Jumaat, April 11, 2008
Petang beransur senja. Saya menghampiri pintu pagar rumah saya itu dengan malas, jemu dan gontai. Di pinggir jalan itu, seekor anak anjing terbaring kaku, sudah tidak bernyawa. Lalat-lalat liar menghurung. Kasihan, matinya dengan jiwa yang kosong, sepi dan terbiar.

Malam saya rasakan tidak semesra malam-malam selalu. Sedang mata tidak teruja untuk lena. Saya rasa terganggu. Bukan kerana kenakalan mukus hidung saya yang cair dan hangat yang tidak henti-henti mengalir itu. Bukan kerana gigitan berbisa di segenap sendi. Dan bukan juga kerana bayangan anak anjing malang itu.

Begini. Mimpi kelmarin membakar jiwa saya. Saya ingin mencari jawapan. Lalu bersendirian dalam sunyi malam yang resah, saya menguji diri. Saya akur kerana saya yang mengizinkannya. Saya merenung dalam gelap sedang kegelapan itu disebabkan saya sendiri yang memadam sinar cahayanya.

Saya ingin mencari ruang yang sengaja saya sempitkan. Saya ingin mencari diri saya sendiri. Saya merindukan sesuatu yang cerah, yang damai, yang hakiki, yang satu. Dalam kegelisahan malam yang panjang itu, saya cuba berpuisi tapi saya ketandusan kata-kata. Akhirnya saya lakarkan sebuah lukisan. Lukisan camar yang ingin terbang pulang tapi terluka sayapnya. Di bawahnya saya catatkan kata-kata yang entah apa-apa, yang saya sendiri masih mencari maknanya. Saya sengaja merungkaikannya sehalus mungkin. Kemudian saya membiarkan fikiran kosong, sunyi dan diam.

Dan malam saya berlalu begitu lesu dan panjang. Kemudian bayangan anak anjing malang itu datang dan pergi, berbalam-balam dan bagai bersuara, “jiwamu masih punya nyawa, jasadmu masih mempunyai roh dan hidupmu tak mungkin akan jadi gelandangan seperti aku. Bersyukur dan pulanglah..,” berulang-ulang, sayup-sayup, sehingga lena menjemput saya di dua pertiga malam.


Catatan;
Mungkin kamu seperti pernah atau memang pernah membaca cerita yang lebih-kurang seperti cerita itu. Tapi apalah yang ingin dihairankan. Kita sering di didatangi peristiwa yang serupa berulang-ulang kali dalam hidup kita. Kita juga pernah bermimpi mimpi yang serupa berulang-ulang kali. Bukan begitu?

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/11/2008 03:27:00 PTG. |


38 Ulasan


Jumaat, April 11, 2008 4:52:00 PTG, Blogger Sastri

seperti deja vu... rasa macam dah pernah mengalaminya dahulu, tetapi macam belum... kan?

mungkin mimpi itu ada makna di sebaliknya... mungkin mimpi itu satu petunjuk... berulang-ulang untuk memastikan mesejnya sampai... bila kita renungi dengan mendalam, mungkin kita akan dapat mentafsir apa maksudnya...

 

Jumaat, April 11, 2008 5:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ada orang kata mimpi itu satu petunjuk juga petanda.. mungkin juga mimpi itu satu mainan khayalan dalam tidur.

halusilah ia untuk mendapat jawapan yang mungkin pasti @ mungkin hanya samar2.

tidak mengapa jika malam itu berlalu dengan payah jika ia di penuhi dengan agenda muhasabah diri :).

 

Jumaat, April 11, 2008 6:45:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Err...anak anjing tu kena langgar kereta ke? Atau kena tinggal dengan mak dia?

Kesian..

 

Jumaat, April 11, 2008 6:54:00 PTG, Blogger Pa'chik

mana nak tengok lukisan tuh... jangan kedekut...

dude... aku minggu lepas... rasa cam nak abis dah... huhuhu...

 

Jumaat, April 11, 2008 7:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Mungkin juga bukan mimpi, halusinasi barangkali.

