Selasa, April 15, 2008
Kali terakhir saya berjumpa kawan saya, abang Az kira-kira tahun lepas. Waktu itu dia sedang kesempitan. Dia memandu Wira model lama waktu itu. Kereta pacuan empat roda spara antik yang selalu diguna untuk ke tapak projek itu pun terpaksa dijual. Rumah juga bermasalah. Sewaktu dia bersama dengan saya itupun, sekejap-sekejap bank, sekejap-sekejap pembekal, sekejap-sekejap kreditor menelefon mencarinya.

Itu setahun yang lalu. Lama saya tidak mendengar khabar beritanya. Tapi minggu sudah dia menelefon saya. Dia meminta saya membantunya mereka-bentuk dan membuat kertas cadangan kerja-kerja penataan landskap kejur dan lembut di sebuah bangunan kerajaan di bandar K.

Pagi itu, saya menunggunya di tempat letak kereta, berhadapan bangunan baru yang tersergam gagah itu. Dia ingin membawa saya melawat tapak projeknya itu.

Sedang saya berangan menjadi cahaya, sebuah kereta sukan mewah menghampiri kereta saya. Wow! Abang Az tiba bergaya dengan sebuah Bimmer convertible 320! Hitam berkilat! Dia berkaca mata hitam. Kagum sungguh saya. Dia keluar dari keretanya. Sepasang mata di sebalik kaca mata hitamnya menatap sepasang mata di sebalik kaca mata hitam saya. Bertambah kagum saya bila saya lihat dia hanya memakai seluar pendek. Ini pertama kali saya melihat usahawan Melayu ke tapak projek dengan berseluar pendek sebegitu. Tapi saya tak sampai hati untuk melihat kakinya itu, bukan kerana bulu-bulu kakinya yang berceracak sebatu satu itu, tapi....... entah!

"Dah 'maju' abang Az sekarang......" kata saya, antara dengar dan tidak.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/15/2008 04:07:00 PTG. |


51 Ulasan


Selasa, April 15, 2008 4:40:00 PTG, Blogger Sastri

tahniah buat Abang Az... rezeki tu kalau dah rezeki yang Allah tentukan untuk kita, akan datang tanpa disangka pun... i have faith in you... :D

 

Selasa, April 15, 2008 4:41:00 PTG, Blogger Aku Bukan Bidadari

ekeke/..awat banyak cagu ka??

 

Selasa, April 15, 2008 5:01:00 PTG, Blogger silversarina

Semoga kemewahan tidak menjauhkan kita semua dari Yang Maha Pemurah dan Penyayang ... alhamdulillah kawan bp dah bebas dari kesempitan hidup.

 

Selasa, April 15, 2008 5:36:00 PTG, Blogger khairyn

sudah pasti abang az harus mengikut arus.

hahahahaha

jangan kamu macam tu sudahlah. seluar pendek tu nampak aurat tau - bak kata anak buah aku ler

 

Selasa, April 15, 2008 5:49:00 PTG, Blogger Pa'chik

yang berpelikat lal la lal la penah la aku jumpa... asal meniaga pakai motor masuk kampung keluar kampung, la ni.. kaya raya.. bagusnya, masih lagi ke mesjid, macam di kala dia susah dulu... muda lagi orangnya, lam pat puluhan gitu...

 

Selasa, April 15, 2008 5:49:00 PTG, Blogger Pa'chik

lupa, pemurah juga....

