Khamis, Mac 27, 2008
Petang kelmarin. Saya membelek-belek semua makanan dan jajan-jajan di dalam peti sejuk rumah saya. Kemudian satu-satu saya bawa keluar, saya taruh di atas meja. Saya jejerkan satu persatu.

Image Hosted by ImageShack.us

1. Kiub wafer perasa Vanilla Munchy’s [01-11-2007]
2. Tepung cucur ikan bilis Adabi [22-11-2007]
3. Biskut susu Tiger Danone [11-12-2007]
4. Telur Omega-3 Nutriplus [07-02-2008]
5. Teh uncang Lipton [20-06-2007]
6. Bes campuran buah mangga Sunquick [07-09-2007]
7. Madu Polleney [31-12-2007]
8. Sos cili Aminah Hassan [02-2008]
9. Kicap lemak manis Habhal [02-03-2008]
10. Mi goreng segera perasa asli Indomie [10-03-2008]

Angka-angka di sebelah kanan di dalam kurungan itu adalah tarikh luputnya. Ada yang langsung tak sempat saya buka lagi. Kemudian satu-satu saya sumbat ke dalam buntalan beg sampah. Sedih sungguh. Tapi nak buat macamana……

Kalaulah nenek nampak, mesti saya kena tegur. Cari duit dahlah susah, beli makanan banyak-banyak lepas itu tak habis makan, lepas itu buang, kan membazir namanya, macam itulah agaknya omel nenek.

Di saat saya mencampak buntalan itu ke dalam ruang sampah di tepi pintu pagar itu, mungkin di pojok sebuah kota mana entah - di satu bahagian dunia yang lain, mungkin - seorang gelandangan sedang menyungkit penutup tong sampah untuk mencari hidangan makan tengaharinya, atau mungkin juga, ada seorang bapa miskin, saudara sebangsa dan seagama saya, sedang mencuil-cuil sekeping roti untuk anak-anaknya yang sedang sarat kelaparan.

Petang itu saya merasa sangat berdosa. Saya menjadi manusia yang dimarahi Tuhan. Dan syaitan pun bertepuk-tepuk tangan.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/27/2008 01:27:00 PTG. |


55 Ulasan


Khamis, Mac 27, 2008 2:37:00 PTG, Blogger Sastri

ouch ouch... terasa plak saya... sebab saya pun selalu tak habis mamam... huhuhu...

hmmm... kena beli sikit-sikit la barangnya... membeli pun kena berhemah gak kan?

(teringat plak buah mangga dalam peti sejuk... ada lagi 3 biji tak mamam lagi tu)...

 

Khamis, Mac 27, 2008 2:46:00 PTG, Blogger Mersik

Makanya, agar lebih berhemah dan mudah abis, ajak la sesiapa yg sudi mampir ke umah menolonghabiskannya..

Dalam erti kata yg lebih manis lagi.. Ajaklah kawan2 ke umah utk makan2 atau jamu2an gitu..

Hik hik...

(Yg suka menghabiskan kopi di kedai makak.. tapii tak abih2 gak.. alahaiii )

 

Khamis, Mac 27, 2008 2:50:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Tambahlah umat Muhammad dalam rumah tu.. jangan tambah binatang peliharaan sahaja. ;-p

 

Khamis, Mac 27, 2008 2:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP@JP,
Tidak ramai yang mempunyai kesedaran begitu. Dengan adanya kesedaran begitu, kita tidak akan lokek untuk bersedekah.
Nampak macam kichap cap kipas udang tu. Kalau beli yang lemak manis mungkin cepat habis agaknya, seperti dirumah saya.
Di rumah saya pula, bukan makanan tapi pakaian, tarikh masih ok, tapi size yang dah luput. Nak buat apa entah...

 

Khamis, Mac 27, 2008 3:13:00 PTG, Blogger silversarina

kena bercermat masa membeli lagi... sayang makanan buang begitu saja ... sebak pulak akak bila teringat anak-anak arab yang kelaparan, roti atas jalanraya berdebu pun dikutip dan disuap ke dalam mulut demi mengisi perut..

