Selasa, Mac 18, 2008
Minggu sudah. Saya dan Hj. N ke bandar Kuantan.

Puas juga kami menelusuri jalan-jalan, lorong-lorong dan simpang-simpang di bandar Kuantan itu. Habis rasanya setiap ceruk bandar Kuantan itu kami redah. Hj. N kata dia sudah biasa sangat dengan jalan-jalan di bandar itu. Saya lainlah, saya memang jarang ke bandar itu, adalah dalam sekali atau dua kali ke sana.

Sekejap-sekejap Hj. Nan minta saya jalan terus, sekejap-sekejap belok kiri, sekejap-sekejap belok kanan, sekejap-sekejap u-turn. Bangunan yang dicari tak jumpa-jumpa juga. Nasib baiklah kereta auto, kalau kereta manual, bersenam kakilah saya.

"Dah berubah betul Kuantan sekarang," Hj. N mengalah juga akhirnya.

"Last aji datang sini bila?" Saya tanya dia.

"Dalam tahun 78, macam tu…" Hj. Nan.

"Cheh! Patutlah… " Tapi saya menge'cheh' di dalam hati sajalah...

Akhirnya kami masuk ke Balai Polis. Bertanya. Kata orang, segan bertanya, sesat jalan.

Image Hosted by ImageShack.us
Dua reka bentuk dan seni bina bangunan yang menyentuh jiwa raga saya. Bangunan di sebelah kiri itulah yang kami cari hari itu.


TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/18/2008 05:27:00 PTG. |


45 Ulasan


Selasa, Mac 18, 2008 6:00:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Alahai, kenyang makan langsat, ya... Hik hik ;-)

 

Selasa, Mac 18, 2008 6:44:00 PTG, Blogger Sastri

penat memandu hari tu tak hilang lagi ek? suka gambar masjid tu... :D

 

Selasa, Mac 18, 2008 7:46:00 PTG, Blogger farazdaq

BlackPurp,
ade persamaan aku dgn Hj N..over confident..sabar..sabar

 

Selasa, Mac 18, 2008 9:56:00 PTG, Blogger ManjLara

cantiknya masjid tu...terpegun!

 

Selasa, Mac 18, 2008 9:57:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Haha..Last sekali pak aji tu ke sana masa kak WL umur 8 tahun. Heh..bayangkan mau tak sesatnya. :D

Ps: Belum pernah pegi Kuantan atau Muar.

 

Selasa, Mac 18, 2008 11:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Hahaha... Hj N pun... masa itu umur dia berapa? Kalau masa itu dia umur 20 puluhan, sekarang barangkali dah bercucu!

 

Rabu, Mac 19, 2008 3:58:00 PG, Blogger Brader Black

uhui..
30 tahun tu jarak masa..
camne la Hj. N bleh slambe konfiden camtu ek?
kalu aku, dah bagi gedumbek sebijik kat tengkuk Hj. N..

ha ha..

 

Rabu, Mac 19, 2008 5:19:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
nasib baik pak aji tu tak kata, dia datang dengan rombongan tok janggut dulu.
penyabar wak ni.
=)

 

Rabu, Mac 19, 2008 9:38:00 PG, Blogger DeeN

Pergh!! Lama giler. Tahun tuh aku pon lom dilahirkan ke donia lagi. PatutLah sesat HeHeHeHe...!

Best gak solat kat Masjid tuh. Selesa. :D

 

Rabu, Mac 19, 2008 9:43:00 PG, Blogger khairyn

Kali terakhir aku ke kuantan, dlm 3 tahun lepas. Rasa dah tak ada feel dengan kuantan. Lain sangat-sangat. Entah...

 

Rabu, Mac 19, 2008 9:45:00 PG, Blogger me3n

ku ke kuantan masa zaman kanak2 dulu. mmg tak penah nampak lagi masjid belah kanan tuh eheeh.

 

Rabu, Mac 19, 2008 9:51:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Baru ketemu.