Kehidupan ini tiga dimensi, atau mungkin berdimensi-dimensi. Masing-masing punya tafsiran tersendiri, bergantung siapa dan dari mana kita melihatnya. :)


ayumkay,
Akhirnya kita semua akan mengharap kepada yang satu. :)


phu ying,
Tak pasti pula sebab apa. Tak sempat nak tanya sebelum dia mati. Bila terjumpa dahpun terbaring kaku. :D


pa'chik,
Aku cuma bermetafora Pa'chik. Aku tak pandai lukis burung, kalau pelan landskap pandailah lukis. :D

Kenapa dengan minggu lepas kau? Ceritalah Pa'chik...

 

Jumaat, April 11, 2008 7:37:00 PTG, Blogger Brader Black

oh oh! Deja vu barangkali.

Mungkin badan yang tak sihat itu mempengaruhi pemikiran dan tidur kau.

Mungkin kau bekerja terlalu kuat bang.

Pergi-lah bercuti, semuanya ada di Malaya.

Tapi apa yg kau alami itu wajar juga menjadi pengajaran.

 

Jumaat, April 11, 2008 8:21:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Abstrak...kakak ini tidak berani menafsir....bimbang tersalah tafsir tapi tetap kepingin meninggalkan jejak di sini. :)

Ya...kasihan anak anjing malang itu.

 

Jumaat, April 11, 2008 9:50:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Aku hanya mampu kagum. Dengan kebolehanmu. Menyusun kata.

:)

 

Jumaat, April 11, 2008 10:44:00 PTG, Blogger achik

"Lukisan camar yang ingin terbang pulang tapi terluka sayapnya. Di bawahnya saya catatkan kata-kata yang entah apa-apa, yang saya sendiri masih mencari maknanya."

oh2 ingat ada n3 ngan ayat yg sama atau lebih kurang sama.. saya ingat saya rekues nak tgk gambar yg dilukis tu dulu.. ;)

 

Jumaat, April 11, 2008 11:40:00 PTG, Blogger khairyn

anak anjing itu, walaupun matinya terbiar sekurang-kurangnya tiada dosa langsung.

Manusia memang sering ber-dejavu. Yang penting kita memohon pada Dia. Teringat satu kata-kata, meminta pada sesama manusia ibarat mengemis pada pengemis yang lain.

Semoga hati kau kembali tenang.

 

Sabtu, April 12, 2008 1:20:00 PG, Blogger zwitterion

owh..sy kehilangan kata2..:)

 

Sabtu, April 12, 2008 1:51:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

kadangkala, hidup umpama mimpi..

 

Sabtu, April 12, 2008 9:03:00 PG, Blogger silversarina

lupakan mimpi yang berulang-ulang... namun pencarian diri sendiri adalah satu kemestian... hidup mesti diteruskan senang atau payah...

 

Sabtu, April 12, 2008 10:12:00 PG, Blogger Jie

kadang² rasa mcm bermimpi malam tadi, tetapi tak pasti apakah mimpi itu...

 

Sabtu, April 12, 2008 10:28:00 PG, Blogger ILA

Sangat sukar utk dimaksudkan...
Tapi ada rasa kelainan entry2 BP sejak2 ini..
mgapa ya??
bgai ada sst yg di sembunyikan..
ehem2!!!

 

Sabtu, April 12, 2008 8:52:00 PTG, Blogger Amiene Rev

Eh, kenapa sih? Ada persamaan ini! Kebetulan, saya pula, ada seekor anak kelawar, mati beragan di serambi bilik saya. Kini bangkainya sudah hampir kering. Matinya barangkali kerana hujan lebat. Sudah dihurungi semut dan melekat pada dinding.

Jumaat lalu, hujan lebat. Bangkainya jatuh di lantai, sudah ada ulat. Aduh!

Juga, mimpinya sedemikian sama. Suah bermalam-malam duh. Mahu saja ditulisi di blog, tetapi enggan mahu. Sudah beberapa malam tidak lena kerana dilanda mimpi yang lebih kurang sama seperti di sini.

Kenapa ya?

 

Ahad, April 13, 2008 4:19:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
berjumpalah dengan yang arif. moga terjawab segala persoalan. dapat lalui rutin harian seperti biasa. moga 'petunjuk' itu membawa perkara yang baik2. =)

 

Ahad, April 13, 2008 8:26:00 PG, Blogger zino

mungkin dah sampai masa nya jangan bersendirian lagi... paham maksud saya? hehe

 

Ahad, April 13, 2008 9:48:00 PG, Blogger asuhara sue

kadang-kadang saya percaya mimpi yang berulang-ulang itu menyampai mesej yang tersembunyi.

