Isnin, Mac 24, 2008
ENTRI DIKEMASKINI [26 Mac 2008]

"JP patut bangga kerana semalam telah terpublish tentang blog ini dalam Akhbar Sinar Harian. Siapa mau belanja siapa nih... akak buka offer", ulas Kak Sri Diah di tingkap ulasan.

Teruja juga saya. Saya terus mencari naskhah Sinar Hairan edisi semalam. O, ini rupanya.

Image Hosted by ImageShack.us

Kak Sri Diah, senang-senang nanti saya belanja ya. Terima kasih. Image Hosted by ImageShack.us


------------------------------------------------------------------------------------------------

ENTRI ASAL

Nymphaea alba [atau lebih anggun kalau saya panggil kak WL saja] telah mengetag saya. Kalau tak silap saya, ini kali ke-27 [saya agak-agak saja] saya ditag. Nak buat macamana, orang dah suka nak tag saya, saya redha sajalah.

Tag yang ini ada undang-undangnya. Kita kena kongsikan 5 pautan kesukaan kita. Pautan mesti yang sopan - pautan yang tak senonoh, yang ada romen-romen, geli-geli atau telanjang-telanjang misalnya, tak boleh [jangan tanya saya kenapa]. Kongsikan 5 pautan sahaja, jangan nak mengada-ngada tambah jadi 7 atau 8! Kemudian tag 5 orang lain. Lepas itu kita kena pautkan semula kepada orang yang tag kita itu. Satu lagi, semua pautan mesti aktif.

Antara 5 pautan kesukaan saya, yang tersenarai di lajur sisi blog saya. Saya tak akan pilih pautan yang serius sangat, saya pilih pautan yang agak santai sahaja, ok?


Cari, jangan tak Cari!
Banyak perbincangan menarik di situ. Saya biasa singgah di board Isu Semasa, Epistemologi & Pemikiran, Ruang Pemblog, dll. Dan sudah tentunya di board Johor [saya salah seorang moderatornya, singgahlah. Ahaks!]

Bogel Gugel

Tempat saya mencari maklumat. Tentang apa sahaja. Kelmarin saya cari maklumat tentang scrotum setelah membaca entri Fajaril di enjin carian itulah.

Yahuuuu!!!
Saya ada akaun emel peribadi di situ. Dan sesekali, bila senggang atau masa saya tidak tersimpul sangat, saya akan bergayut di atas talian [YM].

Rumah Pemblog dot com
Boleh dikatakan setiap hari saya akan masuk ke situ, untuk log in ke blog Mamat kacak yang pemalu itulah [Hahaha!]

SoPo Sentral
Itu laman senarai blog di Tanah Melayu. Bermacam-macam spesis blog ada di situ. Sosial, politik, ekonomi, macam-macam. Dari blog tersohor sampailah blog yang biasa-biasa.


Nota: Saya ingin mengingkari undang-undang permainan tag ini dengan tidak mengetag 5 orang lain. Ampunkan saya jika ini satu dosa.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/24/2008 03:07:00 PTG. |


51 Ulasan


Isnin, Mac 24, 2008 3:29:00 PTG, Blogger Sastri

"pautan yang tak senonoh, yang ada romen-romen atau telanjang-telanjang misalnya, tak boleh [jangan tanya saya kenapa]"

LOL... ada ke macam nih? :p

 

Isnin, Mac 24, 2008 3:56:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Saya ditagkan perkara ini awal Feb yang lalu. Masih berputar tag ini rupanya ya!?!

 

Isnin, Mac 24, 2008 4:00:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Dik Sas,jangan purak-purak tak tahu ahak!! :D

Jejaka kacak yang hensem lagi pemalu,
Yang bunyi "limpa-limpa" tu apa hah? Kejap nak bugel err..salahhh..gugel :D

Salam. Terima kasih kerana sudi mematikan tag ini. Selamat le orang lain. Yang paling gumbira sekali mugkin pa'chik laa.

 

Isnin, Mac 24, 2008 4:33:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Tahniah kerana berjaya melanggar peraturan kerana mematikan Tag ini, kalau tidak ramai risau bila masuk sini, takut kena tag hehehe

 

Isnin, Mac 24, 2008 5:48:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Ada. Apanya yang tak ada....? Hehehe!


Zabs,
Selagi ada yang ditag dan mengetag, rasanya akan terus berkitarlah tag ini di alam blogosfera tuan.


Kak WL,
Cuba bayangkan, kalaulah tiada laman enjin carian, Google itu misalnya, macamanalah agaknya kak WL nak cari makna yang bunyi 'limpa limpa' itu?

