Dalam kehidupan ini, selalu-selalunya kita terpaksa memilih. Memilih apa sajalah.
Kadang-kadang, pilihan kita bukan yang kita suka sebenarnya tetapi terpaksa juga kita lakukan.
Kadang-kadang, kita sedar, yang kita pilih itu meluka dan menyakitkan, tapi kita tetap pilih juga.
Kadang-kadang, memang sudah tertulis, mana satu dosa, mana satu pahala, tetapi kita memilih untuk berdosa.
Kadang-kadang, kita rela untuk terus menangis, sedang kita ada pilihan untuk ketawa.
Kenapa ya? Kita melupakan Tuhan, atau meminggirkan kewajaran dan kewarasan dalam membuat pilihan, barangkali.
[Kita itu mungkin saya, mungkin kamu, mungkin dia, mungkin mereka, siapa-siapalah]
II
Menanti Buraq karya Marsli N.O, pengarang cereka yang konsisten dan prolifik, yang pernah memenangi pelbagai anugerah itu, sempurna sampai di tangan saya. Terselit juga catatan panjang yang mesra.
Saudara Marsli N.O, terima kasih. Ya, saya senang dan selesa menikmati karya-karya saudara. Saya akan nikmati dan hayatinya. Terima kasih juga kerana sudi menghadiahkan saya Biduan itu juga. Saya menghargainya, sangat-sangat.
Semoga di satu kesempatan, yang entah bila nanti, kita dapat bertemu dan bercerita. Insya-Allah.
TTFN
Rabu, April 02, 2008 12:46:00 PTG,
Tajuk: Pilihlah aku jadi pacarmu... (erk..ok tak?)
I
Benar bro. Hidup adalah pilihan. Emosi juga pilihan. Itulah yang berkali-kali aku selalu nyatakan kepada Ummu Adam bila dia sedih atau letih dll. Kita sebenarnya boleh memilih untuk jadi gembira atau sedih, marah atau senyum, letih atau tidak. Tapi kadang-kadang, kita tidak tahu pilihan kita itu betul atau tidak, sehinggalah lama setelah keputusan itu dibuat.
II Bestkan boleh hadiah buku? Bila pula kamu nak hadiahkan aku buku? Haha! Pesta buku bila nak pergi?
Khamis, April 03, 2008 1:11:00 PG, tokasid
Assalamu'alaikum Wak Pinter,
Since I don't have your phone number, as the defacto ringleader, I am inviting you on behalf of friends to attend an informal and impromptu lunch this coming Saturday the 5th of April at Kayu Nasi Kandar, Tesco The Curve, Mutiara Damansara (across from Ikea). Time: 1.00 PM. Families in tow are welcome . . .
Jom laa turun KL bawak Daphne kalau boleh...
So far these are the confirmed attendees...
1. Mat Salo
2. tokasid
3. kerp
4. shahril cakapaje
5. anuradha - galadriel
6. akmal
7. bigdog
8. elena acciacatura
9. elviza
The maybees...
1. Jacqueline Tegjeu (she's arriving the night before but she'll be pressured to come)
2. Captain Yusuf
3. Datuk Jaffar Lamri (jaffpoint)
4. Anon from Miri
5. Kak Nuraina
6. mob1900
7. Pi Bani
8. Daphne Ling
Woi, ini kena pakai police permit ni.. :)
-- Kalau wak ada waktu boleh kita ketemu di sana.
Salam
tokasid
0176283123
Khamis, April 03, 2008 9:38:00 PG, Lily Abdullah
Salam Purp,
Barangkali kita cuma punya pilihan yang terhad dengan keupayaan dan keadaan persekitarannya(atau mungkin juga keran ego dan kejahilan kita). Namun bersyukur,sekurang-kurangnya kita punya pilihan. Terpaksa atau dipaksa kadang kala bukan persolannya. Yang utama - perlu memilih untuk kesimbungan hidup di sini dan di dunia yang lagi satu.
Khamis, April 03, 2008 11:40:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Alhamdulillah. Dan tahniah kerana mentafsir sesuatu dari sudut positifnya.
mungkin kerana kita leka kerana dibayangi keselesaan dan kegembiraan akibat nafsu dan godaan syaitan... maka pilihan kita tersasar dari yang sepatutnya...
Tuhan itu maha adil. Bila Dia masih memberi peluang kita untuk terus hidup, bermakna Dia masih memberi peluang untuk kita memperbaiki diri, bermuhasabah, kembali kepada ajaran-Nya, kembali kepada sirah dan surah.
