Isnin, Februari 11, 2008
Cuti Tahun Baru Cina yang lepas saya balik ke kampung saya. Sebenarnya bukan saya tak mahu bercuti ke luar negara. Boleh, kalau saya mahu. Bukan guna duit saya pun. Tapi jemulah asyik bercuti di luar negara. Cuti kali ini ingin pula bermesra dengan orang kampung pula. Lagipun pilihanraya sudah semakin dekat. Sejak pilihanraya umum yang lepas saya belum berkesempatan menjenguk sekeliling kampung lagi. Jadi, inilah masanya.

Melalui jalan sempit menuju ke kampung halaman saya itu, saya perhatikan sudah banyak bendera-bendera berlambangkan bulan mengambang berceracak di sana sini. Di tiang-tiang elektrik, di simpang-simpang jalan, di atas bumbung rumah, malah di atas pokok juga. Saya cuma tersengih. Sesekali saya mencebil apa yang saya lihat itu. Apalah sangat setakat bendera dari parti sengkek itu. Seksa juga melalui jalan kampung saya itu. Sudahlah sempit, cuma berturap tanah merah, berlubang-lubang dan berkerikil di sini sana pula. Tapi saya tak boleh merungut banyak. Kan saya YB di kawasan itu. Hahaha!

Saya sempat singgah sekejap di warung Monggo Mampir di simpang empat berhampiran rumah orang tua saya itu. Saya meminta pemandu merangkap pembantu saya itu memarkir kereta Mercedes E55 AMG berwarna perak berkilat saya itu betul-betul di depan warung itu. Sengaja saya minta dia letak di situ supaya semua orang di warung itu boleh nampak. Warung itu biasa-biasa saja tetapi di situlah tempat tumpuan warga kampung saya bersosial selepas menoreh atau menyawit. Sebuah meja penuh dikelilingi wak-wak yang sedang leka menonton dua wak bermain dam haji. Dua tiga meja yang lain pula diduduki wak-wak yang sedang ngeteh sambil borak-borak. Wajah-wajah mereka, wajah-wajah yang sama, yang biasa saya lihat di warung itu sejak saya masih budak-budak dahulu.

Saya memberi salam. Sebahagian dari mereka menyambut saya dan kami bersalaman. Sebahagian kecil pula tercengang-cengang seperti tidak mengenali saya. Mata mereka memandang saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dengan pandangan takjub. Entah apa kesaktian saya agaknya. Barangkali masing-masing kagum melihat perubahan diri saya, atau mungkin juga terpesona melihat susuk tubuh saya, maksud saya setelah bergelar YB.

Sepanjang tiga hari saya di kampung, di mana-mana - di surau, di warung dan di tangga-tangga rumah - orang-orang kampung heboh bercerita tentang saya. Pembantu saya yang menguping perbualan mereka menyampaikan berita itu kepada saya. Siapa sangka anak kampung yang dahulunya cuma seorang kerani cabuk boleh semewah sekarang. Itulah. Tak sia-sialah saya berkawan baik dengan ketua bahagian parti keris dahulu. Tak punya kelulusan tinggi pun tak apa, asal pandai mengampu, bolehlah jadi YB. Sekelip mata boleh kaya-raya.

Orang kampung juga saya dengar kagum melihat saya yang semakin kacak dan nampak semakin muda. Mereka terpesona melihat wajah saya yang semakin tegang dan semakin cerah. Dulu muka Jawa saya gelap, comot dan kusam seperti pekerja kontrek, sekarang sudah secerah wajah Paul Moss. Dalam kemalu-maluan itu, terasa bangga dan riak juga di hati saya. Kembang sekejap beberapa millimeter lubang hidung saya dipuji begitu.

“Saya cuma makan tempe setiap pagi, tengahari dan malam. Orang putih panggil saya temperian. Tempe banyak protin. Boleh menegang dan memutihkan muka, boleh menegangkan buah dada, boleh juga menguatkan tenaga batin.” Beriya-iya saya bercerita. Saya memang tidak kedekut berkongsi ilmu. Terlopong mereka mendengar penjelasan saya. Saya yakin mereka percaya. Saya kan YB. Ada title doktor falsafah pula. Ada yang menyesal tak sudah kerana selama ini malu dan rasa tiada kelas memakan tempe, kalau tidak mereka juga sudah tentu secerah dan sekacak saya. Tapi ada juga yang macam tidak percaya. Ah! Peduli apa saya.