Salam kembali. Dalam draf tadi memang ada 5 calon untuk ditag, tetapi sudahnya saya bunuh terus niat saya itu. :D


am,
Hehehe. Terima kasih. Terharu saya, dihargai atas jasa yang tak seberapa ini. Hehehe!

 

Isnin, Mac 24, 2008 5:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Fuhhhhh!!! Lega~ ;-p

 

Isnin, Mac 24, 2008 6:07:00 PTG, Blogger Cik Keju

mamat kacak yang pemalu ni sama ke dengan jejaka kacak yang sesat kat blog aku eh? ekekekek.. :D

 

Isnin, Mac 24, 2008 6:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

skrotum tu takde aneka pilihan ke?

 

Isnin, Mac 24, 2008 8:10:00 PTG, Blogger cakapaje

Salam bro,

Baru nak komen pasai mamat kacak pemalu tu betul hensem ke dia? Tapi tak hensem pun takpe, bab tulisan dia menghiburkan :)

 

Isnin, Mac 24, 2008 8:59:00 PTG, Blogger silversarina

kiranya website si kacak pemalu menjadi kegilaan ramai lah ekk !!!

 

Selasa, Mac 25, 2008 12:01:00 PG, Blogger ::.. a t i q a h ..::

huhuhu..
itu saja komen saya untuk hari ini..

mwahahahaha

 

Selasa, Mac 25, 2008 12:57:00 PG, Blogger izinni

lorrr ... momod cari rupanya. hahahha ... aku pernah aktif kat situ sekitar tahun 2003 kalau tak silap. aku sewaktu ketika dulu pun pernah jadi momod cari kat board local authority. salah sorang pengasasnya. tapi tak lama. pastu lepas tanggungjawab sebab banyak kerja.

si ajis klong-klong ada lagi kat situ kan. tegar sungguh dia tu. setia. lagi satu .. apa citer darsita? hehehehe .. dari dulu tak abis musuh dia.

 

Selasa, Mac 25, 2008 1:11:00 PG, Blogger Unknown

anda bagus kerna tidak menTAG org lain :P

 

Selasa, Mac 25, 2008 2:05:00 PG, Blogger Kerp (Ph.D)

kalo takde undang2 yang kata tak boleh ada laman lucah dalam senarai, 5 pautan takkan cukup...heheheh...

 

Selasa, Mac 25, 2008 2:09:00 PG, Blogger Brader Black

Gugel?
ha ha.

Salam ziarah bang,
dari Si kachak yang Masih Teruna yang selalu menggilai Jejaka Kacak yang Pemalu.

ha ha.

 

Selasa, Mac 25, 2008 10:14:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

oooooooooooooo tu mamat kacak yang pemalu.aku ingat mata kau kena bawang hehe

 

Selasa, Mac 25, 2008 11:29:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

PY,
Nasib baiklah draf asal dah dicantas pengakhirannya. Kalau tak, memang dah kena tag dah. Tak apa, lain kali, bagi tag yang mencabar sikit. Hehehe!


cikin,
Susah sungguh nak masuk blog kau kan... Isk!


Neeziee,
Kau nak spesis apa? Hehehe!


cakapaje,
Waalaikumusalam.

Errr...... Saya pun tak nak komen. Hehehe. Terima kasih.


Kak Sarina,
Tak adalah. Biasa-biasa saja.... :)


atiqah,
Komen yang baik. Berjiwa dan padat. Tahniah! :D

 

Selasa, Mac 25, 2008 11:47:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

izzinni,
O, aku masuk tahun 2004, patutlah tak jumpa. Sekarang inipun sambil-sambil saja. Seronok sembang di bod Johor, bod-bod lain cuma singgah-singgah, baca mana yang menarik. :)

Darsita. A'ah, merata bod orang kutuk dia. Isk!


Lind,
Tapi kalau kamu sukarela nak buat tag itupun, tak ada salahnya. :D


kerp,
Pautan di lajur sisi blog wak memang bersih dari pautan spesis macam itu kerp. Hehehe!


Si Kachak,
Salam.

Kau buat aku geli gelemanlah. Hahaha!


Psst...Betul ke kau masih teruna? Hahaha!


butaseni,
Pemalu sungguh jejaka itu kan.... Hahaha!