 

Rabu, Mac 19, 2008 10:08:00 PG, Blogger silversarina

kesiannya, apa tak call akak je , tanya direction.. hihi.

kuantan tak banyak berubah bagi akak yang dah lama kat kemaman/kuantan tapi 30 tahun memanglah berubah sangat..

 

Rabu, Mac 19, 2008 10:49:00 PG, Blogger Masy

Hj N = Haji Nan ek? ade nama dia tu heheheheh~

thn 78 dgn 08 amatlah jauh pak aji. isk isk isk

 

Rabu, Mac 19, 2008 10:53:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

dah 30 thn patutlah hehehe, kalau Am bukah ehh aja, mau berapi satu badan

 

Rabu, Mac 19, 2008 10:56:00 PG, Blogger Qaseh Bidadari

kuangkuangkuang..:)...terover confident pak aji tu ye!

 

Rabu, Mac 19, 2008 11:02:00 PG, Blogger muor76

blek ko ade ternampak/terjumpe/terpasan kedai bundle kat kuantan tak? kekekekekkeke

 

Rabu, Mac 19, 2008 11:24:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

hehe itulah yang dinamakan 'buat pandai" hehe
uih!tahun aku lahir tu.

 

Rabu, Mac 19, 2008 11:43:00 PG, Blogger Hasrul Halid

Aku belajar kat sana masa tahun 1994. Tahun lepas aku pegi hantar adik aku (yang juga dapat belajar di sana).. pun aku SESAT!

Tapi.. masjid tu memang best untuk lepak.. dan errr.. awek Kuantan masih JAMBU-JAMBU!

 

Rabu, Mac 19, 2008 11:48:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Phu Ying,
Err.... Hj. N kata, kalau setiap hari makan buah naga yang warna merah, elok untuk buah pinggang. Dia katalah, sebab dia ada sakit buah pinggang. Buah pinggang saya ok.


Sas,
Dekat 12 jam terlekat di kerusi pemandu, mana taknya. Hehehe!

A'ah. Kena sungguh warna dengan seni binanya.


Farazdaq,
Dia orang senior. Lebih berpengalaman, ikut sajalah kata dia. :)


Manjlara,
Sayang, saya tak sempat singgah di masjid itu. Tengok dari jauh saja :)


WL,
Dah 30 tahun, mana taknya. Dah banyak bangunan baru. Yang dicari bangunan lama :)

Ps: Insya-Allah, nanti-nanti sampailah tu. Rugi sangat-sangat kalau tak ke Muor. :D


mudin,
Dah 50 tahun lebih kot. Masa di Kuantan dulu dia dalam 20-an. Dia kata masa itu dia main untuk negeri Pahang dalam Piala Malaysia.


Si Kachak,
Isk! Kau ni. Tak baik bagi 'gedumbek' kat dia, orang tua kita kena hormat. Err...'gedumbek' itu apa ha?

 

Rabu, Mac 19, 2008 12:00:00 PTG, Blogger Pa'chik

weh.. tengah jawab kumen ke? hahaha...

sesat jalan tak pe...
sesat aqidah tu yang tak nak... huhuhu...

 

Rabu, Mac 19, 2008 12:04:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

eisraa,
Salam.

Hj. N memang berjanggut dik. Panjang janggut dia, putih pulak tu...Tapi nampak kemaslah.... :D


nur@,
Aku belum lahir rasanya. Hahaha!

O, pernah singgah di masjid itu ek?


khairyn,
Macam biasalah. Ke manapun aku pergi, aku cuma suka tengok seni bina dan reka bentuk bangunan-bangunan lamanya, juga landskapnya. Satu lagi, makanan tempatannya, kalau adalah, tapi di Kuantan aku tak jumpa makanan yang menarik minat aku :D


ad3ck,
Aku pun baru perasan, ada masjid rupanya dalam bandar Kuantan tu. Hehehe.


Azzam,
Mula-mula dah lalu tapi tak perasan. :D


Kak Sarina,
Nak telefon juga tapi tak ada nombor. Hehehe!