 

Khamis, Mac 27, 2008 3:20:00 PTG, Blogger Sya

Alamak.. kak sya tak tau le teh uncang ada due date.. actually kan selagi kak sya tgk elok je kak sya makan aje.. Alhamdullilah tak de apa2

 

Khamis, Mac 27, 2008 3:29:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ya... buang saja Pak Lah. Ops... salah topik ya? :D

 

Khamis, Mac 27, 2008 3:50:00 PTG, Blogger Sastri

cerdik encik mudin kita... itulah salah satu mesej yang tersembunyi... :D

 

Khamis, Mac 27, 2008 4:01:00 PTG, Blogger hanny

tips utk elak membazir yang saya selalu amalkan:

1) kalau gi shopping time nak gi bayar, check balik barang yang ada kat dalam trolley. kalau agak2 nak beli ker tak nak beli ker, letak balik sebab sure akhirnya tak pakai

2) buat list barang nak beli sebelum keluar shopping

3) susun barang kat dapur mengikut tarikh luput paling cepat kat sebelah depan supaya senang capai dan tarikh luput paling lambat sebelah belakang.

4) gunakan teknik "freezing". macam bawang, sayuran yang dah dipotong, letak dalam plastik bag dan letak kat dalam freezer. selain tahan lama, boleh jimat masa waktu nak masak nanti

5) sekali sekala masak nasi goreng guna bahan yang dah tinggal saki baki kat dalam peti ais.

 

Khamis, Mac 27, 2008 4:03:00 PTG, Blogger pB

SALAM

Kalau kat umah pB tu , ada brg yang tak sempat nak expired pun.

Kalau roti tu , bila hampir hampir nak expired pB akan masukkan ke dalam peti sejuk. Insyaallah , tak akan naik kulat.

Rasanya kalau makanan , kita simpan dalam peti sejuk , walau dah expired , masih buleh dimakan.

Lada kering pun pB simpan dalam es box.

 

Khamis, Mac 27, 2008 4:06:00 PTG, Blogger muor76

nasib baik ler selalu makan kat umah... kurang barang terbuang.. tak elok membazir.. bapak aku marah kalo membazir.. membazir itu amalan...***** heheh tu pesan bapak aku.. pesan aku pade ko.. kawin le cecepat.. kurang sket barang expired.. simpan lame lame bukan dpt dividen.. jgn sampai berlumut dan berteritip kekekekek

 

Khamis, Mac 27, 2008 4:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Selalunya manusia, bila tengah senang, cepat lupa saat-saat masa tengah susah..... :)


Mersik,
Sila-silalah, kalau tak malu, datanglah rumah saya ramai-ramai. Nanti saya masakkan sekali mi bandung Muor ya. :D


Phu Ying,
Macam DEB juga. Niat dan polisinya memang murni, tapi implementasinya perlu berhati-hati. Begitu juga memilih Menteri Kewangan misalnya, perlu memilih dengan berhati-hati, tak boleh sebarang atau 'mungkin cocok' saja :)


Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Kesilapan besar saya adalah suka membeli tetapi jarang makan semua yang dibeli itu. Saya jarang di rumah lagipun. Kecualilah hari minggu barulah saya sepenuh masa ada di rumah.

Saya pun serupa. Banyak seluar yang saiznya dah luput [termasuk seluar kecil :D], terutama di bahagian pingganglah. Kalau baju, ok lagi.... :D


Kak Sarina,
Itulah. Berat hati nak buang sebetulnya. Teringat semula zaman susah kami sekeluarga di kampung dulu. Insya-Allah, saya akan berkira-kira bila membeli lagi nanti.


kak sya,
Saya tak yakin nak guna, takut sakit perut pulak nanti. Tapi kalau sabun mandi yang dah luput tarikhnya, saya tetap pakai juga. :D


mudin,
Cerita ini memang boleh dibaca dan ditafsir dari berbagai perspektif Mudin. Tajuknya saja sudah bercabang tafsirannya. :D


Sas,
Mesej lain? :D

 

Khamis, Mac 27, 2008 4:27:00 PTG, Blogger jagoan

Semua tahu membazir itu amalan Syaitan. Tak semua tahu Syaitan itu sikapnya suka membazir!

 

Khamis, Mac 27, 2008 4:43:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Hanny,
Terima kasih. Maklumat yang berguna.

Tapi untuk orang yang tinggal sendiri seperti saya, agak kurang rajin untuk membuat semua itu [Saya harap alasan saya ini munasabah dan dapat diterima:)]


pb,
Waalaikumusalam.

Kalau tinggal dengan keluarga mungkin lain kot, cepat kadar habisnya, tak sempat nak sampai tarikh luput.

