@JP,
Kanak2 kemaruk dengan mainan.
Orang muda kemaruk cinta, tengok bumbung rumah pun dah cukup.
Orang tua (politik) kemaruk kuasa, dah kalah teruk pun tak mahu lepaskan juga...

 

Rabu, Mac 12, 2008 11:58:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

wak purp,

dulu aku tido dengan bola tango yang opah aku belikan sempena hadiah harijadi. masa tu teringin jadi zainal abidin hassan...hehehehe...

 

Khamis, Mac 13, 2008 1:06:00 PG, Blogger Unknown

sebot pasal beskal.. anak buahku umo 5 taun mintak beskal laaa hadiah besday

 

Khamis, Mac 13, 2008 4:04:00 PG, Blogger kawaii_desu

lama2 dia akan jemu bermain. Nak basikal yg lagi BESAQ

 

Khamis, Mac 13, 2008 6:53:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
saya baca entri ni rasa bukan pasal haikal dan basikalnya. entahlah.
mahu hilangkan kemaruk itu mungkin dengan ugutan. barangkali 'haikal' rasa 'basikal' itu adalah haknya. jadi suka hati dia nak guna bila2 masa dan di mana2 dengan cara bagaimana. tanpa hiraukan apa orang lain pandang dan kata.
'ikut kawe, kuba kawe nak tambak mana pong'.
maaf. jika keluar tajuk wak tolong masukkan balik eh.
=)

 

Khamis, Mac 13, 2008 7:39:00 PG, Blogger Titicaca

ko pon cam tu jugak dulu kan?kan?kan? sekarang Haikal lak men'drama' kan semula kisah ko dulu..hahaha..

 

Khamis, Mac 13, 2008 9:09:00 PG, Blogger A t i Q a h

Ha ha ha
Basikal tu roda empat ke roda dua? Terer betul, umur lima tahun dah boleh bawa basikal.

 

Khamis, Mac 13, 2008 9:10:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

tengah kemaruk ler tu, benda barulah katakan.. budak lak tu.

kita yang tak budak lagi ni pun kemaruk gak apa pada benda baru.

:)

 

Khamis, Mac 13, 2008 9:33:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam wak pinter,
eh eh, saya dulu gitu jugak wak. ada sorang anak dara kat rumah ni sedang sibuk nak basikal. masalahnya, saya takut dengan keadaan culik menyulik sekarang. susah nak decide. ???

 

Khamis, Mac 13, 2008 10:13:00 PG, Blogger muor76

black ko pernah tak tido ngan memakai kasut baru? heheheheheh

kalo kemarok ok lagi black.. jgn kesarok... heheheh

 

Khamis, Mac 13, 2008 10:22:00 PG, Blogger silversarina

basikal memang buah hati kanak-kanak...basikal anak akak pernah kena curi, meraung dia , cari-cari ada dalam longkang tak jauh dari rumah dengan semua accessory nya kena curi, togel je basikal dia..

 

Khamis, Mac 13, 2008 11:46:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

wahahaha, basikal...kalau budak bandar, barang apa yang selalu parent hadiahkan yang boleh jadi kemaruk juga seperti ini?

apapun,harap sudi menjawab tag dari saya. Terima kasih.
http://psittacula.wordpress.com/2008/03/13/tag-yang-mengaum/

 

Khamis, Mac 13, 2008 11:58:00 PG, Blogger me3n

bukan budak2 saja. kita yang da tua neh pong selalu gak camtuh. contohnye, ku susah sgt nak berenggang ngan hphone baru ehehehe.

 

Khamis, Mac 13, 2008 12:03:00 PTG, Blogger DeeN

Ko dah tue ek d3ck? Ngaku gak ek HaHaHaHaHaHa ...! *sembunyik*

Biasalah fitrah hidup manusia. Dpt benda baru mmg kecewi abis. Kalo benda tuh dah lama, sayang nak lepas jugak. TuLah, ditelan mati mak, diluah mati bapak, tak telan tak luah, buleh mati tercekik! Isk .. isk ...!

 

Khamis, Mac 13, 2008 1:26:00 PTG, Blogger Cik Keju

aku ms kecik² pantang beli kasut baru.. mesti nak cuba banyak kali. kalau boleh nk bwk tido skali. ekekeke.. :D

 

Khamis, Mac 13, 2008 3:11:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

aku dulu macam tu jugak hihih
tapi naik kerbau beroda.
teringat pulak kat kerbau tu baca entry kau hehe

 

Khamis, Mac 13, 2008 4:51:00 PTG, Blogger indera kencana

Waktu saya belajar naik basikal dulu dibantu oleh seorang budak lelaki. Saya kayuh sambil dia memegang besi tempat duduk belakang. Kemudian dia tolak laju-laju...

Kemudian saya pandai naik basikal tapi dia tak pandai-pandai. W/bgmanapun dia lebih dulu beli motosikal dari saya. Mujur dia pandai tunggang motosikal...