 

Selasa, April 15, 2008 6:08:00 PTG, Blogger achik

'maju' sungguh.. bos2 saya yg cina tu pun x pakai suar pendek.. ;p

 

Selasa, April 15, 2008 6:24:00 PTG, Blogger NURAZZAH8

jp, dalam pengamatan saya yg tak pandai berbusiness ni.. macam tu orang M****u (bukan lah nak kat bangsa sendiri) .. bila Allah bagi kesenangan sedikit, mula lupa diri, mula hendak bermegah-megah, bermewah-mewah (yg lebih sudu dari kuah) ... yg pertama sekali bila dpt projek juta-jutaan, mula-mula sekali update kereta (dari proton terus beli merz, bmw, etc), kemudian update rumah juta2..., sudah mula mengenal pakaian berjenama, kalau dulu pakai baju beli pasar malam, skrg dah mula pakai seluar dan baju beli di butik2... sedangkan projek belum jalan pun (atau baru jalan sikit) ..bila ada masaalah..mula menggelabah .. sebab modal pusingan sudah habis dibelanja.... akhirnya jatuh semula, projek pun terbengkalai...
sepatutnya kita kena ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk, bukan ikut resmi lalang ...
wallahualam...
apa-apa pun semoga kawan jp akan terus "maju" ...
(pernah tengok kat sebuah bank, seorang apek Cina dgn berseluar pendek katok, bersinglet putih, berselipar jepun ... masuk terus ke kaunter, tangan menyeluk poket seluar, bila dikeluarkan penuh duit berketul-ketul diikat dgn getah... mungkin lebih 20 - 30 ribu... hehehe)

 

Selasa, April 15, 2008 6:29:00 PTG, Blogger Mak Su

berkerut-kerut dahiku nak membayangkan kemajuan abang az

 

Selasa, April 15, 2008 6:57:00 PTG, Blogger KAMATO

Mungkin satu hari BP berjaya begitu juga...

 

Selasa, April 15, 2008 7:35:00 PTG, Blogger farazdaq

isin to..meruh dempol..

 

Selasa, April 15, 2008 8:15:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Kak WL juga ingin maju. Tetapi kadangkala begitulah ujianNya. Kemajuan telah menjauhkan kita dari rahmat Tuhan. Na'uzubillah. Mudah-mudahan.

 

Selasa, April 15, 2008 8:46:00 PTG, Blogger fajar

sedang berimaginasi 'maju' yg dimaksudkan. :)

moga2 nanti JP pun dimurahkan rezeki Allah.

 

Selasa, April 15, 2008 9:14:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Sudah seperti streotaip orang-orang begitu. Namun saya harap, ramai orang-orang yang macam Pa'chik cakapkan.

 

Selasa, April 15, 2008 9:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP@JP,
Ke"maju"an kawan itu, saya rasa tidak secocok dengan kemajuan yang anda mahukan untuknya kan? Adakah cara berpakaiannya begitu sebelum berjaya?

 

Selasa, April 15, 2008 10:54:00 PTG, Blogger aNIe

Alhamdulillah...abang az dah berjaya...dan bab 'maju' yang camtu...sedih jugaklah...

 

Selasa, April 15, 2008 11:02:00 PTG, Blogger adadia

abang Az kee... Abang Z ni? hehe..

Dah meninggal pun Abang Z kita.

 

Selasa, April 15, 2008 11:12:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
saya tak bangga jika melayu itu 'maju' sebegitu. apa2 pun doakan moga abang az tu maju yang akan menjadi kebanggaan saya.
harap wak kembali pulih sedia kala. =)

 

Rabu, April 16, 2008 3:17:00 PG, Blogger tokasid

Salam Wak Pinter:Langit tidak selalu gelap.Dan langit tidak selalu cerah.

Alhamdulillah kawan wak dah berjaya semula dgn rezeki melimpah ruah.
Tapi kalau umpama padi lebih bagus makin berisi makin menunduk ke bumi.
Rezeki yang ALLAH limpahkan perlu di syukuri dengan cara yg sesuai dgn yg ALLAH redha.

 

Rabu, April 16, 2008 8:01:00 PG, Blogger zwitterion

moga BP terus maju dan berjaya..ini tak termasuk seluar pun ikut "maju" ok..:)

 

Rabu, April 16, 2008 8:34:00 PG, Blogger asuhara sue

dia nak landskap dia konsep apa?