Sekejap tadi komunikator Nokia E90 saya berdering lagi. Pembantu saya itu menyampaikan maklumat terkini. Katanya, dari tinjauannya, orang-orang kampung di warung-warung, Mat-Mat Rempit di tepi-tepi jalan, dan kutu berahak di tembok-tembok simpang jalan yang ditanya, masih menaruh sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan saya. Mereka nampaknya masih menyokong saya. Oklah kalau macam itu…….. Hahaha! Saya ketawa besar. Tidak sia-sialah saya pandai berkata-kata, berlagak islamik dan bersih. Mudah orang-orang kampung mempercayai kata-kata saya. Sebenarnya saya sendiri pun tak faham apa yang saya katakan. Saya reka-reka dan pakai sebut sahaja. Maklumlah, saya bukannya banyak ilmu pun. Saya malas membaca, saya lebih suka tidur.

Hendaknya orang-orang kampung tidak tahu rahsia dari mana datangnya kekayaan saya ini, seperti mahligai empat tingkat saya ini, tujuh-lapan buah buah kereta mewah dan kereta sukan saya itu, juga berjuta saham yang menggunakan nama proksi saya itu. Juga rahsia saya membeli ijazah kedoktoran di sebuah universiti tipu itu [Oh ya! Saya dulu satu universiti dengan penyanyi pakar motivasi itu]. Begitu juga rahsia wajah saya tersuntik Vitamin C secara tidak sengaja semasa di negara kanggaru dulu. Biarlah rahsia, sampai bila-bila.

Oh ya! Tadi juga saya sempat meminta pembantu saya itu meuar-uarkan berita kepada orang kampung, yang surau senget itu akan diganti baru dan jalan sempit itu akan dinaiktaraf sekiranya mereka terus menyokong saya. Saya juga sudah meminta dia menguruskan pemberian sehelai kain batik, sehelai kain pelikat dan sekampit baja NPK 15:15:15 kepada setiap orang kampung.

“Saaaaaayangggggg, apa lagi yang di buat di luar tu..… saya sejuk ni….”

Oklah. Saya berhenti di sini dahulu. Bini muda saya di dalam bilik sudah memanggil tu.

TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/11/2008 11:27:00 PG. |


52 Ulasan


Isnin, Februari 11, 2008 11:59:00 PG, Blogger Titicaca

macam kenaaaaaaaalllll je Yb tu..tapi siapa ye> ;)

 

Isnin, Februari 11, 2008 1:00:00 PTG, Blogger Qaseh Bidadari

back ground seorang YB?

sampai bila??

biarlah mereka dgn labu2nya...

janji kita bahagia dgn cara kita...

 

Isnin, Februari 11, 2008 1:02:00 PTG, Blogger Sastri

amboi2... bukan sorang, malah beberapa orang pasti terasa pedas sebab makan cili nih... harapnya air tersedia di sebelah sebelum mereka membaca entri ini... tapi rasanya, tak terasa pedas mereka tu... sebabnya, tidur lagi sedap dari membaca... makan tempe lagi berhasil dari membaca... lagipun malas membaca pun boleh dapat ijazah kedoktoran... tak payah bersusah payah pun kan? janji ada duit...

tak tau plak tempe ada khasiat seperti yang disebutkan ek... selama ni, i pun suka mamam tempe, apatah lagi dibacem... memang kegemaran tu... tapi takde plak nampak khasiat2 tersebut kat diri ini... mungkin untuk orang tertentu je kot khasiat sebegitu...

hmmm... kalau menyokong nanti, mungkinkah akan membawa rebah?

 

Isnin, Februari 11, 2008 1:14:00 PTG, Blogger Mak Su

Ya Allah...! petua temperian!!! nak terai ler.

 

Isnin, Februari 11, 2008 1:16:00 PTG, Blogger Cik Keju

isk..makan dalam sungguh entry nih. hehehe..

selamat mengundi bulan depan eh.. oppsss..

