Jumaat, Mac 21, 2008
Image Hosted by ImageShack.us

Semalam saya berkesempatan singgah di kedai buku Mutiara Ilmu, yang banyak mengedarkan buku-buku dari Indonesia itu. [Terima kasih kepada sdra Jiwarasa yang memberitahu saya lokasinya].

Saya sempat bersembang sekejap dengan sdra M. Aktifanus Jawahir, pemiliknya, sambil dijamu dodol - dari Indonesia katanya. Banyak buku yang menarik minat saya. Karya-karya Hamka, Pramoedya, Goenawan Mohamad, Mukhtar Lubis dan beberapa karyawan besar Indonesia lagi. Cuma buku karya Remy Sylado yang saya cari itu sudah habis. Saya sempat membeli tiga buah buku.

Robohnya Surau Kami [A.A. Navis]. “Kenapa engkau biarkan dirimu melarat, hingga anak cucumu teraniaya semua. Sedang harta-bendamu kau biarkan orang lain yang mengambilnya untuk anak-cucu mereka. Dan engkau lebih suka berkelahi antara kau sendiri, saling menipu, saling memeras. Aku beri kau negeri yang kaya raya, tapi kau malas. Kau lebih suka beribadat saja, karena beribadat tidak mengeluarkan peluh, tidak membanting tulang. Sedang aku menyuruh engkau beramal di samping beribadat. Bagaimana engkau bisa beramal kalau engkau miskin. Engkau kira aku ini suka pujian, mabuk disembah saja, hingga kerjamu lain tidak memuji-muji dan menyembahku saja. Tidak....“ Itu adalah dialog Tuhan yang saya kutip dari buku itu.

Tuhan Izinkan Aku Menjadi Pelacur [Muhidin M Dahlan]. Katanya, baru sampai dan cuma itu satu-satunya naskhah yang ada di sini. Kisah seorang muslimah yang taat. Tubuhnya dihijapi oleh jubah dan jilbab besar. Hampir semua waktunya dihabiskan untuk solat, baca Al-Quran, dan berzikir. Dia memilih hidup yang sufistik. Cita-citanya hanya satu: menjadi muslimah yang beragama secara kaffah. Tapi di tengah jalan dia diterpa kekecewaan…. Terselit dialog-dialog ’berani’ seperti “Aku hanya ingin Tuhan melihatku. Lihat aku Tuhan, kan kutuntaskan pemberontakanku pada-Mu!”

Kedua-dua buku itu agak nipis tetapi sarat dengan mesej spiritual dan ketuhanan. Kritis dalam menyingkap kepalsuan dan kebejatan moral manusia, juga sisi gelap insan yang selama ini dianggap ‘mulia.’ Temanya lari dari kebiasaan.

Buku ketiga itu adalah buku lama. Bunga Rampai – Sastra Jawa Mutakhir [susunan Prof Dr J.J. Ras, seorang berbangsa Belanda tetapi mahir berbahasa Jawa, dan pernah mengajar bahasa Jawa di UM]. Buku ini berbahasa Jawa. Sudah lusuh kulitnya dan sudah kuning warna helaiannya. Beruntung saya memiliki buku seklasik itu. Jangan menilai buku dari kulitnya, bukan begitu? Isi kandungannya akan saya kongsikan di dalam blog saya yang satu lagi, MONGGO MAMPIR. Insya-Allah.

Leka membelek-belek buku, sehingga tidak sedar sudah melewati satu jam saya di dalam kedai buku itu, hampir saya terlupa ada seseorang yang menunggu saya di dalam kereta.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/21/2008 11:27:00 PG. |


41 Ulasan


Jumaat, Mac 21, 2008 12:05:00 PTG, Blogger Sastri

lamaaaa tau kite tunggu... dekat sejam... nasib baik ada bahan bacaan... kalau takkkk...

dahlah sempat mamam dodol lagi tu... :p

 

Jumaat, Mac 21, 2008 12:34:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Oooo..ada orang tunggu.. ;-)

 

Jumaat, Mac 21, 2008 12:49:00 PTG, Blogger farazdaq

uish..sastra jawa mutakhir..boleh kasi gilap bahasa jawa aku nih..

 

Jumaat, Mac 21, 2008 2:18:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Menarik sangat tu.

