Isnin, Mac 31, 2008
I
Kelmarin. Kami bertiga. Di puncak sebuah perbukitan. Entah macamanalah kami boleh sampai di perbukitan yang gelap sunyi itu, saya pun tak tahu. Tempat itu berlatarkan pokok-pokok besar, tinggi-tinggi dan hitam-hitam.

Saya kata tadi, kami bertiga. Yang seorang itu saya tidak kenal – atau saya macam kenal tapi entah siapa, saya tak ingat. Seorang lagi Afdlin Shauki. Saya tak tipu, Afdlin selebriti kelakar yang berbadan semangat itulah, Afdlin mana lagi…. Dan saya.

Kami bertengkaran. Apa puncanya saya kurang pasti. Bertengkaran bagaimana mahu turun dari perbukitan itu agaknya. Entahlah. Malas saya nak ambil tahu. Sebab saya masih keliru macamana kami boleh berada di atas itu, dan macamana saya boleh bersama mereka berdua itu.

II
Kelmarin juga. Saya ke majlis perkahwinan seorang kawan. Tapi saya bukan kenal sangat dia pun. Dan dia juga bukan kenal saya pun. Kami cuma kenal begitu-begitu saja di alam blogosfera. Dia mengaku kacak dan masih teruna. Oh ya! Dia mengeja ’kacak’ lain sedikit, ’kachak’ [Entah apa-apa!].

Balik ke cerita asal. Saya duduk-duduk di tangga rumahnya. Sebenarnya saya pun tak pasti itu tangga atau apa, anggap tangga sajalah. Saya memakai kaca mata hitam kesayangan saya itu. Bersama saya beberapa orang, yang macam saya kenal, tapi macam saya tidak kenal. Kemudian si Kachak itu sampai. Eh! Tak kan dia macam itu? Silap orang barangkali. Tak kanlah dia jenis yang ’lembut-lembut’ orangnya?

III
Isk! Tapi apa tafsiran mimpi-mimpi saya itu? Macam mengarut saja! [Si Kachak, macamanalah kau boleh tersesat ke dalam mimpi aku, aku mahu mimpikan yang lainlah, hmmmm......bidadari chomel misalnya]

IV
Saya meminjam kata-kata Saharil Hasril Sanin di dalam karyanya, Teroris Bahasa, di petik dari buku New Malaysian Essays 1 [Saya bagi 4.77 bintang buku ini]. “Kata Chuang Tze, kita boleh jadi keliru; tidak tahu mana satu mimpi, mana satu realiti. Kadang-kadang, dua-dua dunia jadi celaru.“ Dan kata Saharil lagi, “seperti kata Jung, mimpi adalah janaan luar sedar diri kita sendiri, sesuatu yang dicipta oleh rohani untuk mengubah apa yang sedang berlaku pada alam realiti.“

V
Sebenarnya saya teringin sangat Tuhan datangkan mimpi yang pelik-pelik tetapi berjiwa dalam tidur saya. Kalau boleh saya ingin bermimpi menjadi cahaya. Kemudian saya mahu mimpi saya itu menjadi kenyataan. Kalaupun Tuhan tidak mengizinkan ia menjadi kenyataan, sekejap di dalam mimpi pun jadilah.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/31/2008 11:07:00 PG. |


38 Ulasan


Isnin, Mac 31, 2008 11:35:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Aku konfius. Maafkan aku. Aku bukan genius. Aku konfius.

:)

 

Isnin, Mac 31, 2008 11:59:00 PG, Blogger Lily Abdullah

Macam Mudin juga kakak ini. Blur2 sikit. Hmm..kena baca 27 kali kut :D

 

Isnin, Mac 31, 2008 12:12:00 PTG, Blogger achik

Afdlin pun masuk dlm mimpi.. hehe.. :D

 

Isnin, Mac 31, 2008 12:53:00 PTG, Blogger Nunn

ape cite ek...konpius aa...cita mimpi ...atas bukit...pepepon mimpi ni mainan tidur....