 

Isnin, Februari 11, 2008 1:26:00 PTG, Blogger silversarina

Kalau akak tak kisah nak jalan turap ke apa, akak mengidam merc YB tu .

sekarang ni awal Safar, rasanya mengundi masa tengah bulan masa bulan mengambang nanti :)

 

Isnin, Februari 11, 2008 1:37:00 PTG, Blogger pB

dekat dekat pilihanraya baru reti nak melawat kawasan

nyampah tullllll

 

Isnin, Februari 11, 2008 1:40:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Hahaha!

Cerita kamu ini, sesuai digabungkan dengan cerita si naga kat sini: http://sinaganaga.blogspot.com/2008/02/siri-pilihanraya-sudah-dekat-demi-love.html

 

Isnin, Februari 11, 2008 1:48:00 PTG, Blogger tokasid

Salam Wak Pinter:

Waduh waduh wak.Kaget bener saya baca-in satira ini dong wak.

Iya bener ,tempe jika di amalkan bisa bikin muka cantik putih bersig umpama telur di kupas. Dan bila sudah kuat tenaga batin,pasti sesuai tambah isteri wak. Eh?? bageimana wak tau saya sudah beristeri baru? Isteri lama saya pun ngak tahu dong. Ini mesti supir saya kasi tahu sama wak. Kalau di beritahu datin perang besar nanti . Nak apa-apa, saya bisa berikan tanah sama si supir.

 

Isnin, Februari 11, 2008 2:17:00 PTG, Blogger zino

siapa yg termakan tempe dia yg terasa sedap nya hehe

 

Isnin, Februari 11, 2008 2:24:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude, tempe dia dah diperkaya dengan bitamin si lah.. hahaha... tak tau lah, kalau dah diperkaya ngan botox sekali ke.. hahaha...

 

Isnin, Februari 11, 2008 3:10:00 PTG, Blogger sinaganaga

Kim salam kat bini muda kamu tu.

 

Isnin, Februari 11, 2008 3:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Titicaca,
YB itu cuma simbolik. Banyak watak dan karakter di dalam diri 'saya', YB itu. :D


mama ranggie,
Seribu satu tafsiran. Kena cari di setiap baris dan perenggan. :)

Bahagia di sini cuma tempelan. Bahagia di sana nanti yang hakiki. :)


Sas,
Hehehe! Bijak mengulas ya!

Ya. YB itu bukan ditujukan kepada seorang. Banyak karakter, sifat dan watak pemimpin lain juga ada di dalam di dalam watak YB itu.

Setiap watak lain pun ada tafsirannya sendiri. Watak tipikal orang-orang kampung yang berkumpul di warung itu juga misalnya. :)


mak su,
Selamat mencuba!


Cikin,
Siapa yang makan dalam? Hehehe!

Pangkah jangan tak pangkah!


Kak Sarina,
Merc E55 AMG. Bukan murah tu.... Saya pun nak kalau percuma! :D

Entah LAH! Nak kena berteka-teki LAH pulak..!


pb,
Siapa YB kawasan Puchong ek?

Hehehe!


mudin,
Dah baca entri Naga tu. Itu cerita YB urban. Ini cerita YB pedalaman. Hehehe!


Dr Tokasid,
Waalaikumusalam.

Perangai kebanyakan YB kita ada di dalam diri 'saya' itu. Saya gabungkan perangai-perangai itu dalam satu watak. :D

Dulu saya fruitarian Sekarang nak jadi temperian pulalah. [ada ke istilah fruitarian dan temperian itu doc? :D]Untung-untung boleh cerah dan muda balik. Hehehe!

Oh ya. Saya tertarik satira 'Monolog seorang tua sepi' tulisan doc itu. Tersenyum-senyum saua membacanya. :)


Zino,
Siapa yang makan tempe muka dialah yang semakin putih dan tegang. Hehehe!


Pa'chik,
Hehehe! Macam-macam manusia sekarang ya pa'chik?

Kau nak berapa paket perencah mi bandung tu pa'chik? Emelkan alamat kau ya :D


Sinaganaga,
Ha ha! [aku pinjam ketawa kau sekejap]

Itulah untungnya jadi YB Hehehe!