Mimpi juga nikmat yang diberiNya, andai tiada mimpi, masakan kita boleh mengembara sejauhnya dlm 1 pertiduran.

hidup yang realiti juga kadang-kadang umpama mimpi dalam mimpi.

 

Ahad, April 13, 2008 6:25:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Ada sesuatu dalam jiwa kamu yg memerlukan satu jawapan penyelsaian barangkali.

 

Ahad, April 13, 2008 6:25:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Ada sesuatu dalam jiwa kamu yg memerlukan satu jawapan penyelsaian barangkali.

 

Ahad, April 13, 2008 7:30:00 PTG, Blogger Unknown

biasalah.
hidup kdg2 kalut.
kdg2 ok.

 

Ahad, April 13, 2008 10:28:00 PTG, Blogger me3n

peristiwa cenggitu selalu menjadi tanda tanya. mungkin bukti kebesaran Tuhan?

 

Isnin, April 14, 2008 9:46:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Amboi bahasa, bergitu indah dan mudah

Am selalu anggap mimpi sebagai peringatan dan benda yang terjadi disekeliling kita sebagai tauladan kepada kita

ps: kadang kala jawapan untuk jiwa kita telah ada tapi kita terlalu malas dan degil hendak menerimanya, jawapannya ada dekat sahaja pada kita tapi kita memandang dan merantau jauh untuk mencari jawapan lain

 

Isnin, April 14, 2008 11:00:00 PG, Blogger Rush Murad

agak komplikated mimpi tu ek? saya jarang sekali bermimpi yg 'abstrak' macam ni... semoga mimpi saudara akan kekal sebagai 'permainan tidur'... dan semoga mimpi tersebut memberi sedikit 'bahan' untuk saudara befikir tentang sesuatu yg saudara sendiri sahaja yang tahu..ek?

 

Isnin, April 14, 2008 11:02:00 PG, Blogger Kerp (Ph.D)

setuju ada mimpi yang sering berulang. antara kisah yang sama, lokasi yang sama, setiap orang pernah alami walaupon sekali. tapi mengikut pengalaman sendiri, kesannya paling terasa bila sedar dari lena. mungkin akan terbawa2 hingga ke esoknya tapi tak lebih dari 2 hari ia akan pudar.

*alhamdulillah nampak ok dah sikit. moga sihat sepenuhnya InsyaAllah.

 

Isnin, April 14, 2008 11:29:00 PG, Blogger DeeN

owh!
Sekali lagi..
Kali ini pada hambaNYA yang lain pula!

Well, setiap yg berlaku ada hikmah di sebaliknya. Ada pengajaran, ada persoalan, ada kiasan. Kita sebagai hambaNYA ada tanggungjawab utk menghurai. Tp, kadang2 ada persoalan yg tiada jawapan dihujungnya. Mungkin tersembunyi di balik hijab yg takkan terbuka hingga ke hari Penghabisan. Wallahu'alam!

 

Isnin, April 14, 2008 1:35:00 PTG, Blogger Mak Su

anak anjing pun makhluk Allah jua ya

 

Isnin, April 14, 2008 3:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP@JP,
Sila lawat ke blog saya, mungkin ada jawapan yang dicari..

 

Isnin, April 14, 2008 6:29:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Si Kachak,
Peralihan dari zaman remaja ke zaman belia agaknya. Hehehe!

Ya, ya. Aku sedang penat. Fizikal dan mental.


Kak WL,
Tafsirlah mengikut pemahaman sendiri. Tiada salahnya. Kehidupan ini harus dilihat dari 3 dimensi. :)


mudin,
Idea dari fikiran yang penat dan resah, begitulah.

Terima kasih.


Achik,
Ingatan kamu memang baik. Masih boleh mengingat. :D


Khairyn,
Cuma manusia yang selalu menganggap anjing itu hina, Anjing tak bersalah apa-apa. Ia bukan diminta dilahirkan sebagai anjing pun... Kan?