 

Selasa, Mac 25, 2008 1:15:00 PTG, Blogger Mak Su

wakakakaka (gelak kuat2), mamat kacak yang pemalu... amboi amboi amboi (cakap macam jozan hos raja lawak)

 

Selasa, Mac 25, 2008 2:36:00 PTG, Blogger achik

website pertama yg saya masuk setiap hari, yahoo.. dah guna id ni dari umur 15 kot.. masa mula2 belajar ber'IT' dulu.. hahaha.. ;)

 

Selasa, Mac 25, 2008 3:58:00 PTG, Blogger arianna adrizal

aiseh.. dua kali lima saja.. kehkehkeh.

 

Selasa, Mac 25, 2008 4:43:00 PTG, Blogger zino

bagus juga info yg di share ni.. terutama senarai blog tu tak tau pun selama ni hehe

 

Selasa, Mac 25, 2008 5:03:00 PTG, Blogger Unknown

Baru tau rupanya ada laman blog direktori untuk blog-blog yang ada kat Malaysia ni. Lepas ni boleh la Menteri Penerangan baru tu rujuk senarai blogger yang dia nak jumpa tu. hehe..

 

Selasa, Mac 25, 2008 5:21:00 PTG, Blogger rudy bluehikari

Hahahaha kok kabeh koyo podo nyong wae. seng skrotum kue nyong ndelok jugak!

 

Selasa, Mac 25, 2008 6:37:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mak su,
Tak baik gelakkan orang yang kacak kuat-kuat. Dia dahlah pemalu. Gelak sikit-sikit dahlah.

Hahaha!


achik,
Dulu-dulu tak banyak sangat pilihan. Kalau ada akaun emel Yahoo dah kira gempak. Sekarang dah ada macam-macam, tak terikut dibuatnya. Hehehe!


anne,
Apanya yang 2 x 5? Pautan-pautan itu ke?

:D


zino,
Cepat-cepat daftar zino, masukkan blog dalam senarai tu. Senang Menteri Penerangan nak jemput jumpa nanti. Hehehe!


Orochi,
Blog kau dah ada dalam senarai belum? Hehehe!


Rudy,
Kabeh podo yo?

Aku wis reti skrotum kuwi opo mas, melebu nggolek nang Google arek kepastian wae.. Hahaha!

 

Selasa, Mac 25, 2008 7:55:00 PTG, Blogger Pa'chik

Bogel Gugel
Tempat saya mencari maklumat. Tentang apa sahaja. Kelmarin saya cari maklumat tentang scrotum setelah membaca entri Fajaril di enjin carian itulah.

cheh... ada ke carik skrotum... ekekek... mesti main masa lam kelas sains dulu ni...

 

Selasa, Mac 25, 2008 10:27:00 PTG, Blogger Kerp (Ph.D)

dah buat dah wak. lama dahhh...

 

Rabu, Mac 26, 2008 8:14:00 PG, Blogger Sri Diah

JP patut bangga kerana semalam telah terpublilsh tentang blog ini dalam Akhbar Sinar Harian. Siapa mau belanja siapa nih... akak buka offer.

 

Rabu, Mac 26, 2008 10:03:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Mamat kacak tu pemalu? Tak sangka ;-)

 

Rabu, Mac 26, 2008 2:48:00 PTG, Blogger Rush Murad

semakin femes ler blog JP nih....
lepas ni masuk akhbar mana pulak?

 

Rabu, Mac 26, 2008 2:49:00 PTG, Blogger Sastri

saya juga turut teruja membaca komen Kak Sri Diah pagi tadi... merata saya bertanyakan rakan-rakan, sesiapa yang ada naskhah akhbar itu... malangnya tak ada... :D

tahniah... bertambah glamer la pemuda kacak lagi pemalu nih... :p

 

Rabu, Mac 26, 2008 2:52:00 PTG, Blogger Hasrul Halid

Makin 'femes' kamu ya.. jangan jadi seperti 'orang itu', makin femes makin gila, semua pompuan nak dipegangnya, semua barang nak dibelinya.. errrr.. semua benda nak 'dirasanya'...!

kehkehkehkeh!

 

Rabu, Mac 26, 2008 3:12:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'chik,
Hehehe! Aku aliran sains hayat masa Matrik dulu la, memang ada belajar... Aku cuma nak kepastian jer. Dah lama dah, lupa. Hahaha!


Kerp,
Kalau dah buat tu Kerp, sudah-sudahLAH.... Bagi peluang pada orang lain pulak. Hehehe!


kak sri diah,
Terima kasih. Macamanalah entri yang entah apa-apa itu boleh termasuk dalam akhbar itu ya? Hehehe!

Nanti, kalau senang, saya belanjalah. Di Shah Alam saja kan...? Hehehe!


B Rampai,
Waalaikumusalam.

