Satu dua minggu ini, suratkhabar arus perdana orang tak nak beli, ramai yang loya-loya dan ada juga yang terus muntah-muntah, padahal baru tengok tajuk berita di muka depannya saja, belum baca isinya lagi, kata mamak Deen lagi. Naik letih jugalah mamak itu asyik mencuci muntah dan mengemop lantai kedainya itu setiap hari.
Selang tiga pintu dari kedai buku mamak itu ada sebuah klinik. Saya kenal sangat dengan doktor di klinik itu kerana kami berjiran. Saya tengok ramai sungguh orang di dalam kliniknya itu. Kagum juga saya. Biasanya sebelum ini, klinik itu taklah sesibuk itu.
Dalam satu dua minggu ini ramai pesakit datang, kata doktor itu, berbondong-bondong. Katanya, semuanya sakit yang sama, loya-loya dan muntah-muntah. Dan punca jangkitannya juga semua serupa; membaca suratkhabar arus perdana, dan menonton tivi terutamanya siaran berita.
Macam-macam!
[Itu cuma cerita rekaan. Cerita betul di bawah]
II
Dua skop kerja yang di bawah ini membuat jiwa saya terusik sedikit.
Imej sebelah kanan: Saya seorang pencinta flora – khasnya spesis pokok ornamental - yang tegar. Apatah lagi pokok yang mencecah puluhan tahun itu. Sayang, seawal April nanti jejeran pokok ini akan menyembah ke bumi.
Itulah. Kadang-kadang, dalam hal-hal tertentu, manusia terpaksa mengenepikan keresahan jiwa dan mengenepikan sementara kecintaan pada sesuatu demi kepuasan orang lain [atau demi meneruskan penakatan hidup juga?].
Ketegaran saya pada kecintaan saya itu jadi sedingin kabus yang membungkus tubuh, maksud saya untuk pagi ini, untuk tugasan yang inilah.
TTFN
Khamis, Mac 06, 2008 8:22:00 PG, Sastri
semalam seusai membaca entri ini, ingatkan bangunan tu je nak dirobohkan bagi memberi laluan kepada bangunan baru... rupanya pokok yang cantik tu pun nak ditebang ek... nampaknya bacaan semalam kurang berkesan... :p
nasib baik ada jaket jeans yang membaluti tubuh yang dingin itu... tak sia-sia beli jaket jeans diimport tu ek... :p
Khamis, Mac 06, 2008 9:23:00 PG, DeeN
Agaknya berapa lamaLah aku tak ke sini ek?
Owh! Selamat Menyambut UlangTahun Kelahiran ke 27 (nak kena tambah lagi berapa tahun ni?) Yang Terlambat Ucapannya dari daku!
Owh jugak! Terima kasih pendahuluan utk penghantaran itu (xpasti ada sampai ke..), dgn ikhlasnya nak tanya, berapa nak kene bayo neh?
Owh lagi! Selamat mengundi utk PRU ke 12 (ke 2 utk daku!). Er..parti PUNDAK itu manifestonya agak keJawaanLah. Hidup tempe!
Sehingga jumpa lagi! Jaga diri!
Khamis, Mac 06, 2008 10:46:00 PG, Hasrul Halid
En. Tempe,
Kalau kamu ke Taiping, kamu akan lihat berpasuk-pasuk kontraktor meruntuhkan bangunan-bangunan yang juga ada nilai sentimental (sekurang-kurangnya nilai itu untuk aku).
Bukan takat itu saja, malah pokok pun habis di gondol dan ditarah!
Terkadang aku kagum dengan kebudayaan BARAT, mereka masih mampu mengekalkan jatidiri bangsa mereka.. walaupun tidak semuanya..
p/s apasai aku tulih camni nih.. owh! lupa.. semalam bini aku gorengkan tempe untuk aku, justru aku pun terikut-ikut dengan gaya penulisan kamu.. errr! Malam ni, malam Jumaat Keliwon ke?