Orang lain ada yang kata macam itu juga pb, tapi saya baca pendapat pakar pemakanan, tak elok dah untuk dimakan. Hmmm.....


muor,
Sebab aku selalu makan di luarlah jadi 'terabai' barang-barang makanan aku tu Muor. :D

Itulah. Tiba-tiba sebak pulak bila kau cakap macam tu Muor. Teringat balik masa kitaorang hidup susah di kampung dulu. Dulu masa kecik jarang sangat dapat merasa makan sedap-sedap, sekarang buang-buang.......


ah tok,
Semakin berdosa aku rasa saat dan tika ini.

Err... Tapi kalauLAH yang kita nak buang itu, berdegil juga macamana pulak tok? :)

 

Khamis, Mac 27, 2008 4:48:00 PTG, Blogger Pa'chik

ada satu paket dol-dol yang dah luput tarikh orang tak nak buang lagi... sayang pasal apa ntah...

 

Khamis, Mac 27, 2008 4:56:00 PTG, Blogger asuhara sue

JP...alop jgn la jadikan hidup sorang jadi alasan pulak yer...'_<

Jadilah 'pemalu' juga ketika membeli stok seterusnya nanti!

P/s: pa'chik dol-dol tu sama ke dgn dodol?

 

Khamis, Mac 27, 2008 5:18:00 PTG, Blogger Izham Miyake

Hamba pun mengalami masalah yang sama dulu. Bonda hamba suka simpan segala-galanya dalam peti sejuk.

Puas hamba katakan jgn asyik membeli barang makanan baru. Yang lama emuanya terbiar tak bermakan.

Pernah suatu hari hamba mengemas peti ais tu, ada 32 bungkus saki baki kelapa parut yang tidak digunakan.

Tanggal raya 2007, nak dijadikan cerita, kami balik kampung seminggu dan bekalan elektrik di rumah kami terputus disebabkan dek 'trip'

Habis semua barang2 dalam peti sejuk. Rumah jadi super busuk.

Sejak tu, mak saya dah tak simpan barang makanan dalam peti sejuk lagi..

sekian terima kasih hehe.

 

Khamis, Mac 27, 2008 6:22:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Ini cerita double meaning nih. Tok Mudin kita pandai tafsir.

Kejap mau check peti ais Kak WL.
ooop!!! Ada mentega kacang expired :D

 

Khamis, Mac 27, 2008 6:27:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam wak pinter,
a'a lah, sebagai surirumah, part ni memang susah. bayangkan berapa banyak dosa saya. bukan expired, tapi lauk tak habis. tak sampai hati nak buang tapi nak bagi orang dah macam bekas kena makan. jadinya, tunggu sampai jadi bahan makmal, baru berani buang.
astaghfirullah...

 

Khamis, Mac 27, 2008 7:15:00 PTG, Blogger achik

benda dah expired, w/p rasa sayang tapi elok dibuang jeLah.. drp berkulat..

oh2 saya lagi haru.. pegi beli roti yg dah expired.. nak makan baru perasan.. lupa lak masa beli tu nak tgk tarikh luput.. ;p

 

Khamis, Mac 27, 2008 7:20:00 PTG, Blogger inna hayati

kene check selalu,,klau rase2 tak dapat habis, eloklah di hantar ke mana2 tempat yang insyaAllah makanan itu habis...
contoh:ke asrama sekolah@unibersiti di kala malam kerana semua orang kelaparan di waktu itu semasa sibuk menelaah... :)

 

Khamis, Mac 27, 2008 7:22:00 PTG, Blogger fajar

ala jp, saya pun sama. selalu beli banyak2 sebagai stok simpanan. kdg2, smp expired. sedih betul. mahu x mahu, tpaksa la buang. tp kan, ada gak la dok bantai gak yg dah expired tu. sbb cuma sehari je. kira halal la. maklum la, makanan yg dibeli tu kalau tukar ke RM boleh tahan mahalnya. £1 bersamaan RM7. kalau beli £2, dah kira RM10!

 

Khamis, Mac 27, 2008 7:40:00 PTG, Blogger fajar

eh eh RM10 pulak. RM14!

