KLIBF 2008.
Saya seperti kenal dan tidak. Tapi seperti sudah biasa saya lihat wajahnya.
“Jowopinter” Saya memperkenalkan diri saya kepadanya. Kalau saya sebut nama lain, Qusnan Munazarif misalnya, tentulah dia tak akan kenal saya. Dia, sdr Helmy Samad. Kami bersalaman.
Sdr Helmy langsung memperkenalkan saya kepada ayahnya, yang sedang duduk-duduk, santai dan tenang. Bertuah sungguh saya, bertemu empat mata dengan ayahnya, Sasterawan Negara kegemaran saya - yang mempunyai nama bapa sama seperti saya itu.
“Susahkah jadi blogger ni?” Antara soalan Pak Samad pada saya.
“Saya cuma blogger picisan…,“ saya menjawap, malu-malu. Siapalah saya pun.
Kami bercakap-cakap, pendek tapi mesra. Pak Samad mencoretkan sesuatu di dua buku karyanya yang saya beli. Pendek catatannya tapi bererti.
“Khir Toyo pun dah ikut you buat blog sekarang,” kata Sdr Helmy.
Dan selebihnya menjadi sejarah. Hehehe!
Saya jejaka yang sangat pemalu, kena tutup mukalah. Kebetulan saya tidak memakai topeng hari itu. Hahaha!
Sebenarnya saya juga ternampak 2-3 orang novelis / blogger yang saya kenal, tetapi saya mengendap dari jauh sajalah. Saya kan pemalu. Ada juga yang saya tegur, tapi sebab malu saya terus cabut lari. Hehehe!
Kali ini tidak banyak sangat saya membeli buku. Cuma 10 buah sahaja:
1. 68 Soneta Pohon Ginko [SN A. Samad Said] – Ini karya terbaru beliau.
2. Edisi Santai - Cinta Fansuri [SN A. Samad Said]
3. Over The Top [Zig Ziglar]
4. The Nightmare of Disbelief [Harun Yahya].
5. Dunia Sophie: Sebuah Novel Sejarah Falsafah [Josteein Gaarder]
6. Jatuhnya Sang Imam [Nawal el Saadawi]
7. Misteri Solat Subuh [Dr Raghib Aa-Sirjani]
8. Assalamualaikum: Islam Itu Agama Perlawanan [Eko Prasetyo].
9. Di Benua Buta [Mana Sikana]
10. AWEKSKL – Himpunan cerita paripari untuk bidadari kota. [Stormkitchen].
TTFN
Label: Buku
Isnin, April 07, 2008 1:02:00 PTG,
Oh.. kamu ke sana semalam ya? Jam berapa? Aku dan Kingbinjai di sana semalam jam 10.30 sampai 1.30.
Lalu juga gerai Pak Samad, lihat dia sibuk berbual. Dan kami tidak membeli apa-apa di gerai itu.
Cinta Fansuri beli masa KLIBF tahun lalu. Tapi sampai ke hari ini masih pening dengan buku itu. Perlu di baca kembali nanti.
Sophie's World aku punya edisi Inggeris, tapi belum dihadam. :)
Isnin, April 07, 2008 4:00:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Pada waktu yang sama, khabarnya Angkasawan Negara dan selebriti-selebriti lain pun ada di sana, tapi aura Pak Samad lebih hebat dan lebih dekat. Bagi sayalah. :)
Kalau pergi hari bekerja, mungkin lebih selesa membeli agaknya, kurang sedikit kaki-kaki manusia yang berasak-asak.. :D
Insya-Allah, bila dah habis baca nanti bolehlah berdiskusi isinya.
Am,
Tak apa Am. Boleh pergi lagi kan.
Terima kasih. [jangan buat saya perasan!]Hahaha!
Mudin,
Aku ke sana hari sabtu Mudin. Berjam-jam jugalah.