Khamis, Mac 06, 2008 1:28:00 PTG,
UM pun dgrnya bakal di pindahkan dan bgnn yg bersejarah itu bakal dirobohkan.. dengarnya lah....
nilai seni dan sejarah dah tak penting lagi pada diorang skang..
di Taiping tu.. semata2 nak bina Tesco... sanggup diruntuhkan bangunan2 lama yg cukup berseni.. termasuklah balai istana lama.. tak ke rugi sedangkan bgn tu masih utuh lagi... habis nilai seni dirosakkan.... padahl kaw lapang lain byk lagi.. dulu kalau lalu kawasan tu rasa menarik je tgk bgn2 lama.. tp skang cuma tesco yg tersergam..
Khamis, Mac 06, 2008 2:04:00 PTG,
Di kebanyakan daerah di Negeri sembilan, terutama bahagian rembau, Jelebu dan Kuala Pilah, banyak betul tanah dan rumah tradisional yang terbiar. Hasil adat pepatih. Pemegang amanah entah kemana.
Jika PRU kali ini mamat tu menang kat rembau, siap sedialah, bangunan lama dan rumah klasik itu tidak akan kelihatan lagi. Diganti dengan bangunan yang dinamakan kemodenan untuk rakyat, keuntungan untuk kerajaan. Percaya lah.
Khamis, Mac 06, 2008 5:53:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
amiene rev,
Awal pagi di sana memang agak sejuk suhunya, berkabus. Faktor topografi dan rupa bumi tentunya. Bila tengahari sudah agak hangat sedikit. :)
mudin,
Ra-shit? Rush-it? Entah!
Kak Sarina,
Itulah. Kalau boleh semuanya mahu dimodenkan, mahu diurbankan, mahu diEnglishkan...
ad3ck,
Aku rindukan tinggal di Muor. Dapat tengok siaran tivi Singapura dan Indonesia. :)
nunn,
Kesian penonton tivi Malaya ya...
O, kau bulan madu di sana rupanya. :D Memang aman tinggal di atas itu. Segar dan semulajadi.
farazdaq,
Anggap sajalah media perdana, baik yang kertas mahupun yang kaca itu tidak wujud. Habis cerita! :)
Kawaii,
Belek ruangan sukan sajalah nampaknya :)
Ya, kabus di sana dingin, segar dan mengasyikkan.
Si Kachak,
Tuan punya akhbar dan tangan-tangan di belakang tabir itu yang patutnya dipersalahkan. Siapa lagi kalau bukan.....[Ah! malaslah nak sebut....Kau faham-faham sendirilah!]
Khairyn,
Uweks! Hehehe!
Aku bukan lagi suka, malah sudah tahap tegar. Binaan lama ada seninya, pokok-pokok tua ada jiwanya. Apalah salahnya dikekalkan jadi warisan......? :)
Sas,
Itu sebabnya baca kena fokus. Hayati. Itupun kalau kesihatan mengizinkanlah. :D
Ya, ya, ya. Jaket jean itu memang sungguh besar jasanya pagi itu. Kalau tak ada jaket itu dah tentu kena telan actifed banyak-banyak selepas itu :p
Khamis, Mac 06, 2008 6:49:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nur@,
Terima kasih. Campurlah dengan beberapa tahun yang kamu rasa logik dan selesa :D
Tunggulah sampai dulu. Kalau kamu nak bayar, alhamdulillah aku ambil, kalau kamu tak nak bayarpun, aku tak minta. Hehehe!
Terima kasih!
azie,
Terima kasih! Kesuwon!
Jowo seko endi? :D
atiqah,
Modenisasi dan urbanisasi tak salah, tapi biarlah seimbang. :)
Hasrul,
Ya, ya. Taiping. Aku juga kagum dengan jejeran pokok-pokok Samanea saman di tmn. tasik itu
Bukan nak salahkan kontraktor, bukan juga salahkan jurubinanya, tapi aku rasa ada yang tak kena dengan polisi [maksud aku polisi pembangunan bukan pak polisi!] :)
Di belakang ofis aku, 'mereka' menggondol hutan yang ada, menarah bukit, kemudian membina rumah agam untuk orang-orang berduit, kemudian 'mereka' menanam semula kebotakan tempat itu dengan pokok-pokok bersaiz batang 50mm diameter. Kau rasa sempatkah pemilik rumah agam itu melihat pokok itu menjadi pokok sebesar yang sediada?