 

Khamis, Mac 27, 2008 8:43:00 PTG, Blogger Pa'chik

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Khamis, Mac 27, 2008 8:45:00 PTG, Blogger Pa'chik

oit dude... madu tu... kalau jenis yang asli.. jangan buang.. tarikh luput cuma syarat memeket bahan makan je... madu.. tahan lama...

tapi... kalau madu yang jenis solid tuh... ko kena tanya sas lah buleh simpan ke tidak... ekekke... ;P

 

Khamis, Mac 27, 2008 11:01:00 PTG, Blogger Brader Black

wo wo! Bang, nampak sangat kau selalu makan kat luar je. Agak2, kalau biar lama skit, telur tu buleh menetas tak?
ha ha.

pa'chik said:
tapi... kalau madu yang jenis solid tuh... ko kena tanya sas lah buleh simpan ke tidak... ekekke... ;P

^
|
|
|
aku suka komen pa'chik ni. ngahahahaha!

 

Jumaat, Mac 28, 2008 2:16:00 PG, Blogger A t i Q a h

Dahsyat seyh dia punya lama expired. Tapi kalau tengok gambar, macam baru beli je. haha..
Never judge a book by its cover aa..

 

Jumaat, Mac 28, 2008 2:51:00 PG, Blogger Kerp (Ph.D)

ooo...kisah rezeki yang dah expired rupa2nya. mcm setengah2 MB...hehehhehe...

 

Jumaat, Mac 28, 2008 9:26:00 PG, Blogger Hasrul Halid

Aku kalau 'sesuatu' tu tak expired lagi, tapi dah disahkan tak boleh pakai (oleh sejarah-sejarah yang lepas), aku tetap akan buang. BuangLAH.. simpan lama-lama pun buat apa? nanti berjangkit kat 'benda' lain pulak!

Kalau setakat merosak 'makanan' aja aku tahan lagi Purp, tapi kalau dah ke tahap melingkupkan 'peti ais'.. uhhhh!!! Aku tak rela!

Hahahahahahaha!

p/s kamu tahu tak yang peti ais 'sebelah' amat mendengkikan peti ais kita?

 

Jumaat, Mac 28, 2008 11:01:00 PG, Blogger Cik Keju

isk..tgk mi goreng indome tu buat aku terliur nak makan lak.. lama sungguh xmakan mi goreng indome. slurrppp!

 

Jumaat, Mac 28, 2008 12:13:00 PTG, Blogger Jamal Abd Rahman

buang jerLAH yg dah expired tu JP..walau pun nampak elok diluar..mmg didalam dah tak leh nak pakai lagi pun..dah lama sgt kan?

tapi ada jugak org yg makan juga barangan yg dah expired..mesti ada sessuatu kan?

 

Jumaat, Mac 28, 2008 12:33:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'cik,
Puak itu memang suka makan dol-dol yang dah luput tarikh kot. Tapi apa nak hairan Pa'chik, benda dah dibuang pun puak-puak itu masih sanggup makan balik, siap jilat-jilat lagi. Hahaha!


asuhara,
Manusia memang sentiasa akan mencari alasan. Jarang mahu mengaku kesilapan diri sendiri, apatah lagu muhasabah diri. [Fahamkan frasa ini betul-betul ya :D]

p/s Yang Pa'chik maksudkan itu dodol makanan Jin barangkali.......


Tenno Miyaki,
Kau ni tengah berlatih bangsawan ye bang. Hehehe!

32 bungkus saki baki kelapa parut? Banyaknya!!! Rumah kau buat industri kecil dan sederhana buat doDOL ke apa ni? Hehehe!

Sama-sama.


Kak WL,
Terpulanglah dari perspektif mana mentafsir cerita saya ini. Cerita ini berbentuk 3 dimensi :D


accia,
Waalaikumusalam.

Saya sebenarnya cukup anti kalau orang membazir, membeli barang-barang yang tak begitu perlu [jet peribadi misalnya] tapi entah macamana, kali ini terkena diri saya sendiri.

Cukuplah dosa saya itu, saya tak mahu berdosa mereka-reka alasan pula. :)

 

Jumaat, Mac 28, 2008 12:51:00 PTG, Blogger kucingorengemok

tak pernah tau org letak mi segera & biskut dlm peti sejuk! hehe.

 

Jumaat, Mac 28, 2008 1:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Achik,
Lain kali, sebelum 'memilih', periksa betul-betul Chik. Periksa jenisnya, kandungannya, tarikh luputnya. Jangan pakai ambil saja. Kalau sakit perut siapa yang susah. Rakyat juga yang susah. Hehehe!


inna,
Itu satu cadangan yang baik. Terima kasih :)


Fajar,
Saya pun. Kalau roti, setakat terlepas satu dua hari, saya makan lagi. Hehehe.