 

Isnin, Februari 11, 2008 3:49:00 PTG, Blogger Hambali ®

kah kah kah
temperian
hmmm dah masuk daftar oxford ke :D hehehe

Tapi tu lah sebenaqnya realiti di malaysia ni. Ramai yang hanyut dibuai samudera hanya dengan baja sekampit, kain pelikat dan sedikit kertas berkepala bekas agong pertama.

 

Isnin, Februari 11, 2008 3:56:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

patutlah lu pun pandai motivasi bro,bila nak duet dengan dia haha

 

Isnin, Februari 11, 2008 4:02:00 PTG, Blogger zwitterion

YB, sy tak mau la kain batik ke, duit ke, sy nak tempe jugak..sy pun nak kulit muka tegang mcm YB jugak..boleh?..haha

 

Isnin, Februari 11, 2008 4:26:00 PTG, Blogger Unknown

mcm ku kenal YB tu...tp d mana ya haha

masak lodeh x bermakna tanpa tempe... betuuuulllll!

 

Isnin, Februari 11, 2008 4:51:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude, aku kalau buleh nak pat ratus paket... tapi kalau takde... pat lima paket pun oke... hahaah...

 

Isnin, Februari 11, 2008 4:53:00 PTG, Blogger muor76

temperian? kekekek ker pengorian..? atau kenyorian...? kekekekek
ermm raya cine lepas nih pon aku sempat berkempen gak.. bercerita ape yg org tak tau.. kekekekek
tapi yg pasti.. lembab, lemah canggok, kenyor, pengor,hagol kan kepala ke dinding, ye ye ooo adelah perkataan yg banyak dikeluarkan ketika bercerita dan mendengar cerita.. cume tempe jerk tak dan nak makan, just makan keladi cecah sambal kicap.. syok gak... kekekekek

 

Isnin, Februari 11, 2008 5:28:00 PTG, Blogger NBK466

1st paragraph tuh cam bunyi majuk jerk..nie musti sbb Sas tak ajak ko gi Peru..he.he.heee..

 

Isnin, Februari 11, 2008 5:57:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sme,
Itu reka sendiri. Kredit dan royalti kena beri pada aku kalau Oxford nak komersialkan istilah itu. Hehehe!

Ini negara demokrasi [baca: ala-Malaysia] Tepuk dada, tanya iman. :)


butaseni,
Aku belum ada title dr, jadi tak layaklah.... Hehehe!


Zwit,
Ada baca di suratkhabar tak baru-baru ini? Industri tempe sedang gawat sekarang. Kekurangan bekalan kacang soya katanya. Tapi itu senario di Indonesialah. :D


Amora,
Itu cuma satira. Cuma rekaan semata-mata. Kan YB di Malaysia semua baik-baik, beriman, bersih, jujur dan telus...? Kan? Hahaha!

Kalau dah tak ada tempe, bukan lodeh namanya Amora... :D


Pa'chik,
Kalau nak 400 paket, baik kau beli terus kilangnya. Hehehe!


Muor,
Tak boleh juga nak salahkan orang kampung Muor. Dah diaorang tengok berita Buletin Utama TV3, Berita RTM, baca surat khabar pun Utusan Meloya, Berita Harian. Habis macamana?

Aku sempat belasah tempe goreng tutul dengan sambal kicap hari itu. Pergh! Sampai meleleh-leleh air mata aku.. Hehehe!


NBK,
Kau cuma baca paragraf yang pertama jer ke jang? Kena baca semua baru faham. Hehehe!

 

Isnin, Februari 11, 2008 6:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

a'a lah wak pinter, kalau nak pikir balek, memang rezki dia dan Allah Taala dah izinkan semuanya.

 

Isnin, Februari 11, 2008 6:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam YB,
Empat tahun sekali bercuti di kampong, takpa lah. Jengok-jengok sikit orang kampong tu. Mudah2an mereka ingat bila mengundi nanti. Kalau balik pun mereka jemu pulak.

 

Isnin, Februari 11, 2008 7:32:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Purp,
Dalam blog pa'chik ada cerita "temperian". Blog kak Sridiah pun sama. Akak nak tukar kerja la. Bisnes tempe pulak ha..ha..ha. :)

 

Isnin, Februari 11, 2008 10:08:00 PTG, Blogger hakim dirani

kalau saya jadi orang tu memang berasa lah. ha ha

 

Selasa, Februari 12, 2008 1:15:00 PG, Blogger farazdaq

dia cocok tang sini..tang sini (sedutan 'Pendekar bujang lapok')..cocok la tang manapun...kalau 'huduh'fi'il & kelakuan tu 'huduh' gak la..