 

Rabu, April 16, 2008 8:47:00 PG, Blogger rudy bluehikari

kang, jekok seng elok wae. seng orak elok usah. diparengi rejeki ne koe seng akeh..kenek nulungi wong susah. orak payahla tuku kereto seng gedhi banget. seng kenek ngawe lungo kerjo wae.

 

Rabu, April 16, 2008 9:02:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan..

 

Rabu, April 16, 2008 10:02:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Dia memang berkerja keras. Dan Allah izinkan dia berjaya, jadi berjayalah dia...

Terima kasih. Kepercayaaan dan keyakinan kena datang dari dalam diri sendiri. Kemudian percaya dan yakin kepada Allah. I have faith in Allah... :)


Tiara,
Kau atau abang Beckham kau pernah kena cagu tak?


Kak Sarina,
Alhamdulillah. Saya juga tumpang gembira kalau kawan-kawan berjaya. Semoga kita semua sama-sama berjaya ’di sini’ dan berjaya ’di sana’ juga.


khairyn,
Errr... Aku tiada komen tentang itu.

Aku sangat pemalu. Di dalam rumah pun malu nak pakai seluar pendek, padahal bukan ada orang nampak pun.... :D


Pa’chik,
Baguslah macam itu Pa’chik. Kalau semakin berjaya, semakin mendekatkan diri pada Tuhan, alhamdulillah….. Semakin melimpah ruah rezeki Tuhan bagi nanti.


Pa’chik lagi…
Itulah. Ustaz Ismail Kamus kata, Tuhan sayang orang yang pemurah. Tapi Tuhan lebih sayang orang kaya yang pemurah….

 

Rabu, April 16, 2008 10:06:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik,
Kita bersangka baik sahajalah Achik. Mungkin seluar panjang dia habis semua dibasuh…..


Kak Prof Nurazzah,
Sepanjang saya bergulat dengan bidang ini selalunya macam itulah bangsa kita [tapi bukan semualah] Dan dah banyak juga saya lihat dengan mata saya sendiri jatuh dan bangun kawan-kawan saya, bahkan saya sendiri pernah jatuh terduduk beberapa kali. Adat berniaga begitulah. Macam roda. Hari ini mewah, esok lusa belum tentu lagi. Sebab itu bila sedang di atas kena sentiasa beringat-ingat, jangan lupa diri, kena sentiasa pandang ke bawah. Kalau Tuhan nak tarik rezeki kita balik bila-bila masa sahaja pun boleh.

Saya kenal seorang pembekal rumput turf di Kajang, seorang apek, tak berapa pandai membaca dan menulis, tau tulis nombor saja. Tapi memandu Merc, duit dalam akaun berjuta-juta. Berseluar pendek, berselipar dan bersinglet saja.

Orang Cina kaya dengan sebatang cangkul! Orang M****u kaya dengan sebatang tongkat :)


Mak Su,
Takkan sampai berkerut-kerut dahi Mak Su….? Tengah bayangkan Bimmer ke bayangkan kaki?

 

Rabu, April 16, 2008 10:28:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kamato,
Insya-Allah. Saya pernah melaluinya, tapi sekejap, sekelip mata. Sekarang, kalau tak seberjaya dia itu pun tak apa. Biasa-biasa pun sudah alhamdulillah.


Farazdaq,
Nik apik sikele yo ora opo...Isk! Males arek ngomonglah. Ngawe doso wae... :)


Kak WL,
Kemajuan itu subektif kak WL. Dan biarlah ada keberkatan. Kalau berjaya dalam kerjaya, tapi jiwa tak tenang, resah selalu pun tiada maknanya juga. :)


Si Kachak,
Kau semakin kachak. Itupun satu kemajuan juga. :D


Fajar,
Apa khabar orang UK? :)

Semoga kita semua sama-sama dimurahkan rezeki Allah. Insya-Allah.


atiqah,
Kita berbaik sangka sajalah ek. :)


Zabs,
Waalaikumusalam.