Itulah kan. Kita ni bila membeli ikut selera [baca: nafsu]Asal nampak sedap semua nak beli. Hajat nak buat stok, akhirnya terbuang. Hehehe!


Pa'chik,
Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.

Kenapa kau padam? Kau mencarut ye Pa'chik. Hehehe!


Pa'chik lagi,
Ye ke? Tak meletup ek? Baru tahu....Hehehe!

Tiada ulasan tentang madu yang itu. Rumit dan sensitif. :D


Si Kachak,
Ok juga kalau menetas. Tak payah susah-susah nak beli ayam dah. Hehehe!

O, kau bersekongkol dengan Pa'chik ya....


Atigah,
Dah ada yang langsung tak dibuka lagi. Nampak barulah. Hehehe!

Memanglah. Tapi kalau dah tinggal kulitnya saja, helaian di dalamnya dah tertanggal semua, tak boleh di baca dan dipakai lagiLah. :)


Kerp,
Dah sampai tarikh luputnya, jangan disimpan lagi. Tak elok untuk makanan rakyat. :)


Hasrul,
Ya, ya. Bila dah rosak peti ais, nak repair pun macam tak boleh lagi dah. Terpaksa jual jadi besi burukLah. Hehehe!

p/s. Masing-masing menunggu peluang. Hehehe!


Cikin,
Jangan makan selalu, nanti rambut gugur. Hehehe!


UncleJ,
Hairan kan UncleJ. Apalah sayang sangat nak buang barang dah rosak. Buang sajaLah, dari dibiarkan peti sejuk itu rosak.

Makanan yang dah basi, berulat, orang dah buang pun ada yang mereka sanggup kutip dan makan balik UncleJ. :)

 

Jumaat, Mac 28, 2008 1:10:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

belangcoolcat,
Saya beras pun saya simpan dalam peti sejuk. Hehehe!

 

Jumaat, Mac 28, 2008 2:36:00 PTG, Blogger arianna adrizal

lain kali beli makanan yang takde tarikh luput. sonang ;p

 

Jumaat, Mac 28, 2008 2:57:00 PTG, Blogger zizie ali

lain kali jgn buat lagi. ini last warning aku yg terakhir!.

 

Jumaat, Mac 28, 2008 3:15:00 PTG, Blogger Unknown

aku roti expired pn bantai makan juga. setakat ni ok. alhamdulillah.

 

Jumaat, Mac 28, 2008 3:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Aku tau kau seorang pencinta barangan antik...tapi tak terfikir pulak aku 'barangan tamat tempoh' pun kau minat. Ha ha.

 

Jumaat, Mac 28, 2008 5:14:00 PTG, Blogger Mummy Rizq

sblm membeli seharusnya diperiksa dulu tarikh luputnya. cari yang tarikh yg lama lg br luput. at least tidak terlampau membazir...

 

Jumaat, Mac 28, 2008 6:14:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

tapi ada setengah makanan walaupon dah lama tetap elok dan berkualiti...mcm MB kelantan...heehehe..

 

Jumaat, Mac 28, 2008 6:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

anne,
Ada ke? Hehehe!


Zizie Ali,
Garangnya! TakutLah!


Kel@mbu,
Samalah kita. Tapi setakat terlepas 1-2 hari ok lagi kan...


azzam,
Hehehe! Nak kitar semulalah lain kali. Buat baja kompos ke?

Hehehe!


Mummy Rizq,
Baik puan. Saya akan ingat. :D


Kerp,
Ya, ya. Setuju! Makanan jenama itu anugerah Tuhan. :)

 

Jumaat, Mac 28, 2008 9:44:00 PTG, Blogger zino

yg dah expired tu locot an yo.. nak buek apo.. agaknya dalam peti ais kat rumah tu pun ada

ada yg suka menambah stok tanpa mengambil kira stok yg ada hehe

 

Jumaat, Mac 28, 2008 10:36:00 PTG, Blogger aNIe

Tu le...org bujang tak boleh simpan banyak bende2 camtu...kalau ari ni nak masak...baru pi beli...kalau ada saiz kecik...beli yang kecik je...tu kan dah membazir...