 

Selasa, Februari 12, 2008 1:50:00 PG, Blogger Brader Black

Bang,
entri kau kali ni agak "kejam" la.. Ntah berapa ramai ahli KERAjaan kat luar sana yg tersedak.. ha ha..

Mamat yang cucuk tang sana, cucuk tang sini ngan bitaminsi tu buat malu kaum Jawa je..

Layan tempe goreng+sambal kicap yuk..

 

Selasa, Februari 12, 2008 3:55:00 PG, Blogger Kerp (Ph.D)

ooo...rupanya muka dia tegang sebab melantak tempe pagi ptg siang mlm. Tapi tak perasan pulak boleh 'menggondolkan bukit'. kalo ada kuar suratkabar ke, kena tgk dekat2...hehehehhehhehe...

 

Selasa, Februari 12, 2008 5:28:00 PG, Blogger khairyn

oh aku risau abang B akan menaikkan harga tempe di Glasgow. Mentang-mentang dia seorang saja penjual tempe di sini maka dia monopoli pasaran tempe di Glasgow

hahahaha

 

Selasa, Februari 12, 2008 7:46:00 PG, Blogger Jie

Suami kakjie makan tempe sejak azali, tapi tak de pula putih melepak gitu..wa'aaa...ni resepi dari mana ye..nk juga kakjie suruh dia try.

 

Selasa, Februari 12, 2008 10:41:00 PG, Blogger achik

skang air 3 dlm 1 pun ada kolagen.. mungkin tempe yg YB tu makan pun ada kolagen kot.. ekekeke.. ;p

 

Selasa, Februari 12, 2008 11:16:00 PG, Blogger DeeN

Makan tempe memang begitulah kayaknya. Rasa kehebatan tu terserlah. Mude dan jelita. Er.. jelita?

Pergh!! Macam kisah, kisah hidup seorang YB jer, PuRP! HaHa

 

Selasa, Februari 12, 2008 11:33:00 PG, Blogger ManjLara

hahaha! dah lama tak dengar perkataan 'kutu brahak' tuh! citer nak dekat pilihanraya eh? katanya ilham ttg tarikh pilihanraya dah dapat, bila nak diwar-warkan tu ye?

 

Selasa, Februari 12, 2008 12:27:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Aku makan tempe, sejak kecil lagi. Penolong kanan bekas sekolah aku selalu tersenyum bila aku berkongsi makan tempe masak sambal dengan rakan-rakan sekolah.

Tetapi bila aku berusia 23 tahun dan mula belajar mengurat, tiada siapa percaya aku ini 23 tahun. Mereka sangka aku 26-27 tahun (muka tua-lah tu!). Aku terpaksa menunjukkan IC (masa tu belum pakai cip) kepada awek-awek bahawa aku ini muda sebenarnya. Tidak terlalu bersantan.

Jadi KARUTLAH jika dikatakan tempe itu menyebabkan muka beliau bertambah muda dan berseri. Padahal pemakanan tempe aku lagi hebat jika dibandingkan dengan beliau.

Lagi satu, premium tanah di negeri Selangor sudah naik mendadak 10 kali ganda sejak diisytiharkan Negeri Maju-lia. Anda bakal merasakan bermula tahun ini atau tahun hadapan rumah yang berharga Rm 160K-250K adalah rumah kotak/flat/apartment. Jangan bermimpi untuk membeli rumah yang bertanah/landed apatah lagi untuk menanam sepohon pokok mangga.

Jika anda menggunakan perigi/hujan untuk kegunaan harian, jadi bersedialah untuk dikenakan bayaran oleh LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) http://www.luas.gov.my/.

 

Selasa, Februari 12, 2008 1:04:00 PTG, Blogger jagoan

Pssst...
Bro, aku khuatir blog kau akan disenaraikan dalam BSKL..

 

Selasa, Februari 12, 2008 2:25:00 PTG, Blogger Rush Murad

aku terasa sangat dgn entry nih.... menyucuk2..... dah lama aku tak menjenguk org2 kampung... ntah mereka kenal aku lagi ker tidak... pilihanraya dah dekat.... errrkkk..... pasti warung2 kopi bukak sampai lewat pagi...