Sophie's World itu macam menarik. Banyak falsafah hidup. Berat dan mencabar isinya, kan...? Kalau tak silap pernah difilemkan di Norway sebelum ini.
Buku-buku yang lain itu aku beli sebab aku rasa unik dan tersendiri dan ada sesuatu yang aku nak tahu. Baca sinopsis di kulit belakang buku-buku itupun macam menarik.
kak Sarina,
Waalaikumusalam :)
Banyak buku-buku Harun Yahya yang menarik. Saya suka kupasan saintifiknya, hujahan secara islamik. Kalau beli semua mau penuh satu rak agaknya. :D
Isnin, April 07, 2008 4:09:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nbk,
Pak Samad itu bukan manusia yang berjiwa biasa-biasa jang. :D
Manjlara,
Maaflah saya 'cabut lari'. Saya pemalu. Hahaha!
harap kenanla sikit dgn yg 'di dalam' ni :) Err..saya tak faham maksudnya.
Saya tak boleh pergi lagi, takut nanti 'terbeli' lagi. Hehehe!
belangcoolcat,
Hahaha! Kamu memang pandai buat lawak!
nonie,
Hehehe!
Malu itu kan sifat terpuji.
Isnin, April 07, 2008 4:59:00 PTG, Layla Haq
Wahahaa...banyaknya buku.
Gambar bersama Pak Samad dan saya juga ada. Tapi saya tidak mahu menghitamkan wajah seperti encik dan juga idak mahu meletakkannya di blog.
Dan pesta buku itu akan saya kunjungi, mungkin hari-hari memandangkan tempatnya di sebelah opis saya sahaja.
Jika encik mahu ke sana lagi, beritahu saya. Mungkin boleh memberi nasihat pada saya tentang istilah BUKU yang sebenar.
Isnin, April 07, 2008 6:39:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mama Ranggie,
Banyak masa lagi MR. Sampai 13hb Mac kalau tak silap...
Pa'chik,
Hehehe!
Pandailah kau.... Dia boleh pakai nama lain yang berunsur kejawaan, tempe misalnya.
bayan,
10 buah tak adalah banyak cik. Kalau setroli barulah banyak.
Saya tak menghitamkan wajah saya, saya cuma mencorakkannya dengan titik empat segi putih.
Saya tak ke sana lagi rasanya. Takut 'terbeli' lagi. Err...Saya tidak bijak memberi nasihat tentang buku. Tak layak lagipun. Saya cuma seorang pembaca bukan pengulas buku. :)
Peg khalwat,
Penang - KL, tak adalah jauh mana sangat bang...
Selasa, April 08, 2008 8:30:00 PG,
Hari tu masa berbicara dengan Pak Samad tentang pelancaran novel Faisal Tehrani, Pak Samad berpesan agar gugurkan panggilan Sasterawan Negara pada dirinya. Kerana panggilan itu tiada ertinya. Hanya gelaran semata-mata, tiada apa keistimewaan yang Pak Samad dapat.
Tu la tu. Jika di Tanah Melayu ni, apa saja anugerah seni sememangnya setakat gelaran semata. Sedih aku.
Selasa, April 08, 2008 9:28:00 PG,
Salam BP@JP,
Saya dah agak dah anda telah ke sana. Ada seseorang meninggalkan klu di blog saya yang dia telah ke PWTC.
Saya tertarik apabila anda menulis:
"Kali ini tidak banyak sangat saya membeli buku. Cuma 10 buah sahaja."
Kerana ada orang hendak membeli sebuah buku setahun pun susah.
Saya "envy" anda yang telah sempat berbual2 dengan Dato' ASS tiu. Saya cuma pernah ternampak dia dari jauh sahaja smasa berjalan2 di Kota KL ini.
Selamat membaca.