Kadang-kadang pilihan kita mengikut emosi. Kalau sudah tahu di depan kita itu api, tentulah panas. Dan cuma ada satu pilihan sahaja, menjauhinya, jauh-jauh, sejauh-jauhnya. Kenapa mesti memilih untuk menyentuhnya?
[saya mengingatkan diri saya sendiri juga sebenarnya]
mudin,
Mudin, aku suka tajuk itu!
I
Betul. Manusia memang begitulah. Aku pun kadang-kadang begitu. Kadang-kadang memilih berdasarkan emosi, bukan kewajaran, kewarasan fikiran atau kehendak Tuhan.
Seorang pelacur tidak akan memilih menjadi pelacur kalau dia membuat pilihan yang betul. Mungkin bagi dia itu wajar [untuk meneruskan hidup misalnya], tapi itu bukan berdasarkan kewarasan dan kehendak Tuhan.
Tapi TIDAK membuat apa-apa pilihan pun satu pilihan juga.
Sas,
Terima kasih berkongsi di sini. :)
arsaili,
Betul. :)
Cikin,
Kamu yang memilih untuk kabur kot...? :D
Asuhara,
Saya setuju dengan ulasan itu.
mak su,
Boleh! Bukan ada markah pun mak su. Pilihan di tangan mak su. :D
Khamis, April 03, 2008 12:18:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Farazdaq,
Aku sedang memilih. Samada mahu ketawa atau simpati bila membaca cerita kau itu.
Dr Tokasid,
Waalaikumusalam doc,
Jom laa turun KL bawak Daphne kalau boleh.... Hmmm... yang ini mungkin doc tak sengaja 'tertampal' di sini agaknya.
Menarik. Nanti saya fikirkan, sebab mungkin saya ke KLIBF PWTC hari itu. Apa-apapun saya sudah menyimpan no. doc. Nanti saya hubungi doc.
Saya kena membuat pilihan. Dua-dua sangat menarik. :)
Terima kasih doc kerana menjemput saya turut serta. Saya hargainya. :)
kerp,
Wak pun ada pengalaman yang menyakitkan, melukakan, pernah merasa seperti hidup sudah tak punya apa-apa makna lagi. Alhamdulillah, wak ditunjukkan jalan oleh-Nya untuk membuat pilihan untuk bangun dan terus kuat.
Wak kagum dengan kau kerp....
Wak kena buat pilihan 5hb ni. Untuk ke perjumpaan itu [berjumpa kau juga] atau bergulat dengan buku di KLIBF 2008 di PWTC. :D
Si Kachak,
Relevan, kalau dah itu pilihan kau. :D
Aku memilih untuk terus bagi kau chance mengaku kacak.... :D
zal,
Salam kenal.
Betul. Ada juga yang sengaja mengelak, tidak menggunakan kesempatan yang sudah diberi untuk memilih. Tapi tak boleh salahkan mereka juga. Tidak mahu memilih itupun satu pilihan juga.
kak WL,
Ya. Seperti kes ini; seorang hamba Allah ini mahu berkongsi masalahnya. Katanya dia terpaksa memilih untuk membuat kerja yang dia tak suka [yang entah apa-apa, katanya] kerana sudah tiada pilihan lain. Dia perlu hidup, dan ada perut-perut yang perlu diisi di rumah.
Tapi sekurang-kurangnya, dia memilih untuk mencari rezeki secara yang halal, dari merompak, atau menjadi gelandangan, atau hanya berserah bulat-bulat kepada takdir tanpa membuat apa-apa.
Khamis, April 03, 2008 12:36:00 PTG, Sastri
Kalau sudah tahu di depan kita itu api, tentulah panas. Dan cuma ada satu pilihan sahaja, menjauhinya, jauh-jauh, sejauh-jauhnya. Kenapa mesti memilih untuk menyentuhnya?
kalau api, memang sewajarnya kita taknak menyentuhnya, tapi kadang-kadang, timbul emosi yang macamana ntah, menyebabkan kita menyentuh juga, salah satu sebabnya mungkin kerana ingin merasa kepanasan bagi mengingatkan diri, itu baru panas sedikit, bagaimana pula panas api neraka nanti... more on sebagai peringatan diri sendiri...
Jumaat, April 04, 2008 10:44:00 PG, Rush Murad
"Kadang-kadang, memang sudah tertulis, mana satu dosa, mana satu pahala, tetapi kita memilih untuk berdosa."