YB wannabe :)

 

Selasa, Februari 12, 2008 4:38:00 PTG, Blogger TokNabe

Ambo pun baru ler balik melawat kawasan. Al maklum ler dah dekat nak pilihanraya ni. Tak balik kan nanti orang kata pulak. Kena reject dengan pucuk pimpinan. Harap2 pucuk pimpinan memilih ambo lagi sebagai calon. tak kisah ler apa2 janji pandai cakap, pandai bodek, pandai cucuk dapat ler jadi calon balik. Tapi agaknya lebih baik ler ambo undur dir. Tak ler malu nanti kalau tak terpilih semula lagi pun selama ni bukannya ambo buat keje sbg YB punnn...

 

Selasa, Februari 12, 2008 10:19:00 PTG, Blogger Ajzie

ajzie pun tahu siapa YB tuh...... huhuhu..

 

Rabu, Februari 13, 2008 12:10:00 PG, Blogger Sri Diah

Sdr JP;
Dengan rasminya saya ingin mengorder lebih banyak lagi tempe, terutama dari Muor - khabarnya tempe dari sana lazat bervitamin. (Saya pun dah tak mengaku guna sabun yang serupa - konon terkongsi dengan sabun isteri). Elok juga dicadangkan selepas ini dihadiahkan berbakul-bakul tempe kepada PBT yang culas memugut hasil negeri.

 

Rabu, Februari 13, 2008 10:13:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

accia,
Rezeki biar halal. Tapi KALAU dah songlap duit rakyat, mana ada keberkatannya. Rezeki yang ada itupun kalau Tuhan nak tarik, bila-bila masa pun boleh. :)


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Kalau dapat balik empat tahun sekali pun sudah kira bertuah orang kampung tuan. Ada yang langsung tak pernah nampak batang hidung pun. :D


Kak WL,
Memang bagus bisnes itu kak. Sangat berdaya maju. Lagi-lagi kalau dapat tender membekal dan menghantar tempe untuk EmBi negeri termaju itu. :D


Hakim,
Itu kalau ‘orang tu’ terasa? Dia ada emosi ke nak terasa? Hahaha!


Farazdaq,
Fi’il dan kelakuan ‘huduh’ belakang kira. Yang penting perut kenyang + kantung penuh…..


Brandal,
Penguasa dan pemimpin yang tak senonoh dan memperbodohkan rakyat lagi ‘kejam’ bro’. Hehehe!

Jawa pun banyak spesisnya bro’. Jawa yang macam itu spesis lain. Aku Jawa spesis lain. Hahaha!


Kerp,
Bukit banyak jenis bukit bro’. Ada jenis ‘bukit yang dah gondol’ boleh ditanam semula kalau mahu. Tapi ada jenis yang tak boleh, pupus terus. Hehehe!


Khairyn,
O. Di sana pun ada industri pembuatan tempe juga ya. Bangganya! Kalaulah Mat Salleh Glasgow itu dapat tahu khasiatnya, kayalah abang B lepas ini… Hehehe!


Kak Jie,
Dia makan tempe jenis sintetik agaknya. :D


achik,
Di tempat saya ada pembuat tempe yang memasukkan isi biji getah ke dalam tempenya. Orang katalah. Entah betul entah tidak tak tahulah. Hehehe!


nur@,
Mana kamu tau? Kamu makan tempe juga ke? Aku lainlah, memang ‘pemakan’ tempe yang tegar. Sebab itu nampak muda. Hahaha!


Manjlara,
Sejak timbul Mat Rempit, Bohjan dsb istilah ‘Kutu berahak’ itu dah semakin pupus :D

Negara kita memang aneh. Tarikh PRU jadi milik mutlak PiEm, jadi bahan teka-teki. Isk! Macam nak cipta lagu pulak kena tunggu ilham datang. Takkan dalam tidur tak pernah datang ilham kot :D


Adadia,
Kau makan tempe apa ni? Aku pulak, orang selalu sangka aku 5-6 tahun lebih muda. Hahaha! [Perasan sekejap]

Aku percaya cakap beliau. Beliau kan sangat telus dan jujur orangnya [bagi chancelah pada beliau]. Hahaha!