Dia yang saya kenali dulu seingat-ingat saya tidak sebegitu. Tapi tak apalah, saya fikir yang baik-baik saja.... :)

 

Rabu, April 16, 2008 10:37:00 PG, Blogger Qaseh Bidadari

no komen!

hehehe...

mama kurang faham...!

 

Rabu, April 16, 2008 11:02:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak lady,
Saya cuma tumpang gembira bila kawan-kawan berjaya... :)


Adadia,
Ini cerita abg Az.

Semoga almarhum abang Z aman di sana. Hmmm....


eisraa,
Kita doakanlah yang baik-baik saja.

Terima kasih. :)


Dr Tokasid,
Waalaikumusalam doc.

Begitulah doc. Yang penting apapun yang kita lakukan biar ada keberkatan.

Kata-kata doc itu peringatan buat diri saya juga. Terima kasih doc.


Zwit,
Semoga kau juga. Biarlah kita semua sama-sama berjaya dengan ertikata yang sebenarnya......


asuhara,
Landskap kejur dengan elemen-elemen water feature, termasuk water cascade, dan landskap lembut macam tumbuhan air.


Bluehikari,
Kesuwun mas. :)

Kuwilah. Jekok seng apik-apik wae.

Aku wis bioso susah, pernah penak pun diluk wae, alhamdulillah. Sa iki orak sugeh pun ora opo, asal jiwone aman, diberkati Allah.


phu ying,
Amin. Terima kasih. PY juga. :)


MR,
Errrr.... Tak faham?

 

Rabu, April 16, 2008 11:45:00 PG, Blogger gayour

sepatutnya brader Az yang telah 'maju' beli dan pakai seluar panjang. belikan untuk wak sekali.
moga suatu masa nanti wak juga akan lebih berjaya dari brader Az.

 

Rabu, April 16, 2008 11:55:00 PG, Blogger DeeN

Hoh, bersangka baik kan. Mungkin dia lupa nak tukar seluar. Kelam kabut nak jumpa hang. Isk, isk, isk.

Ya, semua umat Islam wajib yakin dengan DIA!!

 

Rabu, April 16, 2008 12:47:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Lebih kaya dari Abdul Wahab!
Lebih kaya dari Adbul Wahub!
Lebih kaya dari Sadiq Sigaraga!

 

Rabu, April 16, 2008 1:30:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

kaki dia banyak kudis buta ke?..Apapun aku doakan ko akan berjaya macam Abg.Az..tapi tak moh le ikut sama pakai suar pendik gi site ye...

 

Rabu, April 16, 2008 2:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Selamat maju jaya kat kau juga :)

 

Rabu, April 16, 2008 2:14:00 PTG, Blogger shahril aley

berkat kesabaran & kecekalan seseorang itu menghadapi dugaan dalam meneruskan hidup pasti akan dibalas dengan kesenangan di kemudian hari cume kite tak tahu bilekah masanya. masing2 tidak punye jalan hidup yang sama. kalau sama pasti semua orang akan menjadi abang AZ itu.....

 

Rabu, April 16, 2008 2:47:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam wak,
ada-ada saje wak pinter ni, tak nak tengok kaki lah. tengok je lah, lepaih tu buat apa dia pakai sluaq pendek! heeheehee...

hmmm... tapi kekayaan tu dugaan jugak bukan hanya rezki semata-mata. macam ada kenalan saya. mula tu duduk rumah kos murah, lepaih tu duduk teres, lepaih tu duduk banglo bukit setiawangsaaa!!! lepaih tu duduk apartment. hmmm....

 

Rabu, April 16, 2008 4:22:00 PTG, Blogger asuhara sue

Kang JP

"Aku wis bioso susah, pernah penak pun diluk wae, alhamdulillah. Sa iki orak sugeh pun ora opo, asal jiwone aman, diberkati Allah."

nyong nyokong temenan!

 

Rabu, April 16, 2008 5:31:00 PTG, Blogger dS

Panas agaknya, kat site mana ada air-con? hehe!