 

Jumaat, Mac 21, 2008 3:01:00 PTG, Blogger Brader Black

wah!
Bang, aku cemburu kau memiliki buku2 yang kelihatan sungguh enak itu.

psstt,
penunggu dalam kereta tu mengamuk tak?
ha ha.

 

Jumaat, Mac 21, 2008 3:35:00 PTG, Blogger silversarina

penulis Indonesia memang berani dalam penulisan, yang penting pengajaran dari buku itu yang diambil.

kena 'amuk' dengan 'penunggu' tak ..hihihi.

 

Jumaat, Mac 21, 2008 4:15:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Aduh jelelousnya kak WL mendengar judul buku-buku itu. Menitik-nitik air lior,kepingin memilikinya :)

 

Jumaat, Mac 21, 2008 5:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Kalau MPH, Popular, Borders, atau Payless mesti dah ikut masuk kan? kan? kan? :D

Malu nak minta seketul bawa balik semalam. Kalau tak, boleh rasa dodol itu. Hehehe!


Phu Ying,
A'ah. Saya jarang bawa binatang peliharaan saya. Takut nanti bulunya melekat di tempat duduk kereta. Tapi sebenarnya saya memang tak ada bela haiwan peliharaan pun.


Farazdaq,
Klasik sungguh bahasa Jawanya. Tak sampai 70% yang aku betul-betul boleh faham.


Azzam,
Ha'ah. Nak masuk kedai buku itu memang kena tarik pintunya. Lepas itu kena buka kasut.


Si Kachak,
O, aku fikir kau cemburu pada kekacakan aku. Hahaha.

Psst... Berhawa dingin. Tempat duduk Recaro. Muzik-muzik indah. Ada bahan bacaan juga. Sebab apa mahu mengamuk? Hehehe!


Kak Sarina,
Tema yang di luar kebiasaan itu yang saya paling suka. Mesej ketuhanannya juga halus. Cuma kadang-kadang memanglah, penulisan mereka sangat 'berani' dan terlampau-lampau sinisnya.

:D


WL,
Senang-senang, singgahlah di kedai buku itu. Di Jalan Pahang Barat, dekat dengan ibupejabat Harakah. Bawa duit lebih sedikit. Saya jamin tidak menghampakan. Maksud saya, kalau berminat dengan genre-genre novel atau karya-karya seperti itulah. :)

 

Jumaat, Mac 21, 2008 6:07:00 PTG, Blogger Sya

Kak sya suka kata2 yang dipetik dalam buku pertama..

Kesian biarkan orang menunggu begitu lama

 

Jumaat, Mac 21, 2008 6:54:00 PTG, Blogger Pa'chik

ish... muhidin tu ada baca harian metro ke beberapa tahun sudah?

:)

 

Jumaat, Mac 21, 2008 7:41:00 PTG, Blogger achik

sabar sungguh seseorang yg menunggu dlm kereta tu.. :)

 

Jumaat, Mac 21, 2008 9:40:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Nasib baik ada beli buku, dan nasib orang menunggu yang sabar... Kalau saya kereta tu dah takda kat situ dah. Buku yang menarik terutama yang kedua tu. Macam pernah ada isu tentang perkara itu ya? Tapi lupa bila ya?

 

Sabtu, Mac 22, 2008 12:12:00 PG, Blogger PINATBATE

huhuhu...
kalau aku yang duduk dalam kereta tu...dah lama ku start enjin..balik naik bas lah yer Blekk...

 

Sabtu, Mac 22, 2008 1:00:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Semuanya berjiwa, dan mengundang fikir. Pasti.

Selamat membaca :-)

 

Sabtu, Mac 22, 2008 7:16:00 PG, Blogger azie

~ngeeee~
jika saya jadi penunggu dlm kereta itu, nampaknya kereta itu akan saya ghaibkan...

 

Sabtu, Mac 22, 2008 8:08:00 PG, Blogger Cik Keju

Sastra Jawa Terakhir..mungkin lebih sedap kalau ditukar Sastri Gadis Jawa Terakhir.hehehe..