Tidak ada kadang-kadang dalam bab dosa dan pahala, dosa akan tetap menjadi dosa, pahala pula hanya Tuhan yang akan menetapkannya... cuma kita kadang-kadang memilih yg dosa dari yang mendatangkan pahala....dan sebaliknya... ek?
Jumaat, April 04, 2008 10:56:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Itulah. Serasional manapun, kita manusia memang kadang-kadang tak dapat lari dari bermain dengan emosi dalam apa tindakan sekalipun. Kan….?
atiqah,
Jadi kanak-kanak senang. Tak payah fikir apa-apa. Tapi masih kena memilih juga. Nak pilih baju gambar Superman atau gambar Ultraman, misalnya.
achik,
Hehehe! Suka hatilah!
Itulah. Tak semua apa yang kita inginkan, kita akan dapat.
Masy,
Kadang-kadang sebab ‘keadaan semasa’ itulah, manusia meminggirkan kewarasan akal dalam memilih….
Pa’chik,
O, “aku apa yang aku pilih?” Boleh.. Hehehe
nur@,
Ikut suka kaulah nak letak tajuk apapun. Hehehe!
Kalau datang setakat nak menyantai, baik kau tak payah pergi. Hahaha!
Kau klik sajalah di pautan nama dia di entri aku itu. Nanti kau akan dibawa ke blognya. Di sana nanti kau akan kenallah siapa dia.
anne,
Suka hatilah.... :D
Bagi memenuhi citarasa penggemar lagu-lagu kontemporari. Hehehe!
Jumaat, April 04, 2008 11:14:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Hasrul Halid,
Dah memang tak ada pilihan pun kan? Jadinya sudah tetaplah pendirian kau, kau tak akan sesekali memilih diaLah ya.... Hahaha!
Zino,
Ya, ya, betul. Saya suka kata-kata Zino itu.
Sindrom penafian, tak mengaku kesilapan sendiri, bla...bla...bla...
kak lady,
Tapi masih ada hikmahnya, kan..?
Saya pun banyak lagi buku belum dibaca. Kena ikut giliran. Hehehe!
phu ying,
Kalau kita telah menimbang-nimbang baik-buruknya dan mencari petunjuk sebelum membuat pilihan, tetapi pilihan kita itu satu kesilapan juga pengakhirannya, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk memilih yang terbaik. Manusia kan cuma merancang.
Tak apalah. Pilih Naga sajalah. Dia dah sifu tahap dewa. hehehe!
Rush,
'Kadang-kadang' dalam konteks ayat aku itu bermaksud 'kadang-kadang kita memilih untuk berdosa' Rush.
Itulah. Godaan nafsu, lagi-lagi kalau iman tak kuat.
[Ini juga peringatan untuk diri aku sendiri ....]
Isnin, April 07, 2008 12:52:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
manjlara,
Saya suka soalan subjektif. Bebas berkreativiti dan boleh melihat soalan dan memberi jawapan dari pelbagai perspektif. :)
Azzam,
'Kadang-kadang' itu samada disengajakan, mahu menguji, ada makna tersirat atau memang malas nak berfikir. Hehehe!
ad3ck,
Kau rasa, hidup dan mati itu satu pilihan atau bukan?
kak sarina,
Begitulah. Selagi bernama manusia, tak sepi dari kelemahan dan kesilapan. Tapi hikmahnya sentiasa ada. :)
Lind,
Pilihan kita bukan semestinya pilihan semua. :D
zizie ali,
Err.... Anggaplah aku sedang merepek yang bukan-bukan.
B Rampai,
Waalaikumusalam BR
Insya-Allah.
Perjalanan hidup sesak dengan simpang siurnya. Samada mahu melalui jalan lurus atau jalan berliku. Kadang-kadang Tuhan datangkan anugerah, tanpa perlu memilih tapi selalu-selalunya harus memilih.
Kadang-kadang, kita sedar, yang kita pilih itu meluka dan menyakitkan, tapi kita tetap pilih juga.
jika ke arah kebaikan, maka biarlah terluka dan sakit buat sementara... Kemanisannya akan hadir kemudian...
Kadang-kadang, memang sudah tertulis, mana satu dosa, mana satu pahala, tetapi kita memilih untuk berdosa.
mungkin kerana kita leka kerana dibayangi keselesaan dan kegembiraan akibat nafsu dan godaan syaitan... maka pilihan kita tersasar dari yang sepatutnya...
Kadang-kadang, kita rela untuk terus menangis, sedang kita ada pilihan untuk ketawa.
biarlah kita menangis dahulu, agar kita boleh ketawa kemudian...
the price we pay may not seem much now, but with God's will, it will be so worthy later... :D