Malam terasakan sangat panjang dan lama. Sangat tumpul. Sangat resah. Sangat gelap. Bila sudah begitu, mulalah bernafsu yang bukan-bukan. Kamu jangan fikir yang bukan-bukan, maksud saya nafsu berimaginasi. Tapi kali ini imaginasi saya tak ganas seperti cerita saya yang lepas. Kali ini saya berimaginasi menjadi cahaya. Entah! Banyak-banyak unsur alam di muka bumi Allah ini, cahaya juga menjadi pilihan saya.
Kemudian entah bagaimana saya teringatkan kunang-kunang. Pelik sungguh! Entah kenapa kunang-kunang boleh menyelit di dalam kotak imaginasi saya. Tapi memanglah, selain harimau dan kupu-kupu, saya suka kunang-kunang. Kunang-kunang punya cahaya yang unik, berkelip-kelip dan kelihatan cantik, seksi, manja dan comel di mata saya. Teringat waktu dulu-dulu di kampung, semasa saya masih kecil, saya dan Angah suka merayau di halaman rumah atok waktu malam. Kami kejar dan tangkap kunang-kunang yang berterbangan. Kemudian kami penjarakan kunang-kunang yang tak bersalah itu ke dalam kocek baju Melayu kami. Berkelip-keliplah kocek baju kami itu. Itu dululah, sekarang tiada lagi kunang-kunang merayau waktu malam di halaman rumah arwah atok. Sudah pupus barangkali.
Tapi kalau saya ingin menjadi cahaya, bukan seperti cahaya kunang-kunang itu. Walaupun cantik tapi cuma sekejap, bila siang ia lenyap. Kalau boleh biarlah selama dua puluh empat jam, siang dan malam, sampai akhir hayat.
Ah! Kalau kamu tak faham, kamu abaikan sajalah cerita saya ini. Entah apa entah yang saya repekkan.
TTFN
Label: Retrospektif
Khamis, Mei 01, 2008 4:58:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pa'chik,
Isk! Ke situ pulak kau Pa'chik.. Dibayar ribu-ribu pun aku tak sanggup!
Kak WL,
Pinjam saja tau.... Hehehe!
Ha'ah. Nama kelip-kelip itu lebih popular.
ps: Itulah. Saya seronok membaca komen yang kelakar-kelakar sebenarnya. :D
lee lin,
Bahaya... Silap-silap kena kejutan elektrik. Hehehe!
Hambali,
Tak payah difikir-fikir sangat cerita itu sdr. Itu imaginasi [baca: impian] saya, tak semestinya semua orang akan faham.
Semua manusia di dunia ini 'pekerja'. Bekerja menunaikan suruhan Tuhan... :)
Si Kachak,
O. Aku ingat kau panggil Pteroptyx tener. Aku orang Melayu, jadi aku panggil nama Melayulah. :D
Boss pun pekerja juga....
MdmZend,
Err.... Adoh temen sangkaanmu kuwi... Hehehe!
Ted,
Cahaya lampu itu artifisial. Cahaya kunang-kunang itu natural. Tak sama. Lagipun lampu kena bayar bil, sekarang tarif elektrik mahal.
Kasawari,
Spesis yang lebih kurang samalah agaknya. Sejenis kumbang.
Buah kundang macamana ek? Tak ingat rupanya...
eisraa,
salam.
Wah! Kamu sudah pandai menyebut perkataan Jawa. Tahniah! :D
Lilin pun ada hantu ek..?
Jumaat, Mei 02, 2008 6:33:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
khaiyrn>
Apalah. Dengan kumbang pun kamu nak geli. Kalau dengan 'ulat bulu' geli itu logik juga...
Kak Sarina,
Bayangkan sajalah butir-butir cahaya kecil yang berterbangan dan berkelip-kelip di kegelapan malam... :)
Musafir,
Tapi kan kuasa solar masih memerlukan cahaya matahari untuk berfungsi...
Pa'chik,
Kau terlalu banyak tengok cerita mistik ini.... Congkak dah tengok Pa'chik? Hehehe!
Neeziee,
Kita selalu sejiwa, kan? Hehehe!
Kamato,
Itulah. Suatu hari nanti kunang-kunang akan cuma tinggal nama agaknya....
Izham,
O, kamu kerja di Gelang Patah rupanya.