Saya pun tak sangka. Hehehe!


Rush,
Femes apanya Rush. Blog entah apa-apa. :D

Err.. Kata kau ke China? Dah balik ke?


Sas,
Errr.... Trimas. Bertambah malu! :p


Hasrul,
ItuLAH. Sudah-sudahLAH. Jangan main di atas pokok itu lama-lama, nanti kalau terjatuh sakitnya alang-kepalang. Kalau bukan jatuh sebab angin kuat pun, mungkin ada orang dah geram sangat, tebang terus pokok itu!

Hehehe!

 

Rabu, Mac 26, 2008 4:29:00 PTG, Blogger Cik Keju

waah..makin glamer la jejaka kacak yang pemalu itu. ekekek..

 

Rabu, Mac 26, 2008 4:54:00 PTG, Blogger 13may

whoaaa!!!! fuiiyohhhh!!!!

 

Rabu, Mac 26, 2008 6:00:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

arsaili,
Pemandangan sudah cantik, tapi tutup muka pulak, langsung cacat jadinya gambar itu. [Sila rujuk gambar di entri terbaru blog kau]

Hehehe!


Cikin,
Salah ayat kamu tu. Sepatutnya, waah... makin kacak la jejaka pemalu yang tak glamer itu [Jangan ambil serius, aku sedang bergurau. Hehehe!]


13may,
Huhuhu!

 

Rabu, Mac 26, 2008 6:15:00 PTG, Blogger de_kerinchi

tahniah...tahniah....glemer masuk surat kabar....teruskan perjuangan wak...hidup bloggers

 

Rabu, Mac 26, 2008 7:43:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude,
mujur lam sinar tak tules pasal ko mencari skrotum di internet... hahaha....

 

Rabu, Mac 26, 2008 11:21:00 PTG, Blogger kawaii_desu

kita tumpang bangga tuk awak hehe

 

Rabu, Mac 26, 2008 11:27:00 PTG, Blogger me3n

kenape 5? bukan no lain. tau tak? ehehe

 

Khamis, Mac 27, 2008 8:18:00 PG, Blogger A t i Q a h

Tak pernah baca Sinar Hairan tu. Kat selatan tak jumpa pun. Sejak bila surat khabar quote blog ni? huhu

wah, masuk surat kabo..huhu

 

Khamis, Mac 27, 2008 8:31:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Tag?

Apa tu? Cucur keria ka?

 

Khamis, Mac 27, 2008 10:27:00 PG, Blogger TedungS

whoa.. femes dah lu skrg. aku pun ada ternampak gak aritu, tk sangka ko rupanya, hahaha. bagus bagus

 

Khamis, Mac 27, 2008 12:14:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

pehhhhh...tak sangka kawan aku la ni dah glemer...untung Sas!!!muahahahaha

 

Khamis, Mac 27, 2008 1:41:00 PTG, Blogger Mak Su

wah..bertambah fofler ler black ek, bertambah sopan santun ler dia

 

Khamis, Mac 27, 2008 1:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

De Kerinchi,
Trimas.

Hidup pemblog!

'Mamat budak jahat' yang kata pemblog macam monyet itu, ada blog juga rupanya ya... Hmmm....


Pa'chik,
Aku syak, kau pun Google benda itu juga kan? Hahaha!


Kawaii,
Trimas. Bukan apa sangat pun... :)


ad3ck,
Itu kena tanya pencipta tag itulah. Kalau aku yang cipta, aku letak 7. :D


Atiqah,
Saya pun baru sekali dua baca. Format dia lebih kurang macam Harian Metro / Kosmo juga. Karangkraf punya. Baru lagi, belum meluas pasarannya, barangkali.


Peg khalwat,
Hehehe! Siapa yang mula-mula cipta entah!


TedungS,
Tak femes mana pun bro'. Hahaha!


nonie,
Memang susah betul jadi jejaka yang kacak dan pemalu, kan? Hahaha!


psst... Nonie Aziz, letak nama penuhlah. Senang aku nak googlekan. Hehehe!


mak su,
Bab sopan santun yang tak tahan tu. Sejuk perut emak mengandungkan saya. Hehehe!

 

Jumaat, Mac 28, 2008 4:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hebat.teruskan.

semoga semakin maju..

 

Jumaat, Mac 28, 2008 5:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Terima kasih bang Neeziee!

Kau banyak mengajar aku. Terima kasih sekali lagi bang! :D

 

Isnin, Mac 31, 2008 1:11:00 PG, Blogger shahril aley

wah ko sudah popular di seantero tanah melayu ini. hehehe...