 

Rabu, April 16, 2008 5:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Am pun rasa bangga bila melihat orang melayu berjaya ni, harap lebih ramai org melayu yang berjaya

 

Rabu, April 16, 2008 5:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

gayour,
Kalau nak bagi wak pakai Bimmer dia sebulan dua balik Johor pun ok juga...

Terima kasih atas doa kau itu sobat.. Semoga bro' juga akan lebih maju dalam bidang perkartunan.


nur@,
Ya, ya. Mungkin juga dia tersilap sarung barangkali.


Peg khalwat,
DIA lebih kaya. :)


Nonie,
Isk! ke situ pulak perginya...Tak baik buruk sangka.

Baik Nonie. Aku akan ingat nasihat kamu itu. Terima kasih.


Azzam,
Selamat maju jaya untuk kau juga :)


Shahril,
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Usaha, doa dan tawakal. :)


Accia,
Waalaikumusalam.

Tak sampai hati nak tengok.... :D

Kekayaan dan kesenangan itu sangat subjektif sifatnya. Hmmmmm...


masy,
Bukan, bukan. Isk!


asuhara,
Bersederhana itu lebih baik.


nbk,
Syukur....


Dewi,
Hitamlah nanti kaki...!


Jinggo,
Syukur....


am,
Kalau kerja kuat, insya-Allah memang boleh berjaya Am. :)

 

Rabu, April 16, 2008 6:21:00 PTG, Blogger Yana Ismail

Jalan2,saja singgah. nice blog:).hehe,'maju ek'?

 

Rabu, April 16, 2008 10:32:00 PTG, Blogger me3n

hidup neh cam roda, kadang2 kat atas, kadang2 kat bawah. tp ade masenye bile da kat atas dia lupa dunia. hmm entahla.

 

Rabu, April 16, 2008 10:35:00 PTG, Blogger Nunn

kalau ALLAH nak permudahkan rezeki hambanya INSYAALLAH dia permudah kan......pepepon.tahniah kerana berjaya...

 

Rabu, April 16, 2008 10:57:00 PTG, Blogger Rajuna

yang penting ikhlas kang
kalau ikhlas insya allah
hati senang, rezeki murah



seng monggo mampir kok orah eneng tulisane meneh?kapan arep nulis jowo meneh?

 

Khamis, April 17, 2008 11:14:00 PG, Blogger TedungS

wah, tajam maksudnya tu

 

Khamis, April 17, 2008 2:32:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Puteri Liyana,
Terima kasih, biasa-biasa saja.

'Maju' itu subjektif sifatnya...


ad3ck,
Hidup macam roller coaster juga...


nunn,
Itulah. Kadang-kadang Tuhan beri rezeki sebagai anugerah nikmat, tapi kadang-kadang sebagai istidraj. Kenalah beringat-ingat.


xrajunax,
Ya, betul.

Ora sempet arek nulis nang kono la mas. Mengko nek lapang aku nulis menehlah yo.... :)


Tedungs,
Terpulang. Tengok dari sudut manalah...kan?

 

Jumaat, April 18, 2008 12:26:00 PTG, Blogger Ted

waahhhhhhhhhhh,rezeki abang AZ la tu agaknya.nak kata bulu banyak, takpe je lelaki kan..kalau gurl, geli plak.haha..

kalau seluar tu pendek..hurm..pendek sangat la..(maksud aku pendek atas lutut)..seksi nye abang az..auuu.

pst, saya tidak suka org bisnes.sbb mereka...*mereka terdedah dengan korupsi.bukan semuala..tp hampir semua terlibat

 

Jumaat, April 18, 2008 3:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ted,
Aurat tu.... :)

Bisnes itu 9/10 dari rezeki. Tapi kalau tak kuat iman, memang senang sangat nak terlibat dengan benda-benda yang tak halal. Hmmm...Tepuk dada, tanya iman.