Sesuka hati, merosakkan bumi, tunggulah kecelakaan yang bakal alam turunkan nanti...
Kita mudah terikut-ikut barangkali....
Malam ini bukan malam jumaat kliwon. Harap maklum. :D
mak su,
:)
kak jie,
Apalah sangat kerosakan akibat menumbangkan 7-8 batang pokok tua bagi 'mereka'. 'Mereka' tak fikir itu semua.
Tempe,
Semuanya sebab nilai komersial, duit. Bukan memikirkan sangat tentang nilai warisan. :)
MR,
Itulah. Tapi kalau memang binaan itu sudah tersangat usang, membahayakan atau memang tak ada langsung nilai sejarah, tak apalah juga kalau diganti baru.
Saya suka binaan2 lama di kem tentera PD. Klasik.
Bayan,
Saya tak pertikaikan. Saya percaya. :)
Kamu kata, "jika PRU kali ini mamat tu menang kat rembau...". Saya kata, kalau semua spesis hantu, tangan-tangan liar dan segala macam silap-mata wujud di situ, memang mamat itu akan menang........ :)
Azzam,
Kau nak buka klinik apa Zam?
Kerp,
Ya, ya. Tiada yang tak benar melainkan benar belaka. :D
Memang sedap. Bukan nyaman sekali, malah berkali-kali. Hehehe!
Khamis, Mac 06, 2008 11:07:00 PTG, Lily Abdullah
Kak WL rasa macam2 purp. Sayang ada.Geram ada. Marah ada. Nak muntah lagi-lagilah. Tak sanggup nak menatap akhbar lagi. Apatah lag cerita2 lawak jam 8 malam di tivi.
Sayang purp,jika keindahan alam diragut dek tangan2 kotor itu.
ps: Khadijah kata, jalan taliair belakang rumah baru diturap tar. Ahaa..senang la anak-anak muda mau rempit. Cikgunya diekspot ke Rembau :)
Jumaat, Mac 07, 2008 10:46:00 PG, m i n e r a l . . .
hehehe muntah 5 thn sekali tuh hehehhe...
sy jg pencinta bangunan sejarah yg bersifat artistik dan penuh memori...
dan sy sering tertanya-tanya...kenapa jika dimalaysia.. asalkan tanah tinggi atau senang cerita tempat sejuk jer pasti ada bangunan bercorak barat.... mcm d bukit tinggi...takla sejuk mana pon, tp binaan lama zaman kig edward jugak diorg bina.... apa org malaysia atau melayu takde binaan yg lebih baik ker...senibina melayu makin dilupakan kah?
Jumaat, Mac 07, 2008 11:44:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Pa'chik,
Haaaa, cepat pun sampainya. Jangan lupa simpan dalan freezer, boleh tahan berbulan-bulan, kata Wak Rabu itulah, sebab dia yang buat. Hehehe!
Pa'chik lagi,
Hahaha! Blogginglah apa lagi. Takpun tengok wtv8. :D
aiysyah,
Tersepit bila menjadi perekabentuk atau jurubina. Akhir-akhirnya kena ikut selera 'mereka' juga akhirnya, walaupun selera 'mereka' itu kadang-kadang merosakkan alam. Kontraktor cuma mengikut sahaja. :)
Di Kuala berLumpur ini puas menghirup asap dan debu.
Zino,
Ada cara lain sebenarnya tanpa menumbangkan pokok sediada, di mana-mana tapak pembangunan sekalipun. Tapi kalau itu sudah kehendak tuan punya tempat itu susahlah nak kata...Mereka cuma berfikir macamana untuk memaksimumkan ruang, cuma memikirkan keuntungan...
Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.