Selasa, April 08, 2008 10:55:00 PG, DeeN
Aku plak waktu kat opis lama tuh, hari2 jumpa dgn beliau. Berselisih jalan usah dikiralah sebab kediaman beliau berhampiran situ. Tp seperti kamu jugak, aku sgtlah pemalu. Sekadar lempar senyum. Tp mungkin pak samad tak perasan senyumanku itu HaHaHaHa!! Semalam kat pwtc pun terjumpa dgn beliau.
*Psstt, aku jumpa FT, tp sebab aku pemalulah maka aku beli buku beliau tanpa meminta tandatangan beliau. Walhal waktu tu, beliau sdg berdiri berhampiran aku. HuHuHu... pemalu sungguhkan aku!!
Selasa, April 08, 2008 3:30:00 PTG, shahril aley
kenapa jejaka disebelah SN A.Samad Said itu kelihatan seolah-olah berkulit kuning langsat & berwajah kacak. Adakah itu sebenarnye BP? Jika dibandingkan dengan gambar disebelah kiri kelihatan amat berbeda skali. ketiadaan persamaan antara mereka.
p/s: ko dah kurus ke skrg ni atau itu gambar orang lain?
Selasa, April 08, 2008 3:57:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Phu Ying,
Ya, beg tangan yang hitam itulah.
Hidup cuma satu persinggahan....
Khairyn,
Bangunan biru?
Kak Lady,
Saya cerewet dan selektif memilih buku. Kena ikut giliran nampaknya untuk membacanya. :)
ajzie,
Sedikit, berbanding orang lain yang membeli setroli.....
mek na,
Biasa ternampak dia juga di mana-mana tapi suasana tak mengizinkan untuk mzenghampirinya...
Azzam,
Ya, dia menggelarkan dirinya mantan Sasterawan Negara.
Entahlah bro'... Sedih.
asuhara,
68 Soneta Pohon Ginko itu koleksi puisi yang ditulis sebahagian besarnya di Korea.
Selasa, April 08, 2008 4:08:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
zabs,
Waalaikumasalam tuan.
Tanggungjawap memilih dan membeli buku sudah. Selepas ini tanggungjawap saya untuk membaca dan mencerna isinya pula. Insya-Allah, semoga saya diberi kekuatan.
Terima kasih tuan.
masy,
Sehingga 13 April 2008.
nur@,
FT itu salah seorang tokoh yang aku ingin sekali jumpa, dan kalau boleh ingin bersembang-sembang tentang karya-karya hebatnya.......
muor,
Kau komen 3 kali?
Kau nak mencari buku sejarah Johor? Sejarah Muar? Sejarah Parit Jawa?
cikin,
Pergilah, mana tau ada diskaun di hari-hari terakhir...
Shahril,
Kedua-duanya orang yang sama Ril. Itu aku. Gambar jejaka itu sepatutnya berkulit sawo matang dan tidak berwajah kacak. Terlebih cahaya barangkali, gambar itu menjadi cerah.
Selasa, April 08, 2008 10:24:00 PTG, Unknown
Terliur tengok Dunia Sophie. Kolet kempis. huhu. Kawan sambar sebutir.
Sempat sambar Sungai Mengalir Lesu yg cuma tinggal 2 butir kat DAWAMA. Itu last stok kot. Sampaikan Pak Samad pun terkejut bila kami hulur novel tu. TErkejut sbb buku tu masih wujud di muka bumi. Kalau tak terus sambar masa tu, gerenti menangis. hahaha.
Maksud Kak Manjlara tu, 'manusia dalam perut dia'. Tak perasan ke?
(Sukarela tolong jawab kemusykilan)
Saya juga turut berbesar hati ketika itu walau tidak bercakap dan hanya tersenyum lebar... :D
Pesta kali ini memang meriah, cuma buku-buku yang dibeli adalah kurang kuantitinya berbanding dua tahun lepas...
Berminat nak baca no. 2,4,7 dan 10... Yang lain-lain tu mungkin memerlukan penerangan dari u untuk pemahaman... :D