 

Isnin, Mac 31, 2008 12:58:00 PTG, Blogger DeeN

aku juga bukan genius. tp aku serius. ya! serius. maksudnya serius aku paham cerita mimpi kamu itu.

Aku juga selalu (ya, selalu sangat) bermimpi yg bukan2, hatta dlm mimpi itu aku 'bertemu' dgn insan2 yg tak pernah aku berjumpa secara realiti. Pelik. tapi itu benar. dan paling pelik aku pernah bermimpi ttg mimpi yg sama beberapa kali sampai aku buleh hapal mimpi tersebut. isk, isk, isk.

dan seperti kamu, aku teringin benar bermimpi ttg mimpi yg indah2 (tak kisahLah pelik ke..) asalkan indah dan hebat! Misalnya dpt mimpi jd PM ker ... keskeskes...!

 

Isnin, Mac 31, 2008 2:06:00 PTG, Blogger Mak Su

nasib baik ko tak mimpikan maksu, kalau mimpi jugak macamana ler rupa mak su ek? hahahaha

 

Isnin, Mac 31, 2008 2:33:00 PTG, Blogger arianna adrizal

mimpi mmg mcmtu. mcm cerita bersiri. menarik tp tak masuk akal.

 

Isnin, Mac 31, 2008 2:42:00 PTG, Blogger Hasrul Halid

Purp,
Mimpi ni macam-macam.. ada mimpi sambil mesyuarat! ada mimpi nak jadi PM masa umur 40, ada saja-saja buat-buat macam mimpi.. dan ada mimpi macam mimpi kamu ni purp!

Ya... Macam-macam!

 

Isnin, Mac 31, 2008 3:00:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

mimpi afdlin? berat badan dah naik kot? keh keh...

 

Isnin, Mac 31, 2008 3:02:00 PTG, Blogger Jie

kakjie juga spt bermimpi membaca entri seperti ini...ehhh.... kalau mimpi apa saja tafsiran boleh kita buat kan..sbb masa tu kita pejam mata :p

 

Isnin, Mac 31, 2008 4:05:00 PTG, Blogger Pa'chik

heheh...

kachak tu... selalu untuk ngeje bunyik kamera...

 

Isnin, Mac 31, 2008 4:28:00 PTG, Blogger Masy

ada mimpi yg sudah lama, dan masih bole diingat jalan ceritanya -awal hingga akhir.

tp sy tak mau melihatnya menjadi kenyataan. nauzubillah..~

 

Isnin, Mac 31, 2008 4:47:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Entah bagaimana dalam mimpi itu, jejaka itu boleh masuk ke dalam laman saya. Padahal tidak saya beritahu dia yang kunci ada di bawah pasu bunga. Mungkin namanya mimpi...tiada kelogikan.

Namun saya ingin mimpi bersantai bersama bulan. Mahu menceritakan dan mengadu bermacam-macam pada bulan.

Mungkin juga kaki perlu disucikan, hati perlu dibersihkan. Mohon ampun dengan sahabat taulan dan juga Tuhan.

Oleh itu, apa yang kamu fikirkan dan mahukan akan datang dalam mimpi. Bukankah Tuhan itu maha pemurah.

 

Isnin, Mac 31, 2008 5:14:00 PTG, Blogger silversarina

Mimpi bp ni macam penuh cabaran je .... bertemu si Kachak mungkin kerana teringin nak tengok kekachakannya .. apapun ia nya hanya mimpi .

 

Isnin, Mac 31, 2008 5:57:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mudin,
Jangan keliru Mudin.

Kehidupan begitulah. :)


kak WL,
Entri ini bukan untuk difahami kot.