Di Bkt Frazer itu masih terkawal pembangunannya, tapi kalau di Cameron Highland itu memang sudah semakin teruk kemusnahannya.
Kak WL,
Dah! Tak payah tengok tivi dan baca suratkhabar lagi. Boleh jimat bil elektrik, jimat duit... :D
Tunggulah bila alam merajuk.... Manusia juga yang akan menerima akibatnya nanti..
p/s Bosan merempit boleh pergi kutub, ok apa.... Ketua Mat rempit merempit di Baling. Hahaha!
Azhar,
Ha'ah, di atas sana memang dingin, nyaman, tiada gempa, tetapi awas, di tengah perjalanan semasa mendaki, kena hati-hati, banyak gempa kecil-kecilan, tanah runtuh. :D
eisraa,
Salam.
Itu tanda protes :)
Kenapa sensitif. Kamu bukan berbadan dua...Kan? :D
phu ying,
Sekolah yang mana satu ek?
Achik,
Nak buat macamana. ArTiEm dah diBi Enkan. Tivi swasta dan suratkhabar arus perdana itu pulak memang diaorang punya.....
mineral,
Kalau setiap hari boleh pengsan terus dibuatnya. :D
Sejiwa kita. Cuba perhatikan gambar-gambar bangunan-bangunan di header blog saya ini [yang di atas itu], senibina neo-klasikal di Muar. Nampak klasik, seni dan jujur.
Ha'ah. Asal tanah tinggi saja mesti pakai senibina / reka bentuk Barat. Padahal kita bukan miskin dengan reka bentuk dan senibina kita sendiri.
Rush,
Itulah. Sakit hati bila tengok [bukan di BF itu saja, di mana-manalah juga] pokok-pokok yang dah berumur berpuluh tahun, malah ada yang dah beratus tahun, semudah itu ditumbangkan, semata-mata untuk memberi laluan kepada pembangunan. Sayang...
Selamat mengundi. Mengundi di Miri atau di JB Rush?
Jumaat, Mac 07, 2008 2:36:00 PTG, aNIe
Kak lady pun sayang tgk bangunan mcm tu dah tak banyak lagi dah...semua dah dirobohkan dan diganti dengan bangunan pencakar langit...kak lady pun pencinta alam...cukup takut dan ngeri rasanya andai satu hari nanti tidak ada lagi pokok2 yang menghijau...air sungai mengalir bersih...rindu sgt dengan kesegaran udara pagi yang nyaman..
Cik abang akak tu menjelang pilihanraya ni...semua akbar Harakah, siasah, keadilan dan macam2 lagi banyak yang diborongnya...heheheh
Jumaat, Mac 07, 2008 3:02:00 PTG, Masy
sayangnya.. nampak elok je bangunan tu. org di barat berebut2 nak mengekalkan bangunan lama sbb nilainya, kita pulak berebut2 nk runtuhkan - kononnya yg baru lbh nilai.
tp paling kesian pokok itulah. arghh simpati utk pokok. pilihanraya esok, xde ke YB yg nk tunjuk prihatin? gi laa pertahankan benda2 tu tanda kecintaan terhadap rakyat.
*muntah*
Sabtu, Mac 08, 2008 4:14:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Buta seni,
Aku pulak tengok Maria Sharapova. Hehehe!
Cikin,
Oklah kalau macam itu. Jimat bil elektrik bulan ini ek :D
Kak Lady,
Itulah. Warisan yang ada pada hari ini bukan kita punya. Kita cuma pinjam dari anak-cucu kita, generasi akan datang. :)
Hehehe! Oklah kalau macam itu.... :D
masy,
Apresiasi terhadap warisan lama masih kurang dalam masyaakat kita agaknya.
Siapalah kita. 'Mereka' besar dan berkuasa... :)
phu ying,
O, budak Kolej Tunku Kurshiah rupanya :)
wear,
Dahpun selamat mengundi.... :D
Cuaca sungguh sejuk di sana! Hujankah malam tadi, atau seusai pagi tadi?