Oit! Oit! Jangan kutuk lebih-lebih ya. Walaupun anak jati Johor, tapi aku bangga tinggal di negeri ini. Maklumlah negeri TERMAJU. Negeri TERMAJU memang begitu. Kena bayar premium tanah mahal, kena bayar caj yang tak masuk akal, caj air kolam misalnya. Selain dari itu kena robohkan semua rumah setinggan miskin sebab nak dapatkan setinggan sifar, YB pun kena korup atau buat skandal, bukit kena ditarah sana sini, baru sesuai dengan tarafnya sebagai negeri TERMAJU……. LOL


ah tok,
Tok, BSKL dah tukar nama jadi Bursa Malaysia la. Tersenarai di papan utama ke papan kedua? Hehehe!


Rush,
YB bertanding kerusi mana kali ini YB? Dah berapa banyak duit YB habis melobi untuk menjadi calon? Berapa banyak pula peruntukan nak ‘sedekah’ pada orang kampung kali ini?

Hehehe!

 

Rabu, Februari 13, 2008 10:44:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

YB Tok Nabe,
Syukur kalau YB dah rasa macam itu. Eloklah YB undur diri. Taubat dan buat amal banyak-banyak. Lagipun YB dah kaya raya sekarang. Bagilah peluang YB lain pula kaya raya. :D


Pegawai,
Hu hu hu!


Ajzie,
Bukan YB itu, tapi YB-YB itu.... :)


Sri Diah,
Khabarnya pengusaha tempe di Muar dah tak menang tangan melayan permintaan yang meningkat secara mendadak terutama dari Lembah Klang. Tapi positifnya, eloklah kalau macam itu. Secara tak langsung meningkatkan ekonomi orang kampung. :D

 

Rabu, Februari 13, 2008 12:24:00 PTG, Blogger Azhar Ahmad

Ahahahahahah, nak dekat pilihanraya baru nampak muka....

 

Rabu, Februari 13, 2008 4:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Azhar,
Hari ini 13hb. Bubar sudah Parlimen. Tepat seperti yang dijangka ramai. Taksub sungguh dia dengan angka 13 ya....


phu ying,
Masih berduka lagi...?

:D

 

Rabu, Februari 13, 2008 8:50:00 PTG, Blogger kawaii_desu

kalau dulu industri tempe terancam sebab harga soya yg kian meningkat.. tapi kini hamba Allah tu tlh mempromote tempe dgn jayanya...


mmg kukenal org itu huhu..
nak makan tempe jugakla

 

Khamis, Februari 14, 2008 6:08:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

fuhh...nongkrong la lagu kau wak ...hehehee

 

Jumaat, Februari 15, 2008 11:33:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kawaii,
Khabarnya industri tempe di Indonesia sedang terancam. Kekurangan bekalan kacang soya khabarnya...

Eh! Apa saya cerita ni... :D


SF,
Lagu jiwa tu. Hehehe!

 

Jumaat, Februari 15, 2008 11:55:00 PTG, Blogger Jamal Abd Rahman

great entry JP!!....pelbagai watak YB ada dlm tu...tapi YB yg temperian tu is the best...

ingat tak ada entry pasal tempe dan terinject tu kat sini, rupanya ada jugak....hahahaha

masuk universiti yg sama dgn penyanyi pakar motivasi...eh dia pun beli jugak ke??? heran...

 

Ahad, Februari 17, 2008 5:29:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

UncleJ,
Terima kasih.

Bermacam-macam karakter dan watak sengaja saya masukkan ke dalam watak 'saya' itu.. :D

Memang ada YB yang membeli ijazah kedoktorannya [yang saya dengarlah...], tapi bukan tokoh yang suka makan tempe dan tercucuk itu Uncle... :D

 

Isnin, Februari 18, 2008 11:14:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

B Rampai,
Ketawa jangan lupa tutup mulut BR. Hehehe.

Salam kembali :)

 

Selasa, Februari 26, 2008 12:53:00 PTG, Blogger Angah

Seko cilik nyong mangan tempe orak la ayu banget pun.. mangan tempe telong bulan wes koyo kui raine?... ngapos laaaaaaa....