:)


Achik,
Ingat senang ke nak jumpa dia dalam mimpi? :D


nunn,
Kadang-kadang mimpi itu mainan tidur, kadang-kadang juga tidur itu mainan mimpi.... :)


nur@,
Tak nak mimpi jumpa PM? Atau menantu PM?:D


mak su,
Tunggu saya mimpikan mak su dulu. Nanti saya ceritakan dalam entri. :D


anne,
Ha'ah. Mendatangkan tanda tanya. Kadang-kadang tak berkesudahan.

 

Isnin, Mac 31, 2008 6:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Hasrul,
Mimpi ni macam-macam.. ada mimpi sambil mesyuarat! ada mimpi nak jadi PM masa umur 40,...
Jangan mimpi!

Aku tunggu kau pulak datang dalam mimpi aku...Nak tengok betul ke serupa Rosyam Nor :D


lee lin,
Afdlin kayuh basikal. Isk!


Jie,
Saya pun macam bermimpi menjawap ulasan-ulasan ini. Macam di awang-awangan. :D


Pa'chik,
Kamera digital ada keluar bunyi ke Pa'chik?


p/s Sekali lagi; Terima kasih kiriman serunding itu. Aku hargai. Sangat-sangat. :)


masy,
Selalunya apa yang kita harapkan datang dalam mimpi, ia tak datang di dalam mimpi. Tapi kadang-kadang Tuhan datangkan terus dalam realiti. :)


bayan,
Jangan di simpan kunci rumah di bawah pasu bunga. Bahaya!

Ya, bersihkan jiwa.


Kak Sarina,
Di dalam mimpi saya, Si Kachak yang mengaku teruna itu menjelmakan dirinya lelaki 'lembut'... Itu yang lucunya.

 

Isnin, Mac 31, 2008 7:23:00 PTG, Blogger ::.. a t i q a h ..::

saya tak suka mimpi waktu tidur. penat! lagi-lagi kalau mimpi kena kejar hantu ka, ular ka. hish.

 

Isnin, Mac 31, 2008 11:04:00 PTG, Blogger Brader Black

aih!
Bang, kau sure ke yg lembut2 tu aku? Jatuh la prestasi aku macham ni..

Aku sudah naik pelik, macham mana la kau boleh mimpikan aku ek?

Kau rindu kat aku ke?

ha ha.

 

Selasa, April 01, 2008 12:08:00 PG, Blogger DeeN

Mimpi PM?? Mimpi menantu PM???
Huh! Jika itu berlaku maknakata, daku telah mengalami mimpi ngeri yg maha dahsyat sepanjang karier daku sebagai sang pemimpi! Dahsyat gilerrr!! =B

 

Selasa, April 01, 2008 1:45:00 PG, Blogger Kerp (Ph.D)

mimpi mmg pelik wak. lg2 mimpi yg panjang2 dan ngeri2. bukan apa, bila terjaga kita boleh rasa mcm satu kepuasan sbb ianya hanya mimpi.

 

Selasa, April 01, 2008 1:50:00 PG, Blogger khairyn

bukankah metafora sebuah bukit dlm mimpi itu bagus?

hahaha.. aku bukan nujum

 

Selasa, April 01, 2008 8:53:00 PG, Blogger asuhara sue

umpama mimpi dalam mimpiiiiiii
-lagu damasutra.

 

Selasa, April 01, 2008 9:28:00 PG, Blogger Sastri

InsyaAllah, i doakan mimpi yang diingini itu (seperti di Perenggan V) akan menjadi kenyataan... sama-sama la kita usahakan... Amin...

 

Selasa, April 01, 2008 9:46:00 PG, Blogger Cik Keju

isk, dari semalam aku baca tapi tak dapat tangkap maksud tersirat entry ni. blur sungguh aku ni!

 

Selasa, April 01, 2008 12:04:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Kuek kuek kuek....

(Kita bercakap lain bahasa)

 

Selasa, April 01, 2008 2:34:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

atiqah,
Lebih baik mimpi di dalam tidur dari mimpi di dalam jaga.