 

Sabtu, Mac 22, 2008 8:21:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
kalau wak rasa nak buat pahala (kasi pinjam) saya angkat tangan dulu. dia (buku2) memang pandai tayang bodi ngorat2 si ulat (ulat bulu. eh. ulat buku). lepas tu wak rasuah tak si penunggu di dalam kereta itu kerana setia menunggu 1 jam?
=)

 

Sabtu, Mac 22, 2008 3:11:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Sampai satu jam? tak merajukkah penunggunya?huhu...
menariklah buku-buku tu.

 

Sabtu, Mac 22, 2008 3:55:00 PTG, Blogger Sastri

bukan tak nak masuk kedai buku tu... ingatkan ulat tu nak sekejap je kat dalam... kalau tau lama, dah tentu ikut masuk sekali... tapi takpe... saya berpuashati kerana masa menunggu tu tidak sia-sia... berjaya jugak menghabiskan membaca suratkhabar dan membelek-belek majalah yang telah saya beli awalnya... :D

 

Sabtu, Mac 22, 2008 4:57:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak Sya,
Saya juga suka dengan frasa itu. 'Beramal' dalam konteks novel itu 'bekerja'. Dunia dan akhirat kena seimbang.

:)


Pa'chik,
Banyak karya-karya dia yang 'menggigit'. Kalau kau rajin cuba singgah blognya di www.akubuku.blogspot.com


achik,
Ada hikmah yang tersorok...... :)


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam.

Saya memang suka mencari karya-karya yang agak di atas normal temanya. Alhamdulillah, saya menemuinya banyak di kedai buku itu, apatah lagi dapat berkenalan dengan pemiliknya. :)

Kalau dimanfaatkan masa dalam penantian di dalam kereta itu, tentu ada hikmahnya juga. Paling tidak pun, tidur misalnya :)


Pinatbate,
Kenalah berfikir di 'luar kotak kereta', baru tidak bosan, baru tidak rasa terkurung. Hehehe!


B Rampai,
Waalaikumusalam.

Ya, berjiwa. Bagi yang mahu menyusur akar.

Minda pun tahu jemu, kalau disuap makanan yang serupa. Bukan begitu BR?

:)

 

Sabtu, Mac 22, 2008 5:08:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

azie,
Sabar. Kadang-kadang yang ditunggu juga menjadi penunggu :D


Cikin,
:D

Kalau nak tahu isi buku itu jom ke blog Monggo Mampir


eisraa,
Salam.

Nak pinjam yang mana satu? Yang ketiga itu ke? :D Memang banyak sungguh buku yang berjiwa di dalam kedai buku itu. Memang asyik jadinya.

Rasuah itu dosa. Jangan diamalkan. Nanti jadi macam kerajaan kita. Rosak dan bejat jadinya. :)


atiqah,
Apalah sangat dengan 1 jam. Menjadi penunggu seseorang, yang membeli cuma sepasang kasut perempuan misalnya, sampai 2-3 jam, lagilah menyeksakan... :D

Bukan senang nak dapat buku macam itu. Cuma ada senaskhah dua saja di sini. :)


Sastri,
Tahniah!Macam itulah. Kalau berfikir secara positif, mesti ada hikmah yang tersembunyi. Kan? :D

 

Sabtu, Mac 22, 2008 5:39:00 PTG, Blogger me3n

ape kesudahan orang yang tunggu dalam kereta tuh? ehehe

 

Sabtu, Mac 22, 2008 8:21:00 PTG, Blogger ManjLara

erm..kalau dah ulat bulu..eh! ulat buku :) sib baik yg menunggu tu tak majuk huhu!

 

Sabtu, Mac 22, 2008 10:10:00 PTG, Blogger khairyn

purp

kalau ada rejeki aku pulang ke tanah melaya, kau tolong beritahu lokasi kedai buku ni ye.

aku suka baca buku indon ori bukan translated punya hehehe

 

Ahad, Mac 23, 2008 12:13:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Wah2.. tajuknya saja sudah menggetarkan hati.
Di mana bisa ku beli secara online? Di Amazon ada? hehe..

 

Ahad, Mac 23, 2008 12:27:00 PG, Blogger Nunn

tak pe tu baru 1 jam tunggu...kalau nak cari buku kena belek betul2....

 

Ahad, Mac 23, 2008 5:18:00 PG, Blogger ABDUL LATIP

Assalamualaikum semoga sihat sejahtera. Selamat membaca.