Entah ke mana-manalah sesatnya, padahal tempat yang dicari betul-betul di tengah bandar. Kami dah lalu pun tempat itu masa mula-mula sampai.


masy,
Eh! Mana tau ni? Hehehe!

 

Rabu, Mac 19, 2008 12:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Am,
Nasib baik masa itu mood tengah ok... Hehehe


mama ranggie,
Kalau pak aji yang memandu sendiri, entah macamanalah agaknya. :D


muor,
Ada, ada. Memang ada. Terus aku teringatkan kau. Hehehe!


butaseni,
Tak apalah. Orang tua. Bagi peluanglah. :)

O, kau lahir 78? Dekat sebayalah kita. Hahaha!


Hasrul ,
Aku lagilah. Setakat Kompleks Teruntum aku tau la... Selalu pergi sanapun [rumah saudara] setakat Gambang jer. Hehehe!

Cheh! Itu kau belum tengok awek Muor lagi. Hehehe!


Pa'chik,
Isk! Setiap kali bila aku tengah jawap komen, kau menyelit. Hehehe!

Ya, ya. Bagus analogi kau itu pa'chik. :)

 

Rabu, Mac 19, 2008 2:11:00 PTG, Blogger achik

hahaha.. sabor je la..

thn 78, saya pun blum lahir.. hehe.. ;p

 

Rabu, Mac 19, 2008 2:22:00 PTG, Blogger pB

apa kata orang


PENGALAMAN !!!!

 

Rabu, Mac 19, 2008 4:14:00 PTG, Blogger de_kerinchi

salam wak,

tahun 1978, kalau ada gambar pasti klasik....

 

Rabu, Mac 19, 2008 5:01:00 PTG, Blogger Azhar Ahmad

Ohhhh, muzium tokoh rupanya....

 

Rabu, Mac 19, 2008 5:04:00 PTG, Blogger Lan Rambai

tahun 78.. teruntum dah ada ke belum agaknya hahaha

 

Rabu, Mac 19, 2008 5:09:00 PTG, Blogger asuhara sue

kuantan dah tak cool mcm dulu laaa...

p/s: ada singgah muzium tokoh?

 

Rabu, Mac 19, 2008 5:19:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik,
Saya pun belum lahir masa itu. Hahaha!


pesab,
Kalau tak kerana tersesat, tak merasalah saya merayau satu bandar Kuantan. Lepas ini dah tau dah...Hehehe!


de kerinchi,
Waalaikumusalam

Mesti gambar hitam putih tu.


azhar,
Bukan. Itu bangunan Perbadanan Pelancongan Pahang. Muzium Tokoh di sebelah.


Lan,
Aku syak Hj. Nan tu dah tersalah sebut tahun kot. Hehehe!


mak su,
30 tahun!


asuhara,
O, dulu-dulu Kuantan cool ya? :D

Tak singgah, Muzium Tokoh di sebelah bangunan itu saja kan...?

 

Rabu, Mac 19, 2008 7:02:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kuantan mmg dah banyak sgt berubah. Zaman meen skolah dulu, nak pi mana2 senang je..sekarang banyak jalan yg dah tukar jadi one way. Kalau tak biasa mmg keliru.

Sgt tak confident drive kat kuantan..hihi takut tersesat

errr..ada lagi tak rumpun buluh kat masjid tu eyh? Dulu2 tu tempat remaja berdatingan sambil tunggu bas hihi

 

Rabu, Mac 19, 2008 8:37:00 PTG, Blogger aNIe

Hahahah...tahun 78...orang kata zaman tok Nun dulu tu...masa tu kak lady masih kat sekolah lagi...

Cantik senibina kedua2 bangunan tu...mesti bangunan lama tu ye?

 

Rabu, Mac 19, 2008 9:09:00 PTG, Blogger Kasawari

dah hampir 11 tahun tak ke pantai timur.. pasti byk perubahan di sana..

memang kagum senibina kedua-dua banggunan tersebut..

 

Khamis, Mac 20, 2008 12:14:00 PG, Blogger akirasuri

Huhu..
lama sudah tidak ke ngeri-negeri di sebelah pantai timur..