 

Sabtu, Mac 29, 2008 12:29:00 PG, Blogger Kasawari

Bro.. tak mengapa lah.. penghujung dan kesimpulannya.. kesedaran untuk tidak membazir tu dah tersemat di hati.. kadang kadang perancangan untuk membeli tu tiada. oleh itu nafsu mengatasi segalanya.. pesanan untuk diri saya juga..

BEEP BEEP

 

Sabtu, Mac 29, 2008 1:05:00 PG, Blogger hakim dirani

Saudara, nampaknya anda begitu sibuk sehingga tak sempat gunakan barang yang dah luput tarikh itu.

Cerita saudara turut menginsafkan saya.

 

Sabtu, Mac 29, 2008 1:17:00 PG, Blogger papatriton

aku malas nk baace coment org lain tp aku nk komen

biler teringin baru bli..tp letih sket la..xpe!!janji xmbazir

 

Sabtu, Mac 29, 2008 11:26:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

naper sampai tak perasan? sibuk ekkk. sibuk sangat sampai tak sempat nak masak & makan barang2 tu semua? tak sibuk keje.. sibuk makan kat luar pun dianggap sibuk juga :)

takpelah jadikan pengajaran di masa akan datang. kalau orang kata berhenti makan sebelum kenyang.. dalam berbelanja pula, sentiasa berpada2.

melas pakanane.. melas jugak duit te.. diguang koyo kui.

:)

 

Sabtu, Mac 29, 2008 10:10:00 PTG, Blogger me3n

err macam promosi je gambar neh hehe. klu ku datang rumah ko sebelum tarikh luput, mungkin ku boleh tolong selamatkan dalam keadaan segera ehehe.

 

Isnin, Mac 31, 2008 1:08:00 PG, Blogger shahril aley

apa kata kalau rasa2 barang makanan nak hampir tarikh luput tu ko buatlah kenduri skit ajak kawan2 & aku datang umah boleh tolong makankan. jangan bagi makan yang udah tamat tempoh nanti aku kesakitan perut plak.....

lain kali jangan beli banyak2 bekalan makanan. makan aje kat luar. tratur skit rumah tak payah nak kemas2.

 

Isnin, Mac 31, 2008 3:10:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Nampaknya BP rajin jugak ke dapur, cuma barangkali tak sempat nak masak ;)

Salam.

 

Isnin, Mac 31, 2008 10:58:00 PG, Blogger NBK466

Udah den kobakan...KAHWIN JANG..KAHWIN..tgk kan dah banyak bazir tuh..he.he.he.

 

Isnin, Mac 31, 2008 11:04:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino,
Saya tak nak bagi apa-apa alasan. Memang dah salah saya. :D


kak lady,
Itulah. Peringatan untuk saya untuk masa-masa akan datang. :)


Kasawari,
Cukup pantang kalau orang membazir sebenarnya bro', tapi bila dah kena pada diri sendiri... Isk!


Hakim,
Itulah.

Sama-sama ambil iktibarnya. Insya-Allah.


papatriton,
Konon-konon baranag-barang itu untuk masa kecemasan, tengah-tengah malam misalnya. Tapi tak sempat nak guna / makan....


ayu mkay,
Arek nangis aku kue ngomong koyok kuwi. Aku pun ora sukak nik wong membazir panganan koyok kuwi. Yolah, aku cilik-cilik mbien wong susah..... Sa iki wes eneng duit lebih sitik koyok ora kilingan...

Peringatan buat saya. Terima kasih. :)


ad3ck,
Emel aku alamat kau, nanti kalau ada lebih lagi aku hantar rumah kau.... Tapi kalau kau nak datang ambil sendiri pun bagus juga. :D


Shahril,
Boleh!:D

Itulah yang sepatutnya. Lepas ini aku kena berkira-kiralah. :)


B Rampai,
Saya setiap hari memang rajin masuk dapur BR. Tapi ambil air masak sajalah. :D

Salam kembali.


nbk,
Hehehe!

 

Isnin, Mac 31, 2008 4:46:00 PTG, Blogger Rush Murad

kadang2 kita teringin nak makan sesuatu, baru makan sikit dah muak, simpan dalam peti ais, lupa... sampai ler expired. it happens to many people, including me... balik ni nak kena cek peti ais, silap2 dah tumbuh pucuk 'onion spring' dari bawang kecik...

 

Isnin, Mac 31, 2008 6:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rush,
Betul Rush!

Pernah juga aku kena macam itu. Bawang dah sampai bertunas! Nasib baik telur tak menetas ek :D