Si Kachak,
Kau jangan perasan. Aku rindukan orang lainlah! Maaf!

:D


nur@,
Setakat mimpi apalah salahnya? Jangan berburuk sangka. Kalau kau jumpa dia di dalam mimpi, mungkin kau boleh nasihatkan diaorang berdua, mana tau...


kerp,
Betul kerp. Bila kita sedar yang kengerian itu cuma dalam mimpi, baru kita menghargai kehidupan sebenarnya di alam realiti. Barangkali. :)


Khairyn,
Entah! Aku keliru. Tengok jenis bukit juga... :)


Asuhara,
Mana Bagio sekarang ya...?


sastri,
Insya-Allah. Mudah-mudahan. :)


cikin,
Itu cerita mimpilah...! Tapi yang tersiratnya, hmmm.... adalah. :D


Peg khalwat,
Eh! Bukan Bahasa Melayu ke aku tulis tu...

 

Selasa, April 01, 2008 8:03:00 PTG, Blogger farazdaq

Purp;
cerita mimpi..cerita terawang2an..pernah aku mimpi diberi cium 'bau unik' oleh seorang HAWA..sungguh, memang aku terhidu 'bau unik' itu..walau cuma sesedut nafas.

 

Selasa, April 01, 2008 9:16:00 PTG, Blogger kawaii_desu

uik ada afdlin??

mimpi itu mainan tidoq.. tapi tu lah.. kengkadang mimpi2 ni sgt menganggu emosi

 

Rabu, April 02, 2008 9:38:00 PG, Blogger Qaseh Bidadari

ishh...pelik betoi lah bp nak mimpi mcm tu...

 

Rabu, April 02, 2008 11:09:00 PG, Blogger me3n

apa kesudahan cerita hang ngan afdlin tuh eheeh. menarik plak. ;p.

 

Rabu, April 02, 2008 11:38:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Am rasa Bp memang ada niat nak gaduh dengan Afdlin tu, tu pasal terbawa-bawa dalam mimpi hehehe

 

Rabu, April 02, 2008 11:48:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Farazdaq,
Misteri dan berjiwa sungguh mimpi kau itu. ..


Kawaii,
Mimpi itu selalunya mainan tidur. Tidur itu kadang-kadang mainan mimpi.


mama ranggie,
Tiada yang pelik dalam mimpi MR.....


ad3ck,
Visualnya kabur. Dialog tak jelas. Tak ada sari kata. Aku kurang faham jalan ceritanya. :D


Am,
Kalau betul-betul bergaduh mesti dia yang menang. Dia kan kaki Sumo... :D

 

Khamis, April 03, 2008 11:08:00 PG, Blogger m i n e r a l . . .

mimpi itu indah..ade ygmenghiasi tidur ade yg mempermainkan tidur...
istikomah shj...
ade tersirat dan tersurat...
tp lbh baik berada direlaliti pasti bole meniti...

 

Khamis, April 03, 2008 2:52:00 PTG, Blogger artisticklytouch

kadang-kadang terpikir jugak...eh, yang itu mimpikah atau realitikah?

confuse

 

Khamis, April 03, 2008 4:04:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mineral,
Kalau mimpi yang indah, oklah. Kalau mimpi yang mengelirukan, itu yang sukar mencari tafsirannya...

:)


arts,
Maksud kau?

Yang I dan II itu mimpi. :)

 

Jumaat, April 04, 2008 2:15:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hidup pun umpama mimpi apa? pejam celek... pejam celek..

 

Jumaat, April 04, 2008 11:17:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Azizulhafiz,
Ha'ah. Mimpi dalam realiti. :)

 

Ahad, April 06, 2008 10:27:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Walau hanya mimpi, tetap saja mengocak ruang fikir kita. Itulah 'keindahan' mimpi.

Semoga cahaya yang diimpikan menjadi kenyataan dalam mimpi dan realiti.

Salam :)