Isk! Kalau sampai hilang akal, baik tak payah tengok... Hehehe!
Jumaat, Mei 02, 2008 7:10:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Atiqah,
Kecik hati Tok Rimau kalau baca komen kamu ini Tiqah.... Hehehe!
Muor,
Itulah. Murai batu dan burung takur itu yang mana satu ek. Aku 'buta burung'.
Semuanya tinggal kenangan. Syahdu kalau diingat-ingat balik, kan..?
annisa,
Errr... Kamu nak mengurat saya ke ni...? :D
achik,
Kalau nak tengok pergilah ke Kampunag Kuantan, tapi di situ pun populasinya dah tak semeriah dulu......
mak su,
Mak Su masak dulu dan rasa, kalau sedap nanti bagitau kami ya... :D
violet,
Kami dulu-dulu main kumbang tanduk juga. Kami ikat kakinya dan biarkan ia terbang.... Isk! Itu sangat zalim, penderaan haiwan namanya. :D
Hasrul,
Kau betul. Setiap manusia memang dikurniakan 'deria bau' Hasrul..
Kau boleh tafsirkan macam-macam. Bergantung kepada siapa kau.
Kalau kau sedang kegelapan, mungkin kau perlukan cahaya. Kalau kau sedang sesat, kau perlukan kompas. Kalau kau sedang sakit, kau perlukan penawar. Kalau kau sedang sepi keseorangan, mungkin kau perlukan teman hidup. Kalau kau sedang pokai, mungkin kau perlukan duit. Kalau kau.......Ah! banyak lagilah...
Samada 'otak kanan' aku meliar atau sudah senget, aku tak pasti. Hehehe!
Sastri,
Selain dari rama-rama, memang suka haiwan yang ganas-ganas ek....? :D
Kak Lady,
Errr.....Mungkin cuma saya yang tahu. Jangan ditafsirkan apa yang saya ingin saya sampaikan kak Lady, semakin tak faham nanti :)
Ya. Rindu sungguh nak mengejar kunang-kunang macam dulu. Sebenarnya, kita rindukan zaman kanak-kanak, barangkali. :)
nonie,
Tengok saja tak mencabar Nonie. Tangkap di telapak tangan baru mencabar.
nonie lagi,
Saya tengah tunggu orang pinang. Hahaha!
sya,
Dah semakin pupus kak Sya....
Sabtu, Mei 03, 2008 10:08:00 PG, de_kerinchi
salam wak,
berkunang-kunang bukan sejenis kunang-kunang....baik wak gambarkan apa itu kunang-kunang..sebab la ni ramai gak bebudak berkunang-kunang bila ditanya apa itu kunang-kunang....
anjunglarik
Ahad, Mei 04, 2008 3:25:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pa’chik,
Tak payah tengok Pa’chik. Kau baca saja ulasan Congkak di entri blog Naga itu.......
Abang Long,
O, ada sesuatu yang misteri...?
Mek Na,
Fikiran serabut. Jiwa kacau. Agaknya.
de kerinchi,
Waalaikumusalam.
Budak-budang sekarang sudah bijak sdr. ’Googlekan’ saja, mereka akan dapat jawapannya. Maksud saya kunang-kunang itulah, bukan kunang-kunang cerita saya.
Zwit,
Fikiran serabut. Jiwa kacau. Agaknya.
arsaili,
Waalaikumusalam.
Ya, kehidupan begitulah. Kitarannya sangat singkat.
Hari ini kita bernafas, esok belum tentu lagi. Semalam kita ketawa, hari ini mungkin menangis, esok juga belum pasti lagi….. Hmmm….
arts,
Aku suka komen kau!
pengkau,
Ya, ya. Lama dah tak keluar iklan itu...
Isnin, Mei 05, 2008 4:56:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mazarina,
Terima kasih sudi singgah di blog yang entah apa-apa ini.
fiq,
"...menurut Bijak Pandai, untuk setiap lipas yang kau nampak, ada seratus lagi yang kau tak nampak"
- dipetik dari kulit belakang buku GT.
moeha,
Waalaikumusalam.
Ya. Setiap insan itu menjadi cahaya kepada insan lain yang memerlukan sinarnya.
Otakku, bukan mata. Berkunang-kunang membaca entri ini.