Ya Allah, seandainya kepedihan ini satu ujian dari-Mu, aku redha.
TTFN
Selasa, April 08, 2008 4:47:00 PTG, Sastri
sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya selain yang dia terdaya...
You are strong, i know you are... Mungkin kepedihan dan kesakitan ini amat perit buat masa ini, tapi i yakin, akan ada sinar yang menanti sesudahnya... setiap segala sesuatu yang pedih dan menyakitkan, ada hikmahNya... Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Penyayang lagi Maha Pengasihani...
Besides, i'll always be here to support you... I doakan semuanya akan ok, dipermudahkan segala urusan u dan diringankan kesakitan yang u tanggung... Amin...
Rabu, April 09, 2008 2:34:00 PTG, shahril aley
semoga cepat sembuh dari sebarang kesakitan & kembali aktif menaip kata/kisah di dalam blog ini. semoga kau sentiasa mendapat belas ikhsan/perlindungan dari-Nya untuk meneruskan hidup seperti umat-umatNya yang lain. Perlu bertawakal & jaga diri dengan baik kerana tiada siapa dapat membantu kalau bukan diri sendiri.
Jumaat, April 11, 2008 12:36:00 PG, HELICONIA
tak mengapa jika fizikalmu sakit, ia akan sembuh, tetapi jika rohanimu sakit, kau akan hilang kebahagiaan.
Promote blog :)
Heliconia’s Weblog @ Malaysia
Jumaat, April 11, 2008 8:37:00 PG, shah
salam perkenalan saudara. saya merupakan silent reader blog saudara dan sang puteri yang menjadi idaman dan telah mengikuti dari mula sampai sekarang. saya tertarik kerana dari pembacaan,pengamatan, pemerhatian dan pemahaman saya, kita mempunyai persamaan dalam liku hidup, pekerjaan dan ini sedikit sebanyak membolehkan saya reflect kembali hidup saya. terima kasih saya ucapkan.
saya tertarik untuk meninggalkan jejak setelah membaca entri ini. semoga saudara cepat sembuh sekiranya sedang sakit fizikal dan kembali tenang sekiranya sedang sakit rohani. ini adalah dugaan Allah dan saudara harusnya bersyukur kerana Dia menyayangi saudara, kerana itu saudara diduga sedemikian rupa. di sebalik setiap dugaan, pasti ada hikmahnya. Insyaallah, apa jua yang saudara hadapi, saudara pasti akan dapat mengharunginya.
saudara juga bertuah dan patut bersyukur kerana memiliki sang puteri yang sentiasa setia menyokong saudara. dari pengalaman saya sendiri, saya pernah memiliki seorang sepertinya, yang sentiasa menyokong saya bilamana saya dalam keadaan susah mahupun senang. kesilapan saya, saya tidak menghargainya dan membuatnya merasa terabai. saya mengaku, saya merasa iri dengan saudara. sungguh!
Jumaat, April 11, 2008 2:49:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Assalamualaikum
Terima kasih kepada semua sahabat, rakan-rakan blogger dan rakan-rakan baru, yang menulis dan mencatat sesuatu di tingkap ulasan entri saya ini. Maafkan saya, saya tak mampu untuk menjawap setiap satu ulasan sahabat-sahabat dan rakan-rakan semua.
Terima kasih atas segala kata-kata semangat, doa dan nasihat. Saya terharu dan amat menghargainya. Sangat-sangat.
Kesakitan itu subjektif. Sangat subjektif. Dan saya percaya setiap manusia diciptakan Allah pernah merasa kesakitan dan kepedihan dalam bentuk apa sekalipun. Samada fizikal atau spiritual. Dan saya juga percaya dan yakin, sesungguhnya setiap kesakitan dan kepedihan itu adalah ujian Allah untuk hamba-Nya.
Alhamdulillah. Saya percaya, saya kuat. Dan semakin kuat. Dugaan kecil ini apalah sangat, berbanding dugaan yang lebih berat Allah uji kepada orang lain.
Terima-kasih sekali kepada semua sahabat dan rakan-rakan semua. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan anda semua.
Wassalam.
Ya Allah, kau lapangkanlah saudaraku ini dari kesakitan yang dialaminya itu, jika ia baik untukMu. Amin.