 

Khamis, Mac 13, 2008 5:35:00 PTG, Blogger Kemat

wa..nama anak buah kita sama Haikal..depa nie memang cute kan

 

Khamis, Mac 13, 2008 6:00:00 PTG, Blogger Jie

ooo kakjie dulu kalo dapat kasut sekolah baru...ketik ketok jln atas rumah siang malam sehingga nak tunggu sekolah buka awal tahun..huhuhuhu

 

Khamis, Mac 13, 2008 6:50:00 PTG, Blogger Brader Black

jadi penunggang basikal tegar xpe lagi..

jgn jadi mat rempit tegar sudah lah..

ha ha..

 

Jumaat, Mac 14, 2008 12:36:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Aku pandai bawak beskal pun selepas 3 bulan belajar beskal tua arwah atuk aku.

bp, kau pandai naik beskal ker? hahah..soklan kurang ajar nih.

 

Jumaat, Mac 14, 2008 9:15:00 PG, Blogger TedungS

pertama kali aku berbasikal, habis luka tempurung lutut ku dibelasah batu2 jalanan

 

Jumaat, Mac 14, 2008 10:44:00 PG, Blogger kingbinjai

engkau akutak tahu, tapi aku tak. ha ha ha

 

Jumaat, Mac 14, 2008 4:28:00 PTG, Blogger Masy

dah diugut pun ttp nk main beskal ek...

apaLah.. heheh sudah2Lah main beskal, gi tidurLah.. :)

 

Sabtu, Mac 15, 2008 3:58:00 PTG, Blogger shandye.

huhu...
biasalah tue budak2...
ingat dulu masa mak aku belikan set monopoli yg buatan kayu (beli kat jepun masa mak aku wat liputan berita kat sana)...
aku kelek mrata mende tue...
tak lepas nih...
sampai tidur pown tetap letak sblah...
sayang punye pasal...
ngee...

sampai skarang dok ada lagi... terlalu precious nk main.. simpan dalam kotak je...

 

Sabtu, Mac 15, 2008 6:14:00 PTG, Blogger Unknown

nanti dah dapat motor pulak janganlah sampai motor dibawa ke dapur.. hehehe..

 

Sabtu, Mac 15, 2008 6:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

zino,
Saya dulu masa darjah berapa entah, dah tak ingat, atok yang belikan basikal, maklumlah cucu sulung. Hehehe!


Mak Su,
Pemblog tegar macam itulah. Masuk bilik air mesti bawak pc sekali ni… Hehehe!


Phu Ying,
Isk! Brutalnya..! Tak sangka…….. Hehehe!


Ted,
Tengah kemaruk macam itulah. Seluar katak tu ada simpan lagi tak? Hehehe!


Pa’chik,
Dia basikal tak heran pa’chik. Dia paling-paling koman pun jet mainan berbateri. Hehehe!

Dia dah tak ada emak, tapi dia ada bini baru. OkLAH tu.. Hehehe!

Errrr.... Aku menjawap komen kau ke ni pa’chik? Hahaha!


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Tuan di antara pembaca yang dapat membaca mesej di sebalik cerita :) 

Kalau rumah tak berbumbung, kondominium misalnya, nak tengok apanya tuan? Hehehe!

 

Sabtu, Mac 15, 2008 6:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kerp,
Wak dulu macam-macam kemaruknya. Budak-budaklah katakan. Hehehe!

Itu budak-budak. Orang tua lain pula kemaruknya. Kemaruk pegang kuasa [walau orang dah tak suka], misalnya. Hehehe!


lind,
Belikan sajalah. Basikal untuk budak-budak dah murah sekarang. Yang puluh-puluh ringgit pun ada. Hehehe!


kawaii,
Budak-budak kecik kemaruk basikal. Dah besar, dah berduit sikit kemaruk bermotorsikal [sampai jadi Mat Rempit]. Bila dah berduit lebih, kemaruk kereta pulak. Kemudian kemaruk….bla…bla…bla….


eisraa,
Salam.

Saya memang nak bercerita tentang Haikal dan basikalnya. Sungguh. Tapi boleh juga dibaca dari macam-macam perspektif. Mesejnya tetap sama. Tahniah kalau dapat mentafsirkannya. :)


Titicaca,
Hahaha! ……Aku dulu main basikal tua atok, basikal ‘jaguar.’ Besar dan berat sungguh. Kalau tumbang tak kuat dah nak bangunkan balik. Hehehe!


Atiqah,
Alah, basikal untuk budak-budak yang ada dua roda kecik di kiri dan kanan roda belakangnya tu. Bila dah betul-betul pandai nanti, buanglah dua roda yang kecik tu. Hehehe!


ayumkay,
Benda baru, memanglah.

Tapi kalau orang tua kemaruknya lain. Hehehe

 

Sabtu, Mac 15, 2008 6:55:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Hehehe,begitulah budak-budak. Kita pun apa kurang masa kecik dulu, kan? Saya dengan anak patung. Mujur boleh bawa tidur :-)

 

Sabtu, Mac 15, 2008 7:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

accia,
Waalaikumusalam.