 

Ahad, Mac 23, 2008 10:46:00 PG, Blogger zwitterion

mujur Sas tak tukar jadi hijau, lama tu tunggu..
Selamat membaca..

 

Ahad, Mac 23, 2008 12:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kat mana ye, mutiara ilmu ni? macam syok je...

 

Ahad, Mac 23, 2008 3:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ad3ck,
Berjaya menyempurnakan pembacaan bahan-bahan bacaan yang ada di dalam kereta. Suratkhabar dan majalah. :D


Manjlara,
Nasib baik bukan ulat bulu, kalau ulat bulu bukan 1 jam, tapi 2-3 jam agaknya. Menghilang terus. Hehehe!


Khairyn,
Boleh. Tak ada masalah. Lepas itu boleh belanja aku makan di Restoran Haslam. hehehe!

Ha'ah. Kalau yang translali punya, jadi pelik sikit bunyinya.


Sang pelangi,
Tak pasti pula. Cubalah cari di Amazon... :)


nunn,
1 jam itu kira sekejap. Kalau di MPH boleh 2-3 jam dibuatnya. Hehehe!


Pak Latip,
Waalaikumusalam. Semoga Pak Latip juga.

Terima kasih. :)


Zwit,
Selamat...... :D


lee lin,
Di Jalan Pahang barat. Berdekatan ibupejabat akhbar Harakah. :)

 

Ahad, Mac 23, 2008 4:00:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam ahad en.BP

bagus ya buku2 tu..hmmm..apa nak cakap ya..nampak interesting! Tajuknya saja dah menarik hati.

 

Isnin, Mac 24, 2008 9:24:00 PG, Blogger Masy

tengok tajuk macam best. bestkah?

 

Isnin, Mac 24, 2008 10:30:00 PG, Blogger Monster Mom

Sronoknya dapat gi kedai buku.. tapi...org yg kat dlm kreta tu dah hangit ke?

 

Isnin, Mac 24, 2008 1:01:00 PTG, Blogger DeeN

Oooo..ada orang tunggu.. ;-)

Buku2 klasikal. Memang kamu nih pembaca buku tegar. Tabik sekali!!
Owh ya!~Selamat bershopping kat Pesta Buku Antarabangsa nanti, Purp! =B

 

Isnin, Mac 24, 2008 1:41:00 PTG, Blogger KV

kesian org yg menunggu dlm kete. Tp mesti masa menunggu tu dia pun ada bahan bacaan.;P

 

Isnin, Mac 24, 2008 1:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

meen,
Salam.

Memang bagus, bagi sayalah. Itu baru baca tajuk. :)


masy,
Kalau bagi saya bestlah. Kalau orang lain, saya tak pasti, kan selera orang tak sama? :)


monster mom,
Di sana pun banyak kedai buku kan?

Taklah. Pewangi kereta saya harum. :D


kingbinjai,
Sama-sama kita selamat.


nur@,
Buku yang nombor tiga saja yang klasik nur@. Yang dua lagi itu kira temporari. :D

Tak turun ke PWTC ke nanti? Banyak buku murah wooo.... :D


kv,
Suratkhabar ada. Majalah, TELL misalnya, pun ada. :D

 

Isnin, Mac 24, 2008 6:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kau ada rasa macam nak hadiahkan buku2 tu kat akukan?

kan?

kan?

 

Selasa, Mac 25, 2008 10:42:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nur@,
Jawapan aku sepatutnya: Buku yang nombor tiga saja yang klasik nur@. Yang dua lagi itu kira kontemporari. :D

Tersilap taip :D


Neeziee,
Jangan cakap kat sini Neeziee. Nanti semua orang tau. Hehehe!

 

Selasa, April 01, 2008 10:29:00 PTG, Blogger Unknown

BP,

Dah lama dah nampak entri ni tetapi sengaja buat-buat tak nampak. Dengki tengok kawan borong buku... he he

Dapat dodol pulak tu!!!

 

Rabu, April 02, 2008 11:26:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

JR,

Hehehe.

Terima kasih kerana menunjukkan saya jalan ke kedai buku itu. Lain kali bila senang ingin singgah lagi. :)