 

Khamis, Mac 20, 2008 8:37:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Dalam masa 30 tahun, pekan Rembau pun dah banyak berubah. Inikan pula bandar Kuantan, bandar terbesar di pantai timor. Negari TPM lagi.
Tapi kalau di London pun tak boleh sesat, ape lagi di temapt sendiri, bukankah polis tu mesra rakyat...

 

Khamis, Mac 20, 2008 7:47:00 PTG, Blogger zino

memang berguna lagi pepatah tu malu bertanya sesat jalan hehe..

zabs
pokan gembau tu ada pepatah yg femus..

"kek ghembau lai den tak sosek inikan kolumpo pulak " hehe..

 

Jumaat, Mac 21, 2008 1:26:00 PG, Blogger Unknown

nasib baik nak bertanya.. kalo tak dah sesat kemana laa.. abih minyak heeh

 

Jumaat, Mac 21, 2008 1:39:00 PG, Blogger Nunn

kira ok a tu bro.....cuma tahun tu je..janji pernah datang....ceh ceh ceh....

 

Jumaat, Mac 21, 2008 9:16:00 PG, Blogger NBK466

Uiihhh..den pun dah lebih 10 tahun tak sampai Kuantan..lepas den abih SPM di MRSM Kuantan.

 

Jumaat, Mac 21, 2008 9:40:00 PG, Blogger arianna adrizal

sy tak penah smpai ke Kuantan..

 

Jumaat, Mac 21, 2008 10:24:00 PG, Blogger arsaili

saya pun tak pernah sampai ke kuantan..almost sampai..ahaks...

 

Jumaat, Mac 21, 2008 11:48:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

meen,
Mana-mana bandar pun dah semakin moden sekarang. :)

Tapi bandar Kuantan taklah secomplicated Kuala Lumpur. Kalau sesat pun situ-situ juga. :D

Oooo, pernah bercengkerama di celah pokok buluh masjid rupanya ya... Tang kena sergah Tok Imam ke? Hehehe


Kak Lady,
Itulah dia. Hj. N buat lawak..

A'ah. Yang sebelah kiri itu bangunan lama. Seni bina kolonial.


Kasawari,
Dah semakin sesak.

Sekarang lebuh raya dah banyak bro'. Kalau pecut tahap maksima, sekejap saja dari JB dah sampai ke Kuantan. Hehehe!


Akira,
Lepas ni nak merayau ke Kota Baru pulaklah. Kalau sesat pun Pa'chik kan ada. Hehehe.


Tuan Zabs,
Waalaikumusalam.

Modenisasi dan urbanisasi memang tak boleh dielakkan tuan. Bandar Maharani, Muar pun serupa. Harap-harap seni bina yang lama-lama itu terus dikekalkan, jadi warisan. :)

Selagi pandai mengeja, saya rasa kita tak akan sesat ke mana. Banyak papan tanda ada. Bila dah letih baru tanya Polis. Hehehe.


Zino,
Mula-mula itu bukan malu bertanya, tapi Hj. N cuba menguji tahap ingatannya. Hehehe.


Lind,
Ada hikmahnya. Dapat belajar jalan-jalan di bandar Kuantan, misalnya. Lepas ini dah tau dah.... :D


nunn,
Janji pernah lalu atau jejakkan tayar kereta di bumi negeri itu. Kan? Hehehe!


nbk,
O, ekau dulu kek MRSM Kuantan...?Baru den tau... Hehehe!


Arianna,
Kena pergi sesekali tu....


arsaili,
Selalunya macam itulah. Negara jauh-jauh dah sampai, dalam negeri sendiri tak pernah sampai lagi ek..? Ahaks!

 

Sabtu, Mac 22, 2008 1:06:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Haa, 30 tahun dulu? Hehehe, patutlah tak jumpa!

Salam :-)

 

Sabtu, Mac 22, 2008 5:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

B Rampai,
Itulah. Tapi mungkin juga dia tersalah sebut, atau saya yang tersilap dengar. 88 atau 98 misalnya. :)

Salam kembali.