Aku ok. Alhamdulillah.


Zwit,
Kenapa?


Azizulhafiz,
Dan kadang-kadang mimpi umpama hidup...

 

Isnin, April 14, 2008 6:55:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak sarina,
Mimpi itu tidak mengganggu saya. Cuma mungkin membuat saya banyak berfikir, mentafsir dan menilai.


Jie,
Malam semalam saya bermimpi kereta saya dicuri orang. Isk! :D


ila,
Tak perlu tafsirkan apa-apa Ila. Saya ok. :)


amiene rev,
Jiwa mungkin sedang kacau. Atau penat. Atau ada isyarat tertentu dari-Nya yang ingin disampaikan. Atau mungkin itu cuma mainan tidur. Entah!


eisraa,
Salam.

Alhamdulillah. Saya ok. :)


Zino,
Err... Saya kurang faham.... :D


asuhara,
Sebenarnya saya cuma menerbitkan semula cerita mimpi itu sekali lagi. Saya bukan bermimpi yang serupa berulang-ulang kali. Tapi mesejnya masih serupa. :)


mazudi,
Selagi masih hidup, manusia memang akan sentiasa mencari Zudi. Mencari apa-apa sahajalah. Kan?


Kel@mbu,
Betul! Nama pun manusia.

 

Isnin, April 14, 2008 7:06:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ad3ck,
Begitulah. Kekuasaan Tuhan. Mana ada lagi manusia yang boleh mencipta mimpi?


am,
Biasa-biasa saja Am, terima kasih.

Itulah. Kadang-kadang kita masih teraba-raba di dalam terang.


Rush,
Nama pun mimpi Rush. :)

Penat!

Insya-Allah.


Kerp,
Kadang-kadang 'mimpi' boleh menjadikan kita lebih kuat.

Alhamdulillah kerp. Wis enteng sitik endase. Wis ora puying bangeti.


nur@,
Wah, berfalsafah.

Begitulah.


K Binjai,
Waalaikumusalam.


MR,
Ya, ya. Tersurat dan tersirat.


mak su,
Ya, ya betul. Ia sejenis haiwan, bukan tumbuhan.


Zabs,
Waalaikumusalam tuan.

Insya-Allah. Nanti kalau sempat saya lawati. Terima kasih.

 

Selasa, April 15, 2008 8:57:00 PG, Blogger Unknown

mimpi itu mainan tidur.. tetapi kadang2 bagaikan satu petunjuk..dan membuatkan kita berfikir sejenak and membuat pertimbangan. tetapi kadang2 x mau fikir dgn lebih mendlm biarlah mimpi jd mimpi.. sbb kita berdepan dgn realiti...

mcm nk pergi sydney.. ianya lebih kpd angan2.... tp jd kenyataan pulak..hehe alhamdulillah. things comes when you least expected it btol tak?

 

Selasa, April 15, 2008 4:22:00 PTG, Blogger tokasid

Salam Wak Pinter:

Mimpi mungkin mainan tidur(akibat asyik sesuatu perkara) atau gangguan syaiton atau pembayang dari ALLAH.

Kadang2 terasa umpama mimpi dalam mimpi.

Semoga segera sembuh dari apa saja Wak.

 

Selasa, April 15, 2008 4:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Amora,
Itulah. Mimpi membuat kita berfikir sebenarnya. Walaupun kalau tak mahu difikirkan sangat pun tak mengapa...

O, kau ke Sydney....Patut lama senyap..


Moderator,
Ok, terima kasih.


Dr Tok Asid,
Waalaikumusalam doc,

Betul itu doc. Segalanya berkemungkinan.

Terima kasih doc. Alhamdulillah, saya rasa saya semakin ok...

 

Rabu, April 16, 2008 2:04:00 PTG, Blogger shahril aley

ingauan tido mengganggu dikala kau kureng sihat. tapi setiap perkara ade hikmahnya. mungkin usah difikirkan sesuatu perkara dgn serius hingga mengganggu badan untuk sembuh seperti sediakala....

 

Rabu, April 16, 2008 3:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Shahril,
Hidup ini mudah sebenarnya, tapi kadang-kadang kita yang menjadikan ia complicated.... Err...apalah yang aku cakap ni...