Kasihan anak-anak kota sekarang kan? Tak boleh sesuka hati nak kemaruk main basikal atau main di luar rumah sebebas kita di kampung dulu-dulu.

Kemaruk basikal tak apa lagi. Jangan kemaruk kuasa, sudahLAH. :)


muor76,
Itu kaulah tu. Aku dulu paling kemaruk apa ek? Tak ingat. Hahaha!

Tengok juga apa kemaruknya Muor. Kalau kemaruk pegang kuasa macam orang tua itu, rentikanLAH. Hahaha!


kak sarina,
Ha’ah. Selain basikal, juga fonsel dan komputer bagi budak-budak bandar.

Isk! Aksesori basikal pun ada orang curi? Kami dulu-dulu, basikal kami memang sengaja kami togelkan. Handle pun tinggal sejengkal jer. Tapi itu masa dah umur 12-13 tahunlah. Hehehe!


Bayan,
Kalau budak bandar mungkin, selfon, komputer, ipod dan segala macam gajet canggih lagi, barangkali.... :D

Tag lagiiiiiii....... Tapi baru saya teringat, saya pernah menjawap tag itu di SINI. :D


ad3ck,
Kau pakai hp baru jenama apa wey? Hehehe!


nur@,
ItuLAH. Kemaruk, kemaruk juga. Tapi kalau orang ramai dah tak suka dan dah disuruh berhenti, sudah-sudahLAH, berhenti sajaLAH. Hahaha!


cikin,
Kalau macam si Muor76 tu siap pakai terus masa tidur….…. Hehehe!

 

Sabtu, Mac 15, 2008 7:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

butaseni,
Tak pernah pula aku dengar ada kerbau yang beroda. Hehehe!


Indera,
Kami dulu belajar berbasikal menggunakan basikal tua atok. Kami panggil basikal ’jaguar’. Besar dah ada palang. Kaki kami tak sampai di pedal kalau nak duduk di tempat duduk basikal, jadi tangan kanan pegang / peluk tempat duduk basikal, tangan kiri pula pegang handle basikal dan kaki di pedal. Masa mula-mula belajar, puas jugalah jatuh dihempap basikal. Hehehe! Nostalgia.

Siapa pula beli kereta dulu Indera? Hehehe!


kemat,
Keletah budak-budak. Cukup menghiburkan. Hehehe!


Kak Jie,
Baju sekolah baru tak pakai sekali ke kak Jie? Hehehe!


Si Kachak,
Tegar lain…kemaruk lain bro’. Hehehe!

Pemimpin kemaruk dengan jawatan lagi teruk bro’. Orang dah tak suka, degil lagi. Sudah-sudahLAH. Letak jawatan sajaLAH. Hahaha!


mazudi,
Isk! Memang kurang ajar sungguh soalan kau. Hahaha! Aku kalau naik basikal memang tak pandai, tapi kalau mengayuh basikal aku pandailah. Hehehe!


Tedung,
Oklah tu. Belajar berbasikal kalau tak jatuh terbongkang dan luka sana sini tak mencabarlah. Aku parut-parut jatuh basikal ada lagi sampai sekarang. Hehehe!


kingbinjai,
Kau mungkin tak kemaruk main basikal. Mungkin kau kemaruk main lain. Tapi kalau orang dah suruh berhenti main, berhenti sajaLAH. Hahaha!


Masy,
Alah, emak bukannya sampaipun kalau nak gantung basikal tu di bumbung. Hehehe!

Ya, ya, tidurLAH puas-puas. Hahaha!


mista,
Kami dah sekolah menengah baru belajar main Monopoli, itupun versi Malaysia punya, Saidina. Masa sekolah rendah sibuk main tembak-tembak dalam kebun dan mandi dalam parit. Hehehe!

Simpan, buat kenangan, nanti boleh tunjuk pada cucu :)


kelambu,
Adik aku dulu masa baru beli RX-Z memang simpan di dapur. Tapi sebab takut kena curi, bukan sebab kemaruk. Hehehe!


B Rampai,
Waalaikumusalam BR

Itulah dia. Bila tengok keletah anak-anak buah, teringat semula kenangan semasa kecil-kecil dahulu. :)

 

Sabtu, Mac 15, 2008 10:14:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

budak2.. biasalah... tempe dulu pun mcm tu... err.. rasanya sampai skang masih mcm tu.. ghairah betul bile ade bende baru.. mujurlah masa beli kereta dulu tak blh bawak kereta tidur sekali... :p

 

Isnin, Mac 17, 2008 11:30:00 PG, Blogger m i n e r a l . . .

mcm citer PRU 12, pagi, tghari, mlm, tido, sms, email, phone, adussssss bila nk tamt kisah nie, 5 thn lg kot?

 

Isnin, Mac 17, 2008 3:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

tempe,
Kemaruk memang tak mengira usia. Hehehe!


Mineral,
Sekarang cerita kemaruk rebut atau pertahan jawatan pula. Hehehe!